• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog



Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort(BGR) 2019 | Holla korang , lagi beberapa hari je Ramadhan akan tiba , dah boleh survey buffet Ramadhan untuk tahun 2019 , jadi aku nak mengajak orang ramai mengambil kesempatan di bulan mulia untuk Iftar Sesama insan-insan yang korang sayangi.Bukan sahaja bersama ibu, bapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain, bahkan sesama rakan dan insan-insan yang kurang bernasib baik, menikmati sajian enak disediakan oleh kumpulan chef berpengalaman.


Konsep ‘Kebun Dalam Bandar’,

Memang menjadi kebanggaan Restoran BGR, dengan mengenengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional.Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef kami tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat,ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang di gunakan untuk nasi Kerabu,

Bagi menambah keterujaan, pada tahun ini di bahagian ulam-ulaman dan kerabu, korang turut diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut terus dari pokoknya. Di seksyen ini juga jangan terlepas mencuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang menyelerakan.



Menu Menambat Selera

Sebagaimana tahun-tahun lalu, eksklusif sepanjang Ramadhan, aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak menggamit selera pengunjung, selain Satay Ayam dan Daging, serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata anda.





Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna.Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri.





Masakan India 
Tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak,untuk digandingkan bersama nasi kukus. Dari dapur Barat pula, tunas rasa anda akan dikejutkan dengan keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar, selain sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti, dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara. Kesemua sajian tradisional Melayu, Barat, Timur dan India ini ada di buffet utama di Garden Terrace, termasuk seksyen gerai dan dapur masak segar (live station).








Manisan Dan Pencuci Mulut 

Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama ini. Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.




Selain itu, terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme
Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama Cream Cheese
Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Choco Cream, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Sweet Potato bersama Tam, Caramel Mousse,
G3 Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt
dan Oreo Cheese Cake.



Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya
Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh, serta buah-buahan.
Iftar Sesama Sebenarnya, bukan setakat sajian buffet berbuka puasa, banyak kebaikan lain yang tersirat disebalik Iftar Sesama di BGR, seiring dengan maksud ‘sesama’ itu sendiri iaitu ‘bersama’.


Berkongsi Pahala

Siapa yang mahu menolak apabila selain berbuka puasa dengan sajian enak mereka juga dapat berkongsi pahala, kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). 

Melalui sumbangan tersebut diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu khususnya yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik. Makan seenaknya, elak membazir. Dalam usaha untuk memenuhi janji kami untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai, kami juga bekerja dengan konsep sifar pembaziran.

Untuk itu, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan
menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Bukan itu sahaja, sepanjang Ramadhan ini Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini.

Apa yang pasti, selain pahala dan kebajikan yang diperoleh, dengan nilai wang yang dikeluarkan selera berbuka puasa juga berjaya dipenuhi kerana Iftar Sesama di BGR menjanjikan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian sajian enak dan berkualiti. Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi kami menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur.

Harga untuk tempahan dalam talian 


Website :  https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari RM59.00nett untuk dewasa dan RM29.00nett untuk kanak-kanak.Tempahan online - https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet-ms-rachel/



Info lebih lanjut :
Facebook : Bangi Golf Resort
Instagram : @bangigolfresortofficial
Hashtag : #iftarBGR #ramadhanBGR #BGRbuffetramadhan #bukapuasa

Assalamualaikum 

Hye korang , dah survey buffet ramadhan untuk tahun 2019 ? Opss walaupun terasa masih lagi awal tapi sebenarnya waktu sekarang terasa sangat pantas berlalu , tinggal lagi sebulan lebih untuk kita menyambut bulan Ramadhan , di samping kita merindui bulan yang mulia ini , pasti lah sesekali kita ingin merasa berbuka puasa di buffet Ramadhan kan . 


Seperti tahun-tahun sebelum , aku selalu kongsikan tempat yang best untuk korang ber buffet Ramadhan jadi tidak terkecuali untuk tahun 2019 ni haa ,  aku berpeluang merasa buffet Ramadhan 2019 di The View Cafe Best Western I-City Shah Alam . Agak-agak apa yang menariknya buffet Ramadhan di Best Western I-City ni ? Yang paling menariknya kat sini ada Aladdin tau ! Hahaa ~ bukan senang nak jumpa Aladdin in real life ni tau dan of course lah jaudah yang menggoda iman gituh . So , jom tengok apa yang best di sini.

Buffet ramadhan di Best Western I-City Shah Alam ni akan bermula pada 6 May - 3 June 2019 , so ugais takkan terkuciwa dengan juadah berbukan di sini kerana korang akan di hidangkan dengan pelbagai jenis hidangan yang ada di Malaysia , dari appertizers , salads , soups , main dishes , dessert , gerai masakan secara live dan yang selalu di minati ramai jeng jeng jeng durian kampung ~ 


Juadah Utama Buffet Ramadhan di Best Western I-City 


Kebiasaannya bila bulan Ramadhan , ramai yang lebih sukakan hidangan tradisional , masakan kampung seperti masakan mak semestinya kan , jangan risau di sini pun ada juadah utama yang korang rindui seperti Kari Kepala Ikan , Daging Masak Hitam , Mutton Varuval , Ayam Masak Berempah , Udang Sambal Tumis Petai , Baked Honey Pumpkin , Lamb Shoulder with Mint Creamy Sauce , Teriyaki Honey Beef , Kambing Lada Hitam , Irish Lamb Stew , Beef Stroganoff , Bamboo Clam with Chili , Steamed Fish Teochew Style dan bermacam lagi , banyak oiiii lebih kurang 160 Masakan Malaysia yang ada di sini. 









Selain dari juadah utama yang superb banyak gila tu haa , korang akan di hidangkan dengan pelbagai pilihan sup seperti Sup Kambing Berempah Mamak , Seafood Tomyam , Sup Lobak Putih Ikan Kering , Crabmeat and Corn Soup , Cream of Mushroom , Lotus Roots with Herbs , Soto Madura dan banyak lagi gais .. Yummeh ! Menyelerakan sangat ! 

Di sini juga terdapat 13 show stations offering live cooking seperti Rojak Campur , Okonomiyaki , Teppanyaki Shawarma , Pasta Station , Bolognaise , Lala Meat Char Kuey Teaw , Ikan Bakar , Lamb Shoulder , Sliced Beef , Otak-Otak , Yong Tau Foo, Murtabak dan Arabic Marinated Roasted Whole Lamb .







Amacam ? Dah mula terliur ke hehe sebenarnya ni baru sedikit yang aku kongsikan , hanya teaser gituh jadi nanti konfirm korang akan terbeliak biji mata dan sedaya upaya menggunakan ruang di dalam perut supaya korang dapat merasai semuanya haha orang kata makan hingga perut penuh gituh. 

Eh dessert nya mana ? Rileks okay ~ Of course lah kat sini pun ada dessert-dessert yang sedap dan pasti menarik minat anak-anak juga kerana ada ais krim ! Kuih-kuih melayu (takkan di lupakan) , Bread and Butter Pudding , French Pastries , Assorted Mousse , Jelly , Chocolate Fountain , Baklava , Tapai Dodol dan banyak lagi , yang pasti semua nya sedap. 






Tempat Yang Luas dan Santai 

Aku tahu , bila berbuffet ramadhan ni memang perlukan tempat yang selesa , santai dan luas kan , lebih-lebih lagi yang bawa anak-anak . Aku suka konsep cafe di Best Western I-City ni sebab ada yang tertutup dan juga terbuka . Jika ingin suasana santai , sambil tengok dan rasai angin luar , korang boleh duduk di ruang luar , ada ruang untuk anak-anak yang tak duduk diam juga kan hehe (anak aku la tu) 




Haaa sambil-sambil santai kat luar ni bolehlah kita ngap durian kampung . Manis sangat durian kampung ni ha , dua round jugak lah layan durian haha sebab dah lama tak makan .. Best !

 

Tema Kampung Melayu , Sentuhan Arabic dan Cabutan Bertuah Menanti Anda.




Untuk tahun 2019 , tema kali ni lebih kepada kampung melayu , so nanti korang akan lihat miniature 'Rumah Melayu' yang akan mengimbau kembali kenangan waktu kecik-kecik dulu , rindu kan . Sambil-sambil makan mesti teringat kenangan waktu kecik bersama family , hah tetiba sedih haha dan juga ada sentuhan Arabic , thats why Aladdin akan ada menemani korang semua 

Yang di tunggu-tunggu adalah akan ada cabutan bertuah juga yang akan di menangi setiap hari , apa hadiahnya ? Antaranya adalah hi tea vouchers , room diskaun , hotel stay dan banyak lagi hadiah yang bakal menjadi milik korang . 
 
Antara menu yang ada , dan banyak lagi sebenarnya , if nak tahu sila booking awal-awal okay


Early Bird Specials & Bookings 

Harga normal : RM119 nett per adult / RM69 nett for children / Senior citizen
Harga Special ( 13 March - 30 April) : RM99 nett per adult , 1 FREE for every 9 paying adults 

So gais jangan lepaskan peluang untuk booking awal-awal dan dapatkan harga special ni , sekarang pun dah boleh start booking ! Untuk reserve / booking seats boleh contact nombor di bawah okay 

CONTACT : 03 - 5521 9000
EMAIL : enquiry@bestwestern-icity-my 
FOR GROUP BOOKINGS : sales@bestwestern-icity.my 


Tq so much Best Western I-City Shah Alam



Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates