29 May 2021

Aqiqah Centre Menawarkan Pakej Aqiqah Murah Dan Mudah Secara Online

 Assalamualaikum,


Hai korang, susah kan nak aqiqah anak di musim PKP dan lockdown ni ye,  qaseh tengah runsing fikir macam-macam, lagi-lagi menanti kelahiran anak ke-dua ni, segala plan yang qaseh rancang dah tak boleh diteruskan sebab tak dapat nak balik kampung, 1 Jun pulak negara kita akan lockdown, fikirkan baby ni terus terfikir tentang aqiqah dia, yelah sebab kat kampung agak senang untuk uruskan semua dengan bantuan mak ayah. 
Mana pulak daku nak cari kambing ni, hurmmm..

Bila berada dalam situasi macam ni, memang susah nak uruskan segala hal, semua tersekat, dan masalah utama adalah mencari tempat yang sesuai untuk aqiqah / qurban, dan sekarang kos untuk buat aqiqah pun sangat mahal ye, macam tak masuk akal pun ye jugak huhu, seriously di tempat qaseh ni, qaseh tak tahu tempat sesuai untuk urusan penyembelihan dan sebagainya


Ni lah antara masalah utama untuk urusan aqiqah disini, qaseh pasti korang pun ada masalah yang sama kan, mana nak cari tempat yang sesuai, tempat penyembelihan dan sebagainya, kos pulak makin lama makin mahal, tak semua orang mampu walaupun hukum aqiqah sunat muakkad 


Tapi sebagai mak ayah akan mencari usaha jugak untuk buat aqiqah anak-anak, bila kos terlalu mahal, susah juga ye. Qaseh pulak bukan rumah teres, tinggi di puncak langit hihi dan menmang tiada masa nak cari kambing, cari orang untuk sembelih dan kenduri sememangnya tak dibenarkan langsung.


Apa itu Aqiqah Centre ? 

Waktu fikiran berkecamuk ni tak terfikir pula untuk survey aqiqah secara online, so qaseh survey dan banyakla review dan iklan tentang Aqiqah Centre ni di facebook dan instagram, tapi boleh ke Aqiqah Centre ni dipercayai ? Haaa rupanya ada kawan-kawan pernah juga melakukan aqiqah anak mereka menggunakan khidmat Aqiqah Centre ni korang, so qaseh terus rasa lega sangat dan ianya trusted 100%


Untuk pengetahuan korang Aqiqah Centre adalah syarikat milik Bumiputera yang menguruskan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Mereka telah wujud di dalam dunia pengurusan aqiqah dan qurban bermula sejak tahun 2015 lagi. Kenapa di Mekah ? Kerana di sana kos lebih murah memandangkan tak semua ibu bapa tak semua berkemampuan, dan harga ditawarkan memang mampu milik


Kenapa Aqiqah Centre Jadi Pilihan ? 

100% Online

Banyak kelebihan yang korang boleh dapat bila memilih Aqiqah Centre ni. Yang pasti korang tak perlu runsing untuk fikirkan masalah-masalah yang qaseh kongsikan tadi sebab Aqiqah Centre memberi khidmat aqiqah  secara atas talian, 100% boleh dibuat secara online. Haaa dah tak perlu nak keluar rumah bagai kan. Bukan untuk aqiqah sahaja, malah untuk qurban juga. 

Harga Murah Dan Mampu Milik Hanya Serendah  RM499

Alhamdulillah sekarang Aqiqah Centre menawarkan harga yang sangat rendah, hanya RM499 je, kalau korang survey harga seekor kambing kat sini fuhh agak mahal la harga dia, so dengan hanya RM499 dan diuruskan oleh Aqiqah Centre, selesai masalah yang membelenggu korang. 

Bukti Sembelihan - Video Beserta Sebutan Nama Anak

Aqiqah Centre sememangnya mempunyai prinsip kepercayaan dan amanah, bila korang daftar aqiqah dengan menggunakan khidmat Aqiqah Centre, korang akan diberikan bukti video bersama sebutan nama anak dan bukti ni hanya untuk aqiqah sahaja, tidak termasuk ibadah qurban. Korang juga akan menerima sijil kayu premium bernilai Rm50 secara percuma. Video akan dihantar selepas 2 hari berkerja dari hari sembelihan dan sijil dalam 30 hari

Video Testimoni, korang boleh tengok di youtube Aqiqah Centre


Trusted - Dipercayai Lebih Dari 25000 Pelanggan 

Bila tengok testimoni, artis pun ramai menggunakan khidmat Aqiqah Centre dan telah menguruskan  21000 urusan sembelihan sejak 2014 lagi. Haaaa bukan scam ye, seriously boleh dipercayai

Jom Buat Tempahan Sekarang ! 



Nak daftar pun senang sahaja, korang boleh terus klik di Daftar Aqiqah , masukkan semua detail yang diperlukan sahaja, then siap ! Tempahan korang boleh buat bila-bila masa sahaja, ibadah Aqiqah dilaksanakan setiap hari. Bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran. 

Bagi korang yang nak mengejar sunnah kelahiran untuk hari ke -7, inshaAllah Aqiqah Centre akan penuhi hajat korang, boleh hubungi nombor dibawah 

1. Ustaz Musa, +6010-8400 803 (Call/Whatsapp)

2. Ustazah Laila, +6018-353 4803 (Call/Whatsapp)

Oh ye untuk yang nak daftar qurban untuk 2021 pun boleh juga, raya aidiladha pun dah nak tiba so boleh la buat tempahan qurban kambing 2021 di Aqiqah Centre. 

“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing.”-Riwayat Abu Daud (2842)


Apa Hukum Aqiqah?

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah (dituntut) bagi yang 
berkemampuan.Ini berdasarkan sebuah hadith 
daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى
Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”
More Info : 


Ben Ashaari said...

Alhamdulillah. Terbaek !

Julia Johari said...

Bila baca ia dipercayai ni lagi menyenangkan. Nanti nak rekemen dkt famili terdekat. Tq qaseh share.

Nadia Johari said...

Iye sekrg nak buat akikah memg tak bolehla..mujur ade aqiqah centre ni.. Semua diuruskan.. 499 murah juga tu

Sheila Adziz said...

bagusnya ada perkhidmatan mcm ni... btl tu harga makin mahal, tak smeua mampu... akak anak no2 dh 9 thn pun sekarang xde rezeki lg nak buat aqiqah.... sekarang pregnant lak anak keempat... Tak pa la da rezeki sampai la tepat masanya...

Tekkaus said...

Making it even more convenient for everyone to do their part.

ChatChibor said...

Semua menjadi mudah dengan online .... Hikmah PKP tu.

Bae Roslan said...

suka perkhidmatan macam ni. memudahkan urusan kita. macam saya jenis tak minat nak serabut2. bayar jelah biar diorang uruskan aqiqah

Fadima Mooneira said...

Eid Al-Hajj is coming soon. This package looks good and affordable. I shall check it out later. Thank you for sharing this information with me. Take care.

Unknown said...

Thanks for sharing. Will be very helpful for my Muslim friends. It will make things easier for them.

khai artzfar said...

wah mudahnya! khai rasa benda camni sangatlah bagus especially musim covid sekarang. at least kite dah tunaikan apa yang patut tanpa perlu risau kan?

Rawlins GLAM said...

I will share the service with my friend as she just gave birth to a new baby. Senang sebab semua orang uruskan ye tak

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Mudahnya dengan Aqiqah Center ni, semua dia uruskan. Memang sangat bermanfaat di waktu2 sekarang ni kan?

Kitkat Nelfei said...

Oh yes! Inilah konsep yang sangat memudahkan urusan dan bersesuaian dengan keadaan kita skrg kan! Good to know this boleh share ngan kawan2

SalinaJohari said...

Pakej nampak berbaloi. Insya Allah nanti share dengan geng office tentang Aqiqah Center. Bagus bila musim pandemik ni masih ada yang uruskan tentang aqiqah . So tak perlu dah nak pening kepala

SalinaJohari said...

Pakej nampak berbaloi. Insya Allah nanti share dengan geng office tentang Aqiqah Center. Bagus bila musim pandemik ni masih ada yang uruskan tentang aqiqah . So tak perlu dah nak pening kepala

SalinaJohari said...

Pakej nampak berbaloi. Insya Allah nanti share dengan geng office tentang Aqiqah Center. Bagus bila musim pandemik ni masih ada yang uruskan tentang aqiqah . So tak perlu dah nak pening kepala

Ruby said...

Mudah betul sekarang. Dulu sekor kambing pun beribu harga tau. Akak anak lelaki. Kena dua ekor kambing. Terus ku kendurikan jadi kambing golek. Hahahahaa. Bestnya kenduri Aqiqah sebelum COVID-19. Zaman sekarang, elok buat online je. Akak sekarang Qurban lah masih meneruskan secara online. Mak dapat sijil tau. hahaha.

nikkhazami said...

bagus juga kan. sekarnag ni kan tak boleh nak buat majlis. so ini adalah salah satu cara terbaik.

Sis Lin said...

Mudahkan .. anak-anak sedara Sis semua guna servis ni aje.. di jamin niatnya sampai kepada yang kita niatkan.. mudah online aje..

Marina Bashah said...

Baguskan ada aqiqah centre ni. Mudah urusan akikah. Murah. Dia punya sijil tu cantikla

ecadwinkyasha said...

Sebenanrnya lebih mudah gunakan khidmat ne.

mas saari said...

Murahlah, anak yang bongsu ni belum aqiqah nanti senanglah boleh pilih servis ni jer!

Sunshine Kelly said...

Thanks for sharing this info, nowadays many things can be done online to minimize close contact.

Aisya Ismail said...

Senang nak buat aqiqah sekarang. Btw cantik lah sijil tu.

umminani said...

Bagus ni adik un pun ambil service ni, sebba mudah. Qaseh bolh plan untuk baby bakal lahr pula.. mudah terutama zaman2 covid ni.