Kfry Urban Korean ? Aku rasa semua dah tahu tentang makanan ni yang asyik viral viral dan viral , kenapa kena beratur panjang namati sampai berjam-jam ? Sebab korang lah suka viral haha tapi sebab viral la aku tahu pasal Kfry ni . Berapa banyak viral daaaaaa , so lets begin why i want to eat this food !
Sebenarnya aku takdela sangat nak makan , tapi setiap kali besday aku , husband or Rayyan mesti di raikan dengan makanan yang kami tak pernah cuba atau tak selalu makan . So for my birthday im decide to eat this food , KFRY URBAN KOREAN ! Jauh woo dari Rawang ke Ioi Putrajaya semata nak makan tapi that time kebetulan nak ergi rumah kaksue , buat makan-makan raya sikit , please happy belated birhday to me yang ke 30 ! :p
Aku sampai awal jugak lah , time ni kedai baru nak bukak tau tapi dah ramai yang beratur ! Padahal pergi ni bukan weekends pun , weekdays pun ramai jugak weh .. Tapi kalau korang takmau beratur panjang , better booking awal-awal lah so nanti just tunggu jap terus dah boleh duduk
![]() |
muka bosan menunggu |
![]() |
Kedai belum bukak pun dah panjang barisan haa |
Nampak panjang naw beratur , nasib baik lah kedai ni sederhana besar jugakla so tiba giliran aku masih lagi muat , kalau tak kena pulak tunggu orang lain habis makan baru boleh masuk , haaa ko sanggup nak tunggu , memang idokla . Tapi tak sempat nak snap menu dia sebab pilih menu pun waktu berdiri cenggini
Dapat jugak masuk dan duduk so lega amat , menunggu lagi makanan sampai so apa lagi moh la kita bergambar dulu hihi . Mujur lah Rayyan tak mengamuk lapar ke apa kalau tak memang huru hara nanti . Disebabkan kali pertama datang , qaseh order yang biasa-biasa je dulu .
- Original Cheesy Fried Chicken Bumbuk
- Strawberry Rita
- Mini Bingsoo Matcha Green
Strawberry Rita
Strawberry Rita ni Apple Barbican Soda with a Blended Strawberry Flavour , portion dia pun besar so beli satu je share-share dengan husband , romantik gitu .. Harga dia RM18.90
Original Cheesy Fried Chicken Bumbuk

Menu ni la yang orang duk viral tu , phewwww banyak weh portion dia ! Sesuai di makan untuk 2 - 3 orang .. Hari tu kitorang tak habis dalam 3 ketul tapi bungkus lah sambung makan dalam kereta haha kira habis lah tu , yang original ni rasa dia biasa je sebab tak pedas kan , sesuai lah untuk budak-budak , next time nak rasa yang pedas pulak ! Harga dia RM48.90

Nanti pekerja Kfry akan tolong cairkan cheese dan balut fried chicken ni untuk korang .
Peminat cheese memang wajib cuba okay
Ada 3 pilihan yang korang boleh cuba , Ori , Spicy & Mustard
Mini Bingsoo , Matcha Green Tea Bingsoo
Katanya mini tapi besar bapokkk jugak haha , nasib order satu . Portion dia untuk dua orang makan . Bila order bingsoo ni boleh request nak terus atau pun last sekali , so aku sarankan korang request last , bila dah nak habis makan tu baru suruh dia hantar sebab cepat cair . Kalau order terus nanti banjir weh . Sedap jugak Matcha Green ni cuma yang serbuk tu kena bagi cair dulu sebab pahit ! hihihi nanti . Harga dia RM23.90

Muka dah kenyang , balik lah hehe apa pun memang wajib korang cuba kfry ni tau , yang spicy tu orang cakap lagi sedap fuhh ! Harga dia agak mahal sebenarnya tapi di sebabkan portion besar kira okay lah , boleh pergi ramai-ramai .. Yang penting pergi awal
posted in
Holla ibu-ibu , bapak-bapak ! Korang dah tahu belum Lazada tengah mengadakan Lazada Big Baby Fair lagi , diskaun sehingga 80% pulak tu. Rugi tau tak shopping di waktu-waktu sale macam ni sebab dapat jimat banyak gila , duit lebih-lebih boleh belanja anak-anak kan . Yang baru tahu its okay ada sehari lagi untuk korang shopping sebab Lazada Big Baby Fair ni bermula dari 25 Julai - 29 Julai 2018 . One day left guys , cepat jangan lambat-lambat . Meh kita tengok apa promosi hebat kali ni
Ekslusif Offer Dan Diskaun Dari Jenama Terkemuka
Fuh kali ni memang banyak eklusif deal dan promosi dari brand-brand terkenal yang sememangnya kegemaran ramai seperti Dutch Lady , Drypers , Philip Avents , Anmum , Friso , Pet Pet , Mamypoko , Poney dan banyak lagi . Korang boleh tengok sendiri okay , lagi mudah download je applikasi Lazada dalam fon masing-masing .
Di sebabkan Rayyan minum susu Dutch Lady terus aku tengok betul ke ada promo best , nak jugak banding harga Lazada dengan beli kat supermarket kan .. Biasa jarang dapat la harga bawah RM20 macam tu kan , nah ! di Lazada memang betul murah dari harga biasa , dah la tak perlu keluar rumah tak perlu nak bazir minyak kereta bagai kan , beli online je ! See banyak yang boleh jimat . Terus masuk cart sebelum promo habis .
Tetiba rambang mata tak tahu nak shopping apa , rasa nak je add to cart semua yang murah-murah ni haaa .. Nasib baik Rayyan dah besar sikit kalau tak Umi shopping je barang-barang newborn yang sumpah murah dari kebiasaan , masa dulu time pregnant pun selalu bukak Lazada waktu sale-sale macam ni sebab memang berbaloi , tak perlu bersesak bawak perut besar pergi mall kan .. Terbaik Lazada ni sebab setiap tahun akan ada Big Baby Fair macam ni
Flash Sales , Hot Deals Below RM49 , Vouchers , Free Shipping & BundlesSelain dari promosi dan diskaun best , ada kategori flash sale yang korang wajib tengok , vouchers , below RM49 dan bundle pun ada jugak . If dah ada bajet dalam Rm50 boleh klik-klik di kategori sale under RM49 tu haaa mudah dan murah

Biasanya bila aku bukak Lazada , firstly aku akan tengok FLASH SALE haha sebab apa ? Sebab flash sale ni lagi murah dan ada limited time yang Lazada akan bagi , tapi kena cepat lah takut stok habis weh ! Mak - mak ni memang laju gila bab , tak tinggal kat orang belakang pun tau hahah geram daku . Jadi kena cepat rebut peluang , sempena Big Baby Fair ni lagi lah banyak flash sale yang best-best !
Siap bagi untuk esok hari punya , aim je la awal2 lepas tu tunggu cash out je hiks
Lazada's Big Baby Fair Event !Help Super Spy Agent Baby to achieve this Mission Adorable and stand a chance to be one of the lucky winners!
How to join?
- Visit https://www.facebook.com/events/1807434032675299/ before 29July
- click "GOING" to join the Big Baby Fair Sale!
- T&c - Terma & Syarat
Prizes will be unlocked as below:
- 1,000 "GOING" - 10% OFF Voucher (T&C apply)
- 3,000 "GOING" - 4X LACTOKID 3 Comfortis (6 pack)
- 5,000 "GOING" - 3X Sweet Heart Paris ST PALMA
- 12,000 "GOING" - 5X My Dear Baby Playpen
Haaa apa tunggu lagi ? Sehari je lagi korang .. Waktu sale macam ni memang best shopping untuk anak , yang biasa nya kita beli 1 barang boleh dapat 2 barang dalam 1 harga , gitulah kekdahnya bila shopping waktu sale macam ni :p
posted in
Holla guys ! Today i wanna share my new boyfriend , but i already married :p
Okay ramai yang tak sabar nak baca review aku kan , eceh bajet femes pulak , cuma yaa sorry lambat update , biasalah kene explore dulu baru boleh kongsi dengan korang semua . Tapi nak ingatkan Paperang ni bukan kamera , sebab nampak bentuk badan dia comel cute dan macam ada lens kan , tapi ianya hanya sebuah printer yang sangatlah comel ! Aku memang tak boleh tengok benda-benda comel ni . Nah ! Terbeli !
Sebenarnya aku tak pernah tahu pun kewujudan Paperang ni , hinggalah satu hari tu aku bukak Shopee sebab cari toys untuk Rayyan . Faham-faham lah bila masuk shopee , nak cari benda lain tapi ternampak benda nih ! Ibarat jatuh cinta pandang pertama , siang malam duk fikir , duk teringat-ingat benda alah ni . Haih tak boleh jadi dah macam angau , tu yang terbeli ha ha ha , tapi tanya husband dulu boleh tak nak beli Paperang ni , hurmm banyak jugak soal jawab . Akhirnya dapat jugak , terguna sikit je gaji yang suami bagi bulan-bulan #eh !
Berbaloi ke beli Paperang Printer ni ?
Berbaloi ? Of course lah berbaloi he he if korang suka kumpul kenangan , suka sesuatu yang vintage , suka buat diari , jurnal , student dan planner addict , korang patut beli ni sebab mudah sangat nak guna . Kalau tanya aku kenapa aku beli ? Aku nak print gambar-gambar yang ada dalam handfon ni , nak tampal dalam buku ala-ala diari , tampal di dinding bilik haa macam tu la hehe comel kan ?
Tak sama tau bila kita tengok gambar dalam handfon dengan real punya cuma Paperang ni versi black and white je , setakat ni takde versi berwarna lagi . But its okay memang aku nak jugak sebab macam-macam boleh print , resepi , label , macam-macam lagi la ikut suka hati
Mana Nak Dapatkan Paperang ?
Aku beli di shopee Maju Gajet Trading , sebab mudah dari Malaysia so tak perlu nak tunggu lama dari oversea bagai , dan laju gila dia hantar dalam masa 3 hari je sebab Paperang ni ready stock . Yang sedihnya aku nak warna pink tapi dia hanya jual warna putih je , tapi dah beli casing warna pink ! hikssss bolehlah ~
Harga Paperang sahaja adalah RM133 , i dont know lah mungkin ada lagi yang lebih murah , malas nak cari dah , so dapat Paperang Printer, kabel charging , manual , dan 2 thermal paper ( kertas resit je uols ) Kalau korang nak beli paper yang jenis sticker pun ada jual dan boleh guna untuk Paperang ni . Kelebihan dia thermal paper ni murah gila dan senang cari , lagi satu Paperang ni tak perlu beli dakwat bagai , hanya bluetooth dengan handfon je , android dan ios boleh .
Applikasi Paperang
Bila dah beli Paperang ni , wajib download applikasi nya untuk print . Kena register email dan sign in . Siap ! Dalam app ni pun dah tersedia macam-macam idea yang kita boleh print . Alahai comel-comel sangat , dan ada juga acc user lain yang letak idea kreatif mereka dalam ni , kita boleh amik dan print je . Mudah bukan teknologi sekarang .
Size paper : 57MM , kecik je tau jangan duk fikir besar gedabak pulak
Butang on / off just tekan lama-lama nanti keluar lampu hijau , maksudnya ON la tu
Tempat untuk charge . Boleh guna mana-mana kabel android
Ada gerigi gini sebab senang nak koyak paper
Thermal paper , its glossy paper
Cara Guna Paperang
See how it works , why so cute !
Cara Guna Paperang
- Download applikasi Paperang
- On Paperang
- On bluetooth fon
- Connect
- Pilih gambar
Hasil Gambar Dari PaperangAku suka gambar berwarna dan juga monokrom , jadi walaupun hanya gambar hitam putih macam ni its okay , kalau tak okay aku tak beli dari awal hehe . Jika korang tak suka gambar-gambar hitam putih macam ni better jangan beli .. :p
Nah hasil dari Paperang yang aku dah print , gambar dia not bad lah tak teruk sangat dan still nampak walaupun hitam putih je , cuma jika gambar yang terlalu banyak warna nanti dia tak cantik sangat . Sebelum print boleh tengok preview dulu gambar tu okay ke tak okay dan boleh jugak edit dalam applikasi Paperang ni .
Pregnant journal gitu .. :p tak siap lagi sebab nak pergi cari buku cantik-cantik hahaha wait haaaa
Kelebihan Paperang⎙ Size poket ! Mudah nak bawak ke mana-mana
⎙ Menggunakan teknologi bluetooth dan sesuai untuk Android dan juga IOS , hanya download applikasi Paperang je
⎙ Tak perlu kan dakwat , ni yang aku suka sebab tak perlu beli dakwat bagai
⎙ Built in battery - lithium ion , jangka hayat bateri pun lama dengan 1000 MAH boleh bertahan sehingga 24 jam . Cas bateri dalam masa 1 jam untuk penuh
⎙ Kualiti gambar dan tulisan sangat okay , sesuai untuk buat memo , label , diary dan macam-macam lagi ikut kreativiti korang
⎙ Paper jauh lebih murah dari printer berwarna dan mudah dapat .
⎙ Cetakan tulisan sangat okay dan cantik , boleh lah aku copy je resepi kat google dan tampal di dapur haha
Kekurangan Paperang⎙ Yang tak bestnya Paperang ni bagi aku sebab ia takde versi berwarna , tapi yang berwarna memang kos dia agak tinggi .
⎙ Kadang-kadang bila gambar terlalu banyak warna ia tak berapa jelas tapi tulisan no problem at all
⎙ Yang lain non hadooo tu je lah setakat ni
Haaa semua details dah letak kot , if ada soalan bagitau okay ! tq for reading muahciked :p
posted in
Assalamualaikum
Holla gais , Alhamdulillah sebenarnya seronok sangat dapat juga menghadirkan diri untuk turut serta dalam bengkel Kbba kali ni . Haa ce teka kenapa seronok ? Sebab bengkel kali ni beauty-beauty gituh , sape je tak minat weh , kali ni KBBA bekerjasama dengan MATIC , Puan Azie Sam ( Perunding Imej Muslimah ), Puan Shuhada (Pengasas Pee-Ka-Box) dan Khai Azwan (MUA) dalam Bengkel Personaliti & Kecantikan
Jadi kali ni aku nak kongsi lah sedikit sebanyak apa yang aku dapat dalam bengkel hari tu , yang pasti semua berjalan lancar , santai dan happening . Apa aktiviti kami hari tu ? Haa baca sampai habis tau ! Banyak ilmu nak bagi ni acece
SESI PERTAMA : BENGKEL PERSONALITI OLEH PUAN AZIE SAM - PERUNDING IMEJ MUSLIMAH
Tak sangka , dapat juga bertemu dengan Puan Azie , sebenarnya kenal Puan Azie ni sebab dulu beliau juga seorang blogger dan sekarang merupakan perunding imej yang berjaya dan cantik sangat , so dalam bengkel kali ni kami di beri ilmu tentang 4 benda yang buatkan aku sendiri sedar rupanya ada benda yang kita kena titikberatkan dalam membina personaliti diri
- Wow first impression
- Create your own personality style
- Colour make your soul
- Mix and match outfit
WOW FIRST IMPRESSIONHaaa ape ni ? First impression bila kita lihat orang lain buat pertama kali dan orang lain melihat kita buat pertama kali . Kadang-kadang kita tak jaga first impression kita kan , maksudnya bila pertama kali jumpa orang , kita buat orang lain fikir yang kita sombong , garang dll . Yup betul , tak kenal maka tak cinta tapi now kita kena ubah supaya first impression orang lain kepada kita yang baik-baik sahaja , at least senyum tau , lepas tu greeting dan yang selalu kita lupa panggilan kata nama diri pada orang , kalau dia seorang doktor kena la pggl doktor , dan sbagainya.
Macamana nak jaga first impression ?
- Appearance - cara kita berpakaian / penampilan , even kita tak suka mekap tapi sekurangnya bersih dan kemas
- Behaviour - Cara kita layan orang , cara salam , cara duduk dan tingkah laku
- Communication - Bagaimana cara kita bercakap dengan orang
Tips First Impression
So hari tu , Puan Azie ada buat aktiviti untuk first impression ni , setiap orang di tampal dengan kertas kosong , dan 5 orang rakan kena tulis first impression dia pada kita haaa gituh .. Apa first impression diorang pada aku ? Haha kelakar pun ada .. Ada yang betul dan ada yang tak betul kot
Ni kak Umminani punya haha sempat skodeng
Okay i got this ! hahaha okay let me tell u haaa . Pemalu ? Yes saya sangat - sangat pemalu sebenarnya untuk berhadapan dengan orang :p tapi boleh jadi peramah bila dah mula boleh masuk dengan seseorang dan situasi , sweet ? ermm main tulis je haaaa ! Cun ? perli ke apa .. btw banyak gambar edit so luar nya tak cun langsung . Stylish ? Haha main hentam je pakai .. kikiki
Tips : Bila bersalam dengan orang jangan pandang direct ke mata utk mengelakkan pukau or jatuh cinta haha , Puan Azie bagi tips lihat di bahagian kening
CREATE YOUR OWN PERSONALITY STYLE
Apa personaliti korang , Puan Azie bagi kertas ni untuk jawab .. so kebanyak jawapan aku adalah A . Apa maksud A ni haaa kalau banyak A - seorang yang natural , B - Romantik - C - Classic , D - Dramatic .. Korang ?
Tips : Jika nak berubah , jangan berubah drastik . Mulakan perlahan-lahan , first ubah di bahagian muka , sebab pertama orang akan lihat wajah kita . Ubah gaya tudung , gaya mekap ;)
COLOUR MAKE YOUR SOULMasuk bab warna , kadang kita tak sedar warna yang kita pakai dalam kategori cair , pekat , terang atau kusam . 80% orang pandang kita melalui warna , jika kusam jee orang pandang pun sekilas mata je kan , tapi bila warna yang menarik sampai terjatuh cinta gituh haha

5 Warna Yang Tak Pernah Salah
- Putih
- Hitam
- Kelabu
- Navy Blue
- Coklat
Tips Padanan Warna
Tips : Bila terasa lemau pakai warna-warna yang terang , untuk mudah nak matching korang cari colourwheel ni kat google dan download
MIX AND MATCH OUTFIT / UKURAN BADANKorang nak tahu bentuk badan korang jenis apa ?
- Pear , epal , strawberry , hourglass atau ruler ?
-Aku semestinya ruler kahkahkah .. tapi badan jenis ruler ni kebanyakan model sebab boleh match dengan semua baju yuhuuuu so kalau nak kan model jangan lupa contact-contact k !

Aktiviti lagi meriah bila kena ukur badan masing-masing , bila dah ukur baru kita boleh tahu bentuk badan kita macamana hihihihi

Alhamdulillah sesi pertama berjalan lancar dan selesai .. sambung makan tengahari , solat zohor dan sesi kedua bersama Pee-Ka-Box !
SESI KEDUA - BENGKEL KECANTIKAN OLEH PENGASAS PEEK-A-BOX , PUAN SHUHADA
Cantiknya Puan Shuhada ni
Salah satu yang buat kan aku teruja adalah Peek-A-Box , btw sebelum ni aku dah pernah tengok juga orang unboxing Peek-A-Box ni , tapi tak tahu secara detail la ingatkan sama macam beauty box yang lain yang mana ada brand mereka sendiri tapi sebenarnya Peek-A-Box ni adalah surprise box yang mana mengikut tema . Tema Peek-A-Box ni pulak tak sama setiap bulan , haa dan dalam box ni bukan satu brand je tau , lain-lain brand , ada dalam actual size dan juga mini size.
Peek-A-Box dengan berlainan tema
Eh kalau kita tak tahu apa dalam box ni , karang kita tak pakai pulak . Jangan risau , Peek-A-Box akan buat teaser / hint juga di IG official . Eh best apa surprise box ni , korang mesti akan ternanti-nanti apa benda la yang korang akan dapat haaa kan kan kan :p Boleh lah hadiah kan buat yang tersayang juga dan harga Peek-A-Box ni hanya Rm59 sedangkan barangannya adalah lebih kurang RM150 macam tu .. Berbaloi lah !
yeyyy dapat Peek-A-Box khas buat KBBA
UNBOXING PEEK-A-BOX
Nak tahu apa dalam box ni ? Nah tengok video ni
Menarik kan ? Nak beli korang boleh dapatkan di shopee , website or instagram Peek-A-Box , tengok info kat bawah ye .. Oh ye sekarang Peek-A-Box tengah adakan kempen DIY , so bila korang beli , korang join lah kempen ni , caranya DIY box ikut kreativiti masing-masing dan jangan lupa tag !
Shopee : https://shopee.com.my/peek_a_box
DIY FACE MIST DAN LIP BALM SENDIRI
Dah selesai unboxing Peek-A-Box , kami di ajar cara-cara untuk buat face mist dan juga lip balm sendiri .. Wohoooo mudah je rupanya nak buat semua ni , yang pasti takde pengawet bagai dan sesuai untuk kulit atau bibir sensitif tu ha .. Bahan-bahan pun mudah je nak cari
Diy Face Mist
- Drinking water , Rose Water , Honey , Essential Oil
- Cara dia , campur kan Rose Water bersama drinking water , masukkan madu dan essential oil haaa mudah gila .. sukatan dia , drinking water tu kena dua kali ganda dari rose water yang korang letak ..
DIY Lip Balm
- Cocoa Butter , pewarna , vaseline , air mendidih , madu
- Cara dia kena cairkan cocoa butter tu dulu dalam air mendidih , kemudian ambil sedikit vaseline , if nak letak pewarna atau nak guna madu sahaja pun boleh . Lepas dah sebati semua tunggu je dia keraihhhh , dah boleh guna !
LAST SESI : TUTORIAL MEKAP DAN HIJAB OLEH MUA KHAI AZWAN
Bila dengar kisah Khai Azwan ni memang betullah kadang apa yang kita tak suka tu lah jadi apa yang kita suka haaa hehe apa pun jeles betul dengan tangan yang berseni ni ha , aku dah patpuluh juta kali tengok tutorial mekap tapi tak reti-reti jugak hoih haha , tapi sebenarnya benda ni kena banyak praktik
DAN JADI PEREMPUAN TU SUSAH DAN MAHAL TAHU TAK ! Hahaha :p
So hari tu , banyak jugak tips-tips yang di beri oleh Khai Azwan ni , dari berus mekap , pemilihan foundation , highlighter dan banyak lagi yang di kongsikan .. Soalan pun banyak di utarakan oleh gigirl smua hihihi .. Dan ini hasil mekap have-have oleh Mua Khai Azwan tapi menggunakan barang mekap yang tak have-have yang penting teknik dan skill ...
Dua orang secara sukarela atas permintaan Khai Azwan untuk ikut cara beliau mensenikan wajah modelnya haa gituh ..
Alhamdulillah , Bengkel Personaliti & Kecantikan berjalan lancar sehingga terlebih masa gitu , tak sedar kan waktu berlalu , syok sangat tengok live mekap haaa , hehe tq untuk semua yang terlibat dan tajaan untuk bengkel KBBA kali ni ❤️ Tq tak terhingga buat Puan Azie Sam , Puan Shuhada dan Kak Gee , Khai Azwan untuk segala ilmu yang kami peroleh dalam bengkel kali ni . Semoga maju jaya dan terus success ke persada dunia :)
PENAJA YANG TERLIBAT
- En Ali untuk lokasi bengkel KBBA di MATIC
- MrsZa Kitchen untuk tajaan breakfast - https://www.instagram.com/mrszakitchen/
- Nurul Izzah Catering - https://www.instagram.com/nurulizzahcatering/
kredit gambar : https://shehanzstudio.com
Terima kasih Kelabbloggerbenashaari , memang best join bengkel-bengkel macam ni tau , selain dapat ilmu , dapat jumpa kawan-kawan dan me time eh ! haha okay bye
posted in
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons