Jun 30, 2015

THERAPHY MOOD AMBI PUR MEMBERI SUASANA ROMANTIK DAN KETENANGAN

Assalamualaikum ,

KOLEKSI THERAPHY MOOD  AMBIPUR | Menimbulkan suasana romantik dan ketenangan dengan haruman yang sangat wangi hingga dapat mengubah mood menjadi lebih cool , dulu-dulu qaseh ada masalah dengan bau rumah sewa , sebab mungkin lama di tinggalkan , agak stress juga mencari cara menyelesaikan masalah bau hapak rumah , toilet dan sebagainya .. Memang bermacam cara qaseh cuba cari tapi bau haruman tu tak kekal lama dan mengubah mood menjadi lebih stress , tak di nafikan bau-bauan sangat penting lebih-lebih lagi dalam rumah , tempat yang selalu kita tenangkan fikiran , bersama suami mahupun anak-anak , bayangkan dalam rumah kita macam-macam bau ada terperap , confirm sakit kepala kan ? tu belum mak mentua atau sedara-sedara datang rumah .. mesti tak dapat jadi menantu pilihan .. mereputlah dalam bau busuk , hihihi

Tapi sekarang tak perlu risau lagi , kerana AMBI PUR yang terkenal dengan haruman-haruman yang semerbak dan menenangkan tampil sebagai HERO memperkenalkan KOLEKSI THERAPHY MOOD AMBIPUR , teruja sangat dengan koleksi sebegini , mana taknya segala masalah selesai dengan sekelip mata ! dan tak perlu mereput dalam bau busuk lagi , hehe .. 


ni adalah koleksi yang qaseh gunakan sekarang , memang wangi sangat-sangat .. suami pun asyik puji rumah makin wangi , mana tak nya bukak je pintu rumah terus semerbak bauan nya , memang aromatheraphy dalam kehidupan seharian , kalau melibatkan bau wangi ni tak dapat lari dengan suasana tenang dan romantik , sebab tu bau boleh memberi kesan yang sangat positif sebenarnya dan dalam tak sedar boleh psiko otak kita bagi lebih relaks dan bahagia ! 


satuu letak kat ruang tamu , febreeze tu sembur je dekat tilam , kasut dan mana2 yang hapak haaa padan muka bau busuk dah hilang yahooo ~ nak tido pun tenang setenang-tenangnya ~ 

Btw , AMBI PUR telah mencipta tiga mood dalam variasi berbeza , dengan Variasi LOVE'S BOUQUET (yang qaseh gunakan sekarang , sebab tu mood bercinta je sekarang ) , Variasi RELAX & UNWIND dan SPLASH OF REVIVAL 


Love's Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang sangat mengasyikkan.



Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba.


Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin

So apa tunggu lagi , jangan lupa dapatkan semua THERAPHY MOOD AMBI PUR ni , lebih-lebih lagi dah nak menyambut bulan syawal , haaaa lagi la bertambah mood raya dengan bau-bauan yang wangi , jangan sampai tetamu taknak balik rumah sendiri sudahla , haha! 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT 


Joon Wong percaya bahawa wangian sangat penting terutamanya apabila manusia sentiasa berada di dalam kitaran rutin harian yang membosankan.

“Menggunakan wangian di rumah adalah salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menghangatkan asmara bersama pasangan,” kata Wong.

“Wangian sangat berkuasa. Wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka mood yang tertentu atau mengimbas memori – terutamanya memori di awal permulaan hubungan,” jelasnya.

Harith dan Dr. Jezamine juga mengadakan sesi perkongsian dengan media dan orang ramai mengenai kepentingan menghidupkan asmara di dalam perkahwinan. Pasangan selebriti ini menasihatkan bahawa usaha yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan. Pelawak Malaysia dan isterinya ini juga berkongsi bagaimana mereka meluangkan masa untuk asmara dan bagaimana mereka melakukannya di rumah. 

Jun 28, 2015

Kuih Raya Menggunakan Mentega SCS

Assalamualaikum , 

Sekejap waktu berlalu , semakin hari Ramadhan bakal meninggalkan kita , jadi jangan lupa rebut peluang meningkatkan segala amal di bulan yang mulia ini , by the way , bagi pembuat kuih raya , tentu tak sabar untuk membuat kek or kuih raya kan , tak best la kalau Syawal tanpa kuih raya , hari ni qaseh nak memperkenalkan mentega SCS yang tidak asing lagi dalam kalangan pembuat kuih-kuih raya kan , btw mentega SCS ni sejak dari 1905 lagi , haa lama sudah bertapak di dunia ,lebih2 lagi di Malaysia dan Singapura .. so memang terlaris di pasaran kan ..

Antara kuih-kuih yang glemer di pagi raya termasuklan kuih semperit atau Dahlia , haaaa sedap kan kuih ni , memang kegemaran ramai , dengan ini mentega SCS membawa kelainan dalam kuih kegemaran ramai ni , apa yang lain ? penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resipi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini – iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti

Ini adalah antara resipi eksklusif Mentega SCS yang memang thorbaik ~ 

Coklat Kacang Hazel

Sajian bertekstur sederhana yang diserikan dengan rasa kacang dan kelazatan coklat, resepi ini menawarkan rasa yang penuh berperisa. Gigitan pertama memberikan rasa yang menyelerakan dan bertukar menjadi manis di tengah, resepi ini memiliki adunan mentega dan kerangupan yang sempurna tanpa mengenepikan daya tarikan yang serba sederhana.

Kejutan Oren
Resipi klasik ini bukan sekadar sensasi Semperit yang biasa. Kanak-kanak pasti menggemari resepi ini kerana ia menawarkan ledakan kelazatan mentega yang diserikan dengan rasa oren dan dihiasi dengan seribu kilauan.

Kopi & Kacang
Adunan berasaskan kopi ini menawarkan kuih yang rangup di luar dan lembut di dalam. Dinikmati bersama secawan kopi, anda akan merasa lebih bertenaga dah sedar sepenuhnya. Rasanya sedap dalam setiap gigitan.

Mentega Kacang
Dihiasi kacang parut di luar dan lapisan nipis mentega kacang di tengah, kuih unggul ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Rasa dan teksturnya merupakan ciri istimewa kuih ini.

Amacam  nampak sedap kan ? eh bukan nampak sedap je tapi memang sedap ! Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resipi-resipi kuih khas berasaskan mentega di atas boleh melayari laman Facebook SCS atau saluran YouTube kami. Buku resipi kecil untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. Menjelang Jun 2015, SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Laman web rasmi SCS: http://www.scsdairy.com
Laman web korporat APGL: http://www.auricgroup.com

Jun 12, 2015

Bianco Mimosa | Koleksi Raya 2015 | Online

Assalamualaikum , 

Koleksi Raya 2015 Bianco Mimosa | Elegan & Eklusif Fesyen Show , 9 Jun 2015 qaseh berkesempatan menghadirkan diri di Event Fashion Show yang memperagakan gaya-gaya eklusif dan elegan yang berkonsepkan Safari Flora Fauna , haaa biasa nya raya kita selalu di gayakan dengan corak bunga-bunga je , kadang-kadang nampak membosankan kan ? Pengasas dan perekanya YBhg Dato' Ida Suraya Mustapha yg merupakan ''fashion passionate'' tampil berani dengan konsep sebegini tanpa melanggar gaya dan trend masa kini.



 ramai juga artis-artis yang hadirkan diri seperi Erra Fazzira , Asyraf Muslim , dan ramai lagi ~ 

Rekaan yang unik untuk memastikan keselesaan, aura seksi, berani dan berkarisma kepada sesiapa yang memakai helaian eksklusif dari keluaran Bianco Mimosa .. tapi apa kelainan yang cuba di bawa ? haaa dengan mengorak langkah dengan menterjemahkan rekaannya dari tiga sudut yang berlainan serta memperincikan setiap elemen rekaan dengan menambah nilai seperti zip di balik susunan manik, sebelah bawah rekaan kain yang mengembang indah apabila si pemakai melangkah dan cebisan fabrik kulit di atas belahan jubah menambahkan lagi ranggi kepada si pemakai.

Jun 6, 2015

Viet-Thai Canteen Cyberjaya | Vietnam Food

Assalamualaikum ,

Viet-Thai Canteen Cyberjaya | Vietnam Food .. ke mana qaseh kali ni ? Yummy kali ni qaseh ber food review di Viet Thai Canteen , makanan vietnam gitu , haaaa nak tunggu pergi Vietnam memang berjanggut la agaknya , so sebelum berjanggut qaseh nak syorkan korang ke kedai ni , memang makanan dan masakan kat sini dari makanan yang terdapat di Vietnam , dan yang pasti HALAL , tu yang paling penting okeh ! Haa apa yang best kat sini yeee , jom tengok apa yang di hidangkan untuk kami , slurpppppp !

Jom jenguk-jenguk dulu dekorasi kedai ni , qaseh suka konsep yang simple macam ni , dan ada sentuhan ala-ala vintage gitu dan ala-ala canteen sebab tu namanya pun canteen, heh pepandai je daku .. btw Viet Thai Canteen yg terletak di Cyberjaya ni baru aje beroperasi 16 april lalu , haaa baru sangat lah kedai ni , dan juga merupakan kedai pertama di Malaysia yg berkonsepkan makanan Vietnam .. Alhamdulillah dapat jugak merasa masakan vietnam , dan kat sini NO GST ok !





 Jadi apa tunggu lagi , jom tengok apa yang menarik di sini , tempoh hari qaseh di hidangkan dengan makanan yang memang tarikan utama kedai ni , dengan aroma kopi vietnam , dan cara bancuhan dari sana memang menarik perhatian qaseh .. kiranya signature items kat Viet Thai ni ..

Jun 1, 2015

Selamat Pengantin Baru KakSueIzza

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah Allah , salah seorang lagi dari #kelabbloggerbenashaari masuk ke alam rumahtangga , bertukar status dan akhirnya sah , semoga bahagia hingga ke syurga kaksue , sebelum tu nak mengimbau kenangan sikit dengan kaksue ni , btw bukan sikit tapi banyak gila kenangan ngan kaksue ni , kenal pun as a blogger , orang yang sangat-sangat banyak membantu qaseh dari segala hal hingga la qaseh ke jinjang pelamin , Allahu tak terbalas jasa beliau , mana taknya first qaseh datang Putrajaya tak kenal sesiapa , then jumpa first yg di aturkan oleh Abg Ben , hingga lah sekarang , selain yanty , kak pija , mieja .. kaksue la orang yang suka menolong adik2 nya yang degil nak mampus ni haha ... 
 

So 31 may , alhamdulillah akhirnya apa yang ditunggu-tunggu jadi kenyataan kan kaksue , nangis , gaduh , macam-macam hal lah , but now u already married ! yahoooo happy kan .. tiada apa yang lebih bahagia selain melihat kegembiraan orang yang kita sayang , aku awal-awal lagi da mengekor kaksue balik kg , hurmmm wedding aku pun haritu banyak di uruskan oleh kaksue , naik segan rasanya sebab tak tolong kaksue pape , sebab tu balik sekali konon-konon nak tlg apa yg patut , tapi rasanya tido je banyak , sama naik ngan bakal pengantin kahkah , dalam pukul 11 , kaksue dan abe edy sah bergelar suami isteri di Masjid Bukit Betong , terpancar-pancar keserian di muka pengantin haaa gitu , wpun first nya muka abe eddy cuak nak mampos haha tergelak sat , lepas tu tetiba bertukar sayu bila mak ayah mengeluarkan air mata , auchh aku xboleh tengok adegan2 sebegini , sebab nanti aku yang over nangis nya ..



Selesai akad nikah , masing-masing pulang ke ganggang untuk bertukar pakaian , untuk berarak dan majlis makan beradab , tema kakcuee of course la warna pepel , peminat setia pepel dari kecik agaknya hehe dan lepas zohor berarak , makan beradab dan sesi bergambar bersama kawan-kawan dan keluarga .. alhamdulillah majlis berjalan lancar .








hati berbicara :

hidup ini belum tentu apa yang kita mahu ,
dapat terus tercapai dengan hanya meminta , 
adakala kita perlu dahulu memberi ,
supaya apa yang di ingini dan dimiliki,
tak lokek untuk kita terus berkongsi 





May 26, 2015

CAFE 9 TASTE OF THAI | PETALING JAYA

Assalamualaikum ,

Cafe 9 Taste Of Thai | Petaling Jaya , thanx pihak FoonInker yang sudi menjemput qaseh untuk merasa makanan yang terdapat di Cafe 9 ni , sebelum ni qaseh tak pernah lagi makan di area Petaling Jaya ni , sebelum ni tak tahu pula ada kedai yang best - best area sini .. Jom kita tengok apa yang ada di sini .. qaseh memang penggemar tomyam lebih-lebih lagi tomyam thai ! perghhh kita rasa Thai kat sini best ke tidak ??


Hiasan dalaman Cafe 9 berkonsepkan asia dan kontemporari , lapang , cerah dan selesa untuk makan dengan suasana yang tenang .. ecewah dating pun ok kat sini , makanan memang not bad , sangat sedap , qaseh paling suka Siakap Stim dan Tomyam Thai , of course la Tomyam Thai harus sedap , nama kedai pun ala-ala Thai kan ..

btw Cafe 9 masih baru lagi , beroperasi tak sampai setahun lagi , tapi baru tak baru , memang pilihan qaseh untuk merasa Tomyam lagi bila berada di Petaling Jaya ni , deretan dengan kedai-kedai lain memang memberi saingan kpd Cafe 9 , apa-apapun semoga maju jaya ,,,jom tengok apa yang qaseh dah sumbat dalam perut , pergh kenyang banget ! 

Tom Yam Soup 
Menu utama Cafe 9 , Tom Yam , yeargh my feveret forever .. tom yam ni menggunakan santan , rasa masam dan pedas yang membuatkan den hirup kuah tu tanpa henti .. ada dua hidangan untuk Tomyam iaitu tomyam udang sahaja dan satu lagi seafood ..


Cafe 9 memang mengekalkan rasa asli dari Thai , memang tak ubah rasa pedas dan rasa masakan di sini , sememangnya asli seperti korang pernah rasa di Thailand ...
only prawns : RM25.90 (R) , RM45.90 (L)
seafood : RM25.90 (R) , RM45.90 (L)
regular for 2-4pax, large for 5-8pax

Thai Pomelo Salad 
Masakan ala-ala salad ni rasa dia masam-masam manis gitu , ada udang , sayur-sayuran .. memang berkhasiat betul .. 
RM20.90