Tingkatkan Kenikmatan Berbuka Puasa dengan Oligo Sambil Menderma

Merasai Manisnya Ramadan bersama Oligo | Alhamdulillah, berjumpa lagi Ramadan tahun ini. Saat tiba Ramadan, kerinduan terhadap ibadah teraweh, bazar Ramadan, serta hidangan dan minuman untuk berbuka puasa dan sahur selalu qaseh nantikan tapi jangan di lupa pada mereka yang sedang menderita di sana, macam yang kita sedia maklum, rakyat Gaza masih lagi dalam pergelutan peperangan dan masih lagi ditindas 


Jom Solidariti Bersama Oligo

Dan rakyat Gaza sekarang sangat-sangat memerlukan bantuan, pelbagai berita yang menyayat hati yang tak sanggup kita tengok dan baca, sedih sangat sebab kita di sini hidup dalam keadaan normal, bahagia, cukup dengan serba serbi tapi tak dapat nak buat apa-apa 


Dengan itu, qaseh menyokong solidariti bersama Oligo, sambil membeli sambil menderma, satu inisiatif yang sangat bagus untuk di lakukan. 

Yang sudah tahu, Oligo bukan hanya dalam bentuk serbuk, tapi juga ada beberapa jenis pek yang lain di pasaran seperti dalam bentuk sachet, serbuk dan juga tin yang sedia di minum. 

Beli Oligo Sambil Menderma 

Ni mungkin hanya sedikit usaha yang kita boleh membantu mereka tapi sangat mudah untuk kita menyumbang pada rakyat Gaza dengan hanya membuat pembelian produk Oligo sama ada dalam bentuk serbuk atau yang sedia di minum (tin). Marilah kita meneruskan dan mengwar-warkan solidariti bersama Oligo ini untuk menolong rakyat Gaza

Setiap pembelian Oligo serbuk, korang sudah menyumbang sebanyak RM0.50
Untuk pembelian produk sedia di minum, sebanyak RM0.10 di salurkan kepada bantuan solidariti{alertSuccess}


Power Root Serah RM250,000 untuk Tabung Palestin

Alhamdulillah tahniah di ucapkan untuk Syarikat Power Root Sdn Bhd (Power Root) yang telah menyumbang sebanyak RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dalam membantu misi kemanusiaan penduduk Gaza


Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj, berkata bantuan tidak terhenti setakat itu sahaja, bantuan akan diteruskan dengan kempen membeli sambil menderma. Pihak Power Root sentiasa prihatin dengan nasib penduduk di Gaza dan akan menyasarkan kempen sumbangan seterusnya itu sepanjang Ramadan ini memandangkan tiada siapa tahu bila perang Israel-Hamas akan berhenti 

Sebanyak RM1.9 Juta Diserahkan melalui 3 Organisasi Amal

Pengurus Kanan Kumpulan Media Prima, Azlan Abdul Aziz berkata, setakat ini sejumlah RM1.9 juta kutipan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin sudah diserahkan menerusi tiga organisasi amal iaitu Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Malaysian Relief Agency (MRA)


Duta Baru Oligo, Datuk Azizulhasni Awang


Wah semangat membara la bila duta baru di perkenalkan, melalui perlantikan duta baru jaguh berbasikal trek negara, semoga dapat meningkatkan inspirasi dan semangat setiap orang. Haaa Datuk Azizul yang dah bertenaga pun memilih Oligo, so bukan pilihan yang salah untuk kita membeli produk Oligo, di samping membantu kempen membeli sambil menderma.

So jom korang kita support produk yang mempunyai sifat-sifat prihatin macam ni, yang dalam masa yang sama bukan hanya mengejar untung semata tapi mempunyai sifat kemanusiaan bukan untuk rakyat Malaysia sahaja tapi mereka di Gaza yang sangat memerlukan bantuan kita. Teruskan sokong inshaAllah dalam bantuan solidariti seperti ini ada juga ‘saham’ buat kita di sana kelak. Jom minum Oligo ! 

Tahun ini, kegembiraan bertambah sebab anak Qaseh, Rayyan masih lagi dalam fasa belajar berpuasa, itu yang membuat bulan Ramadan menjadi lebih bersemangat dan penuh kebahagiaan bersama anak-anak.

Namun, yang paling penting adalah memastikan anak-anak tetap bertenaga sepanjang hari saat mereka belajar berpuasa. Kita semua tahu betapa meletihkan bila hari pertama puasa, bukan hanya bagi anak-anak, tetapi juga bagi kita sebagai orang dewasa, terutama di tengah cuaca yang panas seperti sekarang.

Haaa apa agaknya persediaan korang untuk menambah tenaga di bulan puasa ni ? 


Jom Support Lokal dengan Oligo 

Kalau korang tak tahu minuman apa yang best dan boleh membantu meningkatkan tenaga, jom cuba Oligo, dalam masa yang sama,kita boleh support produk lokal sebab Oligo 100% milik Malaysia, dan ia sudah disahkan HALAL oleh JAKIM Malaysia.

Serious sedap Oligo ni tau korang, rasa dia pekat dan sedap. Rayyan memang suka sangat la, ia bukan hanya minuman untuk melegakan tekak dan dahaga tapi Oligo mempunyai khasiat dan manfaatnya. Bahan kandungan pun di buat dari coklat Belgian yang premium bagi memberikan rasa yang lebih sedap dan rasa koko asli. Ianya tak terlalu manis tapi lemak berkrim, lagi syiok bila minum bersama ais 

Oligo Sangat Sesuai untuk Berbuka Puasa dan juga Sahur 

Oligo Kaya dengan Nutrisi dan Mineral 

Tahukah korang antara kebaikan Oligo adalah tinggi dengan nutrisi seperti OligoFruktosa. Ia mempunyai kebaikan kalsium, oligofruktosa, vitamin B6 dan B12 yang bagus untuk tumbesaran anak-anak 

Korang bukan boleh minum macam tu sahaja tapi pelbagai menu yang boleh dibuat menggunakan Oligo, memang anak-anak akan suka dengan resepi ringkas tapi sedap ni.


Antara menu sahur yang anak-anak pasti suka :







Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama