Seperti Apa Kopi Hari Ini ?

4 ulasan:
Assalamualaikum , Allah gerakkan hati untuk menaip malam ni , izinkan jari menari mengikut rentak 

“Beruntunglah sesiapa yang selalu merasa senang dan tenang dgn pilihan Allah untuk dirinya

Seperti apa ya kopi hari ini ? Adakah pahit atau manis .. Entahlah ia nya hanya sekadar perumpamaan buat aku seperti hidup kita .. Apakah yang pahit itu seringkali membuatkan kita menangis atau yang manis itu selalu membuat kita ketawa ~ 

Kadang-kadang apa yang kita fikir , apa yang kita rasa tidak bermakna di masa akan datang begitu juga perasaan kita , begitu juga pemikiran kita . Tak faham ? Diri sendiri pun kita selalu tewas untuk memahami apatah lagi yang sedang berlaku di sekeliling kita , yang sedang terjadi dalam hidup kita , yang kita ketawakan , yang kita risaukan . Apa-apa sahaja yang berlaku seringkali berlawanan dengan apa yang kita fikirkan 

Dalam hidup ini , seringkali kita tertipu dengan kepahitan dan kemanisan .. Iya lah yang pahit itu belum tentu menyedihkan dan yang manis tidak bermakna selalu sedap , hidup pun macam tu kan ... Dulu kita rasa manis tapi sekarang kita rasa makin pahit , dulu kita sayang menyayang tapi sekarang saling membenci . Siapa yang salah ? Takdir Tuhan ataupun kita sendiri yang menyebabkan sesuatu itu berlaku .. Mungkin atas dosa-dosa kita yang lepas ?

Tapi satu benda yang kita kena tahu , setiap sesuatu ada hikmah . Hikmah nya pasti terselit kebaikan buat kita , buat yang berkaitan atau sesiapa yang termasuk dalam sesuatu keadaan itu , jika ia sudah berubah dari jalan yang kita rancangkan , pasti jalan seterusnya di ubah oleh Allah dan segalanya ada kebaikan buat diri kita sendiri .. 

Seperti apa kopi hari ini ? 
Kelmarin tawar ,
Malam ini pahit ,
Mungkin esok ia manis ,
Tapi seberapa banyak rasa itu pasti ada hari yang kita rasa sangat sedap dan indah 

Kenapa bersedih atas kepahitan yang memberi penawar ? Kerana manusia itu berperasaan pasti juga ada hari-hari dia terasa longlai dengan apa yang membelenggu , mahu mengubah tidak mampu , mahu menebus juga tidak ada daya .. Apa yang ada hanya air mata , tapi esoknya sosok itu bangkit juga kerana hikmah yang telah terlihatkan oleh mata sendiri :) 

Hati Berbicara :

Aku dah tak mampu selalu  merasa kopiku kerana terlalu banyak angin yang di rasai dalam badan selepas bersalin :p tapi kopiku adakala tumpah dengan kehadiran si gula-gula hati ni :p 


4 ulasan:

YB Shehan berkata...

kopi cap gantang.. sentiasa sedap. cubalah..

Nina Mirza berkata...

Suka Kopi Muar 434!♥

Cik Yaya berkata...

macam2 rasa ada...
ummm bertabahlah wahai hati ='(

Radhia Razali berkata...

penulisan yang menarik mengaitkan kopi dengan kehidupan.. dan saya pun tak boleh miss minum coffee setiap hari..
masa pantang stop sekejap..dah kerja minum balik. tapi baby asyik meragam jea malam-malam bila start minum cofee..maybe kena stop kot macam Qaseh jugak.

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com