Ubat Buasir dan Cara Merawat Buasir Dengan Cepat

Ubat Buasir Yang Berkesan Dengan Cepat | Teringat qaseh pernah mengalami buasir waktu mengandung dahulu, yang pernah merasa akan tahu peritnya kan. Jika korang sedang tercari-cari ubat yang berkesan untuk meredakan buasir, ini antara tips dan ubat buasir yang korang boleh cuba sendiri, tapi jika buasir korang alami tu teruk sila jumpa doktor dengan kadar segera 

Rawatan buasir
$ads={1}

Mula-mula sekali korang kena pastikan tahap buasir atau jenis buasir yang korang sedang alami. Ada dua jenis buasir iaitu buasir luaran dan juga buasir dalaman. Nak di ingatkan di sini, ia bukan untuk menyembuhkan sepenuhnya tapi dapat mengurangkan sebab buasir ni ia jenis berulang jika tidak jaga makan atau selalu sembelit.

Apa itu Buasir ?

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia membawa masalah bila ia menjadi radang atau bengkak. Ada dua jenis buasir iaitu dalam dan luaran, kena kenalpasti sebab ia mempunyai simptom dan rawatan berbeza

$ads={1} 

Buasir Dalaman

Terjadi bila saluran darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Simptomnya pesakit akan mengadu ada pendarahan selepas membuang najis walaupun tiada kesakitan. Selain itu, ada juga pesakit merasa ada benda keluar / unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini akan hilang dengan sendiri atau apabila pesakit menolak balik unjuran ke dalam 

Buasir Luaran

Terjadi bila saluran darah vena dibahagian kulit luar dari dubur. Simptomnya, korang akan mengalami sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang besar, tapi pengalaman orang berbeza ye, ada yang rasa tidak selesa dan ada juga yang merasa pedih dan panas. Sakit yang kuat akan berlaku kerana saluran darah yang tersumbat oleh darah beku.

$ads={1}

Ada yang email dan pm qaseh di social media kerana pengalaman qaseh yang lalu, boleh baca : Pengalaman Terkena Buasir

Ubat dan Rawatan Berkesan Untuk Buasir 

Melalui pembacaan dan juga tips terbaik untuk masalah penghadaman dan juga sembelit adalah dengan mengamalkan pengambilan Probiotik dalam pemakanan. Ia dapat membantu masalah selalu sembelit dan membantu mempercepat penyembuhan luka buasir 


Sebaiknya korang boleh cuba rawatan dengan berjumpa doktor ya dan doktor akan suggest ubat yang sesuai tapi jika korang nak cuba ubat-ubat yang ada di farmasi, ini antara ubat khas untuk buasir dan qaseh pernah cuba dan ianya berkesan melegakan bengkak. 

Ubat Sapu 

Ubat buasir

$ads={1}

1. Anucare Ointment
Ubat ini untuk sapu di tempat yang bengkak. Ubat ni tak menyakitkan atau memedihkan, rasa sejuk-sejuk sahaja. Yang penting kena konsisten sapu. Buasir ni ia menyakitkan bila berlakunya bengkak di luar, nak duduk tak senang sebab memedihkan, nak selesa kena meniarap la jawabnya ye.

Cara guna : Sapu dan keringkan dengan bersih kawasan terjejas, pasang aplicator pada tube ubat, masukkan perlahan-lahan dalam rektum (masukkan sikit je) picit ubat dan juga sapu di bahagian luar rektum. Boleh apply dua kali sehari. 

2. Carsis Pharma 
Berasaskan 100% minyak tumbuhan asli dan tiada bahan tambahan seperti pembawa, pencair atau bahan berasaskan haiwan dalam ni. Ia menggunakan minyak pati tau. Ubat ni kawan qaseh guna waktu dia kena buasir, memang membantu. 

Cara guna : Bersihkan kawasan yang terkena, kemudian sapu dibahagian bengkak 1-2 titik, boleh sapu 2-3 kali sehari. 

3. Neo Healar
Salah satu rekomendasi dari pesakit buasir, Neo Healer. Ia bukan terus menghilangkan buasir tau tapi mengurangkan bengkak, pedih dan gatal-gatal. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan pendarahan selepas membuang air besar 

4. Proctosedyl Ointment 
Ubat buasir yang ni paling famous dalam kalangan ibu-ibu mengandung, nurse pun sarankan yang ni untuk cepatkan proses pengurangan bengkak, cuma yang ni dia lebih berminyak so better pakai pantyliner untuk ibu-ibu. 

Cara guna : Cuci bersih tangan dengan sabun, ambil sedikit Proctosedyl Ointment dan sapu pada kawasan buasir (luaran atau dalaman). Jangan lupa cuci tangan ! Sapu 2-3 kali sehari. 

Ubat Makan

Ubat buasir

$ads={1}


1. HemoRid
Mengandungi kombinasi herbal.Setiap tablet mengandungi Micronised Diosmin 450mg dan Micronised Hesperidine 50mg. Ia berfungsi untuk meringankan gejala buasir dan menyenangkan pembuangan air besar.

2. Daflon
Ubat dalam bentuk tablet untuk pesakit buasir. Fungsinya adalah untuk mengecutkan bengkak di dalam usus besar. 

3. Aveflon
Berfungsi untuk kecutkan buasir, hilangkan bengkak buasir dan sebagainya. Simptom yang berkaitan dengan venolymphatic

4. Dioflex
Ia digunakan untuk buasir dan kelemahan pada vena kaki seperti gejala kaki berat, sakit, kekejangan kaki pada waktu malam dan vena bengkak atau menjadi besar yang boleh dilihat di bawah kulit

$ads={1}

Ubat Supp

1. Proctosedyl Supp
Jenis supp ni ubat yang kena masukkan dalam rektum / dubur. Berbentuk macam peluru kecil. Jika korang selesa dengan ubat buasir jenis ni, boleh cuba Proctosedyl Supp. Ia boleh diambil untuk jangka masa pendek dengan mengurangkan sakit, iritasi dan gatal-gatal yang dikaitkan dengan saluran rektum atau bengkak di bahagian dubur (buasir)

Ubat buasir

$ads={1}

Cara guna : Basuh tangan dengan bersih dan masukkan ke dalam rektum sepenuhnya. Boleh digunakan pada waktu pagi dan malam atau selepas membuang air besar.


2. Neo Healer Supp
Telah terbukti secara klinikal untuk buasir dalaman dan luaran, pendarahan dan buasir trombosis. Produk herba ini disyorkan oleh doctor.

Ubat buasir



Cara guna : Masukkan ke dalam peti sejuk, buka pembalut bila ingin digunakan dan masukkan ke dalam dubur. Korang kena bertenang ye, tarik nafas dan tenangkan diri so ubat ni senang masuk. 

Peringatan : Jika korang ada alergi dengan sebarang ubat dan bahan yang terkandung, sila consult dengan doctor dahulu. {alertWarning}
Jika buasir korang di tahap teruk, biasanya rawatan melalui pembedahan akan di lakukan 


$ads={1}

Rawatan Buasir Secara Tradisional

Rawatan tradisional buasir

$ads={1}

  • Berendam dalam air suam dan juga garam (garam epsom) lagi bagus
  • Letakkan pek ais untuk melegakan rasa pedih dan bengkak
  • Tumbuk bawang putih dan perah untuk ambil air bawang putih tersebut, kemudian sapukan pada kawasan yang bengkak sehari sekali
  • Bertangas dengan daun sireh dengan merebus air sireh dan duduk di kerusi yang ada lubang di tengah, so ia membentu memberi kelegaan 
  • Campuran madu dan minyak zaitun untuk di sapu pada kawasan yang bengkak
  • Aloe vera juga membantu, sapukan gel aloe vera di kawasan bengkak

Punca-punca Buasir

  • Mengandung 
  • Sembelit kronik 
  • Genetik
  • Terlalu meneran ketika membuang air besar
  • Terlalu lama duduk di tandas / mangkuk tandas
  • Selalu mengangkat benda-benda berat
  • Obesiti
  • Gaya dan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang serat

Sebab utama qaseh tempoh hari adalah disebabkan mengandung dan sembelit dan juga gaya pemakanan yang tak seimbang. Jadi, untuk langkah pencegahan, korang boleh banyakkan makanan yang berserat, selalu minum air masak, gaya pemakanan yang seimbang ya

$ads={1}

Kesimpulan

Kesimpulannya, banyak ubat buasir yang korang boleh cuba tapi ingat ya, jika ianya masih berlarutan, sebaiknya dapatkan rawatan dari pakar. InshaAllah setiap penyakit ada penawarnya. Korang konsisten sahaja dengan rawatan, inshaAllah buasir korang cepat sembuh. 





5 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. tgk ubat pun ngeri tak leh bayang kalau kena huhuuu....

    BalasPadam
  2. Adoi,..kalau teruk, nak duduk pun tak boleh ni.

    BalasPadam
  3. banyak jugak ubat yang ada dipasaran.

    BalasPadam
  4. Sakit bila terkena buasir. Thanks sharing info!

    BalasPadam
  5. kaum perempuan paling mudah dapat buasir kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama