Pernah tular di media social bahawa MyKid telah dimansuhkan, sebenarnya berita itu tidak benar sama sekali, MyKid masih diteruskan cuma pada ketika itu berlaku kelewatan atas sebab kekurangan bekalan mikrocip global. Jadi ibu-bapa masih lagi boleh membuat semakan status mykid dan boleh memohon dan mendaftar mykid untuk anak-anak
$ads={1}
Pendapat peribadi, sejujurnya qaseh lebih suka MyKid kerana mudah untuk dibawa kemana-mana, contohnya atas urusan kesihatan, sekolah dan sebagainya. Korang dah buat MyKid untuk anak-anak ? Kalau dah, jangan lupa buat semakan status MyKid dan pada ibu-bapa yang belum memohon, meh qaseh kongsikan cara memohon MyKid dengan mudah
Apa itu MyKid
Apa Yang Ada Pada MyKid ?
- Aplikasi JPN (data kelahiran)
- Maklumat Kesihatan
- Maklumat Pendidikan
Cara Memohon MyKid
- Ibu bapa perlu hadir ke kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat tanpa membuat temujanji jadi boleh walk in sahaja, permohonan MyKid tidak boleh dibuat secara online
- Isi borang JPN.MYKID01, jika tak tahu boleh tanya pada staff, diorang akan beri penjelasan secara terperinci lah
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon MyKid
- Sijil Kelahiran Asal/borang (W) yang asal
- Sijil lahir anak (original)
- Dokumen Pengenalan diri ibu-bapa
- Sijil Nikah pemohon
- Salinan IC ibu bapa
- Salinan sijil nikah ibu bapa
- Salinan sijil lahir anak
Info : Permohonan untuk membuat MyKid adalah PERCUMA{alertSuccess}
Cara Buat Semakan Status MyKid Secara Online
- Buka website http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
- $ads={1}
- Lengkapkan maklumat yang diminta
- Kemudian klik ‘semak’
- Status permohonan MyKid akan muncul, jika sudah siap boleh lah ibu-bapa ambil di kaunter JPN
- Jika diberi surat notis, sila bawa bersama kad pengenalan pemohon (ibu bapa) dan sijil lahir anak yang original
Baca juga : Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh {alertInfo}
Kelebihan MyKid
- Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
- Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
- Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital,klinik bagi tujuan pemeriksaan dan juga persekolahan
- Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tidak mudah disalah guna
- Menggunakan teknologi cip yang membolehkan maklumat dibaca melalui cip dan juga mudah untuk dikemaskini
- Bentuk cantik dan menarik
Apa Yang Perlu dibuat Jika MyKid Hilang atau Rosak?
Dukacitanya jika MyKid anak hilang atau rosak, pihak JPN tidak akan menggantikan MyKid yang baru dan korang juga tidak akan didenda. Makanya, jika hilang dan rosak, korang perlu membawa sijil kelahiran asal untuk segala urusan. Haaaa so jaga lah MyKid tu baik-baik ya {alertSuccess}
Cara Tukar MyKid kepada MyKad Secara Online di Portal Jpn
- Daftar akaun dahulu di https://www.malaysia.gov.my/portal/register
- Permohonan boleh dilakukan dengan melayari web https://web12tahun.jpn.gov.my/ atau imbas QR kod
- Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tick pada bahagian “saya setuju” setelah membaca terma dan syarat
- Isikan maklumat pada kad pengenalan 12 tahun
- Tekan butang ‘hantar’
- Cetak maklumat permohonan kad pengenalan 12 tahun
- Bawa salinan pendaftaran tersebut ke kaunter JPN untuk mengambil MyKad
Dokumen Sokongan Yang Perlu dibawa
- Sijil lahir original anak
- Kad Pengenalan ibu bapa
- Bil utiliti untuk pembuktian alamat
0 Ulasan
TQ FOR COMMENT