Assalamualaikum, hye semua lama sungguh tak berfacial, seingat qaseh last bulan January hari tu hehe, tapi kali ni qaseh nak share Qaseh buat rawatan lain sikit dari kebiasaan. Qaseh pun terkejut tengok kesan lepas buat treatment ni ~
Rawatan Non Surgical Lift Face Treatment atau High Intensity Focus Ultrasound ( HIFU) di CPS Skin Love Cantik Persis Selebriti di Bangi. Di Bangi ni sebenanrnya merupakan branch ke dua CPS, yang pertama di Shah Alam. Kat sini bukan hanya ada rawatan muka tau, tapi ada juga Spa, siap ada pakej bridal lagi dan juga untuk rawatan kecantikan mata, tapi hari ni Qaseh just nak kongsi pengalaman Qaseh buat rawatan HIFU di sini.
APAKAH ITU RAWATAN HIFU ?
Ni pun kali pertama juga lah Qaseh buat rawatan HIFU ni, hihi takde suntik-suntik tau ~ sebab Qaseh kalau boleh memang elak facial jenis suntik-suntik ni haha penakut gitu. HIFU ni pula adalah singkatan dari High Intensity Focus Ultrasound yang mana sangat sesuai untuk kita yang semakin berumur tapi still nak nampak muda dari umur gitu.
Kebaikan HIFU ni adalah untuk menegangkan kulit wajah kita yang makin lama makin tak berapa anjal tu, mengurangkan garisan-garisan halus atau kedutan yang makin muncul di wajah, dan boleh meredakan eyebag di sekitar mata. Ramai kan bermasalah eyebag ni tapi tak jumpa lagi cara yang berkesan untuk meredakan, haaa boleh lah buat rawatan HIFU ni.
Makin lama kan usia kita makin meningkat, kadang selalu stress atau pun faktor keturunan buatkan kita tak perasan perubahan kulit wajah kita. Kadang umur muda tapi muka dah nampak kedewasaan gitu.
Before korang buat rawatan, akan di bawa dalam bilik ni untuk consult masalah kulit then baru lah proses rawatan di lakukan. CPS ni cantik, luas dan selesa sangat, bilik pun banyak nanti Qaseh share ok.
Pengalaman Buat Rawatan HIFU di CPS BANGI
Rawatan HIFU ni mengambil masa dalam satu jam setengah, kalau korang bawak pasangan, jangan risau ada je ruang untuk menunggu. So, ni lah bilik single yang Qaseh buat rawatan di CPS Bangi ni. Rawatan HIFU ni tak banyak step pun sebab muka Qaseh pun takde masalah sangat. Jom baca lagi proses rawatan HIFU ni, sakit ke uols ? Haaa~
- STEP 1
Mula-mula macam biasa, wajib lah cuci dulu mekap yang ada di muka, gatai kan tau dah nak pergi buat Facial tetap juga nak bermekap haha, tapi tak mekap pun still kena cuci dulu baru lah rawatan HIFU mudah memberi kesan pada kulit
Ni muka Qaseh di cuci dengan pencuci muka, dan juga scrub lepas tu staff ada buat urutan di sekitar wajah.
- STEP 2 - STIM / WAP MUKA
Ni pula adalah proses wap muka, sebelum muka di wapkan, muka Qaseh di letak gel khas dan di letakkan beberapa mask untuk menutup mata dan juga sekitar wajah, sebab wap ni kan agak panas, so akan di biarkan selama 10 minit. Kat sini qaseh rasa ada tindak balas gatal-gatal sikit di bahagian muka, geram je tangan ni nak garu tapi sabo haha, itu tindak balas biasa je jangan risau ye.
- STEP 3 - BUANG BLACKHEAD / WHITEHEAD
Fungsi stim / wap muka tadi adalah untuk menyenangkan proses membuang blackhead dan whitehead di muka ni haa, best je rasa guna alat ni. Biasa buang sendiri, menyakitkan, ni guna alat ni sejuk je rasa, erus rasa kulit muka bersih je ~
- STEP 4 - RAWATAN HIFU
Mesin khas yang di gunakan untuk rawatan HIFU
So inilah dia rawatan HIFU, ada mesin khas yang di gunakan untuk rawatan HIFU ni, sebelum tu muka Qaseh di letakkan dengan satu gel khas bagi mengurangkan kesakitan dan memudahkan proses. Perasaan buat rawatan HIFU ? Rasa dia mula-mula tu rasa sejuk je, lama-lama akan rasa pedih-pedih sikit sebab alat tu ada karen juga tapi takdelah sakit pun, biasa-biasa je haaa.
Video rawatan HIFU
Proses rawatan HIFU ni best, terasa pipi diangkat dan di urut untuk menganjalkan lagi kulit, muka qaseh ni jenis takde pipi sangat, tak berapa nak bambam hihi so HIFU ni akan buatkan kulit muka kita tegang dan lebih anjal gitu
- LAST STEP
Lastly, selepas buat rawatan HIFU muka terasa agak panas tapi last step ni untuk meredakan kembali, muka Qaseh di letakkan mask yang sejuk amat, rasa nak tidur je dan di biarkan beberapa minit. Lepas tu muka di cuci ~ dah siap !
KESAN SELEPAS BUAT RAWATAN HIFU
Yang bestnya, qaseh terkejut jugaklah sebab kesan dia boleh nampak terus, ni staff ambilkan gambar, no edit-edit tau. Kalau korang boleh lihat, sebelum buat rawatan HIFU, pipi qaseh dedua macam cengkung gitu, tapi selepas buat rawatan HIFU tu pipi Qaseh nampak naik sikit kan ? Syokkk oooo, kalau nak nampak lagi berkesan kena buat dalam 3 kali rawatan.
KESAN SELEPAS HIFU
- Kulit semakin menegang kerana kolagen mulai aktif dalam kulit
- Masalah kedutan semakin hilang serta melambatkan proses penuaan
- Pori muka semakin mengecil dan membuatkan kulit lebih glowing
- Kulit wajah bertukar menjadi pinkish semulajadi
- Kolagen baru mulai aktif untuk pembentukan sel kulit yang baru
KENAPA PERLU BUAT RAWATAN HIFU ?
So ni Qaseh nak share review Qaseh sendiri, kadang kita takut lepas buat facial muka kita akan breakout sebab sensittif, tapi alhamdulillah rawatan HIFU ni tak beri kesan buruk pada muka Qaseh, cuma beri kesan sementara selepas buat rawatan kulit merah-merah dan pedih sikit je, tapi lepas 2 3 hari kulit jadi normal balik dan makin lembut.
Rawatan ni serious tak menyakitkan, halal, selamat dari bahan kimia, tiada pembedahan yang dilakukan, tiada suntikan apa-apa di wajah, berjaya memberi kesan positif dan yang bestnya kita boleh nampak kesan secara serta merta. Syiokk woooo ..
HARGA RAWATAN HIFU DI CPS SKIN LOVE CANTIK PERSIS SELEBRITI DI BANGI
Untuk rawatan HIFU yang Qaseh buat ni harga dia RM388, kalau harga member murah je RM318. Untuk lain-lain harga atau pakej, boleh tengok di gambar bawah
Selain rawatan HIFU ada juga rawatan-rawatan lain tapi HIFU ni korang memang wajib cuba lah untuk nak kulit anjal dan tegang, siyes best. Buat sekali pun dah nampak kesan, kalau buat 3 kali rawatan dah boleh jadi artis gitu haha. Bilik pun korang boleh pilih, nak VIP ROOM pun ada, ni qaseh share bilik-bilik yang ada di CPS SKIN LOVE BANGI
Bilik VIP untuk seorang
Bilik VIP Double
Bilik Spa & Sauna
Lawa design lampu oleh owner CPS ni
Bilik biasa untuk seorang
Bilik biasa untuk dua orang
Amacam best kan tengok Qaseh buat rawatan HIFU di CPS Skin Love Bangi ni, jangan tak cuba rugi, lebih-lebih lagi nampak pipi dah makin kendur, makin nampak letih je tu, should try this treatment tau, lagi pun rawatan ni juga famous di Korea, meh lah kita jadi cantik persis selebriti juga ~
More Info :
Alamat : No.57-1, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor
Website : http://www.cpsskinlove.com/
Instagram : https://www.instagram.com/cpsskinlove/
No HQ : 03-55194159
No Shah Alam : 010-8061350
No Bangi : 011-51202090
Email : celebriticantik@gmail.com
Comments
Saya x berani nak buat facial sbb pernah sekali 1st time buat,kulit muka tegang, kemerahan.
2nd time buat, rasa lemas x bernafas masa kena wap kan muka tu.serik la.huhu
Pernah juga buat rawatan buang black n whitehead,
mmg rasa semacam n part hidung mmg agak sensitif
gatal2 gitew..
Yg nak try rawatan ni, bolehlah cuba..
Nak try gak la - almaklum bila dah makin berusia, macam-macam bantuan diperlukan untuk mengekalkan keremajaan kan