8/31/2015

KelabBloggerBenAshaari di Zoo Negara | Bloggers Day


Assalamualaikum , 

Minggu lepas qaseh bersama keluarga KelabBloggerBenAshaari memeriahkan zoo negara ~ wehooo gigih makyong turun padang melawat satu zoo walaupun kepenatan berjalan ,tapi seronok la kan sebab dapat jalan ramai2 gitu ~ btw qaseh tak pernah jejakkan lagi kaki di Zoo Negara ni .. apapun thanx buat pihak zoo negara dan penaja yang menaja kami seharian .. thorbaik !





Aktiviti pertama kami di Butterfly Garden.. banyak rama-rama cantik berterbangan bebas di udara ~ macam lagu ella dah , so lensa qaseh sempat lah menangkap beberapa ekor rama2 yang cantik banget ... btw qaseh geli amattt dengan ulat tapi sebenarnya dari ulat tu lah jd rama2 yang cantik kan .. kikiki , baru tahu jangka hayat rama-rama tak lama rupanya .. 













Selepas tu kami di bawa melihat sekitarnya , macam-macam haiwan ada di sini , seperti spesies burung Enggang .. spesie monyet , siamang , dan banyak lagi ..nak tahu dan kenal sendiri spesies-spesies haiwan ni , kena datang sendiri ke zoo negara lebih-lebih lagi dengan anak-anak .. bagus sebenarnya supaya anak-anak mengenal haiwan-haiwan lebih2 lagi yang hampir pupus ..



Next aktiviti kami di bawa ke Akuarium Tunku Abdul Rahman.. kat sini sejuk je sebab ada econ dan pelbagai spesies ikan terdapat di sini .. kalau rasa penat berjalan , terdapat bangku-bangku untuk melepaskan lelah .. hehe .. 





Aktiviti kedua kami , kali ni kami di bawa untuk menonton show , 'animal show' .. excited jugak sebenarnya sebab selalunya qaseh selalu tengok animal show ataupun sarkas ni dalam tv je , so kali ni real depan mata .. live gitu .. pandai betul pengajar kat sini mengajar haiwan2 di sini kan .. bravo2 , pengajar pun kemain segak opsss! 























Kemudian kami di bawa ke Muzium lebah , so kat sini korang boleh membeli madu-madu original pnya , harga pun not bad , kami di beri honey stick satu sorg untuk merasai sendiri madu original .. ermmm yummmii! manis-manis masam gitu .. dan terdapat banyak spesies lebah terdapt di sini , dan korang berpeluang melihat pelbagai jenis sarang lebah dari segi bentuk fizikal nya .. 

Perut pun tetiba berbunyi , masa untuk makan tengahari ! kami di bawa oleh tram menuju ke wild restaurant .. dan di jamu dengan makanan super sedap ! lunch kami di taja oleh food panda di Wild Life park Restaurant .. kenyang banget ! thanx again food panda .. dan bila kekenyangan tetiba berat je nak melangkah tapi di sebabkan excited nak melihat panda ! terus bersemangat balik




Tapi malangnya kami tak dapat melihat mama dan baby panda  , sebab masih dalam proses berpantang gitu .. so dapat melihat Fu wa je , papa panda ! 

Akhirnya Fu Wa keluar dengan megahnya , haa gitu .. comel je panda ni .. kan best kalau dapat peluk hihihi , tapi kat dalam ni kami tak boleh membuat bising dan tak boleh gunakan kamera dengan flash .. nanti fu wa mengamuk karang kena gigit .. hihi btw happy besday Fuwa ! akhirnya dapat jugak tengok panda .. yeyyyy ! 





Lasty thanx again buat pihak Zoo Negara yang sporting bangett dan sangat memberi kerjasama dan menaja kami semua , tak lupa juga kepada penaja lain , cosmoderm  , dan Food Panda , uolsss awesome ! 

kalau korang semua teruja jugak mcam qaseh , ada cara mudah untuk pembelian tiket :

website : ZoonegaraMalaysia
instagram : Zoonegaraonlineticket
email : saujanajutaria@gmail.com
fon : 0351240109

waktu operasi : 9 pagi - 5 petang 
pertunjukan haiwan : 11 pg - 3 ptg 


8/11/2015

Buat Buku Pink | Pengalaman Pertama

Assalamualaikum ,

Alhamdullillah , akhirnya berjaya jugak buat buku pink di Klinik Kesihatan Padang Luas , first memang puas hati sangat dengan layanan nurse-nurse dan doktor kat sini , ore kampung kito memey thorbaik .. manis sokmo dengan senyuman , tq kaktie yang periksa aku siang tadi .. thumbs up hehehe ... haa bagi aku yang kali pertama buat buku pink ni agak blur sikit , kejap pegi sana kejap pegi situ .. hurmmm rupanya banyak step jugak untuk buat satu buku pink ni ek ! hurm takpela untuk pengalaman dan kenangan rasanya tak rugi kot-kot nanti ada yang cuak macam aku boleh buat sebagai rujukan ..Nasib baik ada kak ipar yang teman sebab beliau pun dah hampir dgn tarikh due .. moga di permudahkan segala urusan ! tazzabar dapat anak buah baru lagi ~ mukadimmah pun dah panjang berjela uols ..


Jadi , pertama kali yang nak buat buku pink , pergi dekat kaunter , cakap dekat nurse ''nurse saya nak buat buku pink'' , then nurse mintak ic dan di minta duduk sebentar hinggala di panggil , bila nama anda di panggil .. nurse akan bagi satu kertas lebih kurang la , kertas ni korang kena pergi dekat kaunter makmal untuk buat urin test , walaupun korang dah chek kat klinik yang korang ni memang di sahkan mengandung tapi korang kena jugak buat urin test ni dan bayar rm5 untuk alat urin test tu .. aku kemain menonong je jalan haha malu iols , lepas tu dah kencing segala bagai , tunggu lagi untuk di panggil sekali lagi ..

Next bila dah di panggil , dan dah dapat ujian test tadi , korang kena pergi ke satu kaunter lagi .. ini untuk menimbang berat ... dah timbang berat semua , korang akan di suruh pergi haaa ape ntah ayat aku ni , lantaklah haha pergi ke nurse untuk mengisi buku pink , isi maklumat korang semua , nurse akan tanya alamat , ic , no fon , dan semua penyakit yang korang ada .. btw suami sepatutnya ada sebab nurse pun nak check darah suami untuk hiv test .. sambil2 tu nurse ambil tekanan darah ..dan jumpa di bilik rawatan pulak untuk amek darah .. hurmm bab amek darah ni la yang tak berapa suka , sbb tengok jarum tu semacam je .. tapi terpaksa la .. dan sangat perlu , untuk check hemoglobin darah anda gituuuu ~ 

Next nya kena pergi balik ke kaunter makmal dan tunggu hasil dan ujian darah tadi , dalam setengah jam jugak menunggu kat situ , dah setel situ kena pegi balik dekat nurse yang check anda tadi .. that time nurse chek tekanan darah , nadi , timbang berat lagi sekali dan juga tinggi .. lepas tu check breast untuk memastikan tiada ketulan2 kanser dan jugak check samaada anda ada tiroid or tak , then nurse tekan2 perut sikit ,, lepas tu setel ..



Last step korang bawak buku pink tadi jumpa doc untuk scan baby ! yang ni part paling teruja sebab dari hari tu lagi aku risau sebenarnya macamana keadaan baby ku huhuhu ~ alhamdulillah segala ujian tadi keputusannya sangat baik cuma kencing kotor sikit n kena minum banyak banyak banyak air masak .. dan next checkup doctor cakap kena minum air gula even xde penyakit sebab umur 25 tahun ke atas , btw apa rasa air gula tuh ek ? hurmmmm lagi ngeri dari inject kah ? huhu tapi gembira bila tengok baby tadi even sekejap sangat , nampak kepala dia , jantung , peyot .. alhamdulillah anak ummi sihat2 je kan .. semoga anak ummi membesar dengan sempurna .. ameen :) 

Hati berbicara :
segala catatan tidak bermaksud untuk mengguriskan mana-mana pihak , hanya sekadar coretan sebuah pengalaman di masa akan datang , bagi yang masih menanti inshaaAllah ujian kita terkadang berlainan cara tapi setiap aturan Allah tak pernah menyakitkan hamba2Nya melainkan untuk menguji , kerana Allah sayang dengan org2 yang sabar ... qaseh mungkin kekurangan dr segi yg lain tapi Allah berikan rezeki dengan cara ni ,dan bukan senang sbnrnya utk jd seorg ibu ,, doakan qaseh ye kawan2 dan qaseh doakan bagi yg menanti inshaaAllah u will get it .. dan masa tu korang takkan terduga dengan hadiah yang Allah berikan .. ameen 

8/10/2015

Yunnan Nationalities Village | Tempat Menarik di Kunming China

Hari-hari terakhir berada di negara orang , wajib manfaatkan sepenuhnya , sekejap nya 6 hari 5 malam berada di Kunming .. pasti akan rindu dengan suasana , makanan , dan cuaca kat sini . Walaupun cuaca cerah tapi angin yang sejuk-sejuk tu memang best .. fuhhh tempat pun bersih cuma toilet je la takde air dan komunikasi hahah 

Hari terkahir kami di bawa ke tempat yang banyak kampung iaitu Yunnan Nationalities Village .. apa yang menarik kat sini ? kat sini terdapat kampung-kampung etnik , so tempat ni memang besar di pecahkan dengan pelbagai etnik , budaya dan juga agama ..
Sempat ber flying fox kat sini ! yeahh happy me !! 


Kampung-kampung etnik ni semua terletak di pantai timur laut Tasik Dianchi , terdapat 56 etnik di China , 52 daripadanya tinggal di Yunnan .. Antaranya 26 orang mempunyai populasi lebih dari 5000 orang ..





Setiapa kewarganegaraan mempunyai ciri-ciri khas dari segi bahasa , agama , dan cara-cara menghubungkan diri dengan yang lain .. setiap daripada etnik Yunnan akan mempunyai sebuah kampung dan menjadi satu simbol melambangkan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik , teater , muzium dan banyak lagi ,






Bagi yang minat sejarah memang tempat ni akan menjadi tempat terbaik buat korang , dan banyak gila yang korang boleh explore kat sini , dengan segala pameran yang ada .. terdapat juga persembahan tarian , muzik dan juga teater , korang akan terhibur punyalah .. hehe rumah-rumah etnik kat sini pun semua unik-unik , 





Selain tu terdapat aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti majlis mengalu-alukan dengan mengadakan Gajah Putih, kawasan taman tema Dinosaur Island, kawasan konsert untuk nyanyian etnik dan pertunjukan menari, serta pameran gajah Asia Plaza Kesatuan Etnik. 




Klimaks lawatan ke Nationalities Park adalah filem yang ditunjukkan di mata air. "Penduduk kampung" dipilih daripada belia dari negara-negara yang berkaitan untuk bertindak sebagai pemandu dan penghibur bagi pelancong. Tiga perkampungan utama mewakili Dai, Bai dan Yi kebangsaan.







Fuhh ni pun kami tak tawaf semua tempat sebab tak cukup masa , tempat ni besar gila dengan pelbagai etnik dan kampung , heheh tapi sempat lah pergi dan berflying fox kat sini .. akhirnya kami pulang ke Kunming Hotel untuk merehatkan sikit penat badan .. dan esoknya kami sempat lagi shopping haha , dah lah aku paling lambat shopping nasib baik tak kena tinggal tau .. apa yang boleh korang shopping kat sini .. next entry k ~