Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

Tips Untuk Ibu Bapa Bagi Kejayaan Anak-Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum , berbeza sangat dengan zaman dahulu dan sekarang bila kita nak dapat kan info kan , ye lah zaman sekarang nak cari info apa-apa boleh bukak google lepas tu taip je apa yang nak di cari , tapi kena ingat tak semua benda tu betul .. lebih-lebih lagi melibatkan agama , jadi walaupun dah google dan rasa tak yakin sila lah rujuk pada yang pakar ok ! 

Ni nak share tips buat ibu bapa bila anak-anak menghadapai peperiksaan , ibu bapa kena belajar jugak ke ? hohoho menangis lah mak pak kalau kena belajar lagi , aku pulak dalam tahun 2023 baru lah anak masuk sekolah darjah satu , so bila tengok tahun tu macam lambat lagi kan , tapi weh seriously sekarang cepat sangat masa berlalu .. 

Macamana cara hadapi anak - anak hadapi peperiksaan ?


  • Muhasabah diri bertaubat / bermunajat / berzikir kepada Allah s.w.t
Solat hajat 
Baca Al- Fatihah Untuk Rasulullah S.A.W  
Selawat Fatih 100x 
Baca Bismillah 1000x
Ayat 13 - Surah Mulk - 2012x

  •  Ambil tahu jadual peperiksaan anak-anak , doakan sungguh-sungguh 
  • Berpuasa dan redha serta ikhlaskan anak-anak menghadapai peperiksaan 
  • Duduk bersama-sama anak di kala anak sedang mengulangkaji pelajaran dan bacakan ayat-ayat di bawah
Surah Toha Ayat 1 - 8
Surah Ar-Rahman Ayat 1 - 4
Surah Al-Insyirah  
Hati Berbicara :
Sharing is caring ~ kejayaan anak-anak adalah dari keredhaan ibu bapa , semoga anak-anak kita berjaya bukan hanya di dunia tapi di akhirat juga :)


Ulasan

Khadeejah Hasmad berkata…
Mak pak bagi semangat kat anak banyak-banyak. Bolehblah ready dari sekarang :)
I N A A I N A A berkata…
Terima kasih share kak. Ena ada anak2 buah yang bakal hadap exam besar tahun ni
Dkna Abza berkata…
lepas ni turn kita pulak risau anak-anak nak exam
Khir Khalid berkata…
Tahun ni agak merisaukan sbb 2 anak akan menduduki periksa SPM dan PT3.. kita pun terasa berdebar. In shaa Allah, akan diamalkan tips2 ni. Thanks sharing :)
Wak Lat berkata…
aminn mugo dipermudahkan ..
back to top