• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum, 
 
Bila Ramadan tiba jangan di lupa pada mereka yang tidak berkemampuan, bulan mulia inilah bulan untuk mencari pahala berpanjangan, betul tak ? Hai korang, baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis iftar bersama anak-anak yatim di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. 


Kalau korang nak tahu, RMHC selalu membantu dan menganjurkan majlis untuk meraikan mereka-mereka yang tidak berkemampuan. Kali ni, majlis iftar yang diadakan adalah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).



Alhamdulillah, seramai 120 orang anak yatim sekitar Lembah Klang diraikan dalam majlis iftar yang berjalan lancar, makanan pun sangat sedap. Terpancar kegembiraan di wajah mereka, sebak bila tengok anak-anak kecil macam ni, so bersyukur lah jika korang masih punya mak ayah, hargai mereka sebaiknya dan kalau ada rezeki lebih boleh membantu anak-anak ini sekikhlas mungkin


Selain itu, majlis diberkati dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri untuk menyampaikan tazkirah. 


RMHC Malaysia sentiasa komited menjalankan dan menyokong pelbagai inisiatif demi kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan di negara ini. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, memang tradisi setiap tahun, RMHC akan meraikan anak yatim dengan majlis berbuka puasa dan sumbangan untuk persiapan Aidilfitri.

“Itulah cara kami meluaskan capaian kami dalam mendekati lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan dan pihak yang turut mempunyai komitmen yang serupa dengan kami melibatkan kesejahteraan kanak-kanak”, kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia, merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
 
Sumbangan Duit Raya dari Dana Wakalah MAIWP
 
Alhamdulillah, dalam majlis yang sama, McDonald’s Malaysia turut memberikan duit raya kepada anak-anak yatim berjumlah RM100 setiap seorang dari dana wakalah zakat MAIWP. 

Sumbangan Wang Tunai kepada Rumah Kebajikan
 
Qaseh juga turut menyaksikan penyampaian sumbangan wang tunai kepada tiga buah rumah kebajikan anak yatim terpilih di Lembah Klang iaitu Pertubuhan Nur Kasih Bestari, Rumah Permata Hatiku, dan Rumah Anak Yatim Al-Sagoff.
 



Setiap rumah kebajikan anak yatim menerima sumbangan wang tunai bernilai RM5000 bagi meringankan beban pengurusan terutamanya untuk tujuan persiapan menjelang Aidilfitri nanti. 


Tambah dato’ Azmir lagi, “Kedatangan Ramadan amat ditunggu-tunggu untuk kita semua memperbanyakkan amal jariah dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Besar harapan kami agar majlis berbuka puasa hari ini dan sumbangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim yang hadir memberi keceriaan kepada mereka.”
 
Bab bersedekah ni, kita pun boleh buat juga, tak perlu punya nilai yang banyak, walaupun sedikit dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain. Haa kalau korang suka makan di McD, pasti korang biasa nampak ada tabung sumbangan di kaunter cashier kan, dari sumbangan itu juga lah mengalir pada mereka-mereka yang memerlukan.
 
Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu, RMHC Malaysia merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan segenap usahanya kearah kesejahteraan  kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, sejumlah besar dana RMHC Malaysia datang dari McDonald’s Malaysia.


RMHC turut menerima dana daripada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu prihatin bagi pelaksanaan program-program utamanya yang berteraskan Kebajikan, Kesihatan dan Pendidikan. Memang banyak tau korang, sumbangan dan majlis yang di lakukan oleh RMHC, kalau korang nak tahu boleh goole tentang RMHC ni okay. 
 
Qaseh bersyukur dapat sama-sama meraikan anak yatim di majlis iftar yang diadakan. Syabas dan tahniah buat RMHC dan semua yang terlibat dalam memastikan majlis ini berjalan lancar. Semoga anak-anak yang mulia ini sentiasa berjaya di dunia dan akhirat dan sentiasa dilindungi Allah. 



 
McDonald’s Mengeluarkan Siri Drama ‘’Kau Sundaeku’’ Untuk Menarik Minat Belia  Yang Sedang Mencari Pekerjaan | Assalamualaikum korang, zaman sekarang zaman teknologi dan semuanya di hujung jari kan, kadang-kadang kita lebih senang mendapatkan info di ruang media sosial sahaja. Betul tak ? 

Disebabkan itu, McDonald’s telah membuat inisiatif yang sangat menarik melalui social media, wow bukan biasa-biasa ye, McDonald’s telah mengeluarkan satu siri drama original yang bertajuk ‘Kau Sundaeku’, baca tajuk pun dah tertarik dah kan, apa maksud drama ‘Kau Sundaeku’ ni korang ? 
 
Haa ada maksud tersembunyi tau bukan sekadar hiburan semata. Korang kena tengoklah baru korang akan faham.

Drama Bersiri Kau Sundaeku - 9 Episod
 

Drama Kau Sundaeku ni adalah satu inisiatif yang inovatif dan menarik dari McDonal’s untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan. Eh tapi korang jangan cari dalam televisyen pulak ye, ia hanya disiarkan di Instagram Reels sahaja dan ada 9 episod yang wajib ditonton.
 
Melaui drama Kau Sundaeku ni, McDonald’s ingin menyelami kehidupan anak-anak muda hari ni dan mencari jalan untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s. 
 
Drama bersiri Kau Sundaeku 9 episod ini mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, qaseh dah tonton ! Korang kena tonton tau, 1 episod hanya mengambil masa 1 minit sahaja. 
 
Siri drama ini berkisahkan tentang seorang pengurus dan 3 kru restoran yang datang daripada latarbelakang yang berbeza, yang mana telah menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. 
 
Watak dalam drama ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uisramuthu.
 
Memang sesuatu yang baru kan dari McDonald’s ni , qaseh pun tertarik dengan drama Kau Sundaeku ni, so korang yang masih belum ada pekerjaan, jangan terlalu cari pekerjaan yang hebat-hebat sebab sekarang memang persaingan agak kuat, mula cari pekerjaan untuk dapatkan pengalaman, dari pengalaman itu korang boleh jadi seorang yang hebat. 
 
Pelbagai Program Latihan oleh McDonald’s dan Kementerian Sumber Manusia
 
Korang tahu tak McDonald’s telah melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. 
 
Korang akan dapat banyak ilmu tau bila memohon pekerjaan di McDonald’s kerana akan melalui latihan yang sangat berguna, sebagai contoh :
 
Program Perantis Vokasional McDonald’s 

Program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. Ianya hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. 
 
Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.
 
“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia
McDonald’s Telah Diiktiraf sebagai Majikan Pilihan Rakyat Malaysia
 
Sejak sekian lama tau McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia dan banyak pencapaian yang telah diperoleh :
 
  • Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Empgfloyer Award 2021) 
  • Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.
  • Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018
  • Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015
  • Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013
Jangan Lupa Tonton Drama Bersiri ‘Kau Sundaeku’
 


Lastly jangan lupa tau tonton drama bersiri ‘Kau Sundaeku’ di instagram reels okay memang banyak benda menarik dalam drama bersiri Kau Sundaeku ni, yang pasti melalui drama ini, korang akan memilih McDonald’s sebagai majikan terbaik. 
 
Nak tengok kat mana ? Boleh tengok start dari episod 1 tau di —> Kau Sundaeku. Episod seterusnya pun dah ada di instagram MacDonald’s Malaysia, kesemua 9 episod sudah ada. Enjoy watching dan jangan lupa hantar borang permohonan kepada McDonald’s. Selamat bekerja dalam keluarga besar McDonald’s. 
 
More Info : 
Website : https://www.mcdonalds.com.my/
Instagram : McDonald’s Malaysia
 
Kejohanan Golf Amal 2022 Anjuran RMHC Kutip Dana Tertinggi | Assalamualaikum, baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri di sebuah majlis anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia di Tropicana Golf & Resort iaitu Kejohanan Golf Amal 2022 untuk mengumpul dana bagi program ‘Kembali ke Sekolah’

Ianya adalah satu usaha murni dalam mengumpul dana buat insan-insan yang tidak bekemampuan, barangkali untuk anak-anak kita juga

 

Kejohanan Golf Amal Kutip Dana Tertinggi Hampir RM500,000

 


Kejohanan Golf Amal tersebut telah berjaya mengumpul dana hampir RM500,000 untuk program tersebut, wow memang terbaik dan ia merupakan jumlah yang tertinggi pernah dikumpul sejak kejohanan golf bermula 

 

Dana yang dikumpul ini akan menjadi sebahagiaan daripada keperluan sekolah bernilai RM1.5 juta untuk diagihkan kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga B40 dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia

 

Kejohanan Golf Edisi ke-29 Membantu Kanak-kanak Yang Memerlukan 

 


Kejohanan golf tahunan tahun ini memberi tumpuan mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka yang memerlukan, RMHC Malaysia berhasrat untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, sejajar dengan teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan

 

Sehingga tahun lepas, hampir RM10 juta telah dikumpul untuk program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memberi impak positif kepada 100,000 kanak-kanak di seluruh negara 

 

Pemberian Pek Sekolah Untuk Meringankan Beban Kewangan 

 

Inisiatif yang sangat bagus, sambil main golf mereka mengumpul dana untuk menyediakan sumbangan kepada 25,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar di seluruh Malaysia dengan pek sekolah yang diisi dengan alat tulis 

 

‘’Kami berharap pengagihan pek sekolah itu dapat meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak ketika permulaan tahun persekolahan baharu bermula. Kanak-kanak ini layak memulakan tahun persekolahan baharu dengan kegembiraan, keterujaan dan motivasi.” Kata Dato/ Azmir Jaafar, Presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia) merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia

 

“RMHC Malaysia percaya bahawa pendidikan adalah hak asasi setiap kanak-kanak. Dengan bantuan kewangan dalam bentuk pek sekolah ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian kepada pendidikan dan terus mengasah kreativiti dan pengetahuan mereka, untuk mencapai potensi sepenuhnya,” tambah Dato Azmir Jaafar

 

Penyampaian Geran Perubatan Untuk Tabung Pesakit Yang Memerlukan Bantuan 

 

Majlis tahun in lebih istimewa dengan penyampaian geran perubatan kepada empat tabung kebajikan di hospital terpilih iaitu 


1. Yayasan Institut Jantung Negara (IJN)



2. Tabung Pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia USM



3. Tabung Pesakit Hospital Tunku Azizah (HTA)


4. Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM

 

Geran ini akan diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 1 hingga 18 tahun yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan perubatan atau untuk membeli peralatan perubatan atau ubat-ubatan 

 

Untuk info korang, RMHC telah menyediakan geran perubatan kepada dana kebajikan kanak-kanak sejak 2018 lagi yang berjumlah kira-kira RM470,000 setakat ini

 

Alhamdulillah, terharu dan bangga dengan mereka-mereka yang terlibat dalam sumbangan amal ini, sekurangnya penerima dapat mengurangkan beban-beban mereka yang perlu ditanggung. Tahniah buat RMHC Malaysia dan semua penderma dalam memberi sumbangan ini



 

 

Assalamualaikum, 

Program Derma Darah Anjuran McDonald’s Malaysia 2022 | 30 Jun tempoh hari, qaseh berkesempatan menghadirkan diri di Program Pacuan Derma Darah ( Blood Donation Drive ) yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan. Aktiviti ini terbuka kepada orang ramai.
Untuk pengetahuan korang, tahun ini merupakan tahun ke-6 yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia, bertepatan dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan pendermaan darah, tahniah McDonald’s Malaysia untuk acara tahunan sebegini, qaseh teringin juga ingin menderma darah tapi tulah adalah masalah darah rendah dan ramai juga yang sama macam qaseh.
Tapi tak mengapa kerana aktiviti menderma darah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah, demi menyokong pihak PDN dalam membantu pesakit yang memerlukan, kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan PDN adalah supaya lebih ramai orang menderma darah bagi memastikan jumlah stok bekalan darah di dalam bank darah negara stabil 
 
Kriteria Untuk Menderma Darah
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur 17 tahun hingga 70 tahun
  • Berat badan 45kg ke atas
  • Tiada masalah kesihatan
  • Tidak mengambil ubat-ubatan 
  • Makan dalam masa 4 jam sebelum menderma darah
  • Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan berisiko tinggi 
  • Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan yang lepas
  • Penderma wanita tidak mengandung, tidak menyusukan anak, tidak period
Jadi, ini sebenarnya pengalaman pertama qaseh berada dalam program sebegini, ramai juga yang datang untuk derma darah tempoh hari, korang memang terbaik ! Yelah bukan semua orang yang punya hati nurani sebegini, bukan semua orang juga yang layak untuk menderma, tapi mereka sangat berani dan bersemangat ! 
 

Kata Dato’ Azmir Jaafar , Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia “ kami sangat gembira melaksanakan aktiviti menderma darah pada tahun ini” yang juga turut hadir menderma darah bersama-sama.
Harini qaseh nak kongsikan sedikit sebanyak suasana sewaktu aktiviti Hari Derma Darah tersebut yang telah diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia, lebih dari 200 penderma yang hadir pada tahun ini, terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, pelanggan McDonald’s serta wakil media
 
Proses Pendermaan Darah 
  • Sesi pendaftaran, penderma perlu mengisi borang/ kad pendaftaran pendermaan darah

  • Menimbang berat badan, pastikan melebihi 45kg ke atas ya
  • Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah

  • Menjalani sesi kaunseling dengan pegawai perubatan / jururawat , kemudian pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah 

  • Beg darah ni ada saiz tau, qaseh fikir beg darah ni ada satu saiz sahaja, rupanya terbahagi kepada dua, mengikut berat badan dan tekanan rendah. 
  • Seterusnya proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7-15 minit 


  • Selepas selesai pendermaan dan jarum dikeluarkan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun



  • Lastly penderma boleh redeem makanan percuma oleh McDonald’s. Wajib makan ye selepas derma darah, karang pitam pulak, haaa so kena tambah tenaga


Yang bagus nya, kakitangan McDonald’s pun tidak terkecuali kerana McDonald’s juga berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah dalam kalangan kakitangan dan juga orang ramai

Jadi, diharap perkongsian qaseh hari dapat membuka mata korang semua bahawa menderma darah itu merupakan satu perkara yang sangat mulia dan mampu menyelamatkan nyawa orang lain. Mungkin ada yang takut sebab yelah dulu qaseh selalu dimomokkan derma darah ni menyakitkan padahal ia tidak akan memudatkan korang pun, jadi jangan takut-takut tau ! 

Tips Selepas Menderma Darah
  • Berehat di katil penderma selama sekurang-kurangnya 10 minit, jika tiada apa-apa masalah seperti pening dan loya bolehlah bangun 
  • Digalakkan mengambil minuman dan makanan yang telah disediakan selepas menderma
  • Jangan ambil minuman beralkohol untuk beberapa jam selepas
  • Jangan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti berat dalam tempoh 24 jam 
Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone dan goodies bag buat semua penderma darah yang hadir. Yummy!!!


Jomlah kita sama-sama membantu rakyat Malaysia yang lain walaupun tiada pertalian darah sekalipun membantu mereka yang sangat memerlukan. Tahniah buat semua penderma darah, sejak aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan kerjasama PDN ini, mereka telah menyaksikan lebih 1300 penderma sejak tahun 2017.

More Info :
www.mcdonalds.com.my
 
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates