28 May 2021

Pengalaman Kena Buasir Ketika Mengandung | Apa Yang Aku Buat

 Assalamualaikum 


Pengalaman mengandung kali ke dua ni, lain sangat dengan pengalaman mengandung kali pertama ye, nak dijadikan cerita terkena buasir sewaktu kandungan 7 bulan, qaseh malas la nak cerita panjang apa itu buasir dalaman dan luaran ke apa, korang boleh google sendiri info tu ye, yang pasti qaseh kena buasir luaran.

Hanya nak cerita pengalaman sendiri, malu letak belakang dah haha dah sakit kan nak malu apanya, yang penting kita cari jalan untuk selesaikan masalah buasir ni haaa, alkisahnya qaseh selalu sembelit, tu lah laki asyik bebel suruh minum air masak banyak-banyak takmau dengar hihi bukan taknak dengar tapi minum air masak rasa pahit gila, lagi-lagi awal mengandung, uuuuiii tak boleh nak telan ! Muntah balik aaaa cite dia


Lepastu pada suatu hari tu, qaseh pergi lah membuang, memang kena teran la cite dia kan, keras macam batu kot, so far takde pendarahan apa pun, sebab qaseh kena buasir luaran dan takdela di tahap teruk kot. Lepas tu tiba-tiba rasa macam ada bengkak / benjolan kawasan dubur itu, macam tak boleh nak tolak masuk isi tu sebab bengkak dan pedih gila dan rasa keras macam ada ketulan  :( 


Laki tengok dia cakap bengkak and merah sikit thats why lah pedih, terus lah mood down dan stress sebab sakit kot, nak buat kerja terbantut, nak redakan hanya baring je lah, tu pun mengiring, nak tidur melentang boleh lagi cuma tak selesa perut pulak, baby dah besar, rasa sesak nafas pulak sisturrrr


Tak pergi hospital or klinik ? Hihihi kalau bab pergi jumpa doktor ni malu sangat,  citer dekat orang tak malu ahaha, padahal takut kan nak jumpa doktor, eh takutlah aku kang dia suruh operate lak, tak pun kena inject, ngeee tapi kan korang jangan ikut perangai buruk daku ni, kalau sakit sangat pergi lah jumla doktor, qaseh sebab rasa macam boleh bertahan lagi, so kita tanya kawan-kawan dan mr google dulu ubat apa yang berkesan untuk kecutkan bengkak 


Qaseh search la dekat page ibu mengandung, ramai la suggest macam-macam dibahagian komen, ubat farmasi, manjakani, dan macam-macam lagi, so qaseh screenshot la ubat-ubat yang diorang rekomen untuk beli di farmasi, qaseh pun suruh laki pergi beli. Bagi laki dua pilihan ubat tapi farmasi tu ada ubat Anucare Ointment je which mean pilihan ke dua , so qaseh cuba yang ni dulu. Lepastu qaseh ada buat status di facebook jugak, tanya kot la ada pengalaman kawan-kawan, rupanya ramai juga kena buasir waktu mengandung ni












Antara ubat farmasi yang korang boleh cuba
Rupa-rupanya memang ramai juga yang ada pengalaman kena buasir ni, lagi-lagi waktu mengandung, benda ni macam normal sebab baby bagi tekanan berat pada usus kita, dan banyak la tips - tips yang diberikan oleh mereka, aaaa terharu sangat pada yang sudi share dengan qaseh tempoh hari, alhamdulillah qaseh dah okay dah dalam seminggu macam tu, so apa tips yang qaseh ikut dan cuba bila kena buasir tempoh hari. 


Mula-mula qaseh sapu je la ubat farmasi brand ANUCARE, qaseh beli yang ointment untuk sapu dibahagian bengkak dekat luar, mula-mula sehari qaseh sapu kan, sejenis tak menyabo qaseh baca lagi tips dekat google, ada yang share sapu manjakani lagi cepat kecut, so jenis tak menyabo kan, qaseh suruh laki beli manjakani, tumbuk halus then campur air sikit bagi jadi seperti pes then tepek pada bahagian bengkak tu 

Pastu rasa macam tak selesa, sebab manjakani tak semua orang serasi, laki cakap benda ni panas jugak, ye ke ? Tapi yang buatkan tak selesa bila manjakani tu dah kering jadi macam keras la kan, pastu rasa brgesel then sakit, so first and last sapu manjakani ahahaha ntah hape-hape daku ni, terus kena bebel dengan laki, sehari sapu nak terus baik memang idoklerrrr 

Apa Yang Betul-Betul Qaseh Konsisten 

Tips pertama : Sapu Ubat Farmasi Anucare Ointment

So qaseh decide untuk sapu balik ubat farmasi, ANUCARE ointment tu, konsisten la qaseh sapu. Arahan suruh 2x sehari sapu, siang dan malam, kalau membuang air kecik or mandi ke, qaseh sapu lagi. Sebab selagi tak kecut bengkak tu memang pedih gila babis, haha kena konsisten 


Tips Kedua : Ikut nasihat Kak Mas, berendam dalam air suam + garam



Kak mas share yang dia pun pernah kena, so dia just berendam dalam air suam yang dicampur garam, kalau korang nak mudah boleh guna bekas yang boleh letak atas mangkuk toilet tu, qaseh ada besen besar je, so qaseh berendam je la dalam tu haha, air jangan la suam yang ke arah cepat sejuk, bagi panas-panas sikit then campur je garam. Qaseh guna garam kasar dalam dua 3 sudu jugak, kak mas bagitau memadai 1 sudu garam then qaseh biar garam tu larut dulu, baru berendam, air tu paras-paras tenggelam montot je 


Untuk hari kedua qaseh ada titis essential oil Lavender young living, ni hasif bagi cadangan supaya untuk soothing kan lah macam tu, so air suam + garam + lavender. Garam korang boleh jugak guna epsom salt, haa google je lah, tapi qaseh memang guna garam kasar yang bias tu je. 



Next day qaseh ada tambah essential oil Frankincense pulak, tips kak Farah Aziz and Jannah suggest essential oil Geranium Young Living, tapi qaseh takde EO tu so kak Farah cakap guna EO Frank pun boleh. Ada hari qaseh berendam guna garam je haaa camtu lah tukar-tukar tapi WAJIB berendam dengan air suam + garam if takde EO tu semua. 

Seriously rasa sumpah lega gila bila konsisten berendam dengan air suam dan garam ni, korang tahu tak bila kena buasir ni kadang gatal merenyam gila kot, garu karang melecet pulak, so bila buat kaedah ni memang sangat lega, pedih pun makin hilang, gatal-gatal tu kurang dan dalam 4-5 hari macam tu nampak bengkak makin surut. 


Oh ye qaseh buat kaedah berendam ni dalam 2 atau 3 kali sehari, pagi, tengah hari or petang dan waktu malam, lepas berendam tu biar lega sekejap kemudian sapu ubat farmasi Anucare Ointment tu pulak, so dalam masa 4 - 5 hari qaseh konsisten dengan 2 cara ni je. Memang menjadi dan masalah qaseh mula okay, mood pun kembali okay, bengkak surut dan makin kecut. 


Tips 3 : Sapu EO FRANKINCENSE 

Bila dah nampak makin kecut bengkak tu, makin kecil, qaseh sapu direct EO Frank tu pada bengkak, nape qaseh tak sapu awal-awal waktu bengkak teruk tu, sebab rasa agak pedih bila sapu Eo ni, so bagi bengkak tu cool dulu baru qaseh sapu direct tapi waktu malam je, siang hari qaseh guna juga ubat farmasi, Alhamdulillah dalam seminggu camtu qaseh dah tak rasa pedih dan sakit lagi, and now dah back to normal, happy sangat gais.

Tips 3 : Amalkan Shaklee Ostematrix dan Omega Guard 


Buasir ni lagi mudah kita akan kena bila selalu sembelit, so qaseh ada baca jugak ramai ibu hamil amalkan shaklee, qaseh baca dan survey dan yang pasti selamat untuk baby, qaseh terus roger kak min ( Fb Kak Min ) dan beli Oste dan Omega dari dia, sebab bagus untuk elakkan sembelit. So far tadi qaseh membuang memang tak sembelit, najis lembut tak keras macam selalu gais aaaa im so happy !  Makan sebelum tidur, kalau korang baca kat komen fb yang qaseh ss tu, kak Noorliza pun amalkan oste untuk elakkan sembelit, alhamdulillah serasi sangat dan nampak kesan positif pada qaseh. 

So qaseh akan amalkan hingga bersalin nanti, sebab takut dalam pantang karang sembelit lagi nangis oiiiiiii, dah la berak lepas bersalin tu satu perkara yang mengerikan, semoga bersalin nanti tak kena buasir lagi, ameen ameen ameen. Kalau korang selalu sembelit boleh la cuba shaklee ni, masa first pregnant dulu qaseh cuba Vit C dengan Vit B, sebab masa tu takde masalah buasir hihi kali ni kena amalkan oste dan omega guard pula. 


Tu lah sedikit sebanyak pengalaman qaseh kena buasir kali ni, alhamdulillah tak teruk dan tak sampai tahap bahaya or kena operate. So korang papehal kalau sakit pergi la jumpa doktor okie, hehe dan boleh cuba tips-tips yang qaseh bagi or kawan-kawan suggestkan di atas. Yang penting pemakanan kena jaga dan banyak kan minum air masak banyak-banyak,cari buah dan sayur yang berserat supaya tak ada masalah sembelit okay. Dan bila dah sakit, cari penawar dan lakukan dengan konsisten ! 


InshaAllah setiap penyakit ada ubatnya, kena sabar ye. Tq suami bagi semangat hahaha. Okay adios, tq sudi membaca. Yang Eo tu kalau korang takde takpe, konsisten je rendaman dan ubat farmasi, if tak okay boleh jumpa doktor okay.Ini bukan nak promot produk ke apa, sebab semua qaseh beli sendiri haha dan pengalaman jujur gituh