Awas, Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!
Assalamualaikum
Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit
alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada
gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.
Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, "Penggunaan
ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai
kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan
AIDS/HIV."
Tambah Dr Amin, "Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya
dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain
melalui ikan dan air."
Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat
kulit termasuklah penyakit psoriasis.
Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam
kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin).
Ikan-ikan ini akan "memakan" sel-sel kulit yang telah mati pada kulit
pesakit.
Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14
buah negeri di Amerika
Comments
dapat dalam email ni tak tahu betul or tak...tapi hati2 lah
setiap ciptaan or ape2 ade kesan baik n de jugak kesan buruk..hati2 lah tak tau betul or tak..tapi tak mustahil ia akan berlaku
ye cekmek eh awe dongdang
kat malaysia ape ce.
hehe so jgn buat
maybe
hehe nak buat pun xpe hik2..
hehe
same2 syed.. kalau nak wat gak meh dalia bagi ikan pirana