• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

HUAWEI MatePad SE 10.4-inchReview | Assalamualaikum and holla ~so today qaseh nak review  tentang tablet baru yang qaseh tengah guna iaitu HUAWEI Matepad SE 10.4- inci , special edition untuk tahun 2022. Untuk info korang, Huawei telah melancarkan dan merasmikan Huawei MatePad SE 10.4’’ ni tau di Malaysia pada 5 November, yang bestnya harga yang ditawarkan oleh Huawei sangat berpatutan. 

Sempena perasmian, HUAWEI menawarkan promosi jualan ekslusif dengan pemberian hadiah percuma bernilai RM200 untuk setiap pembelian, nah korang sehingga 30 November sahaja promosi ni. Baik korang grab awal-awal, lagi best bila dapat free gift 

Bagi korang yang tengah tercari-cari tablet yang ringan, kecil, mesra keluarga dan mesra untuk anak i think HUAWEI MatePad SE 10.4 inci ni memang sangat sesuai. Apa yang best yang korang perlu tahu tentang tablet ni ?

Jom qaseh nak kongsikan beberapa kelebihan / features yang ada, yang qaseh rasa sangat memudahkan kerja qaseh dan boleh kawal dan pantau penggunaan gajet pada anak dengan mudah.

Tablet serba boleh yang direka khas untuk kegunaan pelbagai jenis isi rumah ini mampu memberikan kenikmatan hiburan yang mengagumkan.


Sebelum tu jom kita tengok spesifikasi yang ada di HUAWEI MatePad SE 10.4-inci ni. HUAWEI MatePad SE 10.4 menggunakan sistem operasi HarmonyOS 3, yang mana sistem kendiri HUAWEI yang mempunyai ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti penyusunan Service Widgets yang sama, kombo Service Widgets dan pintasan saiz berbeza untuk akses yang lebih mudah. Oh ya tablet ni menggunakan processor Qualcomm® Snapdragon™ 680

OS : HarmonyOS 3
Processor : Snapdragon 680, 6nm Octa Core
Battery : 5100 mAh

Paparan Luas yang Menenangkan Mata

Size paparan skrin adalah 10.4 inci yang dilengkapi 2K Eye Comfort HUAWEI Fullview Display dan telah memperoleh pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker-free yang memberi keselesaan kepada mata dan terbukti melegakan keletihan mata. Sesuai sangatla bagi daku yang suka hadap gajet ni

Brightness tablet ini akan auto berubah mengikut keadaan sekeliling tau so tak perlu nak adjust secara manual, ia memang memberi keselesaan pada mata.

Design Simple dan Minimalist 

Seriously tablet ni memang ringan je, macam pegang smartfon sebab berat 440g sahaja dan memang selesa sangat untuk digenggam dan bawa ke mana-mana, design tablet ni tak nampak besar kerana design penjuru yang berbentuk bulat

Ianya mesra keluarga so everyone boleh genggam dengan selesa terutamanya anak kecil,  ia diperbuat daripada aloi aluminium dan punyai kemasan metalik berkilat, design yangsimple dan minimalist.

P/s : HUAWEI MatePad SE 10.4 ni agak kuat ye ketahanannya, in case korang terduduk or terjatuh, sebab ia memang dah berkali-kali diuji, mempunyai bingkai tengah yang teguh untuk penggunaan yang lama. 


Untuk kamera pula qaseh memang jarang la guna kamera tablet hihi lebih fokus pada hal-hal lain.Kamera hadapan 2MP manakala kamera belakang 5MP up to 2592 × 1944 pixels dan boleh record video sehingga FHD 1080P.

Untuk spesifikasi penuh korang boleh tengok disini secara details  okay !
https://consumer.huawei.com/my/tablets/matepad-se/specs/
Tiada Google Store No Problem ~

Bila cerita tentang peranti HUAWEI, ada kawan-kawan tanya Huawei ada google dah ke? Dan boleh ke nak download aplikasi yang berkaitan google semua tu ~ google store pulak dah takde ~ haa so soalan macam ni memang benda biasa yang akan di tanya hihi 

Sebenarnya qaseh pun pernah juga tanya member yang menggunakan smartfon HUAWEI soalan yang sama hihi,  bila dah di terangkan oooo tiada masalah lah untuk menggunakan aplikasi atau apa-apa yang berkaitan dengan google.

