facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum

Rumah korang banyak tak serangga macam semut, lipas, cicak, lalat dan sewaktu dengannya ? Sebab rumah qaseh ni paling geram dengan semut tau, sebelum ni tak kronik sangat tapi sekarang makin menjadi-jadi pulak haaa, eh buat macam rumah sendiri pulak kan.

Bengang jugak lah sebab depa siap berenang-renang lagi dalam air masak tau tak, so memang kena juga ada produk untuk halau serangga dalam rumah ni, tips-tips dan petua pun ada, tapi tak kuasa lah sis nak guna petua segala sebab jumpa method lagi mudah hanya guna produk SWiPEL Serai Wangi AFY Haniff, katanya memang berkesan untuk halau serangga dalam rumah, halau semut, lipas, cicak dan sewaktu dengannya dan juga kereta.

Sebelum nak guna produk untuk halau serangga ni, korang kena pastikan ia selamat tau, sebab boleh jadi bahaya pada anak-anak kita walaupun anak kita bukan serangga hihi. Bila baca bahan kandungan SWiPEL Serai Wangi ni sangat okay sebab ia tak beracun dan selamat untuk digunakan dan paling best ia mampu membunuh 99.9% bakteria. Zaman-zaman covid19 ni memang kena extra care lah

Walaupun selamat untuk mengelakkan alahan atau bau di tangan, boleh lah korang menggunakan sarung tangan untuk memudahkan pencucian atau korang boleh cari cleaning supplies yang bersesuaian


SWiPEL Berwajah Baru !!!

Qaseh rasa ramai dah guna SWiPEL ni sebelum ni sebab SWiPEL ni dulu dikenali sebagai Serai Wangi AFY Haniff je tapi sekarang dah ditukar nama sebagai SWiPEL Serai Wangi AFY Haniff, so tetap sama cuma rebranding balik, kan lebih senang nak sebut, SWiPEL haa kan senang tu

 

Kelebihan Produk SwiPEL

  •  Penggunaan 2 dalam 1 iaitu untuk menghalau serangga dan juga membersih
  • Mampu menghalau serangga dengan penggunaan yang konsisten
  • Bau yang menyegarkan, anti kulat, antibakteria, antiseptik, aromaterapi dan hilangkan bau yang tidak menyenangkan
  • Saiz kecil dan mudah untuk digunakan
  • Selamat digunakan pada perabot, sofa, dapur, fabrik, tilam, sofa dan juga tumbuhan
  • Mengandungi pati serai wangi yang bertindak menghalau serangga dengan semulajadi
  • Bebas DEET yang tinggi toksik dan membahayakan pengguna dan alam sekitar.

 SWiPEL Kitchen Cleaner

Dalam banyak-banyak rangkaian produk SWiPEL ni mesti ada yang qaseh paling suka, hee so tadaaa, qaseh paling in love sangat dengan SWiPEL kitchen cleaner ni, bukan setakat halau serangga dan  mudah untuk digunakan je tau tapi ia mampu membersih dapur,caraya  hanya goncang-goncang dan spray pada permukaan yang kita nak. Qaseh spray je semua tempat :p  

Seriously bau dia memang wangi gila waktu spray tu, tapi bila biar beberapa saat dan lap dengan kain kering, memang menyegarkan dapur qaseh, biasalah lepas masak memang macam-macam bau ada kan, so lepas masak wajib spray di semua surface sekali dengan dinding-dinding sekali daku spray haha nyamannnn banget, hilang bau yang tak diingini.

Selain tu, SWiPEL kitchen cleaner ni juga boleh spray di sofa, tilam, fabrik dan tumbuhan cuma kena tambah sedikit air. Memang pelbagai fungsi, untuk menghalau serangga, membersih dan menghilangkan bau yang kurang best. So bolehlah hilangkan bau-bau hapak, kadang bau hapak ni sebab sofa ataupun fabrik yang menyerap peluh.

SWiPEL Floor Cleaner


Dah ada untuk dapur, wajib ada untuk lantai, tempat yang paling penting dalam rumah yang memang wajib bersih, serious zaman virus Covid19 ni memang kena extra care bab-bab pembersihan rumah sebab yelah kita mana nak nampak bakteria segala bagai ni kan, kalau nampak senang, boleh bunuh je terus haa

Dengan Fungsi 99.9% Anti-Bakteria 

Lantai rumah lah paling nak kena jaga lebih kan, sebab memang tempat yang selalu anak-anak kita main, bergolek, berguling dan sebagainya, tapi rasa lebih selamat bila qaseh dah mop lantai guna SWiPEL Floor ni sebab mampu membunuh hingga 99.9% bakteria. Risau sangat dengan keadaan sekarang hurmm, tapi bila adanya fungsi anti-bakteria ni, rasa lega dan selamat.

Untuk mop lantai, biasa qaseh suka pakai mop macam ni, ada fungsi spray haha nak juga spray-spray macam SWiPEL Kitchen Cleaner kan, tapi serious mudah. Jadi untuk mop, macam biasa lah kena campur air, boleh juga kalau macam nak guna pati tapi qaseh lebih suka campur air, nanti cepat habis :p 

                                 Ni qaseh dah campur dengan air, wow macam air oren gais, jangan minum pulak :p

Bila lepas mop terus rasa segar je rumah, bau-bau yang tak diingini pun hilang  sebab dah di atas dengan bauan serai wangi.,serangga-serangga pun takut nak melintas heheh bye bye semut !! Selain tu banyak lagi tau rangkaian produk SWiPEL ni, semua ni memang korang boleh gunakan dirumah untuk menghalau serangga.

Rangkaian Produk SWiPEL yang wajib dicuba 

 SWiPEL Anti Tikus

Rumah qaseh alhamdulillah so far takde tikus, biasa rumah kampung ramai tikus kan, binatang yang sangat bahaya, so memang kena halau cepat-cepat sebelum beranak pinak. SWiPEL Anti TIkus ni bukan untuk membunuh ye, tapi untuk menghalau, so korang boleh letak di tempat-tempat tertutup dan di laluan dia lah, bau memang kuat dan tajam, inshaAllah ''CIKTI'' akan lari lintang pukang dari tempat tersebut

SWiPEL Anti Lipas

Dalam banyak-banyak serangga, qaseh rasa lipas paling orang benci haha, bila dia duduk diam okay lagi tapi bila dia dah mula terbang, dah bukan lipas namanya, boleh jadi tetiba terkeluar BAB-1 haha sabo je la. Boleh letak dalam tempat tertutup seperti dalam kabinet kitchen dan laci-laci tempat lipas menyorok, paling bengang bila dia berak tu fuhh busuk naww !

SWiPEL Anti Lipas dan Anti Tikus ni berbentuk kiub kayu, tapi dia tak mengecut walaupun bau dah dilepaskan dan bertahan selama dua minggu di tempat tertutup. Jangan risau ia mudah dilupuskan.

SWiPEL Anti Lalat - Serai Wangi dan Pandan Repellent Candle

Untuk masalah lalat, haaa ajak depa ber candle light dinner bagi mereka pening, comel nya lilin ni tapi bukan lilin biasa-biasa tau, ada dua haruman, yang hijau bau pandan dan yang merah bau serai wangi, pandan pun boleh hilangkan bau hapak-hapak tau, so kalau takde lalat pun boleh je pasang lilin ni bagi haruman segar dalam rumah

 SWiPEL Hanging Insect Repellant 

Okay untuk yang ni korang boleh gantung dalam rak kasut, dalam almari, errr dalam kereta kalau korang jenis tahan bau okay kot tapi bukan setakat lipas pening, sis pun pening haha bau dia agak kuat so better letak dirumah, dalam almari kasut dan baju or nak gantung didapur pun boleh. 

Cara guna pun sangat-sangat mudah, bila korang beli boleh rujuk cara-cara yang ada pada produk okayh, so far qaseh guna ni sangat membantu, membersih, menghalau serangga dan yang pasti ianya selamat, halal, 100% bumiputera,ada ISO,GMP dan HACCP, bebas dari bahan kimia dan semulajadi. Yang paling best anti-bakteria dan of course anti-serangga heheh. 

Mana nak dapatkan SWiPEL Serai Wangi Afy Haniff ni, korang boleh dapatkan di Tesco, Mydin dan juga boleh dapatkan secara online sahaja, musim Covid19 ni mari lah kita shopping online ye. More info boleh tekan-tekan link di bawah :


Website: http://afyhaniff.com
Facebook: https://www.facebook.com/AFYconsumer/
Instagram: https://www.instagram.com/afyhaniff_consumer/
YouTube: AFY HANIFF
Review Keyboard Actto Mini Bluetooth | Assalamualaikum and holla gais, sihat ke tu ? Hari ni nak review keyboard baru hahahaha beli lagi ye ~  Haippp biasa dia ni ! Sebenarnya lama dah beli, cuma baru ada kesempatan nak share, kali ni aku beli Keyboard B303 Actto Retro Mini Bluetooth. Apa yang best tentang keyboard kali ni  ? Haaa baca la lagi plishh ~

Apa yang best tentang Keyboard Actto Retro Mini Bluetooth ni, hurmm i think semua memang fungsi sama untuk memudahkan menaip kan tapi bezanya memudahkan atau tidak, sedap menaip atau tak ? Tapi disebabkan qaseh hanya membuat kerja menggunakan ipad, qaseh tertarik dengan keyboard ni sebab ia memang sangat sesuai untuk ipad sebab kelebihannya adalah ada ruang untuk letak ipad.

Biasanya kalau qaseh penat buat kerja di meja, qaseh akan angkut stand ipad dengan keyboard sekali, tapi macam aishhh banyak pulak benda nak kena angkut sana sini, bila dengan keyboard ni nah senang, letak je ipad kat situ, terus boleh angkut bawak ke depan tv, buat kerja di sofa, buat kerja atas katil, buat kerja dekat meja makan so dah tak payah nak angkat sekali stand ipad bagai. Nice kan ? 

Look at this, oh my new baby ~ 

Hari tu qaseh dah lama tengok keyboard ni, tapi qaseh tengok yang mahal so kuburkan lah niat tu sebab harga keyboard yang mahal tu dalam Rm300-Rm400 macam tu, phewww memang takla ku nak beli keyboard semahal itu, baik aku beli makanan hahahaha (saya cheapskate orangnya) 

Then qaseh tengok member blog unboxing keyboard Actto ni, perghh rupanya ada juga keyboard yang macam qaseh nak tu tapi versi murah sikit, haaaaa kenapa selama ni tak perasan ada ek haha, apo lagi bodek laki la hikhik, duit laki adalah duit isteri :p so qaseh terus beli di shopee lah, senang weh ~ for now shopee bagi qaseh tetap no 1 untuk ku shopping, semua benda ada. No 2 adalah tiktok hahah yang ni racun baju-baju woi, penat teracun !

Qaseh beli kat sini, antara yang termurah la, cuma dari oversea so kena tunggu lambat sikit lah, lambat tak lambat sangat dalam seminggu je,  takpe-takpe kita sabar menunggu. Semestinya qaseh pilih warna pink, unfortunately takde pulak jual keycap untuk keyboard Actto ni, baru berangan nak tukar-tukar keycap dia sebab warna putih aje, tapi takpelah janji ada warna pink 

Order : 19 disember 
Delivered : 25 disember 

Qaseh nak bandingkan dengan keyboard Ajazz yang qaseh pernah beli di sini , dua-dua bagi qaseh best dan smooth sangat untuk menaip, keycap smooth and soft je. Untuk bunyi keycap ni, keyboard Ajazz lagi soft dan tak kuat sangat bunyi (btw sangat slow je bunyinya bila tekan) so kalau korang tak suka bising atau ada anak kecik yang pantang dengar bunyi bising, qaseh sangat-sangat syorkan keyboard Ajazz lah (the winner) 


Baca juga —> Keyboard Ajazz Yang Super Smooth

Bab bunyi, keyboard Ajazz menang, fungsi pulak, keyboard Ajazz ada beberapa fungsi yang okay dengan ipad, tapi keyboard Accto ada yang tak boleh guna, contohnya button untuk print screen tak boleh guna, sebab qaseh dah explore memang tak jumpa cara dia hihi but never mind lah, bukan masalah besar. 

Bab design pulak, both qaseh suka, Actto Keyboard design dia ala-ala mesin taip zaman dulu, retro gitu , cuma bab warna qaseh lebih suka Ajazz juga sebab ianya ada keycap yang colourfull, warna warni gitu so nampak sangat ceria, keyboard Accto pulak 2 warna sahaja, body warna pink dan keycap white tapi banyak pilihan warna yang korang boleh pilih, semuanya warna pastel, ada mint green, cream dan lain-lain. Boleh tengok di link

Beli di sini —> Keyboard Actto Retro Paling Murah

Oh ya satu lagi qaseh suka sebab ia laju je connect dengan ipad, takde masalah tersekat-sekat ke apa, so far okay sangat, just connect melalui bluetooth je, specification keyboard ni tak boleh nak share sebab buku manual dah hilang hahaha alah korang beli nanti pandai-pandai lah baca ye 

Bagaimana cara connect Actto Keyboard dengan Ipad 
On dulu bluetooth ipad korang then tekan keyboard ‘ESC’ dan ‘E’ di keyboard Actto, akan menyala lampu biru, then Ipad korang akan keluar notifikasi untuk pair, so just taip je nombor yang keluar, selesai ! Next time bila nak connect just on bluetooth je. 

Keyboard Actto guna bateri je gais, tak perlu susah-susah nak cas, lama juga tahan baterinya, sejak beli keyboard ni tak tukar lagi bateri baru, so jimat di situ

Bukan untuk ipada sahaja, sesuai untuk semua device termasuk smartfon ! 

Overall, qaseh suka je guna keyboard Yunzii Actt B303 ni, bunyi tak terlalu kuat, siapa yang suka bunyi keyboard pasti akan suka je, bagi semangat nak menulis hahaha semangat aku je hilang tah pergi healing ke mana ~ dan yang penting memudahkan untuk ku angkut ke mana-mana. Okie adios ! Tq kerana sudi membaca.

Macam biasa ~ ada pertanyaan lanjut, drop je komen ~ 



 Assalamualaikum
 
Sekarang ni qaseh perhati ramai anak muda dah ada kesedaran untuk membeli emas, macam qaseh sendiri sebenarnya dari dulu tak minat pakai emas, tapi rupanya bodoh sangat sebenarnya ya haha benda lain sanggup membazir tapi emas ni waktu-waktu terdesak boleh jugak dapat pulangan balik untuk kita
 
Hari ni qaseh nak kongsi kedai emas murah yang korang boleh beli iaitu di Kedai Emas Hajjah Halijah. Kadang kita pening kan kenapa kedai emas ni harga berbeza-beza tapi yang pastinya kita akan cari kedai emas yang paling murah dan lagi best tanpa harga upah, emas ni lagi mahal bila ditambah dengan harga upah ye, kadang beratus-ratus hanya harga upah je haa
 
Kedai Emas Hajjah Halijah

 
Kedai emas Hajjah Halijah ni ada 3 cawangan di Kangar, Perlis dan Sungai Petani, dan kedai Emas Hajjah Halijah ni lain sikit dari kedai-kedai emas yang biasa qaseh dengar sebab siap ada pakej menabung lagi, bagi korang dan qaseh sendiri la kan yang nak beli sedebuk tu tak mampu, boleh ambil pakej menabung, menarik kan, ada dua pakej yang korang boleh pilih
 
2  Tempoh Menabung di Kedai Emas Hajjah Halijah
 
1. Tempoh 1 : 6 Bulan
 
Terma dan syarat
 
- Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk ahli tabungan yang baru
- Tempoh menabung hanyalah 6 bulan sahaja
- 3 pilihan pakej yang disediakan
 
1. Pakej GOLD : RM200/ bulan
2. Pakej Diamond : RM500/ bulan
3. Pakej Platinum : RM1000 / bulan
- Layak mendapat pemotongan sebanyak RM10 daripada harga pasaran semasa mendaftar pakej menabung
- Barang yang hendak ditebus tidak boleh lebih atau kurang dari jumlah tabungan
- Jika barang yang hendak ditebus adalah melebihi jumlah tabungan, berat selebihnya akan mengikut harga semasa
- Barang hanya boleh ditebus setelah tamat pakej menabung
- Bayaran wajib dilakukan setiap bulan, jika ada bulan yang terlepas untuk membuat pembayaran, automotik harga akan dikira seperti biasa
- Jumlah tabungan tidak boleh ditukar dengan wang tunai
- Anda dibenarkan untuk menyertai lebih dari satu pakej
- Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak Kedai Emas Hajjah Halijah
More Info : https://halijahjewels.com/pakejpenabungan/ 
 
Jangan risau ye, kedai Emas Hajjah Halijah ni memang trusted seller, dah lama dan dah ada 3 cawangan dah haa. Oh ye kalau korang jauh sangat tapi nak beli di kedai emas ni, jangan risau ye, korang juga boleh beli secara online, gerenti selamat.

Bila beli emas ni memang tak rugi tau korang sebab emas boleh di jual semula jika terdesak. Emas ni perhiasan yang tidak akan merugikan korang, bila pakai ia mencantikkan diri wanita, bila ada masalah duit, ia boleh di gadai atau di pajak di pawn shop yang di percayai 

Apa itu Enamel ?
 
Qaseh sekarang minat betul tengok orang kumpul charms emas, yang gelang style pandora tu, tapi ni pandora emas ye, atau dikenali sebagai Masdora. Macam-macam bentuk dan corak yang ada. Fuhhh kurus semangat haha, selalu jugak qaseh tunjuk dekat suami pastu dia cakap kenapa ada cat, warna-warni bagai, tak rugi ke beli yang macam tu, adehhh geram sis.
 
Btw, charms tu semua ada collector dia tau, kalau jual prelove pun still berbaloi sebab ramai je yang suka kumpul charms tu, boleh je letak harga tinggi dan masih berbaloi. Cat tu sebenarnya adalah enamel
 
Enamel ni sejenis cat yang diletak pada emas untuk menambah seri dalam set masdora, cantiklah sikit warna warni, dia bukannya sedebuk tu cat, hanya lapisan nipis je.
 
Sebelum ni ada emas chrome kan, so sekarang style ada enamel ni haa, kesan dia tidak mempengaruhi ketulenan emas 916.Ia masih kekal sebagai emas 916, enamel ni sekadar memeriahkan lagi dan bagi emas tu lagi berseri-seri mengikut trend zaman kini.
 
Kenapa EMAS penting? Apa kelebihan membeli emas ?

 
1. Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dan kukuh
 
2. Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yang ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yang semakin hari semakin jatuh
 
3. Emas merupakan pelaburan yang terbaik untuk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji, kerana nilai emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi)
 
4. Mudah untuk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia
 
5. Aset yang mudah untuk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.

Meh nak cuci mata korang sikit, antara design-design emas yang ada di kedai Emas Hajjah Halijah, memang berpinar bijik mata woiii, ada yang besar ada yang kecil, segala jenis apa yang korang nak, nah boleh pilih mana hat berkenan okay, hulur je duit tu haha. 






More Info :
Website - https://halijahjewels.com
Facebook : https://www.facebook.com/kedaiemashajjahhalijah
Telegram : https://t.me/s/kedaiemashajjahhalijahsb?before=1257
Instagram : https://www.instagram.com/kedaiemashajjahhalijahsb/




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The Lemon Tree Cafe, Nikmati Dessert & Pastries Dalam Kebun Lemon | Assalamualaikum & holla korang, nak citer la sikit walaupun lama tak lama jugak la berlalu, qaseh ada lepak di The Lemon Tree Cafe di Tropicana, Petaling Jaya. Suka sangat vibes dalam cafe ni, ala-ala dalam kdrama pulak, al-kisah tempoh hari lepas event, diorang (geng kbba) ajak lepak cafe ni, qaseh tak pernah tahu pun kewujudan cafe ni, so okay boleh la lagi pun lama tak lepak dengan kawan-kawan blog. Masuk-masuk je wah……


Lupa nak ambil banyak gambar sebab tak rasa nak dicoretkan dalam blog, tapi i have no idea right now so boleh la di jadikan satu cerita kenangan gitu, dari luar memang cafe ni vibes dia ala-ala dalam tempat tanaman pokok-pokok macam tu tau, tapi bila masuk je dalam cafe ni terus mata tertumpu pada sebuah pokok lemon yang besar di tengah-tengah cafe. 


Lighting dalam cafe ni memang padu, so gambar korang akan sentiasa cantik dan feloles sangat, dekorasi dalam cafe ni memang natural, tingkap kaca tinggi dan silih kubah so cahaya matahari memang direct terus, tapi jangan risau tak panas, ada aircond okay. 

Cafe ni tak besar sangat dan tak serabut, vibes tenang-tenang, staff bagus tak pandang jelik, peramah je so far, walaupun kami datang sibuk ambil gambar dan acah-acah buat video dulu, order pun belum haha biasalah chuols, gambar penting ! 

So biar gambar berbicara ~ 

Dekorasi 





Rupanya cafe ni baru lagi open dan viral di tiktok, balik tu baru qaseh search tentang cafe ni hehe, okaylah not bad, surrounding yang cantik dan tenang, yang penting bukan sekadar cantik je, dessert and pastries yang qaseh cuba memang semua sedap gila, no komplen ! 

Instagrammable Cafe !

Memang setiap pelusuk lah sis nak bergambar, haha siapa tak suka bergambar korang sebenarnya rugi :p takde kenangan tercipta untuk anak cucu cicit, bab bergambar ni tak perlu malu pun, sekarang zaman canggih, coretlah sedikit kenangan untuk di kenang. Kalau macam dulu lagi lah susah, semua pakai kodak, sekarang di hujung jari ~ 

Lah tiber bebel.. Layankan je la ~ gambar-gambar kepoyoan ini. Oh ye kalau korang ke Melaka boleh singgah di Cafe Markisa 





Menu : Delicious Dessert & Pastries 

Menu di The Lemon Cafe ni, kebanyakannya dessert & pastries, tak sure pulak makanan lain, rasanya konsep cafe ni macam tu lah, sorry tak tengok sangat menu lain hihi

Dan korang boleh menikmati pelbagai minuman disini, ada kopi, teh, dan lain-lain lagi ~ 


Zesty Lemon Mousse Ball


Tarte de Fraise


Pistachio Crumble Cake


French Butter Croissant with Lemon Mousse




Hurmm nasib baik cafe ni jauh dari rumah qaseh, kalau tak boleh selalu ngedate kat sini, recommended cafe untuk korang, jujurnya qaseh suka lepak sini, ajak kawan-kawan, spend time dengan family, dating dengan husband, chill sorang-sorang pun okay, why not kan ? 

Thank you Kak Azni sebab dia yang cadangkan, so ni lah geng mak jemah haha tq Huda & Nad sebab tolong snap kan video dan gambar, see uols again :’) tq sudi luangkan masa yang berharga itu. 



Pantang jumpa cermin ek ~ 


More Info :

View this post on Instagram

A post shared by Qaseh Dalia 🇲🇾 (@qasehdalia)


Boleh layan reels kami ~ 
Instagram : https://www.instagram.com/thelemontree.my
Address: Ground floor, Menara Lien Hoe, 8, Persiaran Tropicana, Tropicana, Petaling Jaya.
Opening hours: Everyday, 8 am – 6 pm.





Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates