facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum, 
 
Bila Ramadan tiba jangan di lupa pada mereka yang tidak berkemampuan, bulan mulia inilah bulan untuk mencari pahala berpanjangan, betul tak ? Hai korang, baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis iftar bersama anak-anak yatim di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. 


Kalau korang nak tahu, RMHC selalu membantu dan menganjurkan majlis untuk meraikan mereka-mereka yang tidak berkemampuan. Kali ni, majlis iftar yang diadakan adalah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).



Alhamdulillah, seramai 120 orang anak yatim sekitar Lembah Klang diraikan dalam majlis iftar yang berjalan lancar, makanan pun sangat sedap. Terpancar kegembiraan di wajah mereka, sebak bila tengok anak-anak kecil macam ni, so bersyukur lah jika korang masih punya mak ayah, hargai mereka sebaiknya dan kalau ada rezeki lebih boleh membantu anak-anak ini sekikhlas mungkin


Selain itu, majlis diberkati dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri untuk menyampaikan tazkirah. 


RMHC Malaysia sentiasa komited menjalankan dan menyokong pelbagai inisiatif demi kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan di negara ini. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, memang tradisi setiap tahun, RMHC akan meraikan anak yatim dengan majlis berbuka puasa dan sumbangan untuk persiapan Aidilfitri.

“Itulah cara kami meluaskan capaian kami dalam mendekati lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan dan pihak yang turut mempunyai komitmen yang serupa dengan kami melibatkan kesejahteraan kanak-kanak”, kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia, merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
 
Sumbangan Duit Raya dari Dana Wakalah MAIWP
 
Alhamdulillah, dalam majlis yang sama, McDonald’s Malaysia turut memberikan duit raya kepada anak-anak yatim berjumlah RM100 setiap seorang dari dana wakalah zakat MAIWP. 

Sumbangan Wang Tunai kepada Rumah Kebajikan
 
Qaseh juga turut menyaksikan penyampaian sumbangan wang tunai kepada tiga buah rumah kebajikan anak yatim terpilih di Lembah Klang iaitu Pertubuhan Nur Kasih Bestari, Rumah Permata Hatiku, dan Rumah Anak Yatim Al-Sagoff.
 



Setiap rumah kebajikan anak yatim menerima sumbangan wang tunai bernilai RM5000 bagi meringankan beban pengurusan terutamanya untuk tujuan persiapan menjelang Aidilfitri nanti. 


Tambah dato’ Azmir lagi, “Kedatangan Ramadan amat ditunggu-tunggu untuk kita semua memperbanyakkan amal jariah dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Besar harapan kami agar majlis berbuka puasa hari ini dan sumbangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim yang hadir memberi keceriaan kepada mereka.”
 
Bab bersedekah ni, kita pun boleh buat juga, tak perlu punya nilai yang banyak, walaupun sedikit dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain. Haa kalau korang suka makan di McD, pasti korang biasa nampak ada tabung sumbangan di kaunter cashier kan, dari sumbangan itu juga lah mengalir pada mereka-mereka yang memerlukan.
 
Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu, RMHC Malaysia merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan segenap usahanya kearah kesejahteraan  kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, sejumlah besar dana RMHC Malaysia datang dari McDonald’s Malaysia.


RMHC turut menerima dana daripada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu prihatin bagi pelaksanaan program-program utamanya yang berteraskan Kebajikan, Kesihatan dan Pendidikan. Memang banyak tau korang, sumbangan dan majlis yang di lakukan oleh RMHC, kalau korang nak tahu boleh goole tentang RMHC ni okay. 
 
Qaseh bersyukur dapat sama-sama meraikan anak yatim di majlis iftar yang diadakan. Syabas dan tahniah buat RMHC dan semua yang terlibat dalam memastikan majlis ini berjalan lancar. Semoga anak-anak yang mulia ini sentiasa berjaya di dunia dan akhirat dan sentiasa dilindungi Allah. 



 
Kejohanan Golf Amal 2022 Anjuran RMHC Kutip Dana Tertinggi | Assalamualaikum, baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri di sebuah majlis anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia di Tropicana Golf & Resort iaitu Kejohanan Golf Amal 2022 untuk mengumpul dana bagi program ‘Kembali ke Sekolah’

Ianya adalah satu usaha murni dalam mengumpul dana buat insan-insan yang tidak bekemampuan, barangkali untuk anak-anak kita juga

 

Kejohanan Golf Amal Kutip Dana Tertinggi Hampir RM500,000

 


Kejohanan Golf Amal tersebut telah berjaya mengumpul dana hampir RM500,000 untuk program tersebut, wow memang terbaik dan ia merupakan jumlah yang tertinggi pernah dikumpul sejak kejohanan golf bermula 

 

Dana yang dikumpul ini akan menjadi sebahagiaan daripada keperluan sekolah bernilai RM1.5 juta untuk diagihkan kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga B40 dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia

 

Kejohanan Golf Edisi ke-29 Membantu Kanak-kanak Yang Memerlukan 

 


Kejohanan golf tahunan tahun ini memberi tumpuan mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka yang memerlukan, RMHC Malaysia berhasrat untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, sejajar dengan teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan

 

Sehingga tahun lepas, hampir RM10 juta telah dikumpul untuk program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memberi impak positif kepada 100,000 kanak-kanak di seluruh negara 

 

Pemberian Pek Sekolah Untuk Meringankan Beban Kewangan 

 

Inisiatif yang sangat bagus, sambil main golf mereka mengumpul dana untuk menyediakan sumbangan kepada 25,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar di seluruh Malaysia dengan pek sekolah yang diisi dengan alat tulis 

 

‘’Kami berharap pengagihan pek sekolah itu dapat meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak ketika permulaan tahun persekolahan baharu bermula. Kanak-kanak ini layak memulakan tahun persekolahan baharu dengan kegembiraan, keterujaan dan motivasi.” Kata Dato/ Azmir Jaafar, Presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia) merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia

 

“RMHC Malaysia percaya bahawa pendidikan adalah hak asasi setiap kanak-kanak. Dengan bantuan kewangan dalam bentuk pek sekolah ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian kepada pendidikan dan terus mengasah kreativiti dan pengetahuan mereka, untuk mencapai potensi sepenuhnya,” tambah Dato Azmir Jaafar

 

Penyampaian Geran Perubatan Untuk Tabung Pesakit Yang Memerlukan Bantuan 

 

Majlis tahun in lebih istimewa dengan penyampaian geran perubatan kepada empat tabung kebajikan di hospital terpilih iaitu 


1. Yayasan Institut Jantung Negara (IJN)



2. Tabung Pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia USM



3. Tabung Pesakit Hospital Tunku Azizah (HTA)


4. Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM

 

Geran ini akan diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 1 hingga 18 tahun yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan perubatan atau untuk membeli peralatan perubatan atau ubat-ubatan 

 

Untuk info korang, RMHC telah menyediakan geran perubatan kepada dana kebajikan kanak-kanak sejak 2018 lagi yang berjumlah kira-kira RM470,000 setakat ini

 

Alhamdulillah, terharu dan bangga dengan mereka-mereka yang terlibat dalam sumbangan amal ini, sekurangnya penerima dapat mengurangkan beban-beban mereka yang perlu ditanggung. Tahniah buat RMHC Malaysia dan semua penderma dalam memberi sumbangan ini



 

 

ABX Express dijenamakan semula sebagai KEX Express | First of all tahniah diucapkan buat ABX Express yang sudah lama bertapak di Malaysia, rasanya semua tahu tentang perkhidmatan kurier ABX Express ni kan dan jarang qaseh dengar kontroversi-kontroversi yang tak best dari ABX Express.

Untuk info semua, ABX Express sememangnya sudah lama di Malaysia, kira-kira sudah 38 tahun, wah bukan jangka masa yang pendek ye dan baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri di majlis penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express, meriah dan happening !


Diperbadankan pada tahun 1984 di Malaysia Timur, ABX Express adalah jenama tempatan yang mengkhususkan kepada penghantaran capaian akhir (last mile) dalam pasaran domestik, pada tahun 2015, syarikat ini menjadi sebahagiaan daripada Kerry Logistic Network, sebuah syarikat logistik antarabangsa yang terbesar di Asia yang tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong

Bila melibatkan perkhidmatan kurier ni, walaupun qaseh bukan seorang penjual, hanya sebagai seorang pembeli semestinya inginkan perkhidmatan kurier yang laju, bagus dan paling penting jujur dan bertanggungjawab mengerjakan amanah. Geram kan bila baca banyak kes parcel hilang ~ rosak dan sebagainya, so nak pilih  perkhidmatan kurier memang kena pilih yang betul-betul dan tidak merugikan.

Launching Session



Kenapa ABX Express dijenamakan semula ?


Kata Richard Lui, Pengurus Besar Kanan, KEX Express Malaysia “ Penjenamaan semula ini adalah satu peristiwa penting bagi kami. Penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express adalah kemuncak kepada peranan yang kami mainkan di bawah Kerry Logistics Network (KLN). Ia juga merupakan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF Group dan Kerry Logistics Network (KLN) pada tahun lepas. Gabungan ini membolehkan KEX Express memiliki akses pantas kepada rangkaian global KLN yang meluas dan set tawaran ekspress antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara-negara di Asia”
Menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Express ke Luar Negara 



Wah dengan kerjasama mereka ni juga secara tak langsung memberi manfaat kepada pelanggan, jadi lepas ni senanglah nak buat urusan penghantaran ke luar negara, kadang-kadang rumit juga proses nak hantar barang ke sana kan ? InshaAllah dengan perkhidmatan kurier KEX Express ni lagi memudahkan urusan pelanggan untuk meluaskan lagi perniagaan mereka di luar negara

Yang bestnya lagi, KEX Express menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspress antarabangsa ke lebih 225 negara dari Malaysia. Nah ! Buat pemilik akaun kredit sedia ada dan juga pelanggan yang datang ke mana-mana cawangan kedai KEX Express di seluruh negara boleh menggunakan perkhidmatan ini

“Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier express kepada rakyat Malaysia sejak 1984, dan rangkaian luas KLN Group, matlamat kami adalah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran express yang lancar dan mudah untuk syarikat-syarikat perniagaan, dan juga keperluan penghantaran peribadi ke destinasi-destinasi tempatan dan antarabangsa”- kata Richard Lui

3 Tumpuan Utama KEX Express 
Menurut Lui, KEX Express memberi tumpuan kepada 3 perkara :


  1. Pembayaran digital untuk Cash on Delivery (COD) dan Freight on Delivery (FOD)
  • KEX Express merupakan perintis untuk menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai bagi penghantaran ekspress tempatan
  • COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos
  • Untuk FOD digital pula, ia membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk membuat pembayaran untuk kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba
  • Tiada kuantiti minimum untuk jumlah bungkusan pos bagi pelanggan yang memilih pilihan pembayaran ini. Semua pelanggan yang datang ke mana-mana kedai KEX Express dialu-alukan untuk menggunakan tawaran ini

  1. Pusat Penjual (Seller Centre)
  • Pusat penjual merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual
  • Ia mengintegrasikan portal beli-belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express (cth : tempahan, pengambilan bungkusan, cetakan label jejak penghantaran dan pertanyaan kos dll.)
  • Ini membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (020) yang lebih lancar untuk klien KEX Express.


  1. Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation)
  • KEX Express ini dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery routing system) menggunakan algoritma dan data besar.
  • Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan.
  • Ini memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan, pada masa yang sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan KEX Express

Penjenamaan semula ini menyaksikan ABX Express berubah menjadi KEX Express dengan penggunaan LOGO dibawah dalam segenap aspek, termasuk papan tanda di semua kedai KEX Express di seluruh Malaysia dan juga lebih 2,500 trak penghantaran yang beroperasi secara harian di seluruh negara


Sedikit Sedutan Sewaktu Majlis Penjenamaan Semula Kepada KEX Express 





Alhamdulillah majlis berjalan lancar, meriah dan enjoy dengan segala aktiviti yang ada, last but not least qaseh ucapkan semoga lebih maju jaya dengan penjenamaan semula ini, pelanggan pasti akan gembira kerana perkhidmatan kurier sedikit sebanyak membantu perniagaan mereka




Bila servis kurier “padu” pasti semua akan suka !




Tentang KEX Express

  • Mempunyai kapasiti untuk mengendalikan 250,000 bungkusan setiap hari
  • Memiliki lebih 700 pusat perkhidmatan di seluruh negara
  • Lebih 3000 kakitangan yang menyediakan keperluan penghantaran ekspress kepada rakyat Malaysia
  • Mempunyai rangkaian paling meluas dalam industri penghantaran express di Malaysia Timur
  • Penghantaran meliputi semua negeri
  • Mempunyai lebih 130 pusat pengagihan
  • Penghantaran meliputi 99 % poskod utama di Malaysia

KEX Express Menawarkan Diskaun Promosi Untuk Domestic dan International Delivery 


1. Domestic delivery 
  • Send items from East Malaysia and West Malaysia, starting from RM4.99 only. Available to the first-time cutomers. Visit any KEX Express drop-off point near you. Terms and conditions apply

2. International delivery
  • Enjoy attractive rates to China, Singapore, Taiwan, Macau, Hong Kong, and many more international destinations. Visit your nearest KEX Express parcel shop/touchpoint, or get more details at my.kex-express.com


More Info :


Facebook : @kexexpressmy
Instagram : @kexexpressmy
Tiktok : @kexexpressmy


 Program Jualan Keluarga Malaysia di Aeon Big Danau Kota | Assalamualaikum and holla gais, korang pernah tak dengar tentang Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) ni? Qaseh sebelum ni pernah dengar tapi tak pernah berkesempatan untuk pergi tapi hari ni qaseh sempat singgah program ni yang diadakan di Aeon Big Danau Kota pada 13 dan 14 Ogos 2022.


Meriah ! Qaseh sampai je di parking, terdengar paluan gendang dari kumpulan kantandrumcircle, nasib baik sis tak naik angin dengar paluan gondang tu hihihi. Bagi yang belum tahu, ini bukanlah kali pertama Aeon Big bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL) 


Sekali lagi, pada13 Ogos 2022, Aeon Big bekerjasama dengan KPDNHEP untuk menjayakan Program Jualan Keluarga ini yang dirasmikan oleh Ybhg. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ybhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof bersama tetamu kehormat di Aeon Big cawangan Danau Kota

Bermulalaah Program Jualan Keluarga Malaysia selama dua hari yang bersempena dengan bulan kebangsaan. Bukan itu sahaja, pada hari yang sama juga melibatkan Program ConsumerFun Ride (PCFR) iaitu program yang  melibatkan pelepasan konvoi  300 buah motosikal ‘Kembara Fun Ride’  dari Stadium Cheras, Kuala Lumpur oleh YB Dato’ Haji Kamaruddin Bin Jaafar (ahli parlimen Bandar Tun Razak)

Selain itu, program ni memang meriah dengan aktiviti paluan gondang, aktiviti cabutan bertuah dan juga nyanyian dari artis jemputan.


Berbalik pada PJKM, dengan kerjasama dari empat belas pemain industri utama di WP Kuala Lumpur, PJKM kali ini akan menawarkan barangan seperti ayam dan sayur-sayuran, makanan laut dan barangan keperluan asas yang lain seperti gula, tepung, beras, minyak masak, barang makanan proses dan lain-lain dengan harga yang lebih rendah dari harga barangan setempat 

Pengalaman Join Program Jualan Keluarga Malaysia di Aeon Big Danau Kota 

Sebelum pergi tengok jualan apa yang ada, sempat qaseh singgah cuba Nescafe dan perisa baru Omega versi chocolate, sedap ! Maggie pun ada ~ 





Tadi qaseh melawat booth-booth yang ada, sememangnya harga murah dari pasaran biasa, jadi memang sangat berbaloi jika korang beli barangan di Program Jualan Keluarga Malaysia ni yang mana bermula sejak Disember 2021 lagi dan akan tetap terus berlangsung sehingga kini.







Program ini akan berlangsung selama 2 hari bagi setiap minggu yang terpilih dan bukan sahaja bekerjasama dengan Aeon Big tapi tempat lain juga, so pastikan korang dapat info tentang PJKM dari masa ke semasa okay ! 

PJKM di Aeon Big Danau Kota ni melibatkan sebanyak 16 pembekal dan agensi kerajaan yang akan membuat penjualan barangan keperluan pengguna pada harga yang lebih murah, jom qaseh tunjuk sedikit sebanyak suasana di sepanjang Program Jualan Keluarga Malaysia ni berlangsung ~ 




Bila dibuat perbandingan memang banyak juga perbezaan dari harga pasaran biasa dengan harga di PJKM ni, harga ayam hanya RM10 sahaja yang sudah siap dipotong, minyak paket hanya Rm2.50, buah-buahan dan sayur-sayuran yang murah dan segar dan banyak lagi, berbaloi ! 






KPDNHEP WPKL mengalu-alukan agar lebih banyak pasar raya menyahut dan menyokong usaha kerajaan dengan menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang akan datang yang akan diambil oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini juga akan diperluaskan lagi secara berperingkat supaya manfaat dapat dinikmati oleh setiap peringkat keluarga Malaysia di bandar mahupun di luar bandar 

Kedua-dua program ini diharap dapat  meningkatkan kesedaran pengguna dan juga membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, di samping menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak


KPDNHEP mengingatkan rakyat supaya sentiasa mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna manakala peniaga pula haruslah mengamalkan sikap beretika dalam menjalankan perniagaan.

Terakhir sekali, terima kasih buat KPDNHEP dan AEON Big atas Program Jualan Keluarga Malaysia kali ini, tahniah kerana semuanya berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada pembeli seperti falsafah “Pelanggan Didahulukan”


Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates