• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

AEON MALL Malaysia bakal mencetuskan semangat para peminat bola sepak dan pengunjung setia dengan kemunculan acara ‘Active Beat 3.0’ yang dinanti-nantikan!Kalau korang peminat bola sepak mesti teruja bila dengar berita ni, sebab Edwin van der Sar sendiri akan datang jumpa


Event Active Beat 3.0 Yang Semua Kaki Bola Kena Join

Acara ‘Active Beat 3.0’ ni akan berlangsung dari 15 Julai sampai 31 Ogos 2025. AEON MALL memang selalu pandai buat aktiviti yang memeriahkan shopping mall, siapa sangka boleh jumpa penjaga gol legenda Manchester United depan mata!

Jadi ,jangan lupa grab peluang ni sebab bukan senang nak jumpa bintang bola sepak secara live / depan mata. Untuk melayak kan diri korang dengan sesi bertemu, korang cuma perlu berbelanja minimum RM200 (untuk penggunakad Maybank) atau RM280 kalau (bukan pengguna kad Maybank). Boleh je campur tiga resit pada hari yang sama,senang

Peringatan mesra: Slot terhad!Syarat dan terma dikenakan dan siapa cepat dia dapat tau! 

 

Jadual Sesi Bertemu bersama Edwin van der Sar

  • 1 Ogos 2025 (Jumaat)

2:00 PM – AEON MALL Bukit Mertajam

6:30 PM – AEON MALL Ipoh Station 18

  • 2 Ogos 2025 (Sabtu)

2:00 PM – AEON MALL Bukit Tinggi

5:30 PM – AEON Taman Maluri Shopping Centre

  • 3 Ogos 2025 (Ahad)

12:00 PM – AEON MALL Tebrau City

6:00 PM – AEON MALL Nilai

Rebut Peluang Menang Hadiah RM10,000!

Selain sesi ‘Meet & Greet’, pengunjung juga boleh menyertai peraduan ‘Spend & Win!’ yang dianjurkan dengan kerjasama Al-Ikhsan Sports. Hadiah bernilai RM10,000 menanti termasuk 41 barangan eksklusif Al-Ikhsan yang ditandatangani oleh Edwin van der Sar.

Best ni cuba nasib, mata tahu menang? Cara dia senang:

  1. Beli barang minimum RM100 di Al-Ikhsan Sports (satu resit pun cukup).
  2. Scan QR code, isi borang & upload resit.
  3. Doa & tunggu pengumuman pemenang! Mana tahu rezeki kan? 🥰

Rakan Penaja & Penaja Bersama

Event ni bukan biasa-biasa. Maybank, OPPO, Focus Point, Nando’s, Tim Hortons, Toy World, LokalTeez & Inner Casual (IC) semua turut serta memeriahkan ‘Active Beat 3.0’ ni.

Jangan Lepaskan Peluang bertemu Edwin van der Sar

Haaa memang dah tak sabar nak meriahkan AEON MALL nanti. Harap dapat juga ambil gambar dengan Edwin van der Sar untuk kenangan dan memenangi hadiah hebat!Kalau korang pun nak join, jangan lupa ajak kawan & family sekali. Lagi ramai, lagi happening! Jom sama-sama kita meriahkan event Active Beat 3.0 di AEON MALL


#AEONMALL #ActiveBeat3 #EdwinVanDerSar #KakiBolaMalaysia #MeetAndGreet #PeraduanMenang




Kalau orang cakap Superman hanya wujud kat filem,nah, 12 Julai lepas dah terbukti salah! Tahniah AEON Mall sebab berjaya catat rekod Malaysian Book Of Records (MBOR) sebagai Largest Gathering in Superman Attire , seramai 1,007 orang penuh mall dengan baju Superman, cape merah berkibar meriah di AEON Mall Bukit Indah, Johor. Memang rare,mall terus rasa macam Metropolis sehari! 

Paling syok, himpunan ni bukan setakat posing saja,siap ada group photo, costume showcase, mini catwalk dan semua Superman besar kecik tunjuk gaya hero masing-masing. 500 orang pertama yang datang pun bawa balik cape Superman PERCUMA. Power

SUPERMAN Pop-UP Store Roadshow

Lepas pecah rekod, vibe Superman belum habis lagi,AEON tengah all out dengan Superman Pop-Up Store Roadshow. Kalau rasa terlepas Bukit Indah,korang yang ada kuasa Superman ni jangan risau sebab roadshow ni tengah pusing Malaysia sampai 17 Ogos di lokasi berikut :

  • AEON Mall Bukit Indah (Johor) & Cheras Selatan(Selangor)  1-13 Julai
  • AEON Mall Nilai (N. Sembilan) & Kulaijaya (Johor) : 15-27 Julai
  • AEON Mall Bukit Mertajam (Penang) : 29 Julai – 10 Ogos
  • AEON Mall Taman Maluri (KL) & Tebrau City(Johor) : 29 Julai – 17 Julai


SUPERMAN PARADE - HEROES ON THE MOVE!

Kalau datang time weekend, jangan pelik nampak orang berarak dalam kostum itu lah Superman Parade Heroes On The Move! Ada flash mob, muzik live, vibe family-friendly. Tarikh parade pun berbeza ikut mall:

  • AEON MALL Bukit Indah: 12 Julai
  • AEON MALL Kulaijaya: 19 Julai
  • AEON MALL Cheras Selatan: 27 Julai
  • AEON MALL Tebrau City: 2 Ogos
  • AEON MALL Taman Maluri: 17

SHOP & REDEEM.Dapatkan Merchandise Ekslusif Superman dengan Pembelian di AEON Mall

Sambil layan event, boleh ushar merchandise Superman eksklusif. Kalau kaki shopping, confirm suka:

  • Superman Blind Box Flask*(kecuali AEON MALL Permas Jaya, Taman Universiti, Taman Equine, Bandar Dato Onn, Ipoh Klebang dan Melaka Shopping Center.)Belanja minimum RM800* (Bukan Ahli AEON) atau RM400* (Ahli AEON) dengan gabunganTIGA (3) resit pada hari yang sama daripadamana-mana penyewa di AEON MALL termasukpembelian dari AEON Retail.
  • Superman Pet Cape. Belanja minimum RM600* (Bukan Ahli AEON) atau RM400* (Ahli AEON) dengan gabungan TIGA (3) resit pada hari yang sama daripada mana-mana penyewa di AEON MALL termasuk pembelian dari AEON Retail.



KIRA dan MENANG - The Superman Challenge

Kalau suka game cabaran, try join KIRA & MENANG -The Superman Challenge. Sambil jalan kira logo Superman, kalau tepat boleh menang barangan Ekslusif Superman Edisi Terhad. Total hadiah cecah RM5,000 dan hanya 10 orang je pemenang , jangan lupa cuba!

Aktiviti Lain Yang Ada  

Nak OOTD cantik? Ada Superman Photo Zones. Kalau datang bawa budak, diorang pun tak boring sebab ada ruang aktiviti kanak-kanak khas. Nak tambah thrill, AEON siap kolaborasi dengan Samsung,beli mana-mana TV Samsung di AEON Mall, upload gaya Superman paling padu dan super power korang dengan hashtag #AEONMALLSupermanLookup, boleh menang Samsung Music Frames bernilai RM1,999 untuk 6 pemenang yang bertuah, haaa siapa tahu rezeki korang?

AEON Mall memang betul-betul unleash hero vibes tahun ni. Bukan setakat shopping, siap bawa pulang pengalaman rare, posing hero landing sambil pegang merch limited. Kalau nak join, cepat-cepat plan,tengok tarikh, ajak geng dan menang! Yang pasti sangat menyeronokkan, Superman sebenar pun shaking tengok semangat korang hehehe

Info lanjut :

🌐 www.aeonmallmy.com

📸 Instagram: @aeonmallmalaysia

Atau tanya Kaunter Khidmat Pelanggan kat mana-mana AEON Mall.


Jom beraya bersama Tom & Jerry di Aeon Mall | Tom & Jerry ni memang kartun kegemaran qaseh waktu kanak-kanak hingga lah sekarang, i think semua orang memang suka dan layan je Tom & Jerry ni, walaupun asyik bergaduh je tapi memang betul-betul menghiburkan dan kelakar.Kalau tengok tahun 2025 ni pun still syok layan. Betul tak ?

Raya Penuh Kemeriahan dengan Tom dan Jerry di AEON MALL!

Disebabkan itu qaseh nak ajak korang ramai-ramai ke Aeon Mall untuk merasai pengalaman raya yang penuh warna warni dan nostalgia. AEON MALL membawa kegembiraan Tom & Jerry secara ekslusif ke 28 lokasi AEON MALL di seluruh negara. Sambutan SELOKA RAYA kali ni menjanjikan pengalaman interaktif yang akan mengimbau zaman kanak-kanak dengan dekorasi khas bertemakan Tom & Jerry

Korang boleh lah datang ambil gambar dengan dekorasi yang cantik dan momen indah bersama Tom & Jerry, anak-anak pasti akan gembira! Semestinya ada aktiviti yang menarik dan hadiah best untuk korang tebus bila shopping di AEON MALL





Hadiah Menarik Menanti Anda!

Korang mesti la banyak shopping raya nanti kan tapi jangan terus balik tau sebab AEON MALL menawarkan penebusan edisi terhad yang eksklusif :

1. AEON MALL x TRACEY Micro Bag

  • Diperbuat dari bahan lestari,beg mikro ekslusif ini boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum
  • RM1000 untuk bukan ahli AEON
  • RM800 untuk ahli AEON
  • Pembelian perlu dalam tiga resit pada hari sama 



2. Koleksi Edisi Khas – Mug & Sampul Duit Raya Tom dan Jerry

Mug Tom dan Jerry: Tebus dengan perbelanjaan:

  • RM680 untuk bukan ahli AEON
  • RM580 untuk ahli AEON
  • Dalam tiga resit pada hari yang sama 
Sampul Duit Raya: Tebus dengan perbelanjaan:
  • RM280 untuk bukan ahli AEON
  • RM180 untuk ahli AEON
  • Dalam dua resit pada hari yang sama.

Perarakan Seloka RAYA Pertama di Malaysia!


Buat julung kalinya, AEON MALL membawakan Perarakan Seloka RAYA, menampilkan maskot kesayangan ramai, Mochi & Orange dalam busana tradisional! Perarakan meriah ini akan diadakan di kesemua 28 lokasi AEON MALL, menceriakan suasana perayaan dengan keceriaan dan semangat Raya.

Bertemu & Bergambar Bersama Tom dan Jerry!


Peluang keemasan buat semua peminat Tom dan Jerry! Jangan lepaskan peluang bertemu secara langsung dan bergambar dengan duo kartun legenda ini di lokasi-lokasi AEON MALL terpilih.

Jangan Lepaskan Keseronokan Seloka RAYA!

Korang jangan lupa datang pada 8 Mac - 21 April dan shopping di AEON MALL dan tebus hadiah yang menarik. Jom merasai keajaiban Seloka Raya bersama Tom & Jerry. Boleh bawa anak-anak, keluarga dan jiran-jiran untuk memeriahkan lagi suasana di AEON MALL.








TRANSFORMERS ONE Roadshow di Aeon Mall ? Wow untuk peminat-peminat Transformers, ini semestinya  berita baik untuk korang semua! Ya betul, Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow bakal berlansung di beberapa AEON Mall yang terlibat.

Kempen ini bakal berlansung di AEON Mall terpilih dari 19 Ogos hingga 30 September 2024.Boleh tengok list AEON Mall yang terpilih di bawah untuk korang standby serbu beramai-ramai, ajak satu kampung tau!

Apa Yang Menarik di TRANSFORMERS ONE Roadshow?



Korang berpeluang untuk melihat model-model Transformers yang hebat dan boleh mengambil gambar OOTD dengan prop filem yang besar. Haa wajib la OOTD ye dan jangan lupa untuk kongsikan di media social.


Selain itu, sempena pembukaan tayangan filem Transformers One, korang boleh menebus tiket filem TRANSFORMERS ONE yang ekslusif dan caranya sangat lah mudah!

Cara Tebus Tiket Ekslusif :

Untuk layak menebus tiket ekslusif ini, korang hanya perlu berbelanja :

1. RM300 untuk bukan ahli Aeon

2. RM200 untuk ahli Aeon

Pembelian ini boleh digabungkan dalam 3 resit pada hari yang sama dari mana-mana kedai di AEON Mall yang menyertai peraduan ini bagi melayakkan diri. Mudah sangat kan.

Pelbagai Aktiviti Menarik 

Bukan itu sahaja tau, banyak lagi aktiviti menarik yang ada disana menanti peminat-peminat Transformers dan seisi keluarga. Anak-anak pasti seronok dan teruja dengan pelbagai permainan yang disediakan dan korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.



Semestinya kempen TRANSFORMERS One Roadshow ni satu acara yang tidak boleh dilepaskan, penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk semua. 

Jadi, ingat tau dan jangan lupa ‘save the date’ siap-siap, jangan lepaskan peluang untuk sertai TRANSFORMERS ONE Roadshow yang luar biasa ini di AEON MALL berdekatan dengan korang semua. 






Ayuh bersama-sama meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan tema ‘‘TRANSFORMERS ONE : AEON Celebrates All Malaysians as One.’’ Transformers pun tak sabar nak jumpa korang!

AEON Mall yang mengambil bahagian:

Selangor/Kuala Lumpur

  • AEON Mall AU2 Setiawangsa
  • AEON Mall Cheras Selatan
  • AEON Mall Metro Prima
  • AEON Mall Bukit Raja
  • AEON Mall Bukit Tinggi 

Johor

  • AEON Mall Bukit Indah
  • AEON Mall Kulaijaya
  • AEON Mall Tebrau City
  • AEON Mall Bandar Dato Onn

Penang

  • AEON Mall Bukit Mertajam 

Perak

  • AEON Mall Ipoh 
  • AEON Mall Ipoh Klebang
  • AEON Mall Ipoh Station 18
  • AEON Mall Kinta City
  • AEON Mall Taiping
  • AEON Mall Seri Manjung

Negeri Sembilan

  • AEON Mall Seremban 2 

Melaka

  • AEON Mall Bandaraya Melaka 

#AEONMALL

#AEONMALLXTRANSFORMERSONE

#TRANSFORMERSONE

#HASBRO

 

Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Untuk maklumat yang lanjut sila layari : 


•​Facebook: www.facebook.com/AEONMallMY

•​Instagram: www.instagram.com/aeonmallmalaysia

•​Tik Tok: www.tiktok.com/aeonmall.malaysia

•​Website: www. aeonmallmy.com

 





Jom Jumpa Michael Owen di AEON Mall | Bersedia untuk peluang seumur hidup bertemu Michael Owen secara peribadi! Sebagai sebahagian daripada kempen Active Beat AEON yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos, AEON Mall dengan sukacitanya membawakan bintang bola sepak legenda ini kepada korang semua, haaa ni lah masanya untuk berjumpa Michael Owen.

Selain berpeluang bertemu Michael Owen, korang juga berpeluang menikmati makan malam eksklusif bersama


Perhatian Peminat Liverpool, Peminat Man Utd, dan Peminat England!

Cara Menyertai Kempen Active Beat AEON

1. Beli-belah di AEON Mall

Buat pembelian dari pelbagai jenama dan penyewa di AEON Mall.

2. Tebus Tempat Anda

Tunjukkan resit pembelian anda di Kaunter Maklumat AEON Mall untuk menebus pas anda untuk bertemu Michael Owen.

Sesi Meet & Greet Michael Owen

Tarikh & Lokasi:

  • 28 Jun 2024: AEON MALL Ipoh Station 18
  • 29 Jun 2024: AEON MALL Cheras Selatan
  • 30 Jun 2024: AEON MALL Bukit Indah
  • 1 Julai 2024: AEON MALL Nilai

Syarat:

  • Belanja RM300: Pemegang Kad UOB / Untuk jenama terpilih
  • Belanja RM500: Bukan Pemegang Kad UOB / Semua Jenama
  • Pembelian boleh digabungkan maksimum 3 resit pada hari yang sama.

Sesi Exclusive Dine-In Bersama Michael Owen

Tarikh & Lokasi:

  • 28 Jun 2024: AEON MALL Kinta City
  • 29 Jun 2024: AEON MALL Bukit Tinggi
  • 30 Jun 2024: AEON MALL Tebrau City
  • 1 Julai 2024: AEON MALL Shah Alam

Syarat:

  • Belanja RM600: Pemegang Kad UOB / Untuk jenama terpilih
  • Belanja RM800: Bukan Pemegang Kad UOB / Semua Jenama
  • Pembelian boleh digabungkan maksimum 3 resit pada hari yang sama.

Terma dan syarat dikenakan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami.

Jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman. AEON Mall merealisasikan impian ini untuk korang. Jadi, tunggu apa lagi? Jom membeli-belah di AEON Mall dan pastikan korang dapatkan tiket untuk acara eksklusif ini. Peluang seperti ini jarang sekali ditawarkan tau !

Kongsikan Berita Ini!



Pastikan anda tidak ketinggalan untuk acara yang istimewa ini! Tertakluk pada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila layari:

  • Facebook: @AEONMallMY
  • Instagram: aeonmallmalaysia
  • TikTok: aeonmall.malaysia
  • Website: www.aeonmallmy.com


Assalamualaikum, 
 
Bila Ramadan tiba jangan di lupa pada mereka yang tidak berkemampuan, bulan mulia inilah bulan untuk mencari pahala berpanjangan, betul tak ? Hai korang, baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis iftar bersama anak-anak yatim di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. 


Kalau korang nak tahu, RMHC selalu membantu dan menganjurkan majlis untuk meraikan mereka-mereka yang tidak berkemampuan. Kali ni, majlis iftar yang diadakan adalah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).



Alhamdulillah, seramai 120 orang anak yatim sekitar Lembah Klang diraikan dalam majlis iftar yang berjalan lancar, makanan pun sangat sedap. Terpancar kegembiraan di wajah mereka, sebak bila tengok anak-anak kecil macam ni, so bersyukur lah jika korang masih punya mak ayah, hargai mereka sebaiknya dan kalau ada rezeki lebih boleh membantu anak-anak ini sekikhlas mungkin


Selain itu, majlis diberkati dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri untuk menyampaikan tazkirah. 


RMHC Malaysia sentiasa komited menjalankan dan menyokong pelbagai inisiatif demi kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan di negara ini. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, memang tradisi setiap tahun, RMHC akan meraikan anak yatim dengan majlis berbuka puasa dan sumbangan untuk persiapan Aidilfitri.

“Itulah cara kami meluaskan capaian kami dalam mendekati lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan dan pihak yang turut mempunyai komitmen yang serupa dengan kami melibatkan kesejahteraan kanak-kanak”, kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia, merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
 
Sumbangan Duit Raya dari Dana Wakalah MAIWP
 
Alhamdulillah, dalam majlis yang sama, McDonald’s Malaysia turut memberikan duit raya kepada anak-anak yatim berjumlah RM100 setiap seorang dari dana wakalah zakat MAIWP. 

Sumbangan Wang Tunai kepada Rumah Kebajikan
 
Qaseh juga turut menyaksikan penyampaian sumbangan wang tunai kepada tiga buah rumah kebajikan anak yatim terpilih di Lembah Klang iaitu Pertubuhan Nur Kasih Bestari, Rumah Permata Hatiku, dan Rumah Anak Yatim Al-Sagoff.
 



Setiap rumah kebajikan anak yatim menerima sumbangan wang tunai bernilai RM5000 bagi meringankan beban pengurusan terutamanya untuk tujuan persiapan menjelang Aidilfitri nanti. 


Tambah dato’ Azmir lagi, “Kedatangan Ramadan amat ditunggu-tunggu untuk kita semua memperbanyakkan amal jariah dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Besar harapan kami agar majlis berbuka puasa hari ini dan sumbangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim yang hadir memberi keceriaan kepada mereka.”
 
Bab bersedekah ni, kita pun boleh buat juga, tak perlu punya nilai yang banyak, walaupun sedikit dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain. Haa kalau korang suka makan di McD, pasti korang biasa nampak ada tabung sumbangan di kaunter cashier kan, dari sumbangan itu juga lah mengalir pada mereka-mereka yang memerlukan.
 
Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu, RMHC Malaysia merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan segenap usahanya kearah kesejahteraan  kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, sejumlah besar dana RMHC Malaysia datang dari McDonald’s Malaysia.


RMHC turut menerima dana daripada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu prihatin bagi pelaksanaan program-program utamanya yang berteraskan Kebajikan, Kesihatan dan Pendidikan. Memang banyak tau korang, sumbangan dan majlis yang di lakukan oleh RMHC, kalau korang nak tahu boleh goole tentang RMHC ni okay. 
 
Qaseh bersyukur dapat sama-sama meraikan anak yatim di majlis iftar yang diadakan. Syabas dan tahniah buat RMHC dan semua yang terlibat dalam memastikan majlis ini berjalan lancar. Semoga anak-anak yang mulia ini sentiasa berjaya di dunia dan akhirat dan sentiasa dilindungi Allah. 



 
Kejohanan Golf Amal 2022 Anjuran RMHC Kutip Dana Tertinggi | Assalamualaikum, baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri di sebuah majlis anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia di Tropicana Golf & Resort iaitu Kejohanan Golf Amal 2022 untuk mengumpul dana bagi program ‘Kembali ke Sekolah’

Ianya adalah satu usaha murni dalam mengumpul dana buat insan-insan yang tidak bekemampuan, barangkali untuk anak-anak kita juga

 

Kejohanan Golf Amal Kutip Dana Tertinggi Hampir RM500,000

 


Kejohanan Golf Amal tersebut telah berjaya mengumpul dana hampir RM500,000 untuk program tersebut, wow memang terbaik dan ia merupakan jumlah yang tertinggi pernah dikumpul sejak kejohanan golf bermula 

 

Dana yang dikumpul ini akan menjadi sebahagiaan daripada keperluan sekolah bernilai RM1.5 juta untuk diagihkan kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga B40 dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia

 

Kejohanan Golf Edisi ke-29 Membantu Kanak-kanak Yang Memerlukan 

 


Kejohanan golf tahunan tahun ini memberi tumpuan mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka yang memerlukan, RMHC Malaysia berhasrat untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, sejajar dengan teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan

 

Sehingga tahun lepas, hampir RM10 juta telah dikumpul untuk program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memberi impak positif kepada 100,000 kanak-kanak di seluruh negara 

 

Pemberian Pek Sekolah Untuk Meringankan Beban Kewangan 

 

Inisiatif yang sangat bagus, sambil main golf mereka mengumpul dana untuk menyediakan sumbangan kepada 25,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar di seluruh Malaysia dengan pek sekolah yang diisi dengan alat tulis 

 

‘’Kami berharap pengagihan pek sekolah itu dapat meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak ketika permulaan tahun persekolahan baharu bermula. Kanak-kanak ini layak memulakan tahun persekolahan baharu dengan kegembiraan, keterujaan dan motivasi.” Kata Dato/ Azmir Jaafar, Presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia) merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia

 

“RMHC Malaysia percaya bahawa pendidikan adalah hak asasi setiap kanak-kanak. Dengan bantuan kewangan dalam bentuk pek sekolah ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian kepada pendidikan dan terus mengasah kreativiti dan pengetahuan mereka, untuk mencapai potensi sepenuhnya,” tambah Dato Azmir Jaafar

 

Penyampaian Geran Perubatan Untuk Tabung Pesakit Yang Memerlukan Bantuan 

 

Majlis tahun in lebih istimewa dengan penyampaian geran perubatan kepada empat tabung kebajikan di hospital terpilih iaitu 


1. Yayasan Institut Jantung Negara (IJN)



2. Tabung Pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia USM



3. Tabung Pesakit Hospital Tunku Azizah (HTA)


4. Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM

 

Geran ini akan diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 1 hingga 18 tahun yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan perubatan atau untuk membeli peralatan perubatan atau ubat-ubatan 

 

Untuk info korang, RMHC telah menyediakan geran perubatan kepada dana kebajikan kanak-kanak sejak 2018 lagi yang berjumlah kira-kira RM470,000 setakat ini

 

Alhamdulillah, terharu dan bangga dengan mereka-mereka yang terlibat dalam sumbangan amal ini, sekurangnya penerima dapat mengurangkan beban-beban mereka yang perlu ditanggung. Tahniah buat RMHC Malaysia dan semua penderma dalam memberi sumbangan ini



 

 

Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates