Pages

  • Home

Social Icons

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

26 Feb 2018

HanaTajuddin Basic Tee 2.0 | Tshirt Muslimah Yang Tak Perlu Iron

Assalamualaikum , 

Seingat aku dah lama aku tak memakai pakaian yang agak kecik dan singkat hiks , Alhamdulillah makin berumur ni makin sedor diri ye ni pun aura positif dari kawan-kawan juga .. ada orang pernah kata ''Bila kita dah selesa dengan pakaian longgar , dan bila kita pakai pakaian ketat rasa macam orang pandang pelik je dan sumpah tak selesa '' .. dan sekarang aku setuju dengan kata-kata itu .

Tapi aku memang cerewet gila nak pilih baju , ada yang dah berkenan tapi lengan pulak 3 suku (seorang manusia yang masih lagi rimas pakai handsock - hopefully one day) , ada pulak yang lengan panjang , cutting elok tapi singkat nampak punggung .. haishhh ! Suami bila nampak baju atas punggung memang dia akan suruh tukar ahaha padan muka kan , sehinggalah aku cuba HanaTajuddin Basic Tee 2.0 , t-shirt muslimah yang selama ni aku inginkan.

http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/

Bila Basic Tee HanaTajuddin ni sampai di rumah , terus test pakai dan aku memilih saiz S (paling kecil) .. Sebenarnya risau jugak sebab kebiasaanya selalu baju aku saiz XS so takut gedobos pulak , tapi alhamdulillah seriously aku selesa sangat pakai , saiz pun nampak cantik terletak dan sopan je , tetiba rasa macam perempuan melayu terakhir haha .. Banyak kelebihan yang aku nak kongsikan tentang Basic Tee HanaTajuddin ni ..Baca tau !


T-shirt Muslimah Yang Tak Perlu Iron 

Yang ni aku paling suka , tak perlu gosok/iron heheh benda yang paling malas untuk di buat sebenarnya , kadang bila nak keluar ke mana-mana , husband pesan awal-awal gosok je terus di malam hari , so esoknya takde la kelam kabut .. tapi aku ni asal malam je mengantok haha , HanaTajuddin Basic Tee 2.0 ni memang tak perlu gosok pun korang , so orang takkan tegur ''eh kau tak gosok baju ke'' sebab tak nampak sangat pun kedutan tu .. Masih lagi nampak bergaya dan terurus ..



http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/ 
First OOTD , aku padankan dengan Pallazzo dan shawl berwarna Nude / Cream .. nasib baik masuk dengan warna ni .. cantik tak ? hiks 

Material  kain Yang Tebal , Menyerap Peluh dan Strechable

Material kain HanaTajuddin Basic Tee 2.0 adalah kain cotton yang sangat selesa dan berleher bulat tau korang , satu lagi yang buatkan aku susah nak cari tshirt muslimah sebab kebanyakan baju sangat nipis , labuh dah okay tapi kain pulak nipis , adohaa stresss kan .. Nak cari baju pun sampai nak nangis hahaha marilah kita berhuhu tapi Basic Tee HanaTajuddin ni tebal dan tak panas , so tak perlu dah nak pakai baju kat dalam / singlet .. Walaupun berada di tengah panas , memang tak nampak bayangan mahupun apa-apa yang ada di dalam ehehehe


http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/
Walaupun material agak tebal sebenarnya ia jenis kain yang sejuk so takde lah rasa macam panas gila walaupun berada di terik mentari macam gambar aku ni haaaa , gigih tau snap tengah panas heee tapi sebenarnya aku suka lepak di empangan ni makan aiskrim ! wuuu sempat lagi .. Walaupun berpeluh kain ni memang menyerap peluh dengan baik tapi tak nampak kesan peluh pun di baju ..

http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/

Aku suka dengan cutting baju ni , walaupun straight tapi ada potongan di bahagian tepi , nampak simple but nice kan .. Bila tengok dari jauh seperti memakai baju blause tapi sebenanrya t-shirt je , kadang-kadang bila keluar rumah aku sukakan sesuatu yang simple macam ni , tak perlu gosok , tak panas , labuh tapi still nampak bergaya dan sesuai nak pergi ke mana-mana .. 

Oh yaaa , di bahagian lengan baju , di sebabkan ia bukan cutting fit jadi tidak memberi masalah untuk membuat apa-apa aktiviti seperti bersenam , riadah dan sebagainya , nak ambil wuduk pun senang boleh lipat baju hingga ke siku sebab Basic Tee HanaTajuddin ni mampu di regangkan / stretchable 


Baju Labuh Yang Menutup Pinggul 

Betul ke tutup pinggul ? Yeah Basic Tee HanaTajuddin ni memang labuhnya menutup pinggul , nampak kan dari belakang panjang baju ni hingga ke peha .. Bagi aku yang kurus kering dan tinggi 158cm kalau pakai baju labuh sangat bawah lutut macam papan playwood weh , leper semacam je haha so labuh macam ni dah cun dah , tutup bahagian penting , bila berjalan selesa sikit takde orang nak usha-usha kikiki
 
Bila usha web Hanatajuddin , berkenan lah pulak dengan warna pink lembut weh , mesti cantik bila padankan dengan jeans biru lembut kan ? Banyak lagi warna-warna yang menarik selain dari warna kod Gold yang aku pakai ni , tapi warna ni more to brown / ala-ala mustard sikit ..  Korang p la sana tengok di web HanaTajuddin , selain dari basic tee ni banyak lagi baju yang lawa-lawa , dan aku terpikat jugak dengan Pallazzo diorang , macam cun je ! nak kene rembat satu ni .. Harga pun boleh tahan murah 
http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/

Baju ni kan memang sesuai korang nak pergi mana-mana aktiviti pun tau , boleh jadi kan sebagai baju semi kasual sebab nampak sopan je kan , untuk pergi riadah petang-petang bawak anak ke taman , pakai untuk pergi jogging , aktiviti sukaneka dan apa - apa pun haaa sesuai je uolsss .. 

Bagi korang yang sedang cari baju untuk family day atau cikgu - cikgu yang ada masalah untuk cari baju sukan haaa sangat sesuai Basic Tee HanaTajuddin ni tau , ada pelbagai warna dan juga saiz .. Bila berfamily day atau bersukan mesti ada macam-macam aktiviti kan ? Apa tunggu lagi cepat-cepat order okay !
http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/

http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/
Cuti CNY hari tu , suami ajak pergi berkelah ke Chamang , dah alang-alang berkelah wajiblah mandi dan aku memakai Basic Tee HanaTajuddin ni , walaupun tebal nasib baik tidak terasa berat sangat then kuranglah sikit rasa sejuk tu , yang penting tak nampak seksi siksa hihihi 

If korang nak cuba sendiri koleksi baju dari HanaTajuddin ni , boleh cuba sendiri di :

Alamat MINISHOWROOM
HANATAJUDDIN
C-23-1 , Jalan Serai Wangi L/16L , Sek 16  Alam Avenue 2 ,
40200 Shah Alam , Selangor
Tel : +603-55240841
Open : Everyday , 9.00am - 6.00 pm

Web : http://hanatajuddin.com.my
Facebook : www.facebook.com/HanaTajuddinHT
Instagram : @HanaTajuddin


posted in
beauty fesyen PRODUCT REVIEW
share on
continue reading

25 Feb 2018

Tahniah Me'nate Steak Hub !

Assalamualaikum .. holla guys !

First of all , tq Me'nate Steak Hub menjemput #kelabbloggerbenashaari dalam sidang sesi beramah mesra bersama media dalam  meraikan kejayaan pihak pengurusan Place Butcher Resource yang merangkul dua anugerah berprestij yang di terima baru-baru ini di Selangor dan Kuala Lumpur.


Memang patut lah Me'nate Steak Hub ni dapat anugerah sebab kualiti daging yang ada di sini memang berkualiti tinggi tau korang  dan di import dari Australia , New Zealand dan Amerika Syarikat .. Alhamdulillah dapat jugak merasa daging Me'nate ni hihi kenyang sampai ke malam , dan yang selalu menjadi rating tertinggi kat sini adalah daging Wagyu.. Kenapa ? haaa tu nanti uols  datang cuba sendiri k ..

Jadi tahniah kepada Me'nate Steak Hub untuk 2 anugerah berprestij iaitu
  • Malaysia International Business Awards 2017 - Excellence In Western Steak House - Anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor pada Dis 2017
  • The Brandlaureate Best Brand in F&B - Steak House 2017-2018 - Anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF) 

Sambil - sambil mendengar sesi Q&A , sambil-sambil mengunyah , kat sini menunya bukan hanya ada daging tau , ada menu-menu lain macam kat bawah ni haaaa , semua makanan sedap weh .. Dalam masa 3 tahun Palace Butcher Resource menambah lagi 3 cawangan dan semuanya terletak di sekitar kawasan Lembah Klang dan Selangor - Ampang Jaya , Setapak , Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. 





Sempat lah sis tinjau-tinjau sikit apa yang ada dalam Me'nate Steak Hub ni , bagi korang yang tak pernah  datang dan nak merasa tapi tak tahu macamana nak order ke apa kan (macam aku ni jakun sikit ) 

Konsep sini unik dan berbeza  dari restoren stik yang lain , korang boleh pilih daging yang dah siap di potong ( harga semua dah ada , just pilih mengikut kemampuan ) , dan bila dah di masak tiada cas tambahan untuk itu.. Hanya bayar harga daging tu je lah , boleh di bawa pulang atau makan di restoran . Best kan ! 



Orang kata tak mampu nak makan kat sini sebab harga nya boleh cecah ribu-ribu , nampak tak tu harganya Rm56 je kan .. Tak semua daging kat sini mahal sebab ada harga serendah RM50 ++ sebab tu boleh pilih mengikut kemampuan .. okay ? harap boleh ubah dah pemikiran itu dan jangan lupa belanja aku :p


Syarikat Palace Butcher juga menubuhkan Central Butchery sendiri untuk memotong , mengedar dan membekalkan daging mentah ke cawangan Me'nate Steak Hub yang lain , sempat lah sis menyibuk kat sini hehe dan tengok sendiri cara pemotongan dan penyimpanan , memang terjaga dan thorbaikk !

Nah , jemput tengok lunch kami di Me'nate Steak Hub Setapak ni , korang kena cuba tau sekali sekala belanja orang-orang tersayang .. Yang tak minat daging tu pun boleh makan kat sini sebab ada ikan , ayam , udang kara , pasta dan banyak lagi lah haaa .. tq Me'nate ! Dah lama tak makan ramai-ramai dengan blogger kesayangan tuan hamba ni .. perut kenyang hati pun manyak gumbira .. 






Aku dulu selalu tertanya-tanya apa maksud Me'nate ni .. sebab aku orang pantai timur , negeri aku Menate maksudnya binatang , kalau brgaduh biasa orang akan sebut menate mu ! Haha bukan nak cakap kasar okay , cuba untuk terangkan je :p .. so Me'nate ni ni maksudnya Men Ate , orang yang suka makan daging , bila di ubah dan olah jadi lah Me'nate .. Unik kan ? Lastly , jangan lupa datang di sini dan rasai sendiri sekurangnya sekali seumur hidup ahaks .. okay tq for reading ! 

Semoga terus maju jaya Me'nate Steak Hub dan banyak lagi cawangan di negeri-negeri lain .. yeahhh!!
P/s : selain daging , aku suka pasta dan sup tu , yaAllah sedap gilos .. masih terasa kenikmatan itu .. ok bye ❤️
posted in
event food review kelab blogger ben ashaari
share on
continue reading

24 Feb 2018

Bare For Bare Bodycare Set | Rosemary Relaxing and Hydrating Body Wash and Lotion

Assalamualaikum ~ 

Bare for Bare Body Care Set | Baru-baru ni aku telah mencuba dua produk dari jenama Bare for Bare dalam penjagaan diri iaitu Rosemary Body Wash dan Rosemary Lotion . First  mencuba body care set yang lain dari yang lain dari segi bau , feel , dan ketenangan yang di peroleh bila menggunanya , terasa diri berada dalam spa gitu .. Mungkin ada yang belum tahu tentang Bare for Bare produk ni kan , so jom kita rungkai haaa dah macam misteri nusantara heheh


Bare for Bare ni sebenarnya inspired & design in Singapore yang memanfaatkan kebaikan-kebaikan alam semulajadi tulen dan organik .. selama berabad-abad formula botani banyak menyembuhkan pelbagai penyakit dan juga meningkatkan mood , thats why Bare for Bare mengambil pendekatan alam semulajadi kerana percaya ia mampu memberi kekuatan penyembuhan , so it is a Botanical Home Spa !
Oh ye sekarang , Bare for Bare dah bertapak di Malaysia tau , last nanti aku share di mana korang boleh dapatkan produk ni , okay ? Sabar jap dan teruskan membaca hehe .. Bila bercerita tentang alam semulajadi ni , ia sememangnya organik dan bebas dari Paraben , aku percaya ia mampu memberi si pemakai berasa lebih tenang dan selamat di samping memberi kelebihan kepada kulit .. 

Hadir dalam 4 variasi :
💛 Rosemary
💛 Lemongrass & Ginger 
💛 Bergamot & Geranium 
💛 Green Tea

Bau lotion dan bodywash ni lain dari yang biasa aku pakai , dan tak pernah lagi cuba produk yang ada ektrak Rosemary dan juga tak tahu macamana bau dan rasa nya sebelum ni .. so bau nya lebih kurang macam minyak essential ,uols know kan  minyak ni bukanlah wangi sangat kan tapi ia mampu bagi kita rasa relax , tenang , cool gitu ..Bagus untuk aku yang cepat stress dan masuk umur 30 an ni kan ~

Rosemary Relaxing and Hydrating Body Wash 

Oh ye aku betul-betul suka dengan packaging produk ni sebab ia nampak classy dan eklusif juga di datangkan dengan 2 saiz iaitu 300 ml dan 500 ml , jadi aku punya ni adalah 300ml .. kecil , sederhana tak memberatkan beg untuk di bawa ke mana pun .. 

Apa sebenarnya kegunaan Rosemary ni ? Selain dari campuran 100 peratus ektraks botani , Rosemary dapat mencegah kerosakan kulit dan memberi penyembuhan dengan menghilang bakteria dan kulat , selain tu dapat mengunci kelembapan kulit selama 24 jam , melegakan ketegangan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat . 


Bestnya walaupun beberapa jam selepas mandi , bauan yang menenangkan tu masih ada dan terasa sangat segar , ia memang tak memberi kesan berangin atau pun sejuk tapi bauan tu aku sangat impress lah , walaupun guna satu pam je dan yes kulit terasa lembab sepanjang hari .. Lagi best , lepas mandi apply pula lotion ~
 
Teksturnya sangat ok ,  guna sedikit / satu pam tu pun dah cukup memadai 

Rosemary Relaxing & Hydrating lotion 

Kelebihan lotion ni sama juga macam body wash tadi , dapat  mencegah kerosakan kulit dan memberi penyembuhan dengan menghilang bakteria dan kulat , selain tu dapat mengunci kelembapan kulit selama 24 jam , melegakan ketegangan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat 


💜 100% botanical extract 
💜 Infused with pure essential oil 
💜 Paraben Free 
💜 24 hours moisture lock 
💜 Halal certified 
💜 Alcohol free
💜 SLES free
💜 Colourant free

 Tekstur losyen ni sangat lah tidak melekit dan sangat cepat meresap ke dalam kulit tapi ia tidak mengeringkan tau , bila aku sentuh pun terasa lembut dan lembab .. 

Selain dari body care set ni , Bare for Bare juga ada produk - produk lain yang sangat bagus yang korang boleh pilih seperti :

💚 Body Lotion Collection 
💚 Body Wash Collection
💚 Body Scrub 
💚 Body Care Set
💚 Hair Syampoo Collection
💚 Hair Conditioner Collection
💚 Hair Care Set
 

Mana Nak Dapat kan Bare for Bare Produk ni ?



Okay , korang tak perlu susah-susah nak beli dari Singapore .. Boleh dapatkan di :

Local ecommerce marketplaces
💚 LAZADA (http://www.lazada.com.my/shop/ecobliss) 
💚 SHOPEE (https://shopee.com.my/shop/15927978/)
💚 11 STREET (http://www.11street.my/store/bare)

Official Website

Worldwide delivery
www.bareforbare.com


Official Facebook Page (International)
https://www.facebook.com/bare4bare/


Official Facebook Page (Taiwan)
https://www.facebook.com/bare4bare/tw


Instagram
https://www.instagram.com/bareforbare/


Physical Outlets: 


Available in Parkson PLAY UP Advance Fahrenheit88
Available in SASA Outlet (Malaysia)
-Sasa outlets (26 outlets throughout Malaysia


posted in
beauty bodycare PRODUCT REVIEW
share on
continue reading

20 Feb 2018

Sambut Birthday di Restoran Cheese Banjir Desa Pandan , Cheras

Assalamualaikum .. 

Dah masuk Februari baru dapat mengupdate sambutan hari lahir untuk budak-budak Jan ni ha , untunglah ayah dan anak sama bulan , Umi kena cari gigirl lah ni untuk bulan Jun nanti haha . Alkisahnya sambut hari lahir husband , Rayyan dan www.yanty.my , alang-alang sama bulan sambil berjimba dengan diorang .. hurmm lama jugak la tak jumpa tu pun still tak cukup korum , kak Fiza sobsss nak jumpa Noah ! hehe 

Fikir punya fikir , mana nak sambut hari lahir depa ni , so terbayang-bayang Meatza dalam kepala hotak , akhirnya buat keputusan kita pegi Cheese Banjir meleleh-leleh gitu , geram je aku tengok makanan-makanan yang ada di Cheese Banjir ni hoi , cheese dia meleleh-leleh tu yang mengundang nafsu dan of course nak cuba Meatza ! Yeah tercapai tak makan meatza neh .. ?

Singgah Bakeri RAK di Bukit Beruntung sat untuk beli kek , eh sambut birthday memang kena ada kek ke ? haha sukahati :p
Gerak dari rumah lepas Zohor sebab paling jauh dari Cheese Banjir kena gerak awal haaa tapi orang jauh yang sampai dulu nih , eh nak kena babab nih :p.. Sambil-sambil tu tengok persekitaran kedai sangat santai dan relax , mula-mula masuk ada beberapa pelanggan tengah menjamu selera , tak lama tu eh makin ramai pulak yang datang , nasib baik dah reserve tempat awal-awal .. tq so much Abg Mamu tapi takde jodoh nak jumpa .. next time inshaaAllah :)




Kemudian sampai lah ahli-ahli mesyuarat tingkap haha , tq Kaksue , Abe Eddie , Ty , Fida , Abe Que dan Cikma sudi datang jugak walaupun sendiri bayar haha dapat banje kek je dan tq Kaksue sponsor Pavlova mix fruit dan Lemon , akhirnya yeahh menjadi jugak dan sedap sangat yang perisa Lemon sebab lain dari pavlova lain .. Sangat sesuai di gabungkan manis dan masam hohoho chaiyok2 kaksue  
Seriously sedap gila weh , kalau korang nak order boleh buat tempahan di whatsapp : 0179397536 , cod Putrajaya dan sekitar sahaja
Selamat hari lahir yang dah lepas buat husband , Rayyan dan Ty .. semoga kalian panjang umur , di perluaskan rezeki , di lindungi Allah selalu ... :) tq for everything selama kita bersama .. dah tua-tua ni jangan perasan muda lagi ahaks .. Rayyan takpe , dia je di benarkan muda :p


Lupa pulak minah ni tengah berdiet sakan dan join JK1M hahaha nasiblah sis kena bahan dengan kitorang , redha je lah yang pasti baguih dia ni tabahkan diri , jiwa kental menahan nafsu makan yang bergelora ahaks .. semoga cepat - cepat kurus lah ye , sebab saya nak tuntut janji kfry chicken nanti oikk

Acah-acah malu padahal bila nampak henfon lupa Umi terus , tq Rayyan kerana always behave .. good boy !



OMG tak dapat nak handel dua anak-anak ini kalian , macamana nak bagi adik kat Rayyan ni haha .. sian Humaira baru bagun tido so mood dia masih ke laut lagi
Haaa jeles letewww ~
Jadi anak yang berguna di dunia dan akhirat anakku , jangan lupakan pengorbanan orang tua Umi , ai is sebak sebab tak sangka akan melalui juga fasa keibu bapaan ni , yaAllah semoga kami dapat mendidik Rayyan dengan cara dan jalan yang betul , lindungilah Rayyan dari apapun musibah .. Umi dan Abah sayang Rayyan ketat-ketat tau !


Mana nak sambut birthday di area Cheras ? 

Korang kalau tak tahu mana nak sambut birthday , boleh je sambut di Restoran Cheese Banjir Desa Pandan Cheras ni , tempat pun relax dan santai .. makan pulak cheese tarik , meatza dan banyak lagi makanan best-best kat sini tau ~ yang pasti sangat sedap ! OH YE pada korang yang tak boleh lari dari nasi haha jangan risau ada asam pedas memang kaw betul wei , tapi kena tahan pedas lah kalau tak nangis huuuuu .. pedas yang sedap lah ~ tengoklah antara menu-menu yang kami makan , sowi aku dah lupa nama makanan-makanan ni semua ~

Sambil menunggu makanan tiba , korang di sediakan keropok moni.. sambil2 bermesyuarat tingkat tak sedor dah licin haaa






Asam pedas ni , satu mangkuk boleh kongsi dua orang sebenanrnya sebab portion dia besar dan banyak jugak weh , melainkan kau memang sejenis yang makan banyak hihi
 MEATZA di RESTORAN CHEESE BANJIR , SEDAP KE ???

Okay menu ni aku nak cuba sangat , nama pun agak unik dan menggiurkan .. aku order untuk personal (4slices) tapi boleh makan dalam 3 orang sebab Meatza ni tebal gila daging dia , memang mengenyangkan lah wei korang .. Sedap ke tak ? mestilah sedap sebab tu berbaloi datang sini .. Jangan lupa tau order dan cuba sendiri Meatza bila datang di Cheese Banjir Desa Pandan Cheras ni tau .. bawak family , anak bini semua pakat try rasa haa githewwww


Last but not least , marilah kita bergambar kenang-kenangan di sini sebagai satu memori agar nanti bila di hari tua kita dapat mengenang kembali waktu-waktu kita bersama .. tq korang :) just take care walau di mana pun korang berada .. love u guys , kak Fiza also , blogger friend yang dah lama bersemadi dalam hati ni .. kadang gaduh , kadang terasa hati , tapi tu biasa dalam persahabatan hope yang buruk-buruk kita lempar jauh .. sebab kenangan manis dah banyak kita ukir bersama .. :)
 


Kesian ~ terpinggir hahah


Paling lama tak jumpa Abe la kot .. nanti kitorang p sana , inshaaAllah kami melawat rumah baru abe haha jangan lupa air kosong je untuk Ty ok !



Alamat : Lot G10 , G ,Jalan 1/76 Desa Pandan , 55100 Kuala Lumpur 
Sebelah Shellout (waze je cheese banjir )
Waktu Perniagaan : 10.30 am - 10.30 pm setiap hari 

Parking : Boleh parking depan area kedai atau basement (sejam pertama percuma) kedua dan seterusnya RM1
posted in
family food review personal
share on
continue reading
next prev
Subscribe to: Posts (Atom)

Author

Author



Total Pageviews

Followers

Labels

advertorial altheaangels beauty event food review kelab blogger ben ashaari parenting qasehreview resepi sponsortrip travel

Blog Archive

  • ►  2010 (108)
    • ►  October (13)
    • ►  November (37)
    • ►  December (58)
  • ►  2011 (339)
    • ►  January (72)
    • ►  February (47)
    • ►  March (49)
    • ►  April (45)
    • ►  May (14)
    • ►  June (23)
    • ►  July (19)
    • ►  August (33)
    • ►  September (13)
    • ►  October (17)
    • ►  November (5)
    • ►  December (2)
  • ►  2012 (44)
    • ►  January (2)
    • ►  February (5)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)
    • ►  May (7)
    • ►  June (8)
    • ►  July (1)
    • ►  August (4)
    • ►  September (5)
    • ►  October (4)
    • ►  November (3)
    • ►  December (3)
  • ►  2013 (81)
    • ►  January (3)
    • ►  February (5)
    • ►  March (1)
    • ►  April (3)
    • ►  May (2)
    • ►  June (3)
    • ►  July (6)
    • ►  August (6)
    • ►  September (6)
    • ►  October (6)
    • ►  November (21)
    • ►  December (19)
  • ►  2014 (91)
    • ►  January (13)
    • ►  February (4)
    • ►  March (5)
    • ►  April (10)
    • ►  May (4)
    • ►  June (5)
    • ►  July (11)
    • ►  August (4)
    • ►  September (22)
    • ►  October (5)
    • ►  November (4)
    • ►  December (4)
  • ►  2015 (63)
    • ►  January (6)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  April (4)
    • ►  May (10)
    • ►  June (5)
    • ►  July (1)
    • ►  August (11)
    • ►  September (4)
    • ►  October (10)
    • ►  November (2)
    • ►  December (7)
  • ►  2016 (60)
    • ►  February (2)
    • ►  March (7)
    • ►  April (8)
    • ►  May (1)
    • ►  June (8)
    • ►  July (3)
    • ►  August (1)
    • ►  September (8)
    • ►  October (7)
    • ►  November (7)
    • ►  December (8)
  • ►  2017 (131)
    • ►  January (9)
    • ►  February (9)
    • ►  March (11)
    • ►  April (5)
    • ►  May (16)
    • ►  June (14)
    • ►  July (9)
    • ►  August (15)
    • ►  September (8)
    • ►  October (14)
    • ►  November (13)
    • ►  December (8)
  • ▼  2018 (80)
    • ►  January (10)
    • ▼  February (9)
      • Menyuarakan Hati Bukan Bererti Mengeluh dan Tidak ...
      • Fib'Re Rose Sista Stardust | Tingkatkan Metabolism...
      • Bengkel Fotofon KBBA 2018 | Buka Mata dan Minda Aku
      • Nurse Tanya Kenapa Tak Pegang ?
      • C-Trimax | Tips Kurus Tanpa Perlu Berlapar
      • Sambut Birthday di Restoran Cheese Banjir Desa Pan...
      • Bare For Bare Bodycare Set | Rosemary Relaxing and...
      • Tahniah Me'nate Steak Hub !
      • HanaTajuddin Basic Tee 2.0 | Tshirt Muslimah Yang ...
    • ►  March (8)
    • ►  April (8)
    • ►  May (9)
    • ►  June (4)
    • ►  July (7)
    • ►  August (5)
    • ►  September (7)
    • ►  October (4)
    • ►  November (5)
    • ►  December (4)
  • ►  2019 (45)
    • ►  January (11)
    • ►  February (3)
    • ►  March (4)
    • ►  April (3)
    • ►  May (5)
    • ►  June (3)
    • ►  July (2)
    • ►  August (4)
    • ►  September (3)
    • ►  October (1)
    • ►  November (4)
    • ►  December (2)
  • ►  2020 (37)
    • ►  January (1)
    • ►  February (2)
    • ►  April (3)
    • ►  May (4)
    • ►  June (2)
    • ►  July (8)
    • ►  August (7)
    • ►  September (4)
    • ►  October (4)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2021 (34)
    • ►  January (3)
    • ►  February (3)
    • ►  March (1)
    • ►  April (4)
    • ►  May (9)
    • ►  June (5)
    • ►  July (2)
    • ►  September (2)
    • ►  October (2)
    • ►  December (3)
  • ►  2022 (15)
    • ►  January (2)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  April (5)
    • ►  May (1)
    • ►  June (4)

My Blog List

readers favorites

  • Supplement Himalaya | Kebaikan Women Wellness Shatavari dan Bowel Wellness Triphala
    Assalamualaikum, sihat ke kome semua ? Pernah tak korang terasa badan korang kerap sakit-sakit badan, lenguh, mood tak menentu dan mac...
  • Pengalaman Kena Buasir Ketika Mengandung | Apa Yang Aku Buat
     Assalamualaikum  Pengalaman mengandung kali ke dua ni, lain sangat dengan pengalaman mengandung kali pertama ye, nak dijadikan cerita terke...
  • Top 10 Fitness Gifts for Him This Christmas 2021
    Top 10 Fitness Gift For Him | Everyone deserves to be spoiled once in a while and this coming Christmas is the perfect opportunity for you t...
  •   Pengalaman Beli Ipad Online di Website Apple
    Assalamualaikum  Sebenarnya tak terlintas pun nak beli ipad lebih-lebih lagi secara online, sebab qaseh duk fikir nak beli laptop, tapi bila...
  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
    Assalamualaikum  Fuh baru berkesempatan nak update entry tentang cuti-cuti bujet 2018 ke Genting Highland . Seingat aku dah lama gila ...
  • Berkat Korban 2022 | Daftar Ibadah Korban 2022 Anjuran AEON Malaysia
      Assalamualaikum   Jom Daftar Berkat Korban 2022 anjuran AEON Malaysia  | Alhamdulillah dah masuk tahun ke-tiga ye AEON CO. (M) BHD menerus...

send me a message!

latest 'grams from @username

© Qaseh Dalia's Blog.
Made by SoulMuse.