Assalamualaikum .. holla guys !
First of all , tq Me'nate Steak Hub menjemput #kelabbloggerbenashaari dalam sidang sesi beramah mesra bersama media dalam meraikan kejayaan pihak pengurusan Place Butcher Resource yang merangkul dua anugerah berprestij yang di terima baru-baru ini di Selangor dan Kuala Lumpur.
Memang patut lah Me'nate Steak Hub ni dapat anugerah sebab kualiti daging yang ada di sini memang berkualiti tinggi tau korang dan di import dari Australia , New Zealand dan Amerika Syarikat .. Alhamdulillah dapat jugak merasa daging Me'nate ni hihi kenyang sampai ke malam , dan yang selalu menjadi rating tertinggi kat sini adalah daging Wagyu.. Kenapa ? haaa tu nanti uols datang cuba sendiri k ..
- Malaysia International Business Awards 2017 - Excellence In Western Steak House - Anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor pada Dis 2017
- The Brandlaureate Best Brand in F&B - Steak House 2017-2018 - Anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF)
Sambil - sambil mendengar sesi Q&A , sambil-sambil mengunyah , kat sini menunya bukan hanya ada daging tau , ada menu-menu lain macam kat bawah ni haaaa , semua makanan sedap weh .. Dalam masa 3 tahun Palace Butcher Resource menambah lagi 3 cawangan dan semuanya terletak di sekitar kawasan Lembah Klang dan Selangor - Ampang Jaya , Setapak , Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.
Sempat lah sis tinjau-tinjau sikit apa yang ada dalam Me'nate Steak Hub ni , bagi korang yang tak pernah datang dan nak merasa tapi tak tahu macamana nak order ke apa kan (macam aku ni jakun sikit )
Konsep sini unik dan berbeza dari restoren stik yang lain , korang boleh pilih daging yang dah siap di potong ( harga semua dah ada , just pilih mengikut kemampuan ) , dan bila dah di masak tiada cas tambahan untuk itu.. Hanya bayar harga daging tu je lah , boleh di bawa pulang atau makan di restoran . Best kan !
Nah , jemput tengok lunch kami di Me'nate Steak Hub Setapak ni , korang kena cuba tau sekali sekala belanja orang-orang tersayang .. Yang tak minat daging tu pun boleh makan kat sini sebab ada ikan , ayam , udang kara , pasta dan banyak lagi lah haaa .. tq Me'nate ! Dah lama tak makan ramai-ramai dengan blogger kesayangan tuan hamba ni .. perut kenyang hati pun manyak gumbira ..
Aku dulu selalu tertanya-tanya apa maksud Me'nate ni .. sebab aku orang pantai timur , negeri aku Menate maksudnya binatang , kalau brgaduh biasa orang akan sebut menate mu ! Haha bukan nak cakap kasar okay , cuba untuk terangkan je :p .. so Me'nate ni ni maksudnya Men Ate , orang yang suka makan daging , bila di ubah dan olah jadi lah Me'nate .. Unik kan ? Lastly , jangan lupa datang di sini dan rasai sendiri sekurangnya sekali seumur hidup ahaks .. okay tq for reading !
Semoga terus maju jaya Me'nate Steak Hub dan banyak lagi cawangan di negeri-negeri lain .. yeahhh!!
P/s : selain daging , aku suka pasta dan sup tu , yaAllah sedap gilos .. masih terasa kenikmatan itu .. ok bye ❤️
P/s : selain daging , aku suka pasta dan sup tu , yaAllah sedap gilos .. masih terasa kenikmatan itu .. ok bye ❤️
Comments
Racheal