AppGallery HUAWEI 


Contohnya macam HUAWEI MatePad SE 10.4 inci ni, qaseh tiada masalah langsung untuk download dan guna aplikasi berkaitan google seperti google drive, google photo dan aplikasi yang lain, dengan adanya sistem HUAWEI sendiri iaitu AppGallery HUAWEI , so qaseh boleh download semua aplikasi yang qaseh guna di smartfon macam biasa dan semua aplikasi tu tersedia  dalam AppGallery ni. No worries okie ! 

Nak buat carian google pun tiada masalah, boleh guna HUAWEI Browse, boleh dowload Google Chrome, Opera dan sebagainya 


HUAWEI mestilah cipta sesuatu yang memberi kemudahan pada penggunanya yang tersayang ~betul dak?

Multi Window Untuk Multi Tasking 


Features ni memang qaseh suka dan sangat-sangat memudahkan kerja, bila qaseh blogging atau menulis menggunakan microsoft word, qaseh tetap kena layari internet, pada masa yang sama kena buka google drive atau pun email untuk copy some info, sometimes send whatsapp sambil layan movie

I dont know lah about other tablet sebab qaseh just nak share kelebihan yang ada di HUAWEI MatePad SE 10.4 ni sahaja, so jangan datang komen ‘lah tablet i pun boleh ~ aaa gitu ku hempok karang haha gurau je’ 

1.Multiwindow & Floating Window

Korang boleh bukak banyak tetingkap terapung / floating window, so senang nak track balik aplikasi yang qaseh guna tanpa cari satu-satu aplikasi tersebut, selagi tak close ia akan stay tersusun which is u can hide it too.


Paling maximum boleh buka floating window adalah 10 window, so senang sangat nak open window lain, just klik je bahagian kanan yang korang dah buka so tak perlu susah nak kena cari satu-satu ~


2. Tiga Window Dalam 1 Tugasan 

Biasanya bila buat kerja blogging ni, ada info yang kena cari di internet so kebiasaannya qaseh akan bukak dashboard blog, buka google dan kena buka email to copy some info, qaseh boleh buka 3 window ni dalam 1 masa 

So ia akan jadi macam gambar bawah ni, boleh buka 1 floating window dan multiwindow yang bersebelahan, senang kan !  


Customize Widget : Combo Widget + Aplikasi


Antara kelebihan HarmonyOS 3 ni juga membolehkan korang customize widget dan boleh combine widget bersama aplikasi juga, senang la korang nak track korang punya aktiviti. Buat je beberapa combo widget untuk senangkan kerja korang. Contoh combo widget yang qaseh dah buat



Satu lagi kelainan adalah, folder untuk aplikasi boleh dibesarkan dan juga dikecilkan. Qaseh sejenis yang memang suka customize tablet or smartfon, suka jadikan ia macam estetik gitu, sanggup beli theme janji sedap mata memandang, tablet ni pun tersedia dengan theme yang korang boleh download, ada yang free dan juga berbayar.
Service Widget pelbagai size ,Widget Stack & Combo Widget 
2 Pembesar Suara Yang Menggunakan Histen 8.0 

Bab bunyi pula korang akan puas hati sebab adanya dua pembesar suara / speaker yang mengeluarkan bunyi dari kiri dan kanan tablet. Apakah Histen 8.0 ni ? So Histen 8.0 ni beri kesan audio dan pelarasan halus yang berasaskan konteks yang disesuaikan secara automatik (frekuensi, tahap bunyi, dan meningkatkan kejelasan suara)

Selalu kan, kadang call kawan-kawan atau mak ayah, selalu tak dengar suara dioramg, kadang bunyi tenggelam timbul macam tu.

Dengan peningkatan kejelasan suara ni beri bunyi yang lagi baik, dengan algoritma pengekstrakan yang unik untuk suara manusia buatkan ia jadi jelas, HUAWEI MatePad SE 10.4 ni juga menggunakan algoritma lapisan bawah untuk mengenal pasti jenis aplikasi yang kita guna lalu melaraskan pembesar suara secara automatik. Haaa faham ke idok ? Canggih kan ~ 

Kids Corner - Limit Screen Time Untuk Anak-anak


Kegembiraan untuk anak-anak pulak, hurmm zaman sekarang memang zaman teknologi, didedahkan dengan smartfon, internet dan sebagainya, bagi qaseh takde masalah pun nak bagi gajet untuk anak-anak yang penting ada pantauan dan kawalan, limitkan screen time!

Cuma yelah kadang-kadang bila berjanji dengan anak ni selalu dicapatinya, dah pesan stop pukul sekian-sekian eh eh terlajak pulak ! Haih 

HUAWEI sediakan satu aplikasi khas untuk anak-anak, iaitu Kids Corner, sangat bagus sebab ibu bapa boleh setkan masa, set password, set aplikasi / game yang boleh download dan secara automatiknya ia akan auto off Kids Corner bila waktu dah tamat.

Mak-mak jangan lah lembut hati nak bagi lagi, kena tegas la yee ~ kalau tak erm tiada beza lah haha

Kelebihan Kids Corner 
  • Screen time management - set daily limit, lenght per session rest between session
  • App management - boleh set aplikasi mana yang anak boleh tengok
  • Eye protection - blue light filter, posture alert, brightness alert, bumpy road alert & ebook mode
  • Content management - boleh set gambar / video mana yang anak boleh tengok
  • Boleh set password, safe charging (tak boleh guna waktu charge tablet.
 

High- Performing Antenna


Last but not least, tablet ni menggunakan wifi, qaseh dah cuba tengok Netflix, layan Youtube dan sebagainya memandangkan qaseh hanya guna hotspot dari smartfon so far memang laju korang, qaseh ada buat perbandingan dengan ipad, memang agak berbeza ya kelajuan nya, HUAWEI MatePad SE 10.4 ni lagi laju walaupun wifi agak slow. Awesome ! 


Kualiti video cantik, bunyi padu ~ 
My Honest Review 

Setelah qaseh menggunakan HUAWEI MatePad SE 10.4 inci ni, overall tiada kesulitan yang qaseh alami, nak buat kerja blogging takde masalah, layari internet dan movie so far sangat smooth dan okay, setakat ni tiada masalah lagging, or stuck. Dengan harga RM999 ni memang tablet yang sangat berbaloi untuk korang miliki

Ringan, design simple, nak buat kerja sangat mudah, senang nak bawa ke mana-mana, i think untuk heavy user macam suka melukis atau buat kerja-kerja design, korang boleh cuba HUAWEI MatePad PRO. Macam qaseh selalu buat kerja melibatkan kerja-kerja menulis,layan netflix ~ cukup for me !

Qaseh suka dengan aplikasi Music HUAWEI ni, biasanya nak tengok lirik lagu mestilah masuk aplikasi kan, tapi music app Huawei kita boleh set lirik lagu tu muncul di home screen , so sambil buat kerja boleh karaoke! Haha best kan, terpegun seketika aaa gitu 

Kalau korang buka mana-mana website pun lirik ni stay muncul macm tu heheh ~ i loike !


Harga HUAWEI MatePad SE 10.4 inci

HUAWEI MatePad SE 10.4 inci 4 + 128GB versi WIFI : RM999 
Hadiah percuma : Sarung folio (bernilai RM129) dan ganjaran ekslusif HMS bernilai sehingga RM200 

HUAWEI MatePad SE 10.4 inci 4+ 64GB  versi LTE : RM999 (tersedia pada bulan Disember)
Hadiah percuma jika korang purchase dari 5 November hingga 30 November je tau, so cepat-cepat dapatkan segera di HUAWEI Experience Store, HUAWEI official website, HUAWEI Official Store on shopee atau HUAWEI Flagship Store on Lazada


More Info : 

Website :HUAWEI Website
Retail : HUAWEI Experience Store
Shopee : HUAWEI Official Shopee
Lazada : HUAWEI Flagship Store on Lazada
FB Page : HUAWEI Fb Page


Holla guys ! Today i wanna share my new boyfriend , but i already married :p 


Okay ramai yang tak sabar nak baca review aku kan , eceh bajet femes pulak , cuma yaa sorry lambat update , biasalah kene explore dulu baru boleh kongsi dengan korang semua . Tapi nak ingatkan Paperang ni bukan kamera , sebab nampak bentuk badan dia comel cute dan macam ada lens kan , tapi ianya hanya sebuah printer yang sangatlah comel ! Aku memang tak boleh tengok benda-benda comel ni . Nah ! Terbeli ! 


Sebenarnya aku tak pernah tahu pun kewujudan Paperang ni , hinggalah satu hari tu aku bukak Shopee sebab cari toys untuk Rayyan . Faham-faham lah bila masuk shopee , nak cari benda lain tapi ternampak benda nih ! Ibarat jatuh cinta pandang pertama , siang malam duk fikir , duk teringat-ingat benda alah ni . Haih tak boleh jadi dah macam angau , tu yang terbeli ha ha ha , tapi tanya husband dulu boleh tak nak beli Paperang ni , hurmm banyak jugak soal jawab . Akhirnya dapat jugak , terguna sikit je gaji yang suami bagi bulan-bulan #eh !



Berbaloi ke beli Paperang Printer ni ?

Berbaloi ? Of course lah  berbaloi he he  if korang suka kumpul kenangan , suka sesuatu yang vintage , suka buat diari , jurnal , student dan planner addict , korang patut beli ni sebab mudah sangat nak guna . Kalau tanya aku kenapa aku beli ? Aku nak print gambar-gambar yang ada dalam handfon ni , nak tampal dalam buku ala-ala diari , tampal di dinding bilik haa macam tu la hehe comel kan ? 

Tak sama tau bila kita tengok gambar dalam handfon dengan real punya cuma Paperang ni versi black and white je , setakat ni takde versi berwarna lagi . But its okay memang aku nak jugak sebab macam-macam boleh print , resepi , label , macam-macam lagi la ikut suka hati 



Mana Nak Dapatkan Paperang ? 
Aku beli di shopee Maju Gajet Trading , sebab mudah dari Malaysia so tak perlu nak tunggu lama dari oversea bagai , dan laju gila dia hantar dalam masa 3 hari je sebab Paperang ni ready stock . Yang sedihnya aku nak warna pink tapi dia hanya jual warna putih je , tapi dah beli casing warna pink ! hikssss bolehlah ~ 

Harga Paperang sahaja adalah RM133 , i dont know lah mungkin ada lagi yang lebih murah , malas nak cari dah , so dapat Paperang Printer,  kabel charging , manual , dan 2 thermal paper ( kertas resit je uols ) Kalau korang nak beli paper yang jenis sticker pun ada jual dan boleh guna untuk Paperang ni . Kelebihan dia thermal paper ni murah gila dan senang cari , lagi satu Paperang ni tak perlu beli dakwat bagai , hanya bluetooth dengan handfon je , android dan ios boleh . 



Applikasi Paperang 



Bila dah beli Paperang ni , wajib download applikasi nya untuk print . Kena register email dan sign in . Siap ! Dalam app ni pun dah tersedia macam-macam idea yang kita boleh print . Alahai comel-comel sangat , dan ada juga acc user lain yang letak idea kreatif mereka dalam ni , kita boleh amik dan print je . Mudah bukan teknologi sekarang . 

Size paper : 57MM , kecik je tau jangan duk fikir besar gedabak pulak 

Butang on / off  just tekan lama-lama nanti keluar lampu hijau , maksudnya ON la tu 

Tempat untuk charge . Boleh guna mana-mana kabel android 

Ada gerigi gini sebab senang nak koyak paper 


Thermal paper , its glossy paper 
Cara Guna Paperang


See how it works , why so cute ! 


Cara Guna Paperang 

  • Download applikasi Paperang 
  • On Paperang 
  • On bluetooth fon
  • Connect 
  • Pilih gambar 
  • Print  
Hasil Gambar Dari Paperang 
Aku suka gambar berwarna dan juga monokrom , jadi walaupun hanya gambar hitam putih macam ni its okay , kalau tak okay aku tak beli dari awal hehe . Jika korang tak suka gambar-gambar hitam putih macam ni better jangan beli .. :p

Nah hasil dari Paperang yang aku dah print , gambar dia not bad lah tak teruk sangat dan still nampak walaupun hitam putih je , cuma jika gambar yang terlalu banyak warna nanti dia tak cantik sangat . Sebelum print boleh tengok preview dulu gambar tu okay ke tak okay dan boleh jugak edit dalam applikasi Paperang ni .






Pregnant journal gitu .. :p tak siap lagi sebab nak pergi cari buku cantik-cantik hahaha wait haaaa 

Kelebihan Paperang 
⎙ Size poket ! Mudah nak bawak ke mana-mana
⎙ Menggunakan teknologi bluetooth dan sesuai untuk Android dan juga IOS , hanya download applikasi Paperang je
⎙ Tak perlu kan dakwat , ni yang aku suka sebab tak perlu beli dakwat bagai
⎙ Built in battery - lithium ion , jangka hayat bateri pun lama dengan 1000 MAH boleh bertahan sehingga 24 jam . Cas bateri dalam masa 1 jam untuk penuh
⎙ Kualiti gambar dan tulisan sangat okay , sesuai untuk buat memo , label , diary dan macam-macam lagi ikut kreativiti korang
⎙ Paper jauh lebih murah dari printer berwarna dan mudah dapat .
⎙ Cetakan tulisan sangat okay dan cantik , boleh lah aku copy je resepi kat google dan tampal di dapur haha

Kekurangan Paperang 
⎙ Yang tak bestnya Paperang ni bagi aku sebab ia takde versi berwarna , tapi yang berwarna memang kos dia agak tinggi .
⎙ Kadang-kadang bila gambar terlalu banyak warna ia tak berapa jelas  tapi tulisan no problem at all
⎙ Yang lain non hadooo tu je lah setakat ni



Haaa semua details dah letak kot , if ada soalan bagitau okay ! tq for reading muahciked :p


Assalamualaikum .. 

Baru ada kesempatan untuk menceritakan tentang kesayangan yang baru muncul dalam hidup .. my sonia , cerita ni adalah tentang impian seorang Qaseh Dalia pada tahun 2017 .. impian apa ? impian memiliki sebuah mirrorless camera , start mengidam bulan 8 , 2017 .. boleh baca di entry ni mengidam mirrorless camera 

Aku kan benci betul bila mula perangai nak kan sesuatu benda tu , memang aku akan fikir je , google benda yang aku nak tu setiap hari , lepas tu bayangkan bila aku dapat nanti haha ada sekali tu sampai masuk mimpi ! Lepas tu aku cerita kat husband aku mimpi camera yang aku nak tu .. kakaka husband cakap ''sampai macam tu sekali'' , eh ini lah bini mu haha 



Jadi start bulan 8 tu memang aku simpan je duit blog yang aku dapat suam-suam kuku tu .. boleh ke tidak kumpul sebelum 2018 , aku redha jeeeeee ... tapi alhamdulillah dapat jugak 31 Dis 2017 , sehari je lagi nak masuk tahun baru .. aku pernah dengar ustazah ke ustaz yang bagitahu , bila nak sesuatu pertama mintak dekat Allah , mintak sungguh-sungguh , sebut dalam doa apa yang kita nak lepas tu kita usaha dan kemudian tawakaltualallah..

Akhirnya alhamdulillah 100% aku guna duit blog , ni gadjet ke dua aku beli dengan duit blog , first laptop ASUS yang banyak berjasa dalam dunia blogging ni tapi waktu itu ada tambah duit husband sikit sebab tak cukup kikiki .. kali ni aku cuba untuk tidak menyusahkan dia dengan kemahuan aku , sebenarnya keperluan bagi aku sebab camera aku yang aku selalu guna tu always error dengan lens , oh sakit hati ! 

Jadi aku start buat bujet rendah je .. tak sampai 2k pun , masa tu aku fikir nak ambik samsung je sebab tengok ada blogger review lawa je gambar dia tapi bila google - google balik , samsung macam dah lama tak keluarkan camera , tinggikan sikit bujet dan nak ambik sony a5000/a5100/canon m10 je kemudian baca review-review orang berkenan pulak dengan sonya6000 / fujiflm ..  tapi , fuji agak mahal sikit so bujet aku dalam 2.5k je .. akhirnya aku memilih sonya6000 hehehehe !! 

Sonya6000 Jadi Pilihan 

Ni gambar hiasan , xmampu nak beli lens extra lagi :p


Akhirnya pilihan aku sonya6000 , syukur alhamdulillah.. husband dah warning jaga elok-elok haa macam tahu-tahu aku tak berapa reti nak menghargai barang ahaha , henfon pun letak merata celah-celah tilam :p , okey aku beli sonya6000 di Sony Centre Berjaya Times Square alang-alang ada hal kat situ , malas gila nak survey tempat harga murah .. asalkan tak lebih dari bujet aku .. 

So harga camera ni dekat 2.5k jugak sobs tambah filter lens dan cover skrin .. wajib tambah wooo sayang lens , dah lah lens pun mahai nak mampuih . lepas bayar semua terus bankrup serta merta huwaa huwaaa tapi takpe percaya rezeki Allah tu luas , inshaaAllah ada rezeki lain , niat untuk buat kerja juga ...lepas ni taknak wishlist apa-apa dah , nak saving je .. inshaaAllah nak penuhkan tabung  aku , tabung Rayyan pulak untuk kemudian hari , moga Allah makbulkan juga ..ameen

Dalam kotak ni dapat macam biasalah basic buku manual ,wayar charger 3 ketul , bateri dua ketul , memory card 16gb , beg , filter lens , kabel charger 1 ketul (macam kabel handfon samsung sebab boleh cas guna powerbank jugak sony a6000 ni ) mudah kan ! 


Bab pilih warna ni susah sikit sebenarnya nak buat pilihan , antara hitam , putih , grey dan yang aku pilih ni ahaks putih memang tolak awal-awal sebab aku kan hurmmm tak reti nak jaga barang , hitam dah biasa sangat so tadaaaa aku amik warna ni je lah .. cute tak ? mohon jawab cute k .. 

Beza skrin dengan sony a5100 , sony a6000 ni hanya boleh flip 90 je so nak selfie kau yakin boleh je la sebab  tak dapat nak tengok screen kan ahaks 


Amacam okay tak ? aku tak nak cerita details lagi sebab tak habis godek-godek lagi .. kira ni entry pengenalan dan welcome to my blog my sonia .. inshaAllah nanti aku kongsikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada sonya6000 ni okay .. dan tunjuk hasil dari my sonia ni .. maafin tak pro lagi tapi seriously sangat memudahkan aku untuk ambil gambar review , dah tak lenguh tangan nak pegang dslr lama , huwaa nak nangis rasa akhirnya dapat jugak idaman kalbu .. ~ alhamdulillah semoga impian korang juga terlaksana :) 

Hati Berbicara :

Semoga kehadiran my sonia ni merajinkan aku untuk berblog haha , chaiyok - chaiyok !! nanti aku kongsikan lagi ye .. tq kerana sudi membaca .. dan ramai jugak lah dah guna sony a6000 ni , dalam kbba dah 6 orang , paling latest kak SHE , haha tahniah kak SHE :p okbye 


Assalamualaikum 

Antara benda paling bahagia dalam hidup bila kau keluar rumah dengan bateri telefon pintar penuh dan tahan lama sehingga keesokan hari tanpa perlu charge , salah satu perkara yang sangat-sangat penting buat aku ! Buat apa smartfon mahal beb tapi belum apa-apa hal bateri dah low kan ? Ini lah salah satu kelebihan Redmi Note 4 yang aku ingin kongsikan kepada korang semua ..

Kalau dulu aku ni agak perlekehkan gadjet dari China , sebab aku selalu terbaca feedback negatif tanpa aku gunakan sendiri , yaaa mungkin kesilapan kita cepat menilai atas pengalaman orang lain walhal benda tu kita sentuh pun tak kan .. atas dasar pengalaman aku sendiri yang telah mencuba dan menggunakan smartfon Redmi Note 4 ni , banyak benda aku nak share dan mentaliti aku terus berubah dari memperlekehkan , terus rasa . wow best gila smartfon ni ..



Kalau nak kata Redmi Note 4 ni sangat sempurna .. tipu lah kan , manusia pun tiada yang sempurna hehe tapi dengan harga yang bawah RM1 ribu , sangat berbaloi untuk di miliki , dengan spesifikasi nya yang best , banyak ciri-ciri yang menarik dan reka bentuk Redmi Note 4 ni sangat menawan hati , nampak elegant gitu .. Satu perkara lagi finger print yang berada di belakang sangat memudahkan aku , sebab biasa kita pegang smartfon tangan mesti kat belakang kan , so touch je ! Lebih-lebih aku yang suka selfie , touch je tak sedar beribu gambar dah.. ops !

Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates