Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
Assalamualaikum
Fuh baru berkesempatan nak update entry tentang cuti-cuti bujet 2018 ke Genting Highland . Seingat aku dah lama gila tak datang ke Genting Highland ni , rasanya sebelum kahwin lagi .. Waktu tu memang meriah gila kat sini , ada patung dinasour , taman tema indoor dan outdoor dan cuaca sejuk sangat waktu tu , memang best la tapi sekarang segala taman tema masih lagi belum siap sepenuhnya
Sebab utama aku datang sini adalah bila husband cerita tentang kawan dia pergi Genting naik cable car , haaa lepas tu terus excited nak try juga sebab sebelum ni aku tak tahu pun kewujudan cable car ni haha maklum lah tak terasa pun nak pergi Genting , then terus search bagaimana cara nak ke Genting dengan cable car ni

Search punya search terjumpa dua tempat , Genting Cable Car dan juga Awana SkyWay , confuse pulak nak naik yang mana satu , tapi rupa-rupanya Genting Cable Car dah lama tutup dan di ganti dengan Awana SkyWay yang terletak di Genting Premium Outlet (GPO) , so korang boleh parking kereta di GPO dan naik tingkat paling atas sekali untuk naik cable car ni , parking kereta kat sini murah je . Korang boleh pilih sama ada nak park dalam GPO atau parking luar.
Excitednya nak naik cable car ni woih , walaupun sebenarnya aku ni gayat jugak , Rayyan pun sebenarnya gayat juga tapi aku harap dia okay okay je , tapi sebelum naik sempat lagi fikiran jahat aku duk merapu dalam kepala otak kot - kot jadi macam di Langkawi hari tu , dush ! Terus tampar diri sendiri .. haha InshaaAllah selamat , baca doa banyak-banyak heee
Baca Juga : Pengalaman Menginap di Hotel Swiss Garden Genting
Baca Juga : Pengalaman Menginap di Hotel Swiss Garden Genting
Let's Go !
Tak susah pun nak cari stesen cable car ni , merata signboard tunjuk hehe so mudah sangat , konfirm tak sesat punya .. Kat sini nanti kita turun balik untuk cuci mata k , kita naik cable car dulu ke Genting World , harga terbaru untuk naik cable car murah sangat uols dari korang pergi dengan kereta tu haa , save minyak kereta , dapat pula pengalaman naik cable car , anak-anak pun mesti happy
Macamana nak beli tiket ? Mudah sangat dengan teknologi moden sekarang ni ye , ada beberapa kiosk tiket layan diri kat sini .. Tak reti ? alahai semua step dah ada situ , sangat mudah ! If masukkan duit dalam jumlah besar pun mesin ni tak telan duit uols , baki akan di pulangkan .. Dont worry :p
Harga tiket AwanaSky 2018 untuk dewasa dan jugak kanak -kanak : RM8.00 seorang
Jika anak - anak 90cm ke bawah , FREE je so hari tu kitorang beli terus tiket pergi dan balik , semuanya RM16.00 - Rayyan free of charge , tinggi dia ngam-ngam 90cm hihi
Oh ye ada satu cable car lagi RM50 , tapi yang tu lantai cermin kaca , so korang boleh nampak terus la ke bawah ~ weh tobat taknak , cable car biasa pun kecut urat kentut haha
Jika anak - anak 90cm ke bawah , FREE je so hari tu kitorang beli terus tiket pergi dan balik , semuanya RM16.00 - Rayyan free of charge , tinggi dia ngam-ngam 90cm hihi
Oh ye ada satu cable car lagi RM50 , tapi yang tu lantai cermin kaca , so korang boleh nampak terus la ke bawah ~ weh tobat taknak , cable car biasa pun kecut urat kentut haha
Cable car ni akan selalu bergerak walaupun korang nak masuk , tapi tak payah lah takut atau pun risau sangat , gerakan tu macam slow motion je dan ada pengawal yang jaga kat sini . Keselamatan sangat di titikberatkan .. Memandangkan kitorang datang awal pagi , memang syok la sebab tak perlu bersesak atau ramai-ramai dalam cable car ni , hari tu aku , suami , Rayyan dan satu penumpang lain .. cishkek sempat gak dia naik sama haha
Pemandangan waktu pagi memang kabus tebal betoi , tak berapa nampak sangat .. Haa si suami pulak suka menyakat eee geram pulak aku , lepastu tetiba muncul cable car dari arah sana haha kalau ada background music seram memang terkucil la , tapi sebenarnya biasa je ni , sebab pernah naik cable car yang kat China tu lagi teruk hoi aku naik tutup mata , dengan pintu nya takde , macam naik buaian atas langit haha yang tu takut teruk .. !
Rayyan macam biasa lah dia , nasib baik tak nangis nangis cable car sebab dia tak nampak ke bawah , pernah aku bawak dia naik roller coaster punyalah mengamuk takut haha bukan roller coaster yang laju pun tapi okaylah good boy !
Dalam perjalanan ni ada satu lagi stesen yang korang boleh turun , mana lah tahu nak jalan-jalan ke kan iaitu Chin Swee Station , kat sini ada temple .. sejenis aku pulak kelam kabut , ingat kan dah sampai punyalah siap sedia nak turun haha gelabah biawak sangat mok mung ni Umi !
So kalau korang nak tanya tentang theme park indoor dan outdoor dah bukak belum , memang tak bukak lagi uols . Tengok gambar kat bawah ni haaa progress yang tengah berlaku sekarang . Tak tahu lah ni bila akan siap , nampak macam gempak ooo .. Orang kata hujung tahun 2018 akan siap , tak tau lah tu camno heheh
Arrived !
Akhirnya sampai sudah , dalam 10 - 15 je ke atas puncak ni , terus masuk dalam shopping mall baru ni - Sky Avenue , so far kat sini aku just jalan-jalan window shopping je , if nak dapat harga murah baiklah korang shopping di GPO , sebab GPO ni harga lebih murah dari tempat lain .. Kedai-kedai makanan kat sini pun banyak tapi kalau korang kaya bolehlah makan , aku cuti-cuti bujet siap bawak bekal hahah , roti pastry biasa pun dalam 8hinggit sebiji uols , mari lah kita berhuhuhu ~
Berbanding dengan dulu , banyak gila perubahan di Genting ni ek , cuaca pun tak berapa sejuk sangat even aku pergi belum waktu tengahari .. Memang rasa sejuk tu tapi tak sampai tahap kena pakai sweater . Aku pakaikan sweater untuk Rayyan kot-kot dia sejuk haha tapi takpelah kedinginan tu tetap ada .. Nape ek macam tu ? sebab hutan dah banyak kena cantas yek ..
So yeah tercapai misi nak naik cable car , even takde benda nak di teroka sangat sebab theme park semua off but its okay la untuk merasa pengalaman naik cable car , sambil-sambil tu boleh amik-amik gambar . Masa aku pergi hari tu ada persembahan dragon sempena raya cina , dah boring apa semua kitorang pun turun balik ke GPO ..
Pernah pergi sekali di Johor Premium Outlet (JPO) , memang harga boleh dapat lagi murah , sebab pernah beli Vitoria Secret harga memang berbaloi .. Kat sini takde apa pun beli sebab niat pun bukan nak datang shopping hihi saje jalan-jalan di tempat sejuk .. So if korang memang kaki shopping datang lah kat sini okay ..
Ada jugak playground untuk budak-budak
Acah-acah di oversea lah sat ~
Hati Berbicara :
Alhamdulillah dapat pengalaman baru , next nak pergi mana pulak ye haha .. amboi ~ so korang jangan lupa rasai sendiri pengalaman naik cable car AwanaSky ok ..
Comments
salam dari umifuzy.com
saya juga yang tak sampai2 lagi dekat genting highland nih