Mengidam Mirrorless Camera Pulak Dah !

13 ulasan:
Assalamualaikum semua , agak lama dah aku tak mengidam benda-benda yang tak melibatkan makanan ni , last mengidam betul-betul masa mengandung , time to heaven rasanya sebab segala kemahuan di penuhi hahah best jugak bila mengandung ni .. apakah ! Seingat aku , kali terakhir aku mengidam gadjet berakhir dengan Iphone , yess iphone ! dan aku tak menyesal dapat iphone tu even paling tercorot 5s je uols sebab camera tone dia aku minat sampai sekarang .

Dan sekarang aku terjatuh hati dengan mirrorless camera pulak ! aku kalau nak sesuatu benda tu aku memang akan usha seboleh-bolehnya tapi tak tau lah kali ni dapat ke tidok haha ini keperluan atau kehendak ? yess ni kehendak diri aku sendiri untuk blogging jugak , so dah set dalam kepala otak ada duit simpan .. sekarang dah start menabung sikit-sikit .. duit sendiri okay tapi hujung-hujung kalau tak berapa nak cukup suami lah tempat ku :p 

Kenapa Mirrorless Camera Jadi Pilihan ?

Canon 
Sebenarnya aku dah ada DSLR , dulu aku pakai dslr Sony a37 lepastu lama-lama macam warna dia makin warm , padahal boleh je edit warmness tu kan , tapi ada offer datang , tukar dslr canon eos 50d , stock lama uols , jadi sekarang aku guna canon ni je dengan lens sigma 18-200mm , bayangkan lah lens panjang namati dan besar gedabak tu kan , dulu ok takde anak boleh lagi pikul tapi kali ni tak larat dah 

Boleh je kalau tak nak angkut berat-berat beli lens lain yang ringan , tapi sejak dua menjak ni canon ni banyak buat hal lah ! asyik error je manjang .. kena pandai setting , so kadang kena guna manual dari auto .. tu lagi better lah setakat ni hahah ... 

Sebab utama nya adalah ringan dan mudah bawak ke mana-mana ~ apsal dulu aku tak terfikir eh , alah nyesal teda guna bha ,, haha tetiba tersabah tapi takpela , dslr tu memang aku tak kan jual lah kot , sayang nak jual .. lagi pun boleh skodeng burung dengan lens panjang tu haha .. 

Mirrorless Camera Pilihan Aku ?



By the way , banyak jugak lah aku survey dengan bajet yang aku dan tentukan macam nikon , canon , sony , olympus dan samsung.. dan aku nak cari yang paling murah je lah kot sesuai dengan bujet , then baca review so far ok je .. aku bukan photoghrapher pun just untuk menyenang kan aku buat kerja je .. so aku terpikat dengan jeng jeng jeng ~ biar lah rahsia , doakan aku dapat kumpul duit secepatnya k , ameen ameen ameen .

Hati Berbicara :
Dah mintak kat Allah siap-siap semoga Allah izinkan dan di permudahkan hihi ..



13 ulasan:

  1. ohsem..
    pilihan yg bijak beb..
    mirrorless ni mmg pilihan dr dulu lg spatutnya.
    sony,fuji dan olympus je aku bleh rekemen.

    BalasPadam
  2. Akk mcm nk bli 1 lg mirrorless. Sblm ni olympus. Dok usha canon m10. Huhu

    BalasPadam
  3. Wah ngidam mirrorless plak ye...hopefully dapat apa yg dihajati

    BalasPadam
  4. saya pun suka pakai mirrorless kamera sebab ringan dan kecik, senang nak bawak gi mana-mana. currently, sy guna mirrorless camera canon eos M10

    BalasPadam
  5. Lama dah takda camera..
    nak beli camera rasa macam leceh je nak transfer gambar ke blog, fb tu.. nak beli camera yang canggih boleh upload terus ke fb tu tak mampu lak.. jadi sudahnya guna henfon je lah.. hehe 😅

    BalasPadam
  6. lama dah teringin mirrorless ni tpi still x dapat2.. huhu..

    BalasPadam
  7. Minat juga mirrorless camera ni.Nampak lg fleksible dgn kamera ni.Ringan dan senang digunakan.Hope dpt beli satu suatu hari nanti.

    BalasPadam
  8. x try fujifilm x10 yg ohsem tuu?., hehe2

    BalasPadam
  9. Wow mesti pandai ambil gambar ni.

    BalasPadam
  10. Bestnya...boleh jugak ni nak survey2 kamera baru

    BalasPadam
  11. Menarik ni.. tak rugi klu beli sbb hasil gambar pun cantik.. berbaloi kan :)

    BalasPadam
  12. ok dah tue pilihan Qaseh..beli jea..hehe

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com