Holla guys ! Today i wanna share my new boyfriend , but i already married :p
Okay ramai yang tak sabar nak baca review aku kan , eceh bajet femes pulak , cuma yaa sorry lambat update , biasalah kene explore dulu baru boleh kongsi dengan korang semua . Tapi nak ingatkan Paperang ni bukan kamera , sebab nampak bentuk badan dia comel cute dan macam ada lens kan , tapi ianya hanya sebuah printer yang sangatlah comel ! Aku memang tak boleh tengok benda-benda comel ni . Nah ! Terbeli !
Sebenarnya aku tak pernah tahu pun kewujudan Paperang ni , hinggalah satu hari tu aku bukak Shopee sebab cari toys untuk Rayyan . Faham-faham lah bila masuk shopee , nak cari benda lain tapi ternampak benda nih ! Ibarat jatuh cinta pandang pertama , siang malam duk fikir , duk teringat-ingat benda alah ni . Haih tak boleh jadi dah macam angau , tu yang terbeli ha ha ha , tapi tanya husband dulu boleh tak nak beli Paperang ni , hurmm banyak jugak soal jawab . Akhirnya dapat jugak , terguna sikit je gaji yang suami bagi bulan-bulan #eh !
Berbaloi ke beli Paperang Printer ni ?
Berbaloi ? Of course lah berbaloi he he if korang suka kumpul kenangan , suka sesuatu yang vintage , suka buat diari , jurnal , student dan planner addict , korang patut beli ni sebab mudah sangat nak guna . Kalau tanya aku kenapa aku beli ? Aku nak print gambar-gambar yang ada dalam handfon ni , nak tampal dalam buku ala-ala diari , tampal di dinding bilik haa macam tu la hehe comel kan ?
Tak sama tau bila kita tengok gambar dalam handfon dengan real punya cuma Paperang ni versi black and white je , setakat ni takde versi berwarna lagi . But its okay memang aku nak jugak sebab macam-macam boleh print , resepi , label , macam-macam lagi la ikut suka hati
Mana Nak Dapatkan Paperang ?
Aku beli di shopee Maju Gajet Trading , sebab mudah dari Malaysia so tak perlu nak tunggu lama dari oversea bagai , dan laju gila dia hantar dalam masa 3 hari je sebab Paperang ni ready stock . Yang sedihnya aku nak warna pink tapi dia hanya jual warna putih je , tapi dah beli casing warna pink ! hikssss bolehlah ~
Harga Paperang sahaja adalah RM133 , i dont know lah mungkin ada lagi yang lebih murah , malas nak cari dah , so dapat Paperang Printer, kabel charging , manual , dan 2 thermal paper ( kertas resit je uols ) Kalau korang nak beli paper yang jenis sticker pun ada jual dan boleh guna untuk Paperang ni . Kelebihan dia thermal paper ni murah gila dan senang cari , lagi satu Paperang ni tak perlu beli dakwat bagai , hanya bluetooth dengan handfon je , android dan ios boleh .
Applikasi Paperang
Bila dah beli Paperang ni , wajib download applikasi nya untuk print . Kena register email dan sign in . Siap ! Dalam app ni pun dah tersedia macam-macam idea yang kita boleh print . Alahai comel-comel sangat , dan ada juga acc user lain yang letak idea kreatif mereka dalam ni , kita boleh amik dan print je . Mudah bukan teknologi sekarang .
Size paper : 57MM , kecik je tau jangan duk fikir besar gedabak pulak
Butang on / off just tekan lama-lama nanti keluar lampu hijau , maksudnya ON la tu
Tempat untuk charge . Boleh guna mana-mana kabel android
Ada gerigi gini sebab senang nak koyak paper
Thermal paper , its glossy paper
Cara Guna Paperang
See how it works , why so cute !
Cara Guna Paperang
- Download applikasi Paperang
- On Paperang
- On bluetooth fon
- Connect
- Pilih gambar
Hasil Gambar Dari PaperangAku suka gambar berwarna dan juga monokrom , jadi walaupun hanya gambar hitam putih macam ni its okay , kalau tak okay aku tak beli dari awal hehe . Jika korang tak suka gambar-gambar hitam putih macam ni better jangan beli .. :p
Nah hasil dari Paperang yang aku dah print , gambar dia not bad lah tak teruk sangat dan still nampak walaupun hitam putih je , cuma jika gambar yang terlalu banyak warna nanti dia tak cantik sangat . Sebelum print boleh tengok preview dulu gambar tu okay ke tak okay dan boleh jugak edit dalam applikasi Paperang ni .
Pregnant journal gitu .. :p tak siap lagi sebab nak pergi cari buku cantik-cantik hahaha wait haaaa
Kelebihan Paperang⎙ Size poket ! Mudah nak bawak ke mana-mana
⎙ Menggunakan teknologi bluetooth dan sesuai untuk Android dan juga IOS , hanya download applikasi Paperang je
⎙ Tak perlu kan dakwat , ni yang aku suka sebab tak perlu beli dakwat bagai
⎙ Built in battery - lithium ion , jangka hayat bateri pun lama dengan 1000 MAH boleh bertahan sehingga 24 jam . Cas bateri dalam masa 1 jam untuk penuh
⎙ Kualiti gambar dan tulisan sangat okay , sesuai untuk buat memo , label , diary dan macam-macam lagi ikut kreativiti korang
⎙ Paper jauh lebih murah dari printer berwarna dan mudah dapat .
⎙ Cetakan tulisan sangat okay dan cantik , boleh lah aku copy je resepi kat google dan tampal di dapur haha
Kekurangan Paperang⎙ Yang tak bestnya Paperang ni bagi aku sebab ia takde versi berwarna , tapi yang berwarna memang kos dia agak tinggi .
⎙ Kadang-kadang bila gambar terlalu banyak warna ia tak berapa jelas tapi tulisan no problem at all
⎙ Yang lain non hadooo tu je lah setakat ni
Haaa semua details dah letak kot , if ada soalan bagitau okay ! tq for reading muahciked :p
Comments
Paper sticker pun murah je , dalam ringgit-ringgir macam tu , haaa boleh je mana2 kertas resit sebab muat cuma tak boleh tebal sangat , nanti just roll bg nipis la utk muat dalam ni
Anak-anak kak nina sure suka dpat ni. Confim depa jer dok godek -godek nanti
Kat shopee , tp ada je rasanya kat kedai sebab ni kertas resit so cari yg ada jual kertas resit hehe cuma mungkin yg kat kedai tu tebal so kena nipiskan je utk muat dlm ni
oh... best jugak leh kertas sticker... Tq informasinya qaseh. hehe.