Bengkel Personaliti & Kecantikan | Unboxing Peek-A-Box dan Tutorial Mekap

10 ulasan:
Assalamualaikum 

Holla gais , Alhamdulillah sebenarnya seronok sangat dapat juga menghadirkan diri untuk turut serta dalam bengkel Kbba kali ni . Haa ce teka kenapa seronok ? Sebab bengkel kali ni beauty-beauty gituh , sape je tak minat weh  , kali ni KBBA bekerjasama dengan MATIC , Puan Azie Sam ( Perunding Imej Muslimah ), Puan Shuhada (Pengasas Pee-Ka-Box) dan Khai Azwan (MUA) dalam Bengkel Personaliti & Kecantikan 

Jadi kali ni aku nak kongsi lah sedikit sebanyak apa yang aku dapat dalam bengkel hari tu , yang pasti semua berjalan lancar , santai dan happening . Apa aktiviti kami hari tu ? Haa baca sampai habis tau ! Banyak ilmu nak bagi ni acece 

SESI PERTAMA : BENGKEL PERSONALITI OLEH PUAN AZIE SAM - PERUNDING IMEJ MUSLIMAH

Tak sangka , dapat juga bertemu dengan Puan Azie , sebenarnya kenal Puan Azie ni sebab dulu beliau juga seorang blogger dan sekarang merupakan perunding imej yang berjaya dan cantik sangat , so dalam bengkel kali ni kami di beri ilmu tentang 4 benda yang buatkan aku sendiri sedar rupanya ada benda yang kita kena titikberatkan dalam membina personaliti diri 
  • Wow first impression 
  • Create your own personality style 
  • Colour make your soul 
  • Mix and match outfit 


WOW FIRST IMPRESSION 
Haaa ape ni ? First impression bila kita lihat orang lain buat pertama kali dan orang lain melihat kita buat pertama kali . Kadang-kadang kita tak jaga first impression kita kan , maksudnya bila pertama kali jumpa orang , kita buat orang lain fikir yang kita sombong , garang dll .  Yup betul , tak kenal maka tak cinta tapi now kita kena ubah supaya first impression orang lain kepada kita yang baik-baik sahaja , at least senyum tau , lepas tu greeting dan yang selalu kita lupa panggilan kata nama diri pada orang , kalau dia seorang doktor kena la pggl doktor , dan sbagainya.

Macamana nak jaga first impression ?

  • Appearance - cara kita berpakaian / penampilan , even kita tak suka mekap tapi sekurangnya bersih dan kemas 
  • Behaviour - Cara kita layan orang , cara salam , cara duduk dan tingkah laku 
  • Communication - Bagaimana cara kita bercakap dengan orang 

Tips First Impression 



So hari tu , Puan Azie ada buat aktiviti untuk first impression ni , setiap orang di tampal dengan kertas kosong , dan 5 orang rakan kena tulis first impression dia pada kita haaa gituh .. Apa first impression diorang pada aku ? Haha kelakar pun ada .. Ada yang betul dan ada yang tak betul kot 


Ni kak Umminani punya haha sempat skodeng 


Okay i got this ! hahaha okay let me tell u haaa . Pemalu ? Yes saya sangat - sangat pemalu sebenarnya untuk berhadapan dengan orang :p tapi boleh jadi peramah bila dah mula boleh masuk dengan seseorang dan situasi , sweet ? ermm main tulis je haaaa ! Cun ? perli ke apa .. btw banyak gambar edit so luar nya tak cun langsung . Stylish ? Haha main hentam je pakai .. kikiki 

Tips : Bila bersalam dengan orang jangan pandang direct ke mata utk mengelakkan pukau or jatuh cinta haha , Puan Azie bagi tips lihat di bahagian kening 

CREATE YOUR OWN PERSONALITY STYLE 
 

Apa personaliti korang , Puan Azie bagi kertas ni untuk jawab .. so kebanyak jawapan aku adalah A . Apa maksud A ni haaa kalau banyak A - seorang yang natural , B - Romantik - C - Classic , D - Dramatic .. Korang ?

Tips : Jika nak berubah , jangan berubah drastik . Mulakan perlahan-lahan , first ubah di bahagian muka , sebab pertama orang akan lihat wajah kita . Ubah gaya tudung , gaya mekap ;)


COLOUR MAKE YOUR SOUL 
Masuk bab warna , kadang kita tak sedar warna yang kita pakai dalam kategori cair , pekat , terang atau kusam . 80% orang pandang kita melalui warna , jika kusam jee orang pandang pun sekilas mata je kan , tapi bila warna yang menarik sampai terjatuh cinta gituh haha 



5 Warna Yang Tak Pernah Salah 
  • Putih 
  • Hitam 
  • Kelabu 
  • Navy Blue 
  • Coklat 

Tips Padanan Warna 



Tips : Bila terasa lemau pakai warna-warna yang terang , untuk mudah nak matching korang cari colourwheel ni kat google dan download 

MIX AND MATCH OUTFIT / UKURAN BADAN 
Korang nak tahu bentuk badan korang jenis apa ? 

  • Pear , epal , strawberry , hourglass atau ruler ? 
-Aku semestinya ruler kahkahkah .. tapi badan jenis ruler ni kebanyakan model sebab boleh match dengan semua baju yuhuuuu so kalau nak kan model jangan lupa contact-contact k ! 




Aktiviti lagi meriah bila kena ukur badan masing-masing , bila dah ukur baru kita boleh tahu bentuk badan kita macamana hihihihi 



Alhamdulillah sesi pertama berjalan lancar dan selesai .. sambung makan tengahari , solat zohor dan sesi kedua bersama Pee-Ka-Box ! 


SESI KEDUA - BENGKEL KECANTIKAN OLEH PENGASAS PEEK-A-BOX , PUAN SHUHADA 

Cantiknya Puan Shuhada ni 


Salah satu yang buat kan aku teruja adalah Peek-A-Box , btw sebelum ni aku dah pernah tengok juga orang unboxing Peek-A-Box ni , tapi tak tahu secara detail la ingatkan sama macam beauty box yang lain yang mana ada brand mereka sendiri tapi sebenarnya Peek-A-Box ni adalah surprise box yang mana mengikut tema . Tema Peek-A-Box ni pulak tak sama setiap bulan , haa dan dalam box ni bukan satu brand je tau , lain-lain brand , ada dalam actual size dan juga mini size. 

Peek-A-Box dengan berlainan tema 

Eh kalau kita tak tahu apa dalam box ni , karang kita tak pakai pulak . Jangan risau , Peek-A-Box akan buat teaser / hint juga di IG official . Eh best apa surprise box ni , korang mesti akan ternanti-nanti apa benda la yang korang akan dapat haaa kan kan kan :p Boleh lah hadiah kan buat yang tersayang juga dan harga Peek-A-Box ni hanya Rm59 sedangkan barangannya adalah lebih kurang RM150 macam tu .. Berbaloi lah ! 

yeyyy dapat Peek-A-Box khas buat KBBA 

UNBOXING PEEK-A-BOX 
Nak tahu apa dalam box ni ? Nah tengok video ni 

Menarik kan ? Nak beli korang boleh dapatkan di shopee , website or instagram Peek-A-Box , tengok info kat bawah ye .. Oh ye sekarang Peek-A-Box tengah adakan kempen DIY , so bila korang beli , korang join lah kempen ni , caranya DIY box ikut kreativiti masing-masing dan jangan lupa tag ! 



DIY FACE MIST DAN LIP BALM SENDIRI 


Dah selesai unboxing Peek-A-Box , kami di ajar cara-cara untuk buat face mist dan juga lip balm sendiri .. Wohoooo mudah je rupanya nak buat semua ni , yang pasti takde pengawet bagai dan sesuai untuk kulit atau bibir sensitif tu ha .. Bahan-bahan pun mudah je nak cari 


Diy Face Mist 

  • Drinking water , Rose Water , Honey , Essential Oil 
  • Cara dia , campur kan Rose Water bersama drinking water , masukkan madu dan essential oil haaa mudah gila .. sukatan dia , drinking water tu kena dua kali ganda dari rose water yang korang letak .. 



DIY Lip Balm 

  • Cocoa Butter , pewarna , vaseline , air mendidih , madu 
  • Cara dia kena cairkan cocoa butter tu dulu dalam air mendidih , kemudian ambil sedikit vaseline , if nak letak pewarna atau nak guna madu sahaja pun boleh . Lepas dah sebati semua tunggu je dia keraihhhh , dah boleh guna ! 

LAST SESI : TUTORIAL MEKAP DAN HIJAB OLEH MUA KHAI AZWAN 

Bila dengar kisah Khai Azwan ni memang betullah kadang apa yang kita tak suka tu lah jadi apa yang kita suka haaa hehe apa pun jeles betul dengan tangan yang berseni ni ha  , aku dah patpuluh juta kali tengok tutorial mekap tapi tak reti-reti jugak hoih haha , tapi sebenarnya benda ni kena banyak praktik 

DAN JADI PEREMPUAN TU SUSAH DAN MAHAL TAHU TAK ! Hahaha :p

So hari tu , banyak jugak tips-tips yang di beri oleh Khai Azwan ni , dari berus mekap , pemilihan foundation , highlighter dan banyak lagi yang di kongsikan .. Soalan pun banyak di utarakan oleh gigirl smua hihihi .. Dan ini hasil mekap have-have oleh Mua Khai Azwan tapi menggunakan barang mekap yang tak have-have yang penting teknik dan skill ... 



Dua orang secara sukarela atas permintaan Khai Azwan untuk ikut cara beliau mensenikan wajah modelnya haa gituh .. 

 







Alhamdulillah , Bengkel Personaliti & Kecantikan berjalan lancar sehingga terlebih masa gitu , tak sedar kan waktu berlalu , syok sangat tengok live mekap haaa , hehe tq untuk semua yang terlibat dan tajaan untuk bengkel KBBA kali ni ❤️ Tq tak terhingga buat Puan Azie Sam , Puan Shuhada dan Kak Gee , Khai Azwan untuk segala ilmu yang kami peroleh dalam bengkel kali ni . Semoga maju jaya dan terus success ke persada dunia :)

PENAJA YANG TERLIBAT 

  • En Ali untuk lokasi bengkel KBBA di MATIC 


 kredit gambar : https://shehanzstudio.com




 kredit gambar : https://shehanzstudio.com

Terima kasih Kelabbloggerbenashaari , memang best join bengkel-bengkel macam ni tau , selain dapat ilmu , dapat jumpa kawan-kawan dan me time eh ! haha okay bye 

10 ulasan:

Nina Mirza berkata...

Seronoknya.... Ruginya tak berkesempatan
join bengkel ritu. Beruntung Qaseh dapat join. Jeles kita. Makaseh yaaa sharing tips tips nya

Mimin Adam berkata...

lepas ni takyah beli lip balm ehh. terus buat je. jimat
tapi setuju sangat bab personality kak qaseh yang orang tulis kan tuu
hahahaha

farhanna jafri berkata...

seronoknya pergi bengkel macamni, banyak ilmu dapat walaupun nampak macam remeh je tapi yang remeh ni la boleh bina personaliti wow kita

www.modernmumthingy.com berkata...

Best kan bengkel ni. Wpun saru hari tak terasa penat .

Nadia Johari berkata...

best betul...memng rugi tak join..nak buat acano..anak kecik ada..dapatla belajar cantik-cantik dan personaliti kan..kongsi please..kita tak reti hat kening ni..haaha

Cik Yaya berkata...

salam sis qaseh..
wahh best nyer.ilmu dpt pun best + menarik
rugi xp..dpt peekabox pla tu..hehe

tq qaseh share ilmu..pas ni bole tr buat diy lip blm, face mist..hehe

Raydah berkata...

seronoknyaaaa

Radhia Razali berkata...

banyaknye yang boleh belajar dari bengkel ni..rugu pulak tak join

Dura Norell berkata...

Best bila dapat belajar buat lip balm sendiri.. sebab memang sangat perlukan lip balm ni haha

ai berkata...

Best bengkel ni. Terutama part makan sanwiches..

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com