facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Selamat tahun baru semua, alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur, masih lagi sihat walafiat, dapat lagi melihat dunia.YaAllah dah 2026 ya kita, ermm panjang dah perjalanan hidup ni, so macamana kehidupan korang? Qaseh harap semua baik-baik sahaja, hidup ni pun banyak sangat ujian tapi semoga korang yang terasa berat dengan ujian yang menimpa, qaseh doakan yang baik-baik buat kalian dan semoga dipermudahkan segala urusan

Kalau nak ikutkan, banyak sangat benda dalam fikiran ni, banyak sangat benda yang bermain dalam kepala otak ni, macamana masa depan yang akan mendatang, ujian membesarkan anak-anak di zaman kini, kalau fikir boleh jadi sangat lah overthinking sebab tu qaseh kadang cakap dekat diri sendiri, jalani je kehidupan kita seadanya, doa yang baik-baik semoga setiap saat perjalanan hidup ni dapat kita tempuh dengan tenang dan jangan pandang belakang, jangan ulang kesilapan sama

By the way, umur qaseh pun dah nak dekat 40, tapi qaseh rasa 2026 ni qaseh nak sambung lah impian untuk kembali berblog yang tertangguh di azam 2025 hahah, cenggitu la ek, berangan lebih tapi buatnya tidak. Tapi takpe gais, ini lah di namakan tidak putus asa, berhenti sekejap tu untuk berehat, tibeh! Kita cuba la ye

Rania dah sekolah ! 

So, tahun ni dua orang anak qaseh dah bersekolah, Rayyan dah 10 tahun, Rania dah 5 tahun so dah tiba masa untuk Rania bergaul di dunia luar pulak walaupun dia masih ada pelatnya, ermmm. Kalau ikutkan Rayyan dulu qaseh hantar dia sekolah waktu 6 tahun, anak first kan macam awal lagi la nak lepaskan dia hihi tapi Rania ni kita cuba tengok macamana dan qaseh daftar kan dia di sekolah Pasti, doakan semoga Rayyan dan Rania sentiasa dilindungi Allah

Hari ni qaseh merempit je dengan diorang, uruskan pendaftaran sekolah Rania, bayar yuran, ambil baju dan buku teks. Selalunya hencik kyle yang uruskan tapi dia kena kerja. Semoga di perluaskan lagi rezeki suamiku, banyak nak kena bayar yuran semua, semoga berlipat ganda pahala dalam menafkahi anak-anak, tq for everything suamiku. Lebiyu :p

Recap for 2025! 


Tahun ni jugak qaseh malas nak buat video recap macam selalu, hihi faktor usia agaknya tapi nak buat jugak dalam bentuk bergambar je la senang, so here my story sepanjang 2025 yang qaseh sempat jadikan kenangan :)

Januari


Kitorang ada pergi Legoland sambut birthday Rayyan dan semua lah ek, hihi dan memang bulan birthday suami jugak. First time pergi Legoland guna duit sendiri sebab sebelum ni datang ditaja gitu. Hihihi dah jadi blogger pencen dah takde orang nak sponsor :p 

Legoland ni best bila kau berani, haaa boleh la main banyak benda lagi-lari roller coaster. Qaseh memang tak la nak naik benda alah tu, iols cari yang tak membahayakan je hahah, Rayyan cuba cabar diri dia, turun-turun muka sedih hahah tau takut tapi at least dia nak mencuba memberanikan diri. Bagus la tu, jangan jadi penakut macam umi

Tapi sayangnya, semua gambar dan video dalam ipad lama. Kena repair dulu baru boleh amik. Ermmmm



Februari


Sebenarnya tak mampu nak ingat semua, so ingat yang penting-penting je la berdasarkan gambar dalam album. Februari aaaa kitorang pergi PD, ada buffet ramadan di Klana Hotel,alhamdulillah tahun ni pun qaseh join lagi, qaseh nak makan daging kibas lagi! Bulan februari jugak ulang tahun perkahwinan qaseh dan suami heeeee, lepastu first time qaseh makan di Yakiniku, bolehla buat ghaso-ghaso tapi nak repeat tu rasa berat sikitla sebab banyak lagi yang lagi berbaloi i think, ermmm


March


Ooo bulan ni kita raya kan tapi 30 March tak silap, yeyyyy happy boleh balik kampung! Tema kami tahun lepas warna nude, warna cream macam tu and cuba brand Bulan Bintang. Okayla kain dia, design dia cantik cuma tak tahu la muat lagi ke tak, sama ada baju tu makin mengecil atau qaseh yang makin membesar. Of course la baju tu yang mengecut! Huh


April


Bulan april pun masih beraya, qaseh beli baju raya dari Bayu Somerset sebab i know dekat kampung panas nak mampui, hari ke-dua pulak ada hari keluarga, berkumpul ramai-ramai so open space kat kampung panas wak, baju ni sangat selesa untuk cuaca panas, kain dia kain sejuk dan design dia comel, cute macam tu, so for me & Rania okayla. Anak-anak lagi cepat meragam bila cuaca panas ni haaa

Then balik Selangor, Uzu ada jemput open house, kitorang pergi reunion rumah uzu je lah tapi tak semua boleh datang, takpe boleh jumpa yang mana ada. Tq uzu jemput kitorang, tq uzu masak sedap-sedap dan jamu kitorang, tahun ni jemput lagi :p




May


Bulan 5, ada pergi event. Qaseh sebenarnya malas dah nak join event sebab malas nak bersosial, malas nak jumpa orang sangat tapi di sebabkan event ni lumayan jugak so i accept dan jumpa pulak Farah Dafri, lama betul tak jumpa dia, makin cantik! Tq tolong ambilkan video hihi then ada sukan sekolah Rayyan dan btw bulan May, emosi gue menggila ya, aku macam sedih, down ntahlah kenapa, but lepas tu dah okay dah. Nasib baik bukan sebab mengandung ahahaha


Jun


Yeyyy bulan 6 balik kampung lagi sebab raya haji! Rindu la nak balik kg, aku suka balik pastu wajib pergi pantai. Rindunya pantai,yang penting pantai Terengganu bersih and bulan jun jugak my birthday! Tq husband belikan kek & bagi hadiah (kalau tak bagi, merajuk :p)

Bila dewasa ni suka ambil gambar dengan keluarga jugak, at least ada kenangan tapi biasalah ek kadang-kadang depa ni kena paksa baru nak bergambar kecuali yang suka bergambar :p 


Julai


Bulan ni kitorang ada jalan-jalan dekat Sekinchan, lama tak pergi sini, btw cantik Sekinchan ni dengan pemandangan sawah padi tapi tu lah panas berdentum bila tengah hari, so kitorang lepak cafe makan-makan sempena birthday Rania (ada review dekat ig, boleh tengok sana) Henna Cafe. Btw, makanan dia not bad tp i think agak mahal sikit sebab bukan di kawasan bandar, but kawasan dia cantik!

Then pergi kenduri member husband, ada food review, pergi shoot baju untuk review tepi tasik. Kat situ je la wak tempat cantik dan nature. Tempat lain ermmm letih.


August


Bulan 8 ada anak buah qaseh bertunang, so abang, kakak ipar and anak buah datang sini, hari tu aku ada kerja dekat Putrajaya so sempat la singgah lepak dengan diorang jap, semestinya bergambar hahah. Lama weh tak lepas Putrajaya so aku dah makin sesat dengan jalan yang ada. Alhamdulillah esoknya, anak buah aku bertunang, simple-simple je. Diorang pun masih dalam praktikal cikgu. Ye kot praktikal ek, memandai je 

InshaAllah bulan 2 nanti majlis, semoga di permudahkan segala urusan mereka dalam menempuhi dunia rumah tangga. Lepas tu pergi dekat eco grandeur kot untuk shoot review baju, lawa wei kat sini! Untungla yang mana dekat, boleh pergi hari-hari hurmmm 

Lepas tu aku ada try makan dekat Meokja, korean food. Sedap gilos! Bagi tekak aku memang sedap walaupun dia takdela authentic korea tapi kena la dengan tekak melayu. Boleh repeat lagi cuma tu lah semua yang sedap-sedap memang dekaaaaaaaaaattttttttt sangat dengan rumah aku, ermmm



September


Bulan ni aku menuruti kehendak lagi hahah mampui ek, tak la macam ianya satu keperluan untuk aku, so aku beli ipad lagi sebab ipad lama aku dia jadi gelong, macam ghost touch gitu. Aku dah tanya kedai biasa untuk repair tapi tu lah baik beli baru haaaa so aku beli Ipad Air M2, aku tak menyesal upgrade sebab aku boleh connect dengan monitor dan boleh jadikan monitor aku sebagai pc dan aku boleh buat kerja di ipad jugak. Faham ke tidak! Ipad lama aku tak boleh buat macam tu sebab tak support. 

Btw, bulan 9 ni aku takde keluar sangat pun cuma ada la pergi berkelah. Btw, nak pergi tempat lain tapi penuh weh dengan manusia-manusia lain. So, kitorang lepas sungai apa tah namanya dah lupa. Tak mandi sungai sangat pun sebab air deras gila. Takut tibeh kepala air, kitorang bakar-bakar dan main tepi-tepi sungai je. Anak-anak seronok, tu yang penting



Oktober 


Bulan 10 pun rasanya takde keluar sangat kecuali keluar area rumah je la, lepak mamak. Lately ni aku pun sebenarnya malas nak keluar. Kadang anak-anak keluar dengan abah dia je round-round naik motor. Rania lah, ishhh pantang abah dia ada, mesti ajak jalan-jalan naik motor. Tu lah dah abahnya ajar macam tu hahah layan je lah. Takpe, tahun ni dah sekolah haaaa tengok cane pulak. 

Dan aku cuba buat konten masak-masak la pulak, tapi ikut mood jugak sebenarnya. Time aku happy, rajin haaa aku cuba la buat dan salah satu nya untuk menarik client offer task masak-masak heheh dan berjaya tarik perhatian heheh. Untuk review beauty pun aku masih ambil jugak tapi taknak banyak sangat, ada yang paid dan ada yang tak (bila skincare dah mula nak habis boleh la aku try, jimat duit disitu! Tapi aku memang pakai ye cuma bila mood malas, skincare routine pun kelaut macam sekarang!



November


Ada bulan karnival dekat sekolah Rayyan, so join la sekejap, beli kupon, makan-makan dan ada la beberapa acara. Diorang nak tangkap ikan so tangkaplah tapi ikannya non hado :p. Btw, bulan ni aku dikejutkan dengan berita abang ipar aku excident, kena langgar lari. Ermm, spend masa tido Putrajaya jap untuk jaga anak buah aku, tapi tak boleh lama sangat sebab Rayyan ada exam. So far, tak lama kena warded so abang ipar aku boleh balik, okayla alhamdulillah, semoga yang langgar lari tu terima la nasib kau eh, dah lah langgar orang lepas tu lari! Tak ke bodo namanya!




Disember





Know-know dah penghujung tahun, sumpah setahun sekarang ni memang sekejap sangat tapi alhamdulillah dengan apa yang Allah beri, ujian kecil dan sebagainya. Bulan disember or januari selalunya kitorang akan cari tempat untuk cuti-cuti. Disebabkan kitorang ni jenis taknak serabut dengan orang ramai so kitorang memang suka cuti hari biasa bukan pada hari minggu mahupun cuti sekolah. 

Kitorang decide nak pergi Lost Word of Tambun, tahun sebelum Rayyan nak pergi Legoland, so tahun ni bawak diorang pergi Tambun pulak. Rayyan dah pernah pergi waktu kecik, so Rania first time. Dah alang-alang kat ipoh kami pergi tempat yang tak pernah pergi lagi, lepak Tasik Cermin naik bot, jalan-jalan cari makan, dan aku tak habis post lagi semua gambar di ig hahah lantak situ.

So berakhirla sudah tahun 2025 dengan nafas yang masih ada. Tq husband dan anak-anak :) umi sayang semua! Mari kita meneruskan tahun 2026 pulak. Semoga Allah panjangkan usia kami untuk melihat anak-anak membesar dan berjaya dunia akhirat, ameen












Belanjawan 2026 Malaysia telah dibentangkan, menandakan langkah strategik kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara berterusan. Bagi yang terlepas,ini ringkasan lengkap peruntukan, fokus rakyat, pembangunan pendidikan, kesihatan, transformasi teknologi, dan peluang ekonomi yang ditawarkan oleh Belanjawan 2026.

Belanjawan 2026 Malaysia ringkasan peruntukan dan impak rakyat

Jumlah Perbelanjaan dan Defisit

Belanjawan 2026 mencatat jumlah perbelanjaan sebanyak RM470 bilion, menjadikannya belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia.

  • Perbelanjaan Mengurus: RM338.2 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan: RM81 bilion
  • Sumber tambahan: RM30 bilion daripada GLICs, RM10 bilion pelaburan awam-swasta, dan RM10.8 bilion daripada badan berkanun persekutuan

Defisit fiskal dijangka menurun kepada 3.5%, berbanding 3.8% pada tahun sebelumnya, menunjukkan langkah kerajaan yang lebih berhemah dalam pengurusan kewangan negara.

Peruntukan ini merangkumi pembayaran gaji, projek pembangunan, bantuan rakyat, dan inisiatif transformasi ekonomi.

 
Infografik Belanjawan 2026 bantuan rakyat, pendidikan, kesihatan

 Fokus Utama Kepada Rakyat

Belanjawan ini menekankan kesejahteraan rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40:

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA): RM100 untuk 22 juta rakyat Malaysia
  • Bantuan Sosial: RM15 bilion untuk STR dan bantuan JKM
  • Program Jualan Payung RAHMAH: RM600 juta untuk mengurangkan kos sara hidup

Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban harian rakyat dan meningkatkan kualiti kehidupan.

 

Pendidikan dan Latihan

Kerajaan menekankan pembangunan modal insan melalui pendidikan dan latihan:

  • Peruntukan Pendidikan: RM66.2 bilion
  • TVET: RM7.9 bilion untuk memperkasakan kemahiran teknikal
  • Latihan Belia: RM200 juta untuk belia tanpa ijazah
  • Pembiayaan Usahawan Belia: RM150 juta melalui BSN

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan peluang belia untuk memperoleh kemahiran relevan dan pekerjaan yang stabil.

 

 Kesihatan dan Infrastruktur

  • Peruntukan Kesihatan: RM46.5 bilion
  • Pelantikan Tetap: 4,500 doktor kontrak dan 935 jururawat
  • Sabah & Sarawak: Peruntukan pembangunan tertinggi – RM6.9 bilion & RM6 bilion

Langkah ini memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan pembangunan infrastruktur yang seimbang di seluruh negara.

 

 Transformasi Ekonomi dan Teknologi

  • Sektor Utama Pertumbuhan: Perkhidmatan 5.2%, Pembinaan 6.1%, Pembuatan 3%, Pertanian 2.2%
  • Inovasi & AI: RM5.9 bilion untuk penyelidikan, pembangunan, dan inovasi
  • Pelepasan Cukai: Sehingga RM1,000 untuk melancong dalam negara

Inisiatif ini menyokong pertumbuhan ekonomi digital dan memberi peluang kepada rakyat untuk memanfaatkan teknologi dan peluang perniagaan baru.

 

 Alam Sekitar dan Cukai

  • Cukai Karbon: Diperkenalkan untuk industri beremisi tinggi seperti besi, keluli, dan tenaga
  • Cukai Eksais: Dinaikkan 10% untuk minuman beralkohol dan 2 sen sebatang untuk rokok

Langkah ini bertujuan menggalakkan pembangunan lestari dan meningkatkan kesedaran alam sekitar.

 

Reformasi dan Tadbir Urus

  • Gaji Hakim: Kenaikan 30% berkuat kuasa 2026
  • Potongan Gaji Menteri: 20% diteruskan
  • LPPSA: Had pembiayaan dinaikkan kepada RM1 juta

Ini meningkatkan akauntabiliti kerajaan dan menyediakan peluang lebih baik untuk rakyat memiliki rumah.

 Fokus utama rakyat Belanjawan 2026 Malaysia

Kesimpulan

Belanjawan 2026 menunjukkan usaha kerajaan dalam mengimbangi kesejahteraan rakyat, pembangunan ekonomi, dan transformasi teknologi. Dari bantuan harian, peluang pendidikan, kesihatan yang lebih baik, hingga peluang ekonomi baru, belanjawan ini memberi impak kepada semua peringkat umur rakyat Malaysia.









 

Mesti ramai gila tengok kdrama Bon Appetit Your Majesty ni kan, sampaikan anak ku pun turut join sekali sebab cerita ni memang best dan kelakar sebenarnya lagi-lagi waktu raja tu makan(tapi scene di bawah umur tu tak tengok sebab anak aku tengok 2 episod je :p) Kemain ek dia punya effect lepas makan tu, sampai terbahak-bahak anak aku tengok part tu 


Overall aku memang suka cerita jenis macam ni, kdrama genre sejarah, romance, time travel dan kelakar.  Mula-mula aku taknak tengok tapi betul-betul hype, so aku layan je la episod 1 dulu, know-know bestla pulak sebab dia tiba-tiba berada di zaman Joseon, then kena sabar banyak sebab masa aku tengok tu masih on going.  


Sinopsis Bon Appetit Your Majesty :

Bon Appétit, Your Majesty mengisahkan tentang Yeon Ji-young, seorang chef muda berbakat dalam masakan Perancis, yang secara misteri terperangkap dalam dunia dinasti Joseon selepas satu insiden aneh. Tanpa sebarang jalan pulang, Ji-young terpaksa menyesuaikan diri dalam dunia istana yang penuh politik, tradisi, dan bahaya hanya berbekalkan satu senjata: kemahiran memasaknya.


Di istana, dia bertemu dengan Raja Yi Heon, seorang raja muda yang terkenal dengan sifat kejam dan dingin, tetapi sebenarnya menyembunyikan trauma serta obsesi rahsia terhadap makanan. Ji-young mula menawan hati raja bukan dengan kata-kata manis, tetapi melalui rasa dalam setiap hidangan yang dimasaknya.Semakin hubungan mereka berkembang, Ji-young mendapati dirinya bukan sekadar tukang masak tapi kunci kepada perubahan besar dalam sejarah... dan mungkin, masa depan mereka berdua.

Lepastu aku baca ramai jugak tak suka heroin (Yoona) ni berlakon katanya macam kayu, tapi aku suka je tengok dia berlakon sebab dia macam cute, blur-blur ayam dan watak yang dia pegang tu menjadi je, takde la kayu sangat dan tak nampak berusia pun, kena la dengan watak yang dia pegang dan ada chemistry lah dengan hero (Lee Cha Min)

My dearly beloved, if you were to read this someday, may you come back to my side.”

So kisahnya sebab dia ada baca buku bernama Mangunrok, Yoona baca ayat ni : My dearly beloved, if you were to read this someday, may you come back to my side… lepas dia baca ayat ni terus dia ke zaman Joseon dan ada plot twist, buku ni sebenarnya haa tengokla sendiri, kang spoiler pulak ek bagi yang tak tengok lagi hihihi


Tapi kan aku paling menyampah dengan gundik raja ni, yihhhh aku tak boleh tengok muka dia, rasa nak cabut je rambut yang besauuuu gedabak itu hahah, tak berat ke ek kepala dia, haha tapi memang menyirap la ek, sesuai dengan muka, nampak jahat betul. So part ni memang puas hati, akhirnya pompuan ni gone~ dapat jugak si badut tu balas dendam, walaupun dia cuba bunuh diri dulu 

Ending Bon Appetit Your Majesty Tergesa-gesa?



Aku saje je nak membebel dalam blog sebab aku macam rasa ending ni pengarah buat tergesa-gesa, rasa macam ending memang best happy tapi tergantung bab raja boleh muncul tu hahah.Boleh pulak ek pengarah nak rahsia-rahsia macamana raja boleh muncul pada masa depan, at least bagitahu la woi macamana raja boleh cari kekasih hatinya tu, geram pulak nak kena fikir hahaha

Part masak-masak tu memang best, terasa pulak nak masak apa yang chef tu masak haha tapi makanan Korea pulek, mana nak cari bahan. Mampu terliur je la. 

Overall, ending dia happy cuma tu lah macam tak memuaskan sangat, kita nak detail lah sikit ek baru syok haha, tapi aku rasa sebab sehelai kertas yang terkoyak tu dia boleh pergi ke masa depan. Bukan aku je tau rasa ending dia tergesa-gesa haha ramai geram sebab satu hal pulak nak kena fikir, tapi tq la pengarah sebab cerita ni memang best, cerita santai-santai tapi buat orang tertunggu-tunggu 

Hati Berbicara : saya bagi 9 bintang ~



Luna Jewellery Ioi Mall Putrajaya, jom custom gelang sendiri | Hari tu aku pergi Ioi Mall Putrajaya sebab ada kerja, ambil baju LC Waikiki untuk review, lepas dah settle kerja apa semua takkan la nak balik terus, ye dok? Mestilah kita round satu mall,makan-makan,ootd pastu tunggu anak buat hal baru kita balik


Saje je ni, nak main air kan~

Lama tak makan kyochon, macam makin kecik je ayam dia. 

Lepas tu aku cari lah matcha strawberry dekat ZUS, OUT OF STOCKKKKKKKK LAGIIIIIIIII, sakit pulak hati aku! Buang je la dalam list, jadi satu matchalah buat aku. Marah ni!Aku dah give up nak beli dan merajuk,kalau ZUS baca mohon belanja aku heheh

Lepas tu sambung jalan, aku terjumpa la satu kedai ni, Luna Jewellery, aku macam pernah dengar nama kedai ni sebab masuk FYP tiktok aku, nama tiktok aku, qasehdalia so kalau belum follow boleh la follow segera okie! Haaa kedai dia comei sangat, aku rasa dia letak pelaris yang membuatkan orang-orang yang cute macam aku ni mudah tertarik ( gurau je wak, nanti kena saman pulak kiterr)

Bila masuk kedai dia yang warna pink tu wow, so cutesy! Masa tu ada la customer lain yang staff tengah layan. Aku macam heyyy aku pun nak dilayan.


Aku : Eh, boleh buat gelang sendiri eh, cutenya (dengan muka cute mintak penampo). Padahal kau dah tahu kan, saje jeeee buat-buat tanya. Aku kan peramah orangnya, sebenarnya itu lah cara untuk dilayan segera heh heh heh 

Staff : Aah, boleh buat gelang sendiri, kita ada beberapa jenis bracelet, ada yang tahan luntur, ada charms yang cute-cute dan banyak lagi, bla bla bla ~ 


Lepastu dengan sebegitu sahaja aku tertarik ya! Sebabnya aku selalu je tengok live dekat tiktok, ada la seller buat live diy bracelet kan, aku sebenarnya dah lama nak beli tapi tu lah sebab online kan, bila-bila masa boleh beli,tapi LUNA ni buat aku beli terus sebab comel gila charms dia, lately ni aku minat strawberry so aku pilih charms strawberry jugak.

Meh tengok gelang aku, cinggggg!! Ermmm harga dia macam lebih kurang je seller lain jual, sebab ada yang mahal dan yang murah charms nya tapi yang murah pun sangat la cute, sesuai nak buat untuk anak, boleh pilih yang colourful

First, kena lah pilih gelang dulu, oh ya baru perasan bila tengok gambar ni, rantai pun boleh custom jugak. 


Gelang pandora pun ada, ada beberapa jenis gelang yang korang boleh pilih kat sini, gelang aku pilih yang simple je, sebab aku kecik, taknak la nampak besau benooo, tak berapa minat dan rimas bila besar sangat ek.


Tengah ukur-ukur dulu ikut keselesaa, saiz tangan aku dalam 15.5 cm je tak silap. 





Antara charms and beads dia,  cute kan. Banyak lagi sebenarnya tapi tak kuasa ku nak snap semua hihihi. Done pilih-pilih semua, siap lah bracelet diy kita. Hihihi aku ni memang pantang tengok benda-benda cute ni haaa~ 



Yeyyy ada strawberry!



Tadaaa siap! Very demure, very cutesy <3

Sebelum balik menyempat pergi cari matcha and roti. Sebab merajuk dengan Zus, kita pergi beli di Kenangan Coffee :p Itu je lah cerita untuk post kali ni, kalau korang suka DIY bracelet boleh leh pergi Luna Jewelerry,nak jadikan gift pun okay sangat! Okay gais, 





Hati Berbicara :
Bila makin berumur ni sebenarnya makin malas nak keluar rumah, tapi sesekali kena la jugak keluar ekk, nanti duit tak habis pulak :p 










Assalamualaikum, hai korang ~ rasa macam dah lama sangat tak menulis personal macam ni. Bila dah start menaip rindu pulak dengan semangat dulu-dulu walaupun hanya coretan kosong. Korang apa khabar ? Yang lama dan yang baru dan yang masih ingat qaseh disini, rasanya dah ramai yang bersara dari blog kan ~ takpelah kadang ada benda kita kena lepaskan, mungkin masing-masing dah sibuk dengan komitmen masing-masing 


$ads={1} 

Harapnya korang semua sihat sentiasa, di panjangkan umur, selalu diperluaskan rezeki. Yang mana single dulu mesti dah kahwin dan beranak pinak kan, yang mana dulu pernah cakap ‘aku benci lelaki’ mesti dah bahagia sangat kan elelele, yang mana masih menanti zuriat moga ada rezeki tahun 2024 ni, yang mana sedang bersedih ~ harap korang kuat ye

Takde apa pun nak dicoretkan, just nak ucap selamat tahun baru buat korang semua. Tahu-tahu sejak 2010- 2024 blog qaseh masih wujud, pernah berhenti, pernah giveup, pernah rasa nak bersara je dari blog ni, sekarang zaman social media tapi  anehnya qaseh masih sambung bayar domain blog walaupun semangat dah on off ni haha 

Sayang ~ sayang sangat blog ni, takpela semangat tu nanti kita kutip lagi, tapi blog ni banyak sangat kenangan, banyak juga bagi rezeki dan banyak juga bertemu kawan-kawan. Mungkin nanti qaseh dah tak larat nak buat job, mungkin qaseh kembali menaip kat sini dengan rutin harian di waktu tua pula haha 

Qaseh rindu korang, teringin nak tahu apa perkembangan semua yang pernah blogwalking, ada yang masih aktif dan juga ada yang dah lost contact, harap baik-baik je la ek . Qaseh kat sini sihat je, now dah ada anak, sepasang pulak tu. Alhamdulillah syukur. Lah macam tulis surat dekat kawan pulak kan haha

$ads={1} 


Tahun lepas ~ ermm qaseh rasa macam ingatan kureng sikit, rasa takde ujian berat sangat, ujian kecil-kecil yang qaseh boleh lagi hadap, alhamdulillah tq husband dan family kecil yang masih setia menemani. So far, 2023 everything smooth je, banyak hal menggembirakan ada jugal hal yang sedih tapi simpan je kemas-kemas 

Hurmm apa lagi ek, haaa so qaseh dah bergelar ‘Umi’ dan masuk 8 tahun, struggle la jadi mak ni, susah sebenarnya hahaha nak nangis tapi kena sabar. Mak ayah kita pun macam tu la nak kena hadap perangai nakal ko ni, kikiki sekarang rasaaaiiiinnn ~ inshaAllah nak jadi mak yang sempurna tu tak dapat, emosi kena kawal baik-baik sebenarnya itu yang penting

So agak-agak azam korang tahun lepas dan termakbul ke belum ? Qaseh ada 1 benda lagi tak dapat haha biarlah rahsia tapi qaseh ikut je takdir yang Allah dah tetapkan, moga tahun ni qaseh dapat lah wishlist tu. Btw, wishlist yang lain pulak dapat, eh qaseh tak rasa wishlist pun sebenarnya tapi dia macam tiba-tiba je rasa nak beli haha 

So tahun baru ni, qaseh beli monitor, selalu qaseh buat kerja guna ipad je. Nah ni tengah menaip guna monitor pulak, besar baq ang, baru puas hati. Qaseh pun tak pandai sangat nak survey, beli untuk buat kerja je, so takde lah mahal sangat. Qaseh beli brand Samsung jugak macam my fon lah. Senang gituh sama brand padahal apa yang menyenangkan pun tak

Monitor samsung review
Masih lagi bersepah, takde mood nak mendeko lagi ~ haha

$ads={1}

So far so good lah monitor ni, cuma qaseh connect dengan ipad je, so dia tak jadi full screen. Kalau guna ipad pro yang boleh update stage manager tu boleh lah buat full screen tapi ni pun dah okay, takde lah kecik cinonet sangat ~ so far i puas hati ~ kalau ada duit lebih nanti boleh survey cpu, btw laptop qaseh rosak screen tak repair2 lagi, maleh ~ 

$ads={1} 

Qaseh beli di shopee je —> Samsung Monitor 27inch curve {alertInfo}

Lah dah kenapa i perlu explain segalanya disini haha. Apapun selamat tahun baru 2024 buat diri sendiri dan semua, semoga tahun baru pastinya kita nak jadi yang lebih baik hurmmm. Okay adios ! Tq kerana sudi membaca :p Jangan lupa klik iklan ahahaha bye





The Bentong Farm Review | Best ke datang ke The Bentong Farm ni ? Assalamualaikum & holla gais, haa hari ni qaseh nak share pengalaman qaseh ke The Bentong Farm yang terletak di eh mestilah di Bentong, Pahang. Tempat yang menyeronokkan untuk korang bawa anak-anak mengenal haiwan, beri makan dan sentuh haiwan. Mereka konfirm teruja dan letih ! Haha jom tengok apa yang menarik di The Bentong Farm ni


$ads={1}

Kalau korang pernah pergi Farm In The City, haa konsepnya sama cuma di The Bentong Farm ni lagi selesa dan luas, bila pengunjung ramai pun tak rasa lah perlu bersesak sangat, memang sangat luas ye. Oh ya, for info The Bentong Farm ni masih baru so akan ada penambahbaikan dan benda-benda lain lagi so bab tu korang kena stay tune ~ contoh dusun durian, atv dan banyak lagi haaa 

Area kaunter tiket pun banyak port ootd 

$ads={1}

Parking ? Mudah ! Parking free depan kaunter tiket, tak perlu menapak jauh dari kereta ke kaunter tiket ya. Jom qaseh tunjuk apa yang ada. Pastikan pakai pakaian yang selesa sebab faham-faham la tempat luas kena banyak berjalan, jangan cari pasal pakai heels pulak. Pakaikan topi untuk anak-anak, sediakan air mineral juga. 

$ads={1}

Harga Tiket :

Adult : RM48
Child / senior citizen : RM38 

Korang kalau nak pergi, jenguk-jenguk insta / website juga ye sebab kadang banyak promosi / diskaun


$ads={1}

Selain dari melihat haiwan, beri makan, korang boleh bercinta dengan alam. Bila dah habis melawat haiwan-haiwan yang ada, boleh jalan-jalan sekitar, ada sungai kecil, ada tasik, replika besar punya dan lain-lain. 

Moh la qaseh share yang mana sempat qaseh capture the moment, haha hujung-hujung dan penat sampai lupa dah nak snap pic, so ini antara sebahagian ye, kalau nak tahu lagi sila la pergi sendiri ke The Bentong Farm, anak-anak ku juga tak reti penat weh, banyak betul tenaga diorang tapi yang pasti mereka happy, satu kebebasan buat mereka bila datang ke sini.


$ads={1}

Masuk-masuk je, ini tempat pertama kena singgah ~ boleh beli makanan juga ye, RM10, tapi ada je makanan yang disediakan kat sini, korang boleh minta dekat staff, nanti dia bagi. So area sini, ada alpaca, haiwan come-comel, ada ular, kala jengking, tikus apa tah namanya, sis lupa ~ hihi

Exhibition Hall


$ads={1}



$ads={1}



$ads={1}

Baca juga : Jenis Bunga dan Maksudnya {alertInfo}

Tortoise Land  

Best lepak sini, seronok bagi makan dekat kura-kura ni, memang besar weh cuma untuk anak-anak jangan bagi depa bagi makan sendiri kot kena gigit heheh. Perati la anak masing-masing noh. Tengoklah anak aku ni siap nak panjat atas belakang kura-kura ~ hahahaharu biru.


$ads={1}




$ads={1}

Bird Aviary

$ads={1}

Savannah  

Area sini ada rusa, kuda, kambing lembu, burung merak dan lain-lain, Rayyan kena kejar dengan kambing hahaha so dia takmau lama kat sini, takut kena gigit padahal kambing tu nak makanan yang dia pegang hehehe

Bunny Land



Favourite port anak-anak, bagi makan rabbit ! 

Ready Untuk Tangkap Ikan !
Ini pun memang favourite port anak-anak juga, area sini dekat cafe tau so korang boleh berhenti rehat dan makan. Kemudahan semua lengkap, ada toilet yang bersih. Bagi yang ada anak kecik, better la bawak stroller juga. 

Kat sini boleh tangkap ikan ! Tapi tak boleh bawak balik lah ye, tangkap dan lepas, ikan kat sini memang fast & furious weh, laju betholll haha tapi anak-anak happy je walaupun dapat tangkap air semata :p Kalau dibiarkan tu memang masuk sekali berenang dalam air tu 


Penghujung untuk melawat kawasan haiwan tamat bila nampak replika kapal yang besar gedabak ni, ada angsa tau duk berenang-renang kat sini dan korang boleh bagi makan ikan juga disini.


Back To Nature ! 
Eh tak habis lagi ~ dah habis melawat kawasan haiwan tadi, masa untuk bercinta dengan alam. Korang bebas je nak pergi mana, tempat dia memang lawa, banyak port-port ootd. Ada sungai kecil, macam kat kampung dulu-dulu, ada tali air, replika kerbau, ada macam perkampungan orang asli. Banyak buah-buahan dan sayuran yang ditanama di area sini 


$ads={1}


$ads={1}






Sebenarnya ada banyak lagi kat atas bukit sana haha tapi kaki ku serious kejang, nampak sangat dah tua, kena datang lagi ni, ada lagi yang tak sempat explore dan kita tunggu new attraction lah, boleh naik ATV, or camping ~ haaa so banyak memori yang korang boleh cipta bersama anak-anak, bersama family, semestinya untuk yang tersayang ~ gambar ku dah tak muat nak letak semua ~ 

Jangan lupa datang ya ~ berbaloi ! 

Operation Hours 
WEEKDAYS: 10:00 am – 6:00 pm
WEEKENDS: 09:30 am – 6:00 pm

Closed on every Tuesday
Open in Public holiday & school holiday

More Info : 


THE BENTONG FARM

Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Batu 3 Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang

FACEBOOK
https://www.facebook.com/thebentongfarm/

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/thebentongfarmmalaysia

CUSTOMER SERVICE
+6010 283 3655
















Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates