facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Selamat tahun baru semua, alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur, masih lagi sihat walafiat, dapat lagi melihat dunia.YaAllah dah 2026 ya kita, ermm panjang dah perjalanan hidup ni, so macamana kehidupan korang? Qaseh harap semua baik-baik sahaja, hidup ni pun banyak sangat ujian tapi semoga korang yang terasa berat dengan ujian yang menimpa, qaseh doakan yang baik-baik buat kalian dan semoga dipermudahkan segala urusan

Kalau nak ikutkan, banyak sangat benda dalam fikiran ni, banyak sangat benda yang bermain dalam kepala otak ni, macamana masa depan yang akan mendatang, ujian membesarkan anak-anak di zaman kini, kalau fikir boleh jadi sangat lah overthinking sebab tu qaseh kadang cakap dekat diri sendiri, jalani je kehidupan kita seadanya, doa yang baik-baik semoga setiap saat perjalanan hidup ni dapat kita tempuh dengan tenang dan jangan pandang belakang, jangan ulang kesilapan sama

By the way, umur qaseh pun dah nak dekat 40, tapi qaseh rasa 2026 ni qaseh nak sambung lah impian untuk kembali berblog yang tertangguh di azam 2025 hahah, cenggitu la ek, berangan lebih tapi buatnya tidak. Tapi takpe gais, ini lah di namakan tidak putus asa, berhenti sekejap tu untuk berehat, tibeh! Kita cuba la ye

Rania dah sekolah ! 

So, tahun ni dua orang anak qaseh dah bersekolah, Rayyan dah 10 tahun, Rania dah 5 tahun so dah tiba masa untuk Rania bergaul di dunia luar pulak walaupun dia masih ada pelatnya, ermmm. Kalau ikutkan Rayyan dulu qaseh hantar dia sekolah waktu 6 tahun, anak first kan macam awal lagi la nak lepaskan dia hihi tapi Rania ni kita cuba tengok macamana dan qaseh daftar kan dia di sekolah Pasti, doakan semoga Rayyan dan Rania sentiasa dilindungi Allah

Hari ni qaseh merempit je dengan diorang, uruskan pendaftaran sekolah Rania, bayar yuran, ambil baju dan buku teks. Selalunya hencik kyle yang uruskan tapi dia kena kerja. Semoga di perluaskan lagi rezeki suamiku, banyak nak kena bayar yuran semua, semoga berlipat ganda pahala dalam menafkahi anak-anak, tq for everything suamiku. Lebiyu :p

Recap for 2025! 


Tahun ni jugak qaseh malas nak buat video recap macam selalu, hihi faktor usia agaknya tapi nak buat jugak dalam bentuk bergambar je la senang, so here my story sepanjang 2025 yang qaseh sempat jadikan kenangan :)

Januari


Kitorang ada pergi Legoland sambut birthday Rayyan dan semua lah ek, hihi dan memang bulan birthday suami jugak. First time pergi Legoland guna duit sendiri sebab sebelum ni datang ditaja gitu. Hihihi dah jadi blogger pencen dah takde orang nak sponsor :p 

Legoland ni best bila kau berani, haaa boleh la main banyak benda lagi-lari roller coaster. Qaseh memang tak la nak naik benda alah tu, iols cari yang tak membahayakan je hahah, Rayyan cuba cabar diri dia, turun-turun muka sedih hahah tau takut tapi at least dia nak mencuba memberanikan diri. Bagus la tu, jangan jadi penakut macam umi

Tapi sayangnya, semua gambar dan video dalam ipad lama. Kena repair dulu baru boleh amik. Ermmmm



Februari


Sebenarnya tak mampu nak ingat semua, so ingat yang penting-penting je la berdasarkan gambar dalam album. Februari aaaa kitorang pergi PD, ada buffet ramadan di Klana Hotel,alhamdulillah tahun ni pun qaseh join lagi, qaseh nak makan daging kibas lagi! Bulan februari jugak ulang tahun perkahwinan qaseh dan suami heeeee, lepastu first time qaseh makan di Yakiniku, bolehla buat ghaso-ghaso tapi nak repeat tu rasa berat sikitla sebab banyak lagi yang lagi berbaloi i think, ermmm


March


Ooo bulan ni kita raya kan tapi 30 March tak silap, yeyyyy happy boleh balik kampung! Tema kami tahun lepas warna nude, warna cream macam tu and cuba brand Bulan Bintang. Okayla kain dia, design dia cantik cuma tak tahu la muat lagi ke tak, sama ada baju tu makin mengecil atau qaseh yang makin membesar. Of course la baju tu yang mengecut! Huh


April


Bulan april pun masih beraya, qaseh beli baju raya dari Bayu Somerset sebab i know dekat kampung panas nak mampui, hari ke-dua pulak ada hari keluarga, berkumpul ramai-ramai so open space kat kampung panas wak, baju ni sangat selesa untuk cuaca panas, kain dia kain sejuk dan design dia comel, cute macam tu, so for me & Rania okayla. Anak-anak lagi cepat meragam bila cuaca panas ni haaa

Then balik Selangor, Uzu ada jemput open house, kitorang pergi reunion rumah uzu je lah tapi tak semua boleh datang, takpe boleh jumpa yang mana ada. Tq uzu jemput kitorang, tq uzu masak sedap-sedap dan jamu kitorang, tahun ni jemput lagi :p




May


Bulan 5, ada pergi event. Qaseh sebenarnya malas dah nak join event sebab malas nak bersosial, malas nak jumpa orang sangat tapi di sebabkan event ni lumayan jugak so i accept dan jumpa pulak Farah Dafri, lama betul tak jumpa dia, makin cantik! Tq tolong ambilkan video hihi then ada sukan sekolah Rayyan dan btw bulan May, emosi gue menggila ya, aku macam sedih, down ntahlah kenapa, but lepas tu dah okay dah. Nasib baik bukan sebab mengandung ahahaha


Jun


Yeyyy bulan 6 balik kampung lagi sebab raya haji! Rindu la nak balik kg, aku suka balik pastu wajib pergi pantai. Rindunya pantai,yang penting pantai Terengganu bersih and bulan jun jugak my birthday! Tq husband belikan kek & bagi hadiah (kalau tak bagi, merajuk :p)

Bila dewasa ni suka ambil gambar dengan keluarga jugak, at least ada kenangan tapi biasalah ek kadang-kadang depa ni kena paksa baru nak bergambar kecuali yang suka bergambar :p 


Julai


Bulan ni kitorang ada jalan-jalan dekat Sekinchan, lama tak pergi sini, btw cantik Sekinchan ni dengan pemandangan sawah padi tapi tu lah panas berdentum bila tengah hari, so kitorang lepak cafe makan-makan sempena birthday Rania (ada review dekat ig, boleh tengok sana) Henna Cafe. Btw, makanan dia not bad tp i think agak mahal sikit sebab bukan di kawasan bandar, but kawasan dia cantik!

Then pergi kenduri member husband, ada food review, pergi shoot baju untuk review tepi tasik. Kat situ je la wak tempat cantik dan nature. Tempat lain ermmm letih.


August


Bulan 8 ada anak buah qaseh bertunang, so abang, kakak ipar and anak buah datang sini, hari tu aku ada kerja dekat Putrajaya so sempat la singgah lepak dengan diorang jap, semestinya bergambar hahah. Lama weh tak lepas Putrajaya so aku dah makin sesat dengan jalan yang ada. Alhamdulillah esoknya, anak buah aku bertunang, simple-simple je. Diorang pun masih dalam praktikal cikgu. Ye kot praktikal ek, memandai je 

InshaAllah bulan 2 nanti majlis, semoga di permudahkan segala urusan mereka dalam menempuhi dunia rumah tangga. Lepas tu pergi dekat eco grandeur kot untuk shoot review baju, lawa wei kat sini! Untungla yang mana dekat, boleh pergi hari-hari hurmmm 

Lepas tu aku ada try makan dekat Meokja, korean food. Sedap gilos! Bagi tekak aku memang sedap walaupun dia takdela authentic korea tapi kena la dengan tekak melayu. Boleh repeat lagi cuma tu lah semua yang sedap-sedap memang dekaaaaaaaaaattttttttt sangat dengan rumah aku, ermmm



September


Bulan ni aku menuruti kehendak lagi hahah mampui ek, tak la macam ianya satu keperluan untuk aku, so aku beli ipad lagi sebab ipad lama aku dia jadi gelong, macam ghost touch gitu. Aku dah tanya kedai biasa untuk repair tapi tu lah baik beli baru haaaa so aku beli Ipad Air M2, aku tak menyesal upgrade sebab aku boleh connect dengan monitor dan boleh jadikan monitor aku sebagai pc dan aku boleh buat kerja di ipad jugak. Faham ke tidak! Ipad lama aku tak boleh buat macam tu sebab tak support. 

Btw, bulan 9 ni aku takde keluar sangat pun cuma ada la pergi berkelah. Btw, nak pergi tempat lain tapi penuh weh dengan manusia-manusia lain. So, kitorang lepas sungai apa tah namanya dah lupa. Tak mandi sungai sangat pun sebab air deras gila. Takut tibeh kepala air, kitorang bakar-bakar dan main tepi-tepi sungai je. Anak-anak seronok, tu yang penting



Oktober 


Bulan 10 pun rasanya takde keluar sangat kecuali keluar area rumah je la, lepak mamak. Lately ni aku pun sebenarnya malas nak keluar. Kadang anak-anak keluar dengan abah dia je round-round naik motor. Rania lah, ishhh pantang abah dia ada, mesti ajak jalan-jalan naik motor. Tu lah dah abahnya ajar macam tu hahah layan je lah. Takpe, tahun ni dah sekolah haaaa tengok cane pulak. 

Dan aku cuba buat konten masak-masak la pulak, tapi ikut mood jugak sebenarnya. Time aku happy, rajin haaa aku cuba la buat dan salah satu nya untuk menarik client offer task masak-masak heheh dan berjaya tarik perhatian heheh. Untuk review beauty pun aku masih ambil jugak tapi taknak banyak sangat, ada yang paid dan ada yang tak (bila skincare dah mula nak habis boleh la aku try, jimat duit disitu! Tapi aku memang pakai ye cuma bila mood malas, skincare routine pun kelaut macam sekarang!



November


Ada bulan karnival dekat sekolah Rayyan, so join la sekejap, beli kupon, makan-makan dan ada la beberapa acara. Diorang nak tangkap ikan so tangkaplah tapi ikannya non hado :p. Btw, bulan ni aku dikejutkan dengan berita abang ipar aku excident, kena langgar lari. Ermm, spend masa tido Putrajaya jap untuk jaga anak buah aku, tapi tak boleh lama sangat sebab Rayyan ada exam. So far, tak lama kena warded so abang ipar aku boleh balik, okayla alhamdulillah, semoga yang langgar lari tu terima la nasib kau eh, dah lah langgar orang lepas tu lari! Tak ke bodo namanya!




Disember





Know-know dah penghujung tahun, sumpah setahun sekarang ni memang sekejap sangat tapi alhamdulillah dengan apa yang Allah beri, ujian kecil dan sebagainya. Bulan disember or januari selalunya kitorang akan cari tempat untuk cuti-cuti. Disebabkan kitorang ni jenis taknak serabut dengan orang ramai so kitorang memang suka cuti hari biasa bukan pada hari minggu mahupun cuti sekolah. 

Kitorang decide nak pergi Lost Word of Tambun, tahun sebelum Rayyan nak pergi Legoland, so tahun ni bawak diorang pergi Tambun pulak. Rayyan dah pernah pergi waktu kecik, so Rania first time. Dah alang-alang kat ipoh kami pergi tempat yang tak pernah pergi lagi, lepak Tasik Cermin naik bot, jalan-jalan cari makan, dan aku tak habis post lagi semua gambar di ig hahah lantak situ.

So berakhirla sudah tahun 2025 dengan nafas yang masih ada. Tq husband dan anak-anak :) umi sayang semua! Mari kita meneruskan tahun 2026 pulak. Semoga Allah panjangkan usia kami untuk melihat anak-anak membesar dan berjaya dunia akhirat, ameen












Assalamualaikum, selamat tahun baru, tahun 2025 buat semua. Sekejap betul masa berlalu, alhamdulillah qaseh masih lagi bernafas dan mampu lagi update blog ni ya, so yaaaa my azam baru mungkin untuk update everything as a diari :p haha doakan iols rajin okie ! Not for everyone, but for myself. 

Terimalah gambar tahun baru ek :p

So far so good, hidup sekarang ada naik ada turun, alhamdulillah masih lagi isteri dan mak kepada 2 orang anak yang makin cuba ‘mendewasakan’ diri dengan segala hal. Letih la gais jadi mak ni haha kadang jadi kucing, kadang jadi singa, boleh jadi naga dalam sekelip mata, tapi tu lah ujian kan, ujian untuk menguji kesabaran dan melatih emosi sendiri

Letih tak bermakna mengeluh, bahagia tetap ada.No worries i masih okay, masih belum gila dan masih maintain muda. Geng 80-an kan awet muda ! Walaupun 3 tahun lagi dah masuk 40-an, seriouslah T_T semoga waktu berjalan perlahan-lahan

Untuk rezeki juga alhamdulillah rezeki sentiasa ada, walaupun makin hari makin ‘berumur’, qaseh masih lagi ‘hidup’ dalam media sosial, mencari rezeki di platform sementara selagi Allah berkehendak. Masih ada rezeki, dan masih lagi memperbaiki diri dalam segala hal.

Untuk tahun-tahun sebelum ni, qaseh sebenarnya dah tak berapa ingat apa benda yang berlaku, biasalah banyak urat putus, tapi tak kisahlah apa pun yang terjadi dalam hidup kita ni, kita kena move on, kena pandang ke depan, kena lepaskan apa benda yang terjadi supaya hati kita tenang. Please jangan hidup terlalu lama dalam masa lalu. 

Hidup ni sebenarnya betul-betul singkat kan, kita rasa macam kita baru je hidup tapi tup-tup dah masuk 30-an tapi rasa diri sendiri ni masih lagi budak-budak and kita pun takkan tahu apa yang terjadi di masa akan datang, now di sini lah kita, di sini lah hidup kita sekarang dan terfikir oh macam ni hidup aku, ni jalan yang Allah dah aturkan untuk aku 

So walau di mana kita berada sekarang, tetaplah jadi manusia yang baik, cukuplah jadi jahat dalam cerita orang lain, cukup menyakiti sesiapapun. So now, qaseh pun nak hidup untuk hari ini dan ke depan dan tak nak ada perasaan ‘kalaulah aku boleh putar kembali masa lalu’ sebab sememangnya kita takkan mampu mengubah masa lalu itu……. 

Dan juga taknak hidup terus menerus dalam perasaan sesal dan menyalahkan diri dengan apa yang pernah terjadi, kerana hidup dalam perasaan sesal itu cukup melelahkan. Semoga Allah ampuni dosa-dosaku, meminta maaf dengan Allah itu senang tapi meminta kemaafan dari manusia itu susah. Bila ianya sudah meninggalkan kesan yang dalam hati, ia tak mampu hilang dengan mudah. Percayalah…

So marilah kita hidup dengan lebih baik untuk hari ini berbanding semalam, hidup dengan lebih tenang dan cari circle yang positif supaya kita juga always positif. InshaAllah :) Jangan lupa kita manusia, insan yang lemah ~ kadang happy kadang sedih, itu normal, doa banyak-banyak supaya sentiasa diberi akal yang waras dan hati yang kuat. 

Selamat tinggal untuk tahun-tahun yang sudah berlalu, selamat datang tahun baru, semoga yang indah-indah sahaja muncul. We can do it !!! 

Tq suami dan anak-anak Umi juga kawan-kawan yang masih selalu ada, semoga semua melepasi waktu-waktu sukar dan menemui hari-hari indah :) Maafkan juga salah silap ku :(







Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat lagi untuk qaseh ucapkan selamat tahun baru 2020 buat korang semua, Januari pun belum berlalu lagi kan ~ so far bulan ni qaseh diberikan ujian kesihatan sedikit tapi masih boleh kawal lagi.. Harap korang semua masih lagi happy, kuat semangat dengan apa pun dugaan yang melanda okay !

InshaAllah my mood will be okay so I can write more about my personal life walaupun memboringkan.. Kah ! Hahaha so please PUYAAAAA you can do it !!



Summary untuk bulan Jan ni, awal Januari 2020  kitorang pergi holiday Langkawi, benda kalau tak plan memang menjadi, kalau plan mesti tak jadi hahaha so cane ek ~ ermm lepas ni memang tak perlu plan lah, malam ni terasa nak pergi London ke apa ke, esok terus fly hahah ajet orang kaya, tapi gitulah tu haa taktau lah nak cakap macam mana ~

Tak tau lah kenapa, rasa macam bulan ni agak lama dan agak meletihkan dan menyakitkan sebab sakit gigi ! Jadi, nak tak nak kena pergi cabut gigi geraham belah kiri ni sebab dah berlubang teruk opsss ! Tapi serious aaaa qaseh paling takut dengan dentist, takut gila babi hahah tapi sumpah sakit gigi kali ni dia punya sakit sampai ke otak dan telinga

Faham tak perasaan berbelah bagi terpaksa lawan ketakutan untuk jumpa dentist, dan lawan ketakutan untuk cabut -_-

Ingat nak tunggu klinik kerajaan bukak tapi tak larat dah nak hadap, so qaseh pergi cabut gigi di klinik swasta, orang cakap klinik swasta tak menyakitkan, ermm betul ke ? Hahaha next entry, qaseh share pengalaman cabut gigi di klinik swasta okay


Lepas cabut gigi tu, badan macam tak boleh nak toleransi sangat, asyik rasa pening-pening, rasa macam nak demam, lepas tu on off, sampai satu hari ni mental qaseh rasa breakdown and extremely crying crying crying je, qaseh sendiri pun tak tahu kenapa ~ laki aku pun pelik, dia lah jadi tempat meroyan. Sowiiii b.

Then, bulan Januari ni jugak ada gathering Anniversary Kelab Blogger Ben Ashari di Mcd Putrajaya, dapat jugak keluar jumpa kawan-kawan yang dah berkurun tak jumpa, then lepak jumpa orang baru dalam life Yanty.my auchhh



4 hari straight keluar rumah hihi, lepas gathering tu, esoknya qaseh pergi cabut gigi, esoknya nya pulak keluar checkup Rayyan di KK, checkup biasa je, timbang berat dan ambil ubat cacing. Rajin kan kami checkup dia sampai 4 tahun dah, then esoknya pulak checkup klinik Ng & Singh untuk telinga dia. Haa banyak pulak checkup dia so nak tau apa cerita , next next entry qaseh buat entry khas setiap satu okay.

And today, my free time untuk luahkan segala, untuk coretkan segala yang berlaku dalam bulan ni walaupun bulan ni belum habis lagi, dan bulan ni jugak hari lahir anak kesayangan Umi, Rayyan, hari lahir bff kesayangan Midah and Yanty dan hari lahir husband, selamat hari lahir semua.

Bulan ni betul-betul rasa mental teruk, sampai nangis sorang-sorang, rasa macam apa yang masuk dalam otak semua jadi negatif ditambah dengan kesihatan yang on off, rasa give up dengan segala-galanya~ nak cerita kat orang pun tak tahu punca, tahu tak perasaan tu ?

Tapi Alhamdulillah hari ni takdelah rasa teruk sangat, rasa lagi macam kekacauan berlaku dalam otak dan perasaan ni, hanya mampu berdoa padaNYa supaya di tenangkan hati dan dijauhi dengan segala benda yang merasuk jiwa dan fikiran.

Maybe bulan nak mengambang ~ tapi kali ni emosi macam berbeza dengan sebelum-sebelum ni, rasa semua benda tak kena.


So this is my summary for Jan 2020, how about uols ? hihihi hope next next next  month ada berita gembira yang boleh lawan kekacauan bulan ni :) Semoga yang baik-baik ajerr berlaku ya, dan tabah menghadapi segala ujian. 

Btw tengah menaip ni, dah masuk 30 Jan, happy birthday buat suami, maaf selalu menyusahkan dan membebankan hidup b, im sorry for everything, semoga panjang umur, diperluaskan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan, kita tua sama-sama k, jangan pernah tinggalkan kami :) lebiyu. 

Waktu tulis ni, suami tengah tido dah dengan Rayyan, 1.25 am. Sweet Dreams lelakiku :)



Assalamualaikum . 

Tengah mencari idea menulis sehingga hilang sabar dan blog terbiar sebegini rupa hihihi , bila berbicara soal sabar , pernah tak korang tenggelam dalam amarah hingga membuatkan penyesalan pun tak mampu membayar balik kesannya . Aku ? Hurm sebelum ni dapat lagi lah jadi penyabar , tapi .. 

Bila berbicara soal sabar ni , ia makin mencabar bila bergelar seorang ibu , masih lagi seorang ibu kepada hanya seorang anak lelaki , ''eh baru sorang , aku ni ha ramai anak , rileklah'' kata si bawangrangers. Betullah manusia ni bila kita meluahkan lebih suka terus membandingkan dengan apa yang dia alami.

-aku tak perlukan perbandingan , aku perlukan hanya sedikit penawar- 


Sebab tu kadang-kadang ada ibu yang masih stay dengan seorang anak , bukan sebab dia tak nak tapi dia tahu level dia tahap mana , ekonomi dia tahap mana , emosi dia tahap mana , sakit dia tahap mana. Tau lah dia nak beranak bila , sibuk suruh orang beranak buat apa - ''ayat ni bila level sabar mula terhakis bercampur mood tak menentu'' , silap mood tak memasal kena sembur keh keh keh . 


Sambung balik , yes jadi ibu ~ level kesabaran kena tinggi tahap gunung everest , kalau tak sabar tengok lah kes-kes dera , kes-kes pukul anak sampai meninggal ~ aku rasa sebab tak dapat nak kawal marah , bila amarah dah naik ke kepala , baby muka comel pun takde beri kesan simpati pada diri sang ibu bapa . YaAllah mintak di jauhi lah dari kejadian sebegitu.


Kenapa tetiba aku buat topik sabar ni ?Sebab aku tengah bersabar dalam proses potty training Rayyan ni , tak buat hari-hari sebab cepat stress haha , hari ni dia terberak sejemput atas karpet , dia baru cakap ''Umi , nak berak'' terus memberak hahahaha , then cepat-cepat angkut dia masuk bilik air sambung berak , adoha tapi bab kencing hari ni boleh puji , tak terbabas. Lupa pulak nak ambil gambar buat tatapan korang semua , kah kah kah ! 

To be continue .... 

Hati Berbicara :


Sabar boleh jadi benda yang paling payah . Ada masa dia jadi benda yang kita dengar pun dah jadi benci. Tapi itu lah satu-satu jaring yang pegang kita dari jatuh gaung . 
Tak ada dia kita boleh mati - Wani Ardy 



Assalamualaikum semua ~ Lambat 8 hari wish new year dalam blog , azam konon nak update setiap hari dah ke laut ~ eh ape ni ! hahaha ampun kan daku 

Jadi , aku  nak wish selamat tahun baru 2019 buat semua , terima kasih pada yang masih lagi sudi menjadi kawan , masih lagi sudi baca blog dan masih lagi seperti insan yang aku pernah kenal . Yang penting orang-orang yang aku sayang masih lagi di sisi walaupun dari jarak yang jauh , tq so much , sangat-sangat menghargai kehadiran korang 


Tentang azam , aku ada satu azam yang belum lagi tertunai , 2018 hampir tertunai dah tapi rezeki masih belum lagi menyebelahi , takpe mungkin belum tiba masanya dan ada hikmah yang tersembunyi ~ but its okay , terima dengan redha even permulaannya agak pahit , mana tahu 2019 azam tu akan tercapai hehe.

Nak tau azam apa ? Biarlah rahsia ~ haha ce teka apakah itu :p , dan azam - azam lain still macam biasa , masih sama pada tahun sebelum-sebelumnya , ingin menjadi yang lebih baik , ingin menjadi seorang ibu yang kuat (tapi selalu kalah dalam handle emosi ) , tq husband dan Rayyan masih lagi di sisi Umi , masih lagi setia menyintai Umi , sayang kalian berdua yang paling terdalam , cuma tak tunjuk je ~ jatuh bangun susah senang still together-gether , im so sorry if banyak kesilapan sepanjang tahun sebelumnya ~ 

Tahun 2018 , ujian sentiasa ada , tapi rasanya ada lagi ujian orang lain yang maha hebat , aku bersyukur dengan nikmat ujian yang Allah bagi , masih lagi dapat mengatasinya dengan tenang . Kan Allah dah kata setiap masalah pasti ada penyelesaiannya kecuali MATI . Tq Allah untuk umur yang masih lagi bersambung , masih lagi dapat menerima nikmat kesihatan dan rezeki yang tak pernah putus , walaupun hambaMU ini selalu lalai :(

So , 1 Jan 2019 aku sambut new year ke tak ? Hahaha takdenye nak sambut-sambut tahun baru ni , cukup doa dalam hati semoga yang baik-baik sahaja yang muncul untuk 2019 ni . Rasanya dah lama gila tak sambut new year (tengok bunga api) sejak ada anak ni , memang tak lah nak bersesak bagai , baik duduk rumah makan keropok

Tapi siangnya aku ajak husband pergi IKEA ~ cari meja dan cermin mekap besar sikit , acah-acah nak buat tempat workplace supaya makin rajin berblog (nanti aku share workplace yang tak seberapa itu )  , kikiki harapnya begitulah ! Btw aku memang rindu gila nak tulis tentang personal dalam blog ni , sumpah rindu ~ tengoklah panjang pulak aku membebel , sebenarnya bila dah start menaip ni susah nak berhenti , tapi yang jadi susahnya , untuk cari mood nak bermula tu haaa , dengan Rayyan punya perangai nya , kene tunggu dia tidur dulu barulah Umi boleh nak berfikir sikit ~

Bukti pergi ikea ~ kah ! 

Alkisahnya nak wish happy new year je kan ? hehe so ugais Selamat Datang ke Tahun 2019 , aku mendoakan semoga yang masih belum jumpa jodoh , akan jumpa jodoh yang baik-baik yang mampu menjaga kalian , pada yang masih belum mendapat cahaya mata , semoga tahun 2019 ni kalian akan di kurniakan cahaya mata yang paling membuat kan kalian terbahagia sekali , sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan tapi itu lah ujian untuk hamba-hambaNYA yang DIA sayangi , for those yang kehilangan orang-orang tersayang semoga kalian tabah dan sesungguhnya hikmah itu sentiasa ada .. :) 

Last but not least , im sorry if selama tahun sebelum ni , ada kata-kata dalam blog ni buat terguris hati  dan sebagainya , semoga tahun 2019 adalah tahun yang akan membuatkan kita semua bahagia dan pada yang belum move on , please move on dan bangkit dari masa lalu yang dah lama berlalu , sampai bila nak hidup dalam kenangan lalu ? Rugi wak .. sudah-sudah la tu , bangkit dan cari bahagia sendiri :) 

Hati Berbicara :
Januari adalah bulan kelahiran orang-orang yang aku sayang , hey tak aci lah Rayyan sama bulan dengan Abah , hurmm baby girl come to Umi , pliss lahir dalam bulan JUN , we can shopping and cantik-catik together-gether hahah Ameen :p

Jangan lupa doakan aku sekali ya , doakan aku jadi insan yang kuat pada tahun 2019  , terbahagia , dan di rahmati ALLAH selalu ~ 





Assalamualaikum , Allah gerakkan hati untuk menaip malam ni , izinkan jari menari mengikut rentak 

“Beruntunglah sesiapa yang selalu merasa senang dan tenang dgn pilihan Allah untuk dirinya

Seperti apa ya kopi hari ini ? Adakah pahit atau manis .. Entahlah ia nya hanya sekadar perumpamaan buat aku seperti hidup kita .. Apakah yang pahit itu seringkali membuatkan kita menangis atau yang manis itu selalu membuat kita ketawa ~ 

Kadang-kadang apa yang kita fikir , apa yang kita rasa tidak bermakna di masa akan datang begitu juga perasaan kita , begitu juga pemikiran kita . Tak faham ? Diri sendiri pun kita selalu tewas untuk memahami apatah lagi yang sedang berlaku di sekeliling kita , yang sedang terjadi dalam hidup kita , yang kita ketawakan , yang kita risaukan . Apa-apa sahaja yang berlaku seringkali berlawanan dengan apa yang kita fikirkan 

Dalam hidup ini , seringkali kita tertipu dengan kepahitan dan kemanisan .. Iya lah yang pahit itu belum tentu menyedihkan dan yang manis tidak bermakna selalu sedap , hidup pun macam tu kan ... Dulu kita rasa manis tapi sekarang kita rasa makin pahit , dulu kita sayang menyayang tapi sekarang saling membenci . Siapa yang salah ? Takdir Tuhan ataupun kita sendiri yang menyebabkan sesuatu itu berlaku .. Mungkin atas dosa-dosa kita yang lepas ?

Tapi satu benda yang kita kena tahu , setiap sesuatu ada hikmah . Hikmah nya pasti terselit kebaikan buat kita , buat yang berkaitan atau sesiapa yang termasuk dalam sesuatu keadaan itu , jika ia sudah berubah dari jalan yang kita rancangkan , pasti jalan seterusnya di ubah oleh Allah dan segalanya ada kebaikan buat diri kita sendiri .. 

Seperti apa kopi hari ini ? 
Kelmarin tawar ,
Malam ini pahit ,
Mungkin esok ia manis ,
Tapi seberapa banyak rasa itu pasti ada hari yang kita rasa sangat sedap dan indah 

Kenapa bersedih atas kepahitan yang memberi penawar ? Kerana manusia itu berperasaan pasti juga ada hari-hari dia terasa longlai dengan apa yang membelenggu , mahu mengubah tidak mampu , mahu menebus juga tidak ada daya .. Apa yang ada hanya air mata , tapi esoknya sosok itu bangkit juga kerana hikmah yang telah terlihatkan oleh mata sendiri :) 

Hati Berbicara :

Aku dah tak mampu selalu  merasa kopiku kerana terlalu banyak angin yang di rasai dalam badan selepas bersalin :p tapi kopiku adakala tumpah dengan kehadiran si gula-gula hati ni :p 


Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates