Assalamualaikum ~
Perihal tentang BOH ni, hye gais, pernah tak korang di perli sebab bila masuk kedai je asyik minuman tu je yang korang order, padahal boleh je minum di rumah, haha. Qaseh selalu lah kena perli dengan husband sebab bila order minuman je mesti nak minum teh o ais, dia cakap asyik Teh O Ais je, kat rumah dah selalu buat haha eee geramnya biarlah tu memang minuman favourite kita okay ~ lebih-lebih lagi jenama BOH.
Qaseh pun tak tahu, rasa macam tak lengkap, rasa macam tak hilang dahaga bila minum minuman selain teh, mungkin sebab Qaseh dah terbiasa sejak dari kecil lagi, lagipula teh ni macam satu nikmat yang memberi satu kepuasan jugaklah, ADA BOH BARU ADA UMMPHH gitu~
Dan Qaseh tak sangka sebenarnya BOH dah 90 tahun berada di pasaran, wei Qaseh baru umur 31 tahun, BOH lagi tua lah gitu ye ehehe dan selama 90 tahun lah Qaseh rasa BOH telah memberi memori-memori indah pada Qaseh bersama keluarga, mesti korang pun sama kan ? Biasa kalau Qaseh pergi rumah jiran-jiran atau saudara, mesti teh juga yang di hidangkan.
Nampak tak ~ teh BOH ni memang minuman wajib dalam sesebuah keluarga, dari moyang, datok, nenek, mak, ayah, dalam sedar tak sedar , BOH dah jadi warisan turun temurun dalam setiap keluarga.
Qaseh paling suka BOH ni sebab ia sememangnya jenama sendiri yang asli, sebab tu lah BOH memang sebahagian daripada isi rumah Malaysia dan mempunyai ‘’experteas’’ di Malaysia selama 90 tahun. Bagi pemina BOH ni, kita boleh rasa tau aroma BOH, warna BOH dan rasa BOH tak pernah berubah, ia tetap sama dari dulu hingga sekarang dan sentiasa UMMPHHHHHHH bagi Qaseh.
Bila berbicara tentang BOH ni, selalu ada kenangan manis bersama keluarga dan rakan-rakan, belum pernah lagi ada kenangan pahit seperti di simbah dengan secawan teh ke muka haha, kalau tak mesti jadi kenangan yang paling melucukan. Jap nak flashback kembali zaman kanak-kanak, bila stok BOH habis kan, mesti mak suruh cepat-cepat beli BOH ni, tak boleh kehabisan stok gituh haaa
Tapi the best thing dengan teh ni, Qaseh suka cicah keropok keping dengan teh panas, lepastu mula lah teh tu nampak berminyak tapi sedap gila wei haha dan lagi best bila dapat minum teh bukan menggunakan cawan tau, tapi piring cawan tu haaa, orang-orang tua dulu pelik-pelik jugak haha thats why terikut sekali, konon lagi nikmat gitu haha tapi zaman budak-budak konon-konon nak tiru tapi tumpah je lebih. Alahai rindunya ~
Dalam tak sedar, rupanya dalam setiap perjumpaan keluarga BOH always ada bersama, BOH juga banyak rahsia kami lah ye, haha sambil membawang pun minum teh~ kikiki tapi BOH juga mengeratkan kami.
Bagi Qaseh BOH always jadi kesayangan semua orang, dulu masa kanak-kanak nak buat teh kena ada penapis kan, tapi sekarang makin mudah je ada jenis uncang, mudah dan senang untuk di nikmati bersama bukan hanya untuk golongan yang lebih tua tapi juga untuk generasi muda, bila Qaseh dah ada family sendiri, dah ada anak pun still untuk sarapan pagi, minum petang dan minuman yang hangatkan badan, Qaseh tetap memilih BOH, warisan turun menurun yang tak pernah mengecewakan.
Korang ada tak kenangan dengan BOH yang nak di kongsikan dengan Qaseh ? Jangan lupa komen ye hihi suka baca kenangan kawan-kawan ni, and last but not least BOH bukan sekadar paket kecil tetapi ia selalu memberi kehangatan, kenangan dan kebahagiaan bersama. Lastly, tahniah BOH atas kejayaan sehingga 90 tahun, semoga nanti Qaseh dah jadi nenek pun BOH masih ada untuk di kongsi bersama cucu-cucu pulak hihi.
posted in
9 Sept 2019
Pengalaman Buat Rawatan HIFU (High Intensity Focus Ultrasound) Di CPS Skin Love Cantik Persis Selebriti Bangi
Assalamualaikum, hye semua lama sungguh tak berfacial, seingat qaseh last bulan January hari tu hehe, tapi kali ni qaseh nak share Qaseh buat rawatan lain sikit dari kebiasaan. Qaseh pun terkejut tengok kesan lepas buat treatment ni ~
Rawatan Non Surgical Lift Face Treatment atau High Intensity Focus Ultrasound ( HIFU) di CPS Skin Love Cantik Persis Selebriti di Bangi. Di Bangi ni sebenanrnya merupakan branch ke dua CPS, yang pertama di Shah Alam. Kat sini bukan hanya ada rawatan muka tau, tapi ada juga Spa, siap ada pakej bridal lagi dan juga untuk rawatan kecantikan mata, tapi hari ni Qaseh just nak kongsi pengalaman Qaseh buat rawatan HIFU di sini.
APAKAH ITU RAWATAN HIFU ?
Ni pun kali pertama juga lah Qaseh buat rawatan HIFU ni, hihi takde suntik-suntik tau ~ sebab Qaseh kalau boleh memang elak facial jenis suntik-suntik ni haha penakut gitu. HIFU ni pula adalah singkatan dari High Intensity Focus Ultrasound yang mana sangat sesuai untuk kita yang semakin berumur tapi still nak nampak muda dari umur gitu.
Kebaikan HIFU ni adalah untuk menegangkan kulit wajah kita yang makin lama makin tak berapa anjal tu, mengurangkan garisan-garisan halus atau kedutan yang makin muncul di wajah, dan boleh meredakan eyebag di sekitar mata. Ramai kan bermasalah eyebag ni tapi tak jumpa lagi cara yang berkesan untuk meredakan, haaa boleh lah buat rawatan HIFU ni.
Makin lama kan usia kita makin meningkat, kadang selalu stress atau pun faktor keturunan buatkan kita tak perasan perubahan kulit wajah kita. Kadang umur muda tapi muka dah nampak kedewasaan gitu.
Before korang buat rawatan, akan di bawa dalam bilik ni untuk consult masalah kulit then baru lah proses rawatan di lakukan. CPS ni cantik, luas dan selesa sangat, bilik pun banyak nanti Qaseh share ok.
Pengalaman Buat Rawatan HIFU di CPS BANGI
Rawatan HIFU ni mengambil masa dalam satu jam setengah, kalau korang bawak pasangan, jangan risau ada je ruang untuk menunggu. So, ni lah bilik single yang Qaseh buat rawatan di CPS Bangi ni. Rawatan HIFU ni tak banyak step pun sebab muka Qaseh pun takde masalah sangat. Jom baca lagi proses rawatan HIFU ni, sakit ke uols ? Haaa~
- STEP 1
Mula-mula macam biasa, wajib lah cuci dulu mekap yang ada di muka, gatai kan tau dah nak pergi buat Facial tetap juga nak bermekap haha, tapi tak mekap pun still kena cuci dulu baru lah rawatan HIFU mudah memberi kesan pada kulit
Ni muka Qaseh di cuci dengan pencuci muka, dan juga scrub lepas tu staff ada buat urutan di sekitar wajah.
- STEP 2 - STIM / WAP MUKA
Ni pula adalah proses wap muka, sebelum muka di wapkan, muka Qaseh di letak gel khas dan di letakkan beberapa mask untuk menutup mata dan juga sekitar wajah, sebab wap ni kan agak panas, so akan di biarkan selama 10 minit. Kat sini qaseh rasa ada tindak balas gatal-gatal sikit di bahagian muka, geram je tangan ni nak garu tapi sabo haha, itu tindak balas biasa je jangan risau ye.
- STEP 3 - BUANG BLACKHEAD / WHITEHEAD
Fungsi stim / wap muka tadi adalah untuk menyenangkan proses membuang blackhead dan whitehead di muka ni haa, best je rasa guna alat ni. Biasa buang sendiri, menyakitkan, ni guna alat ni sejuk je rasa, erus rasa kulit muka bersih je ~
- STEP 4 - RAWATAN HIFU
Mesin khas yang di gunakan untuk rawatan HIFU
So inilah dia rawatan HIFU, ada mesin khas yang di gunakan untuk rawatan HIFU ni, sebelum tu muka Qaseh di letakkan dengan satu gel khas bagi mengurangkan kesakitan dan memudahkan proses. Perasaan buat rawatan HIFU ? Rasa dia mula-mula tu rasa sejuk je, lama-lama akan rasa pedih-pedih sikit sebab alat tu ada karen juga tapi takdelah sakit pun, biasa-biasa je haaa.
Video rawatan HIFU
Proses rawatan HIFU ni best, terasa pipi diangkat dan di urut untuk menganjalkan lagi kulit, muka qaseh ni jenis takde pipi sangat, tak berapa nak bambam hihi so HIFU ni akan buatkan kulit muka kita tegang dan lebih anjal gitu
- LAST STEP
Lastly, selepas buat rawatan HIFU muka terasa agak panas tapi last step ni untuk meredakan kembali, muka Qaseh di letakkan mask yang sejuk amat, rasa nak tidur je dan di biarkan beberapa minit. Lepas tu muka di cuci ~ dah siap !
KESAN SELEPAS BUAT RAWATAN HIFU
Yang bestnya, qaseh terkejut jugaklah sebab kesan dia boleh nampak terus, ni staff ambilkan gambar, no edit-edit tau. Kalau korang boleh lihat, sebelum buat rawatan HIFU, pipi qaseh dedua macam cengkung gitu, tapi selepas buat rawatan HIFU tu pipi Qaseh nampak naik sikit kan ? Syokkk oooo, kalau nak nampak lagi berkesan kena buat dalam 3 kali rawatan.
KESAN SELEPAS HIFU
- Kulit semakin menegang kerana kolagen mulai aktif dalam kulit
- Masalah kedutan semakin hilang serta melambatkan proses penuaan
- Pori muka semakin mengecil dan membuatkan kulit lebih glowing
- Kulit wajah bertukar menjadi pinkish semulajadi
- Kolagen baru mulai aktif untuk pembentukan sel kulit yang baru
KENAPA PERLU BUAT RAWATAN HIFU ?
So ni Qaseh nak share review Qaseh sendiri, kadang kita takut lepas buat facial muka kita akan breakout sebab sensittif, tapi alhamdulillah rawatan HIFU ni tak beri kesan buruk pada muka Qaseh, cuma beri kesan sementara selepas buat rawatan kulit merah-merah dan pedih sikit je, tapi lepas 2 3 hari kulit jadi normal balik dan makin lembut.
Rawatan ni serious tak menyakitkan, halal, selamat dari bahan kimia, tiada pembedahan yang dilakukan, tiada suntikan apa-apa di wajah, berjaya memberi kesan positif dan yang bestnya kita boleh nampak kesan secara serta merta. Syiokk woooo ..
HARGA RAWATAN HIFU DI CPS SKIN LOVE CANTIK PERSIS SELEBRITI DI BANGI
Untuk rawatan HIFU yang Qaseh buat ni harga dia RM388, kalau harga member murah je RM318. Untuk lain-lain harga atau pakej, boleh tengok di gambar bawah
Selain rawatan HIFU ada juga rawatan-rawatan lain tapi HIFU ni korang memang wajib cuba lah untuk nak kulit anjal dan tegang, siyes best. Buat sekali pun dah nampak kesan, kalau buat 3 kali rawatan dah boleh jadi artis gitu haha. Bilik pun korang boleh pilih, nak VIP ROOM pun ada, ni qaseh share bilik-bilik yang ada di CPS SKIN LOVE BANGI
Bilik VIP untuk seorang
Bilik VIP Double
Bilik Spa & Sauna
Lawa design lampu oleh owner CPS ni
Bilik biasa untuk seorang
Bilik biasa untuk dua orang
Amacam best kan tengok Qaseh buat rawatan HIFU di CPS Skin Love Bangi ni, jangan tak cuba rugi, lebih-lebih lagi nampak pipi dah makin kendur, makin nampak letih je tu, should try this treatment tau, lagi pun rawatan ni juga famous di Korea, meh lah kita jadi cantik persis selebriti juga ~
More Info :
Alamat : No.57-1, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor
Website : http://www.cpsskinlove.com/
Instagram : https://www.instagram.com/cpsskinlove/
No HQ : 03-55194159
No Shah Alam : 010-8061350
No Bangi : 011-51202090
Email : celebriticantik@gmail.com
posted in
Assalamualaikum, sihat ke kome semua ?
Pernah tak korang terasa badan korang kerap sakit-sakit badan, lenguh, mood tak menentu dan macam-macam lah jadi sejak usia makin meningkat ni? Itu lah yang qaseh rasa sekarang, sebab tu orang tua selalu pesan, bila muda ni jaga kesihatan, jaga makan, bersenam dan banyak lagi ~ tapi orang muda sekarang melantak je tahu (eh aku je tu hehe)
Jadi, moh la kita cari supplement untuk diri sendiri , qaseh suka supplement dari Himalaya, sebab bahan kandungan nya adalah HERBA, lepas bersalin tu hari pun qaseh makan supplement dari Himalaya, alhamdulillah takde kesan buruk malah membantu qaseh dalam proses berpantang dan memperbanyakkan susu, so kali ni qaseh nak share lagi, kiranya qaseh ambil supplement ni kedua kali.(aku memang, rasa sakit baru nak cari ubat! :(
Jadi, kali ni qaseh cuba dua supplement kesihatan dari Himalaya iaitu untuk kesihatan wanita : Women Wellness dan kesihatan untuk masalah pencernaan : Bowel Wellness Triphala.
Kebaikan Women Wellness Shatavari
Himalaya Shatavari adalah ekstrak herba tulen dan dianggap sebagai ramuan yang paling bermanfaat bagi wanita kerana secara keseluruhannya membantu mengimbangi sistem hormon wanita.Shatavari benar-benar menyuburkan dan membersihkan darah dan organ-organ pembiakan wanita menyebabkan ia menjadi sangat berkesan dalam meningkatkan kesuburannya. Ia menyuburkan rahim dan ovum dan hampir menyiapkan organ-organ wanita untuk mengandung dan menghalang keguguran yang diancam. Ia juga meningkatkan laktasi dan mengandungi phyto-estrogens, prekursor estrogen dan benar-benar sangat berguna untuk wanita yang mengalami tahap estrogen semula jadi yang rendah akibat daripada menopause, histerektomi atau oophorectomies.
Shatavari ni kalau ada ibu-ibu yang baru lepas bersalin atau tengah struggle untuk memperbanyakkan susu, qaseh rekomen Shatavari ni sebab qaseh pernah makan selepas bersalin dulu untuk milkbooster, ibu-ibu ni akan cari usaha jugak untuk susukan anak kan, korang boleh baca review qaseh kat sini : Rayyan Tolak Susu Formula?
Tapi korang yang belum kahwin jangan risau pulak takut bila makan ni tiba-tiba keluar susu, otak dia haha jangan risau sebab ia meransang pengeluaran susu bagi ibu-ibu, so bagi yang belum berkahwin Shatavari ni bagus untuk masalah ovulasi dan meningkatkan kesuburan, elok makan sebelum kahwin atau beberapa bulan sebelum kahwin.
Perempuan dan hormon memang tidak dapat di pisahkan, kadang bulan ni ada naik jerawat, kadang bulan depan cepat sakit kepala, dan macam-macam berlaku saat PMS tiba, itu semua berkait rapat dengan hormon juga, salah satu kebaikan Shatavari ni boleh menormalkan rembesan hormon itu.
Selain itu, jika korang sentiasa bermasalah di saat PMS seperti masalah period pain yang agak teruk, dan pengeluaran darah yang agak banyak, Shatavari membantu melegakan kesakitan dan mengawal pengeluaran darah.
Qaseh cuba Shatavari untuk kali ke dua sebenarnya sebab qaseh tengah plan untuk baby kedua, sebab dah berumur 30 lebih ni qaseh tak tahu tahap kesuburan qaseh, hormon qaseh ni okay ke tak, so ini adalah salah satu usaha jugak sebab ia nya Herba Popular untuk perempuan atau lebih tepat dipanggil sebagai ''Formula Kesihatan Wanita'' yang merupakan herba berharga yang di gunakan sebagai tonik pembiakan wanita.
Yang paling penting Shatavari ni dapat membantu masalah keletihan, kesihatan fizikal dan mental, menyokong dan meremajakan tubuh badan. Kadang buat kerja rumah sedikit pun dah rasa penat, nampak la beza zaman muda dan zaman tua ni ye dan sangat membantu melegakn smptom menapouse seperti kilat panas.
Siapa Yang Boleh Amalkan :
Kebaikan Bowel Wellness Triphala
Penat kan bila selalu sembelit dan hadap benda sama hari-hari, masalah pencernaan ni sebenarnya ramai juga yang hadapi, kadang-kadang tak membuang hingga beberapa hari (qaseh la tu) dan itu sebenarnya tidak normal.
So Qaseh cuba juga Bowel Wellness Triphala ni sebab kebaikan dia sangat sesuai dengan keadaan yang Qaseh hadapi, kalau boleh rasa macam nak jadi normal balik, lepas makan je membuang lepas tu lancar je kan, senang weh masuk toilet terus kebabommm haha
Siapa Yang Boleh Amalkan :
- Wanita yang ingin mengekalkan kesihatan rahim
- Wanita sedang menapouse
- Wanita yang ingin memperbaiki kesihatan produktif
- Wanita yang ingin menambah susu
Cara Penggunaan : 2 Kapsul sehari
Kebaikan Bowel Wellness Triphala
Penat kan bila selalu sembelit dan hadap benda sama hari-hari, masalah pencernaan ni sebenarnya ramai juga yang hadapi, kadang-kadang tak membuang hingga beberapa hari (qaseh la tu) dan itu sebenarnya tidak normal.
So Qaseh cuba juga Bowel Wellness Triphala ni sebab kebaikan dia sangat sesuai dengan keadaan yang Qaseh hadapi, kalau boleh rasa macam nak jadi normal balik, lepas makan je membuang lepas tu lancar je kan, senang weh masuk toilet terus kebabommm haha
Kebaikan Bowel Wellness Triphala
- Melegakan masalah sembelit
- Membantu melancarkan pergerakan usus
- Menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus
Yang bestnya tentang Triphala ni ia menggabungkan kebaikan Indian Gooseberry, Belleric Myrobalan dan Chebulic Myrobalan. Kebaikan ketiga-tiga bahan ini adalah untuk mengatasi masalah sembelit dengan melancarkan pergerakan usus dan juga membantu masalah pencernaan dan menggalakan kesihatan Gastro usus.
Sebelum ni kan, kadang-kadang qaseh kena bergantung dengan ubat yang masukkan dalam punggung tuuu haaa tetttttt sebab lama sangat tak membuang bahaya jugak, tapi penat jugak lah nak bergantung dengan benda tu kan, thats why Qaseh cuba bowel wellness ni.
Kesan dia not bad, tak perlu tungga lama untuk membuang dan sembelit pun makin kurang, cuma jangan lupa makan je hihi kadang pemalas pastu lupa hahh. Yang penting kena minum banyak air. Triphala ni sesuai untuk korang yang ada masalah sembelit terut, selalu senak , kembung perut dan masalah Belching.
Cara Penggunaan : 2 kapsul selepas makan 2 kali sehari.
More Info :
Website : http://www.himalayainasia.com/
Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
posted in
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons