• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , 

Bola sepak memang kegilaan ramai dan jadi budaya di Malaysia kan , tak kira lelaki , perempuan , tua atau muda semua meminati sukan bola sepak dan sememangnya ada segelintir terlalu fanatik dengan bola sepak ni , hinggakan ada yang tido bola , makan bola , mandi bola haha dan yang paling best bagi peminat - peminat sukan ni adalah menonton secara siaran langsung di stadium .. fuhh aku tak pernah lagi tengok bola di stadium , orang kata semangat tu lain macam !

Liga Perdana Inggeris adalah salah satu liga bola sepak yang paling popular dengan jumlah pengikut yang paling tinggi walaupun di Malaysia , lebih-lebih lagi MCFC ( Kelab Bola Sepak Manchester City ) vs MU (Manchester United) . Jadi ada tak pembaca blog aku ni memang teringin gila nak pergi ke Manchester Uk dan menonton secara siaran langsung di Stadium Etihad ? Sebab ada berita dan peluang baik pada korang semua !


Berita yang sangat best buat kaki bola , Dashing telah mengadakan contest Let's Go Manchester Contest yang mana akan menaja secara percuma 6 pemenang yang bertuah sempena tahun ke 3 , selama 4 hari 3 malam ke Manchester United Kingdom termasuk tiket VIP untuk untuk menonton secara langsung MCFC vs MU ! wohooo best gila weh .. inilah masa nya untuk korang rebut peluang ni ~ lagi pun contest ni mudah sangat ..

Bukan itu sahaja tau , 6 pemenang bertuah juga akan di bawa melawat ke Muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford , Etihad dan Anfield . Selain itu , terdapat peluang untuk berinteraksi dan meminta autograf daripada beberapa Lagenda MCFC dan terdapat Tour Misteri Magical di mana mereka akan di bawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal , The Beatles . Perghh bestnya kalau dapat semua ni huwaaa .. 

Cara Menyertai Let's Go Manchester Contest By Dashing 
  • Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal 
  • Whatsapp penuh satu resit tunggal tersebut dengan jelas dan namakan seperti NRIC atau PASSPORT , NO NRIC atau NO PASSPORT dan belian pembelian ke nombor +6016-9972373 

Mudah gila contest ni , peminat Dashing yang selalu shopping barangan Dashing ni memang satu peluang baik buat korang , dan bagi kaki bola semua ni lah masanya korang dapat tawaran FOC ke Manchester UK .. mana tahu dengan keazaman dan kesungguhan korang tu akan dapat jadi pemenang yang bertuah .. Jangan lupa doa banyak-banyak sebelum hantar whatsapp tau hihihi .. 


Tarikh tamat contest ini adalah sehingga 31 Januari 2018 , so jangan lupa yaaa sambil-sambil shopping tu snap resit dan jadi lah antara barisan VIP menonton secara langsung bersama 5000 peminat yang lain .. peluang hanya datang sekali uols .. tak cuba mana tahu kan ??? 


Jika korang tak tahu nak shopping apa .. Jom dapatkan DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray ni .. Aku memang suka bau Hattrick ni sebab bauannya agak soft dari yang lain .. jadi kalau aku pakai tak jadi masalahlah kan haha .. so this is for you my husband .. ! Oh yaaa deodorant tu sesuai sangat bagi korang yang sibuk bekerja .. ia membuatkan korang selesa selama 24 jam ..


MORE INFO : 

Website : www.dashing.com.my
Facebook : www.facebook.com/Dashing.My
No talian : 03 8023 8311


Assalamualaikum ~

Check-check email nasib baik teringat tentang contest Lazada , al maklum lah sibuk shopping sempena Online Revolution yang dah bermula pada 11.11.2017 , sale semua aduhaiii memang terjojol biji mata haha tak percaya boleh klik link ni https://www.lazada.com.my/online-revolution/.. rancak kan semua duk shopping sakan ~ kemain uols ! haha tapi beli time sale macam ni memang berbaloi .. peluang tak datang selalu kan kan kan .. 
 
 

Yang bestnya  Lazada ada menganjurkan contest buat blogger-blogger semua , yeahh tq Lazada yang always bermurah hati .. contest ni pun senang je tau korang just jawab 4 soalan dan pemenang akan di pilih secara random .. mana tahu rezeki kita kan , jadi korang yang tak join lagi belum terlambat sebab ia nya bermula dari 1 November - 14 Disember 2017 .

Macamana Nak Join Contest Lazada ni ? 

Korang sila klik di link https://www.lazada.com.my/blogger-contest kat situ ada syarat-syarat untuk join dan ianya sangat mudah guys !!Soalan mudah kat bawah , eh macam nak jawab exam je hihi 

  • Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Sememangnya tentu lah aku ingat , sebab masa tu masih lagi baru berumahtangga dan masuk rumah sewa .. biasalah kan barang rumah pun tak banyak dan tercari-cari almari yang jenis simple dan mudah nak angkut , oh yee sebab kan sekarang mudah je beli online so bukak Lazada dan beli Multifunctional Wardrobe , masa ni tengah Mycybersale so harga pun murah sangat .

Almari ni sangat okay sebenarnya cuma tak boleh nak letak banyak-banyak sangat pakaian nanti runtuh , dan jangan letak di tempat yang terkena cahaya untuk elakkan kain nya reput .. hehehe aku ada buat entry tentang almari ni , uols boleh baca di link ni alright ! ➝➝King Size Wardrobe by Lazada


  • Which types of products would you prefer buying online?
Bila membeli secara online ni aku  tak kisah barang apa pun sebab ia sangat memudahkan aku , cuma yang selalu aku beli adalah pakaian , haaa pakaian murah-murah sangat lagi-lagi bila part baju anak-anak .. mau berejam mengadap tu aje kan , then aku suka beli barangan dekorasi di dapur , contoh tempat letak pinggan , rempah-rempah semua tu , alat mekap , kesihatan dan sebagainya ..


  • What to you love about online shopping? 
Kenapa aku suka sangat beli online ? sebab banyak pilihan dan tak memenatkan , lagi-lagi bila ada anak ni memang aku cepat mengah dan tak boleh nak fokus bila membeli secara offline , stress pun ye jugak sebab duk kejar anak .. so beli online ni goyang kaki pun boleh beli , di tambah barangan yang aku terima semua berkualiti dan tak pernah mengecewakan .. haaa pandai-pandai korang survey ye ..

  •  Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 
Rambang mata tau tengok sale sempena Online Revulution ni , semua barang best-best cuma tengah planning nak upgrade tv kat rumah ni haha ... so terkenan pulak tv Sharp ni harga pun tak sampai 1k tau korang dan sofa  apa lagi sale yang ada boleh tengok di https://www.lazada.com.my/online-revolution/ 



More Info :
https://www.lazada.com.my/blogger-contest
https://www.lazada.com.my/online-revolution


 Bila fikir-fikir balik , rasa macam dah lama aku tak shopping di mall sejak ada pelbagai kedai dalam talian ni , melainkan barang dapur , takkan sawi seringgit pun nak beli online , over naww hang haha .. tapi di ingatkan bila korang nak membeli sesuatu tu haruslah dari web yang boleh di percayai dan yang paling penting MURAHHHHH !! 

Terkejut jugak aku bila buka web ni , barangan yang ada memang murah gila (terus rasa wow murah giler , adakah aku bermimpi haha ) tapi seriously memang murah barang-barang kat Shopee ni , kalau korang jenis pandai survey ada yang shipping fee lagi haa .. tak percaya ? bukak web www.shopee.com.my sekarang .. haaa dah percaya sila berterima kasih pada iols k ..






Pengalaman Shopping di Shopee




Assalamualaikum bloggers ~

Pagi ni qaseh nak meng war-warkan pada semua bloggers , ada satu kontes akan di lancarkan pada malam esok pd pukul 9 malam , haaa macam best je , KONTES U-BLOGGER ,apakah U-BLOGGER ni ? U stand for usahawan blogger , kontes ni anjuran blogger mawardi yunus[klik] dengan kerjasama Kelab Blogger BenAshaari

klik gambar utk INFO

so qaseh adalah salah seorang penaja dalam kontes ni , woot wooot qaseh akan menaja 2 batang EYELINER MAC WATERPROOF setiap seorang , qaseh memilih 3 orang kontestan , so setiap orang akan mendapat 2 batang eyeliner.. 

Eyeliner ni qaseh jual hanya RM5 ,postage RM6 , haaa murah kan ,warna dia memang pekat , if nak pergi event or kenduri mana-mana memang nampak akan nampak menyerlah , kadang bahagian mata yang akan menyerikan lagi penampilan kita , eyeliner ni jenis roll stick dan mudah di cuci , jgn risau bila nak solat .. 



qaseh always guna EYELINER WATERPROOF MAC je skrg ni , xde kesan comot dan nampak lebih menyerlah , haaa apa tunggu lagi , silalah menjoinkan diri dalam U-BLOGGER KONTES !!! dan banyak lagi hadiah2 lain yang bakal di menangi oleh korang semua ! 

tunggu ~~~~



Assalamualaikum
bangun pagi-pagi bukak laptop tengok tarikh dah nak dekat 29 hb , aiyok so cepat-cepat buat entry dengan muka sememeh demi  3d Puzzle , ga ni datang khas dari mexico , Marqis Careno[klik2] mmg macam mexico dah tuannya bhahaha

marqiscareno.blogspot.com/2013/11/simple-ga-klcc-3d-puzzle.html 
klik gambar untuk ke blog beliau 


syarat2nya sonang je haaa
1. Follow blog aku ni...
2. Like page facebook aku... ade kat blah kanan atas blog aku ni...
3. Follow instagram aku.. cari lan_careno dalam instagram... yg ni tak wajib pun... nak follow ke tak sukehati...
4. Buat entry tajuk : Simple GA - 3D Puzzle
5. Dalam entry tu, letakkan gambar sample puzzle yg aku bagi kat atas tu dan backlinkkan ke sini... kiranya gambar tu mcm banner rasmi utk GA ni laa... kononnya... aku malas nak creat2 banner lain...
6. Tinggalkan link entry korang kat entry ni...
  • sebab-sebab saya nak hadiah ni , sebab saya tak mampu nak beli sobss sobss sedihkan saya , harap akiff dapat merasai lah ketidakmampuan aunty qaseh yg macam nak kena lempang je ni , hihihihi .. kena rasuah akiff ni .. lalalalala so korangs korangs ape lagi meh lah join sekaki , cantik wooo 3d puzzle ni , boleh di jadikan hiasan yang super power rangers ..
tarikh tutup 29 november !  

Assalamualaikum tawan2 .. ari ni titew nak juin GA tawww .. tbe2 jadi pelat
http://mylifesstoryblog.blogspot.com/2011/04/my-lifes-story-blog-first-giveaway-is.html

meh kita kutuk kaw2 punya penganjur .. baru je nak kutuk blog dia dah bertukar wajah ..hinggakan diri ni merasa jeles.. dah tahu dah blog dia cik bulat yang buat ..kreatif betul cik bulat .. ni pasai apa cerita pasal cik bulat ..dan2 je penganjur tak bagi guwa menang .. hehe 

qaseh suka gak masuk blog sis my ni .. n sekarang ni lagi suka sebab dah lawa blog n kemas je .. n thanx to her sebab sudi masuk blog qaseh ni .. tak rugi lah masuk blog orang yang peramah .. kita  rasa best ! tq sis ! papepun gud luck n hepy berblogging .. pasai apa cek pulak kata kat dia gud luck ..dia lah patut kata kat chek gud luck haha.. qaseh merapu ... 

p/s : pastikan qaseh menang ye .. hehe .. nak tag makhluk asing mana lah pulak ni ye ... 
-qasehraihan 
-sis IEB 
(pasai apa tag 2 orang ni .. sebab qaseh syg sangat kat sis dua org ni haa... yang lain pun syg jugak .. tapi 2 orang je kan tag .. haaaa semua follower meh lah juin GA sis my .. HAaaaDIAh dia mulayan .. eh lumayan !


Assalamualaikum ..sebelum qaseh lupa ingatan baiklah juin GA dari kawan terbaek neh ...
so nak menyeru kepada semua meh lah juin ramai2 ..sebab hadiah dia berupa habib jewels..laptop..n pakej percutian ke paris ~ walaweh anak datok mmg kaya ...

sonang ajo aih ..letak header gambar budah huduh ni .. 
pastu tag 2 org .. qaseh malas tag nak ajak sume2 juin ..meh2 pakat juin belako..kite bako2...!
http://azfar9897.blogspot.com/2011/04/giveaway-ujang9897.html
Assalamualaikum semua ... 
gedebuk ! pagi2 tadi cek komen ...den kena tag oleh Hannan Al-Qudsey (lawa gila nama beliau siyez tak tipu hehe) apepun tenkayu lah sgt2 kerana mengetad tuan hamba yang sangat2 buat2 rajen ni ye ...hehe ape pun sudah di tag tak boleh nak lari2 anak lagi ! kena teruskan jua ! alang2 menyeluk pekasam ! biar smpai ke pangkal lengan ! yeahhhhhh ....korang nak join ?xyah ah .. haha ok kalau nak juin klik link di bawah banner ok ...


http://nuruashia.blogspot.com/2011/01/segmen-mata-ke-mata.html

  •    Details about diri kamu ( nama, umur, asal, current status, education level)
- nama saya sufura cikgu ... 
-kalau kawan2 pggl sue..yg rapat2 pggl pura2..(nama diberi oleh abg sulong sempena nama makwenye) rasa sgt2 tragis ! 
-umur saya baru nak masuk 2 bulan muehehe... kalau ikut tahun dah 23 dah tua !! tapi awet mude ..selalu2 makan buah jering,buah petai dan segala macam buah haha...
-asal terengganu darul iman...insyaAllah iman sentiasa ada di dalam hati ..
-status janda wahaha ...tak lah status bujang belum terlajak ..tapi berpunya hehe..alah maksudnya ado gewe lah ok..!
-education level pulok...takat stpm je pastu masuk U .. u turn ..lepas dah puas u turn ..dapat lah keje ... nak boleh dapat keje ni puas jugak meround u turn tu ...  
  •  Cerita Secara ringkas pasal kesayangan kamu ( parents, pets or lover)
-mak ayah saya ada 2 orang .. satu mak satu ayah ... sayang mereka sgt2 ... ! skang dok kat umah .. masa2 ni mak tengah tengok2 tb tak pun sapu sampah kat laman.. ayah masa2 ni maybe sekarang tgh tengok tb hehehe
-pets ? ade 2 3 ekor lembu kat padang tapi not my pets lah tu ayah punye pets.. qaseh xde pets...eh ade sekor maybe skang dok atas katil tengah tido ..24 jam tido je kejo nye ...nama nya bobo (bear berbulu)
-my lover ..pakwe saya kah ... hehe skang dia tengah rest ...time2 ni tengah rest keje..emm maybe tengah ingat kat buah hati nya ni ...haha perasan je ..tah2 tengah tengok awek lalalala...ampun !  
  •  Story about your blog (usia belog, kelebihan belog kamu, topic belog kamu ) 
-usia blog .. alamak ! lupa buat surat beranak lah pulak..huk2 ngeee usia blog lebih kurang 6 bulan ...
-kelebihan blog ade owner yang gila...kesian kat blog...korang masuk n korang tentukan sendiri ape kelebihannya 
-topic blog..macam2 ado ..tapi biasanya blog ni penuh dengan ayat2 puitis aka jiwang ..
  •    Pandangan mengenai dunia belog sekarang ( pandangan terhadap blogger2 yang kamu follow)
-pandangan terhadap mereka2 ni ...superb ! mereka sentiasa berusaha untuk naik ... gud luck semua n hepy berblogging ~
  •    Message for new blogger?
-message for new blogger ... cari identiti kamu sendiri jangan tiru identiti orang lain..bukan takat artis je kena cr identiti masing2 .. cari sendiri gaya penulisan korang olah dengan baik n nampak fun walaupun entry siyes bagai ... jangan tiru org lain..jgn juz kejar follower ..jangan jadi pengutuk .. jangan jelez negatif tapi jelez positif ... ikut nasihat2 org yg dah lama mcm abg ben .. ~ n mintak pandangan2 otai2 blog ape yg patut apa yg xpatut jgn cepat melatah ... ok !   
  • Cara untuk jadi famos amos blogger mengikut pandangan kamu
-cara untuk femes amous ! buat entry2 mantapkan entry .. pastu promosi2 kat mane2 tempat yg boleh promot ... tips abg ben ni ye ... rupa tak penting ..jgn fikir rupa cantek ramai yg masuk tak semestinya .. n se agy pergi2 lah blog2 org lain komen2 blog ..supaya org pun kenal ..kenal tuannya dulu .. kalau peramah2 agy bagoss nnt diprang tertarik n suka pd kamu ..jgn jatuh chentaik pulak haha... papepun buat yg terbaik atas hati sendiri bukan atas kaki org lain ~ 



masa untuk den mengetag ..yihaaa2x ,..colan2nye adalah ...!
  • http://pilhanhati.blogspot.com/ 
  • http://www.sunahsukasakura.com/
  • http://cahayanurqasih.blogspot.com/
  • http://aremelyna.blogspot.com/



Assalamualaikum olz ~
hari ni sangat2 busy ..so tak sempat nak buat entry ... 
tapi hari ni juz nak juin kempen2 n contest sebanyak mungkin,... ~ 
insyaAllah ~ 
n first entry for tudey nak juin kempen yang di ideakan oleh cik sunah kita/...
semalam jadi anak murid cikgu qaseh hehe...ok jom same2 juin this kempen... 
tq dear ~

pinjam ujang n naz sebagai watak hari neh ~ 
kire diorang ni kapel lah kunun2nye...
sila terjah mereka berdua ... diorang pun juin kempen gak 

nyah naz : http://nazirulhazwanws.blogspot.com/
nyah ujang :http://azfar9897.blogspot.com/



nyah ujang : hai yunk naz ku yg kucintai ~ 
nyah naz : hai daling ku intan payung burger 
nyah ujang : yuuuu ~ esok lusa kan ingat tak hari ape ?
nyah naz : esok lusa hari senin n selasa lah daling... why ?
nyah ujang : alaaa yu ni tak romatik langsung ... kan ai merajuk kan baru tahu... lusa kan hari valentine yuu ~ 
nyah naz : ooooiceeeee ai lupe lah yu... wah beznye valentine ..kita nak sambut kat mana yu...nanti ai belikan sekebun bunga taek ayam untuk yu ye ~ 
nyah ujang : ai malu yuuuu ~ 

tibe2... ustazah qaseh datang 

ustazah qaseh : kome berdua ni dok buat ape kat sini ha...same2 jantina pulak tu..dari kampung jiran sebelah mak tiri agy dok dengar ai yu ai yu...kan luku dua2 kan! 

nyah  ujang n naz : dalam hati ( alamak ustazah datang pulak ) errr tade pape ustazah qaseh ... kitorang bercadang nak sambut valentine day ..ustazah tak sambut ke dengan uztaz kyle ?

ustazah qaseh : oooo nak sambut hari valentine yeeee... kenape perlu ke sambut hari tu?awak berdua tahu tak hari yang awak sambut valentine tu hari apa?ustazah tak sambut benda2 menagrut macam tu..bagi ustazah ..kasih syg xde hari2 untuk menyambutnya ... kasih sayang tu sentiasa mekar baru lah perhubungan tu kukuh...tak payah lah nak ikut sangat budaya barat ..kita ni kan orang islam 

nyah naz n ujang : err nape dengan hari valentine ustazah ? maaflah kitoran tak tahu..kitorang cuma pandai memadu asmara T________T

ustazah qaseh : yarabbi memadu asmara ape kebendanya ! korang tu sama laki...bawak2 bertaubat lah ... jalan masih panjang ..dan kebenaran tu sentiasa terbuka..meh ustazah nak cerita tentang hari valentine day ni..

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)



“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
 
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.


ustazah qaseh : "VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

nyah naz n ujang : ustazah kitorang dah faham sekarang n kitorang menyesal uwaaa uwaaaa.

dengar ye anak2 ...haha macam ustazah betul tak?mueheheh (sila jgn kutuk hihi..)
so bercinta lah dengan setiap hari dipenuhi dengan rasa kasih sayang...
jangan terlalu ikut cara2 org barat...kerana agama kita agama yg suci ...
penuh dengan kebersihan..jgn kite merosakkan agama kita dgn membanggakan cara orang barat :D
http://www.sunahsukasakura.com/2011/02/kempen-kami-tak-sambut-hari-valentine.html
Assalamualaikum...
petang ni nak juin bloglist kanggaru hahaha...
sebab gathering nanti dia akan memakai costume kanggaru..dalia nak duduk lam poket tu kanggaru tu haha lompat2..psttt "meh dekat sikit..tadi kan dia kena blocked kat fb haha..adan muke" yeyy sila bagi tepukan gemuruh !

jom juin korang
http://mohdsyafiqrosli.blogspot.com/2011/01/bloglist-sandiwara-seorang-insan-syafiq.html

saya seorang perempuan yang lemah lembut lagi baik budi pekerti..hahaha
nak juin gak bloglist beliau yang kacak dari ujang ni hehe...
harap di terima.. kerana die seorang yg populer sehingga mark pengasas fb memblock dia..
hope mentalnya akan ok
Assalamualaikum...
heh2 selamat pagi eberibodi ..
hati ni nak join GA lama dah tak menjoin apa2 contest huhu bukan malas tapi kerajinan tu masih di tahap darjah 6 ...so now nak join GA dari cik puan bunga... dalia suka tengok blog dia.. kdg2 dapat baca2 tak drop komen hehe...sory ye sis... ni blog sis cantek .. psstt anak dia cute sgt ngeee nnt nak anak cute jugak opsss gatai ! sis berbunga2 minat pink


ok jom baca syarat2nya 
join kat sini





  • Anda harus mempunyai tiket dan menaiki train ke Hogwarts (Jadi follower I. Kehkeh.Wajib) Maknanya anda harus mempunyai blog ya





  • Copy paste syarat - syarat penyertaan ni.





  • Buat satu entry yang bertajuk "Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"





  • Kemudian dalam entry anda nyatakan siapakah insan yang palingggggg cantik di mata anda. Kalau anda kata dalam entry anda I lah manusia yang paling cantik, terus I bagi semua hadiah tu kat you guys! Haha. Tak takkk. Contohnya anda kata Maya Karin adalah cantik, so nyatakan kenapa dan huraikan bla bla bla.





  • Kemudian anda nyatakan pula definisi cantik di mata anda. Apa makna cantik pada anda. Kalau cantik tu kena kurus ke, kalau pandai make-up tu kita kata cantik ke hape ke bla bla bla.





  • Tag 4 orang bloggers yang lain (Sertakan link mereka) dan jangan lupa bagitau kat dirang yang diorang kena tag untuk join GA ni.





  • Dan yang terakhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.



  • ok dah baca kan syarat2nya ... so baca pulak pendapat dalia ekekeke... yang paling cantik semestinya saya ! hahaha oh tidakkkk gurau2 je ... yang paling cantik ialah semestinya mak saya !jap2 cari pendrive nak cari pic mak..mane ni mane ni ..apsal gmbar kekasih je byk haha..gurau je ~


    mak xsuka bergambar uhuk2.. yg dalam bulatan tu my mother n yang lain dayang2 di raja ..keh2x..

    takde pulak pic mak masa muda .. mengancammm wooo mcm anak ye ah haha..kenapa mak cantik? jap2 nak tanya siapa yang tak sayang mak ? siapa yang selalu mengasari mak? dia adalah orang yang paling kejam n bodoh.. mak yang melahirkan kita .. 9 bulan membawa kandungan .. bersabar dengan kita dari dalam kandungan lagi ... yelah kita duk tendang2 perut mak.. hehe tapi kita pun membawa kebahagiaan pada mak jugak... :) so dari kita kecikkk .. jaga kita , mandikan, susu kan kita dengan penuh kasih sayang .. its a wonderful moment n beautiful of life... tak cantik ke? nanti suatu saat kita akan jadi ibu kita akan tahu betapa susah payahnya menjaga anak... hehe dengan kedegilan n sume2 lah... dalam kelurga dalia sume 6 orang adek beradik.. 2 perempuan dalia n my sis... 4 boy tapi seorang dah meninggal time baby... insyaAllah 'dia' akan menarik mak ke syurga kelak :) .. 
    tq for everything coz menjaga dari kecik , bagi makan pakai sekolah semua cukup tapi sometimes mak bebel2 ade jugak merungut hihihi ampunnn.. tapi tak selalu dah besar kan dah tahu mana baik dan mana buruk... apa2 pun u r beautiful woman in my life ever after... love u so much.. nobody boleh tanding mak di mata dalia selama2nya... tq melahirkan dalia n ikut kecantikan mak jugak hahahaha... so tak cantik lagi ke? cantikkk sgt2x u know.. banyak agy nak tulis tapi nanti kan sayu pulak hati ni..so pada yang masih ada mak juz take care of her sebaik mungkin .. jgn menyesal bila kehilangan ... kerana dah tak ada gunanya lagi ~

    DEFINISI CANTIK
    ok definisi cantik pulak ye... for me tak perlu cantik paras rupa andainya akhlak entah kemana.. tak perlu hidung yang mancung andai nya sombong dan meninggi diri..tak perlu rambut yang cantik lurus guna jari pun boleh andainya mahkota itu menjadi tatapan orang lain..tak perlu bibir yang mungil andainya huha2 kesana sini..mengumpat bagai .. berkata tak senonoh ... tak perlu mata yang cantik andainya mata itu hanya untuk menggoda orang2 yang tak sepatutnya... tak perlu tubuh yang liuk lentok andainya susuk itu menjadi segenap ruang mata2 lelaki yang bukan muhrim.. tak perlu betis yang cantik andainya pakai kain yang terbelah..tak perlu dada yang seksi jika hanya untuk menarik nafsu lelaki... so cantik luaran tiada gunanya andainya dalaman tidak di dalami...andai kata hari ini kita cantik .. suatu masa kelak kita akan kehilangan.. tapi andai kata akhlak kita cantik hingga ke syurga pun ia akan kekal ... ~ andainya kita punya akhlak yang baik.. di tambah dengan luaran yang cantik bersyukur lah dan sentiasa ingatkan pada diri jangan alpa walaupun seketika.. walaupun kita hanya duduk di bangku kosong ada benda yang sentiasa merasuk hati kita :)
    so sekian time kasih..hehehe ...


    hati berbicara :
     tak perlu bermekap untuk cantik...mekap hanya lah boleh menutupi kekurangan yang ada,,, basuhlah muka mu dengan wuduk pasti seri itu akan datang....:) insyaAllah untuk diri sendiri juga...

    nak tag 4 org 
    http://hidayahanif.blogspot.com
    http://pqahcool.blogspot.com/
    http://miszalina.blogspot.com/
    http://sayangku-lover.blogspot.com/



    Assalamualaikum...
    hye u olz buat ape tu...selamat pagi..
    pagi ni alhamdulillah xujan tapi juz mendung je...
    pagi yg indah hehehehe...
    tapi kena sediakan payung gak sebelum hujan..
    pagi ni nak juin segmen loqman hakim
    dah di saman kat cbox tu suruh juin jugak ..nnti kan masuk mahkamah pulak...haha..
    so jom same2 juin jom3x..!

    http://loqkimagri.blogspot.com/2010/12/segmen-jom-berkenalan.html

    klik link kat atas tu untuk menjoinkan diri n berkenalan..
    tengok2 pandang2 syarat2 kat sane ye..xleh pegang2 hehehe..
    ade soalan exam..yelah kalau dah segmen berkenalan ni mesti ade soalan2 nye kan...

    apakah status anda...
    hehehe aip2 tanye status ye nak mengorat lah tu haha..juz joke..status belum berkahwin lagi...tapi dah berpunya...hanya dia di hatiku eceh...nak tau sape?kat atas tu kan ade gmbar dlm bulatan..jeng2 itulah dia...syhhh
    ceritakan tentang diri anda
    ok cikgu ... saya akan ceritakan hehehe...
    dalia ni bukan name sebenar ...sebenarnya nama dalia ni nama anak buah (yg keberapa kali dah gtau xtau lah hehe) jeng2 name budak kecik dlm gambar tu ha...
    stylo x saye...sian anak buah ku duk dlm troli ye..ibu kuat shopping...dalia nmpak spender pink owhhh tidakkk haha...! 

    -im seorang yg boleh dikira peramah lah jugak n kdg2 akan bertukar jadi pemarah..dua watak yg berbeza
    -seorang yg hepi go lucky dan gatai nak berlaki..ouchh!
    -ade someone kate i seorang yg manja...mmg pun xdinafikan lagi..n kuat menangis ..huhu kantoi
    -sukakan ketenangan dari keserabutan..
    -kdg2 bersikap lurus bendul ! mudah memaafkan org ..n gila2 remaja...
    -22 years old..still young n gojes ! hahaha 
    -dah lah tu ye...yg lain2 kite sembang lain kali..
    -oh ye asal mmg teganung kite...
    -dah bekerja dah
    ceritakan ttg blog anda
    -my blog is personal blog..
    -suka share artikel2 agama n kdg2 luahan hati dan jiwa yg agak2 xbetul...
    -blog yg berwarna pink...i loike!
    -jemput2 lah sume masuk ye...hehe..
    -xkisah org nak komen pe kat blog ni..sbb msg2 ade pendapat tp this is my blog so ..sukahati lah nak tulis pe pun...hehehe
    pandangan tentang dunia blog
    -bezzzz..dulu2 ase mcm xbez ..tapi skrg dah makin bez..maybe sbb baru kot nnt2 xtau lah bosan or x ..insyaAllah akan teruskan smpai xbosan2..n dapat ramai kenalan ..suka blog ni sbb boleh berkenalan dgn org2 muda n org2 yg matang..suka bergaul dgn org matang...ye lah kalau fikiran matang setiap kat2 tu kdg2 ade nasihat ..
    nasihat kpd org yg baru nak buat blog
    buat jgn xbuat nnt singgah kat sini okeyh haha...kalau minat juz teruskan niat tu....:)
    nyatakan keunikan blog anda
    -xde yang unik pun cikgu..juz biase2 je..pink yg unik kot hehehe...with tuan tanah kedaung kekekeke
    smpai bila nak berblog dan impian
    -selagi Allah s.w.t mengizinkannya selagi tu lah blog ni akan terpampang hehe...impian xkan biar kan blog ni terkubur begitu saje...insyaAllah

    tag 4 kanak2 
    bolat
    adiii nakheran
    izzah
    yul

    tarikh tutup 3 january 2011 
    Salam selamat petang semua....
     nak juin contest kawan qaseh ni..name nye yana...
    nak support die ...
    jom lah ramai2 juin ye..
    sonang je...

    juz letak header die...kat entry ni...buat entry tajuk 'my header contest'
    follow yana...
    pastu letak header korang...
    psst adiah lumayan..
    topup  RM100 
    http://rieyanaynn.blogspot.com/2010/12/my-header-contest.html

    pastu ni header qaseh...hehehe

    klik sini untuk juin ye...

    tag 3 orang
    http://asrirayrock.blogspot.com/
    http://qalbukudijari.blogspot.com/
    http://juzd0it.blogspot.com/

    Salam mat petang sume...
    pe khabar korang sume?hope sihat2 je ye..
    jOm juin ga nak..
    qaseh juin GA ni ..jOm


    yang dianjurkan oleh tuan tanah kedaung http://aliesyafairuz.blogspot.com/
    kalau nak jUin kLik siNi

    syarat2nya kOrang leh tgk kat sane tau..
    adiah nye korang yg pilih sendiri nak adiah pe tp jgn lah rumah banglo hek2 pokai lah tuan tanah...
    hadiah yg dia mmpu as a stUdent ~ hihihihik
    n kena buat entry knape korang bertuah ~

    sEtiap org sebenarnya bertuah ~ ade kelebihan2 masing2..n qaseh juga !jom bace !
    follower yg ke 60
    qaseh bertuah cOz qaseh ade mak , ade ayah , ade akak , abg n adek...sume nye cukup legkap n masih ade nenek sorang je lagi belah mak...family yg menyayangi diri ni wpun kdg2 qaseh ase qaseh ni bukan anak yg baik sgt tp nOty n degil amat...

    qaseh bertuah agy sbb qaseh salu dpt cabutan bertuah haha poyo je..xlah selalu tp ade jugak dapat..

    bertuah agy cOz Allah s.w.t sentiasa uji qaseh kat dunia ni ... diuji dgn mcm2 dugaan tp ade agy yg hidupnya penuh dgn ujian2 yg agy berat ..so qaseh bertuah sbb setakat ni mampu lagi tangani ujian2 tu wpun air mata ni mmg xmmpu halang tuk terus keluar ~ tp Allah s.w.t sentiasa beri sifat kesabaran tu ..sob3x..thanx ya Allah s.w.t kerna terpilih dan disayangi ~

    lagi2 ~ bertuah sbb ade kawan2 yg sgt3x baik didunia yg nyata...kawan dunia akhirat yg salu membimbing diri ni wpun skang msg2 sibuk tp bez sbb dpt kawan mcm tu...n cantek sgt ..

    lastly qaseh bertuah sbb disaat2 qaseh kesedihan n kegembiraan  ade seseorang yg sgt memahani..sentiasa ada tuk diri qaseh...itulah my love qaseh heee..bersyukur sgt kehadiran dia lam hidup ni ase sgt2 bahgia..n me too akan mmbhgiakn dirinya..insyaAllah...nak jd isteri yg baik untuknya nnti ~!

    bERTUAH SBB QASEH IALAH QASEH!!!!WPUN KDG HIDUP NI ASE MCM NAK PUTUS ASA TP QASEH BAHAGIA DGN HIDUP QASEH..HOPE LEPAS NI ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA ..insyaAllah 

    sekian time kasih !
    jangan pernah berkata bhwa hidup ni malang andainya kita belum mencuba merasai n hadapi hidup2 ni wpun onak duri yg melanda 

    Tarikh tutup adalah pada 31st December 2010
    adiah?hehe adiah terpulang pd penganjur ..terima seadanya n adiah yg qaseh nak mestilah nak menang ! hehek...~ 
    thanx penganjur ga ni 
    nak tag
    http://kyleril.blogspot.com/
    http://kaiezu.blogspot.com/
    http://rieyanaynn.blogspot.com/


    Salam satu malaysia 
    jOm kawan juin GA mush ni..
    jom pakat ramai2 serbu blog mUsh
    http://mushpunyer.blogspot.com

    meh korang pakat2  jUin memeriahkan lagi GA n blog mush 

    http://mushpunyer.blogspot.com/2010/11/mush-1st-giveaway.html

    dah jadi follower mush yg ke 181 (done)

    dah like page kutu pinggan mangkuk kat fb (done)
    eh nak tanye nape pggl kutu ?hik2 ampunnn ~



    wOw adiah lumayan menanti kita hik2
    comellah adiah ni dapt kotak adiah ni pun dah ok hehe ...

    1 x Hadiah Utama
    **Topup bernilai RM30 (jika pengguna postpaid akan di bank in ke akaun anda)
    **Replika cawan dari Kutu Pinggan Mangkuk
    **Kupon potongan sebanyak 10% untuk pembelian secara tunai segala item yang terdapat di katalog Kutu Pinggan Mangkuk di Facebook

    5 x Hadiah Saguhati**Topup bernilai RM10 (jika pengguna postpaid akan di bank in ke akaun anda)
    **Kupon potongan sebanyak 10% untuk pembelian secara tunai segala item yang terdapat di katalog Kutu Pinggan Mangkuk di Facebook

    wow2..bez syiokkkkk lah...

    now mase untuk tag 3 Org ~ searching zzzzzzzzzzzzz
    1.mama http://mama-syafi.blogspot.com/
    2.sis azzey http://azzeyatin.blogspot.com/
    3.sis pija http://pijaosix.blogspot.com/

    hati berbicara : bila lah nak buat ga n contest gak..tggu bulan 12 nnt okeyh hehehehe





    Older Posts

    Cari Blog Ini

    Jumlah Paparan Halaman

    Tuan Tanah

    Tuan Tanah
    Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

    Catatan Popular

    • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
    • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
    • my First contest ~ 'edit foto contest'
    • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
    • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
    • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
    • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

    Label

    Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

    Arkib Blog

    Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates