• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum, hye semua lama sungguh tak berfacial, seingat qaseh last bulan January hari tu hehe, tapi kali ni qaseh nak share Qaseh buat rawatan lain sikit dari kebiasaan. Qaseh pun terkejut tengok kesan lepas buat treatment ni ~ 

Rawatan Non Surgical Lift Face Treatment atau High Intensity Focus Ultrasound ( HIFU) di CPS Skin Love  Cantik Persis Selebriti di Bangi. Di Bangi ni sebenanrnya merupakan branch ke dua CPS, yang pertama di Shah Alam. Kat sini bukan hanya ada rawatan muka tau, tapi ada juga Spa, siap ada pakej bridal lagi dan juga untuk rawatan kecantikan mata, tapi hari ni Qaseh just nak kongsi pengalaman Qaseh buat rawatan HIFU di sini. 


APAKAH ITU RAWATAN HIFU ?

Ni pun kali pertama juga lah Qaseh buat rawatan HIFU ni, hihi takde suntik-suntik tau ~ sebab Qaseh kalau boleh memang elak facial jenis suntik-suntik ni haha penakut gitu. HIFU ni pula adalah singkatan dari High Intensity Focus Ultrasound yang mana sangat sesuai untuk kita yang semakin berumur tapi still nak nampak muda dari umur gitu.

Kebaikan HIFU ni adalah untuk menegangkan kulit wajah kita yang makin lama makin tak berapa anjal tu, mengurangkan garisan-garisan halus atau kedutan yang makin muncul di wajah, dan boleh meredakan eyebag di sekitar mata. Ramai kan bermasalah eyebag ni tapi tak jumpa lagi cara yang berkesan untuk meredakan, haaa boleh lah buat rawatan HIFU ni.

Makin lama kan usia kita makin meningkat, kadang selalu stress atau pun faktor keturunan buatkan kita tak perasan perubahan kulit wajah kita. Kadang umur muda tapi muka dah nampak kedewasaan gitu. 

Before korang buat rawatan, akan di bawa dalam bilik ni untuk consult masalah kulit then baru lah proses rawatan di lakukan. CPS ni cantik, luas dan selesa sangat, bilik pun banyak nanti Qaseh share ok. 

Pengalaman Buat Rawatan HIFU di CPS BANGI


Rawatan HIFU ni mengambil masa dalam satu jam setengah, kalau korang bawak pasangan,  jangan risau ada je ruang untuk menunggu. So, ni lah bilik single yang Qaseh buat rawatan di CPS Bangi ni. Rawatan HIFU ni tak banyak step pun sebab muka Qaseh pun takde masalah sangat. Jom baca lagi proses rawatan HIFU ni, sakit ke uols ? Haaa~ 

  • STEP 1 

Mula-mula macam biasa, wajib lah cuci dulu mekap yang ada di muka, gatai kan tau dah nak pergi buat Facial tetap juga nak bermekap haha, tapi tak mekap pun still kena cuci dulu baru lah rawatan HIFU mudah memberi kesan pada kulit



Ni muka Qaseh di cuci dengan pencuci muka, dan juga scrub lepas tu staff ada buat urutan di sekitar wajah.

  • STEP 2 - STIM / WAP MUKA 
Ni pula adalah proses wap muka, sebelum muka di wapkan, muka Qaseh di letak gel khas dan di letakkan beberapa mask untuk menutup mata dan juga sekitar wajah, sebab wap ni kan agak panas, so akan di biarkan selama 10 minit. Kat sini qaseh rasa ada tindak balas gatal-gatal sikit di bahagian muka, geram je tangan ni nak garu tapi sabo haha, itu tindak balas biasa je jangan risau ye. 


  • STEP 3 - BUANG BLACKHEAD / WHITEHEAD


Fungsi stim / wap muka tadi adalah untuk menyenangkan proses membuang blackhead dan whitehead di muka ni haa, best je rasa guna alat ni. Biasa buang sendiri, menyakitkan, ni guna alat ni sejuk je rasa, erus rasa kulit muka bersih je ~ 

  • STEP 4 - RAWATAN HIFU 
 Mesin khas yang di gunakan untuk rawatan HIFU

So inilah dia rawatan HIFU, ada mesin khas yang di gunakan untuk rawatan HIFU ni, sebelum tu muka Qaseh di letakkan dengan satu gel khas bagi mengurangkan kesakitan dan memudahkan proses. Perasaan buat rawatan HIFU ? Rasa dia mula-mula tu rasa sejuk je, lama-lama akan rasa pedih-pedih sikit sebab alat tu ada karen juga tapi takdelah sakit pun, biasa-biasa je haaa. 

Video rawatan HIFU


Proses rawatan HIFU ni best, terasa pipi diangkat dan di urut untuk menganjalkan lagi kulit, muka qaseh ni jenis takde pipi sangat, tak berapa nak bambam hihi so HIFU ni akan buatkan kulit muka kita tegang dan lebih anjal gitu 

  • LAST STEP
Lastly, selepas buat rawatan HIFU muka terasa agak panas tapi last step ni untuk meredakan kembali, muka Qaseh di letakkan mask yang sejuk amat, rasa nak tidur je dan di biarkan beberapa minit. Lepas tu muka di cuci ~ dah siap ! 

KESAN SELEPAS BUAT RAWATAN HIFU 



Yang bestnya, qaseh terkejut jugaklah sebab kesan dia boleh nampak terus, ni staff ambilkan gambar, no edit-edit tau. Kalau korang boleh lihat, sebelum buat rawatan HIFU, pipi qaseh dedua macam cengkung gitu, tapi selepas buat rawatan HIFU tu pipi Qaseh nampak naik sikit kan ? Syokkk oooo, kalau nak nampak lagi berkesan kena buat dalam 3 kali rawatan. 

KESAN SELEPAS HIFU
  • Kulit semakin menegang kerana kolagen mulai aktif dalam kulit
  • Masalah kedutan semakin hilang serta melambatkan proses penuaan
  • Pori muka semakin mengecil dan membuatkan kulit lebih glowing
  • Kulit wajah bertukar menjadi pinkish semulajadi
  • Kolagen baru mulai aktif untuk pembentukan sel kulit yang baru 

KENAPA PERLU BUAT RAWATAN HIFU ?

So ni Qaseh nak share review Qaseh sendiri, kadang kita takut lepas buat facial muka kita akan breakout sebab sensittif, tapi alhamdulillah rawatan HIFU ni tak beri kesan buruk pada muka Qaseh, cuma beri kesan sementara selepas buat rawatan kulit merah-merah dan pedih sikit je, tapi lepas 2 3 hari kulit jadi normal balik dan makin lembut.

Rawatan ni serious tak menyakitkan, halal, selamat dari bahan kimia, tiada pembedahan yang dilakukan, tiada suntikan apa-apa di wajah, berjaya memberi kesan positif dan yang bestnya kita boleh nampak kesan secara serta merta. Syiokk woooo .. 

HARGA RAWATAN HIFU  DI CPS SKIN LOVE CANTIK PERSIS SELEBRITI DI BANGI

Untuk rawatan HIFU yang Qaseh buat ni harga dia RM388, kalau harga member murah je RM318. Untuk lain-lain harga atau pakej, boleh tengok di gambar bawah 



Selain rawatan HIFU ada juga rawatan-rawatan lain tapi HIFU ni korang memang wajib cuba lah untuk nak kulit anjal dan tegang, siyes best. Buat sekali pun dah nampak kesan, kalau buat 3 kali rawatan dah boleh jadi artis gitu haha. Bilik pun korang boleh pilih, nak VIP ROOM pun ada, ni qaseh share bilik-bilik yang ada di CPS SKIN LOVE BANGI

 Bilik VIP untuk seorang 

Bilik VIP Double 

 Bilik Spa & Sauna 




Lawa design lampu oleh owner CPS ni


 Bilik biasa untuk seorang 

Bilik biasa untuk dua orang 

Amacam best kan tengok Qaseh buat rawatan HIFU di CPS Skin Love Bangi ni, jangan tak cuba rugi, lebih-lebih lagi nampak pipi dah makin kendur, makin nampak letih je tu, should try this treatment tau, lagi pun rawatan ni juga famous di Korea, meh lah kita jadi cantik persis selebriti juga ~ 


More Info :

Alamat : No.57-1, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor 
Website : http://www.cpsskinlove.com/
Instagram : https://www.instagram.com/cpsskinlove/
No HQ : 03-55194159
No Shah Alam : 010-8061350
No Bangi : 011-51202090
Email : celebriticantik@gmail.com


Assalamualaikum 

e-Genki Treatment di Healthland Setapak | Semalam qaseh berada di Healthland Setapak untuk memanjakan dan buat urutan badan , fuhhh sumpah syok gila bila dah lama tak rasa badan di urut ni , seingat qaseh , selepas bersalin je rajin buat urutan badan ni lepas tu hurmm kesian kat badan sendiri sebab makin hari makin terasa kelesuannya , sebab tu lah badan makin cepat penat.


Jadi , qaseh nak share pengalaman qaseh membuat rawatan e-Genki ni , oh ye untuk pengetahuan korang e-Genki ni strategik partner of Healthland so dia lain dengan brand Healthland yang lain cuma dalam bangunan yang sama. Pergi sana cakap je nak buat rawatan e-Genki okayh.



Mesti korang tertanya-tanya macamana pulak rawatan E-Genki dan apa kelebihannya untuk tubuh badan kita , qaseh pun first time cuba rawatan sebegini , memang lain dari yang lain , ia akan mengesan punca di mana korang sakit melalui alat dan urutan tradisional.

Apa itu Rawatan e-Genki ? 


Okay , untuk memberi penjelasan yang lebih detail buat korang , e-Genki ni adalah Biotelectric Theraphy + Tradisional Chinese Massage yang mana ia menggunakan satu alat elektrik yang berarus rendah untuk mengesan punca kesakitan yang kita alami dan merawatnya. Qaseh memang ada part-part di bahagian badan bila tekan dengan jari , rasa sakit , tak tahu lah kenapa , yang bestnya e-Genki ni dapat mengesan part yang qaseh sakit tu tanpa qaseh perlu bagitahu pun. Haa best kan ?

Qaseh nak share jugak lah step-step sewaktu buat rawatan e-Genki ni , tapi semasa rawatan takde lah gambar ai , aurat uols haha . Di sini ada ruang menunggu jugak , if bawa anak kecil memang tak boleh bawa masuk di ruangan rawatan sebab perlukan ketenangan dengan muzik yang tenang gitu hehe kalau bawak Rayyan huru hara jadinya.


 Sambil menunggu therapyst siapkan tempat moh lah bergambar dulu , tak perlu tunggu lama pun , sekejap je 

Kemudian qaseh di bawa ke bilik rawatan , macam biasalah bila bermassage ni kena pakai pakaian yang di beri dan perlu dalam posisi meniarap untuk rawatan e-Genki sambil di dendangkan dengan alunan melodi yang tenang , sumpah best sebab macam dah lama tak di manja-manja begini, therapyst pulak sangat profesional dan lembut je , rasa selesa sangat dengan servis oleh e-Genki ni







Antara alatan dan bahan yang di gunakan sewaktu rawatan e-Genki

Ini juga kali pertama qaseh merasa urutan tradisional China , urutan dia lembut je haaa  memula cuak jugak tapi lama-lama layan je ~ Apa rasa bila buat rawatan E-Genki ni ? Rasa macam kena renjatan elektrik + vibrate secara perlahan je , cuma akan rasa sedikit sakit bila terkena bahagian badan kita yang sememangnya bermasalah haaa dia boleh detect di situ , so therapyst akan merawat dan membuat urutan di bahagian yang dah di kesan tu berulang kali , lama kelamaan rasa sakit tu kian hilang ~


e-Genki ni bukan sekadar untuk relaxing tau tapi lebih kepada improve kesihatan badan kita , kadang kita pun tak tahu part mana yang bermasalah sebab tak nampak kan , so banyak kebaikan rawatan E-Genki ni untuk tubuh badan kita , fuhhh memang lega sangat semasa rawatan di jalankan , kalau korang selalu alami lesu-lesu badan , sakit sendi qaseh rekemen sangat untuk cuba rawatan e-Genki ni , lega weh lega


Rawatan e-Genki ni macam gambar di atas , alat tu akan di letakkan di badan sambil di urut oleh therapyst , melalu pergerakan tangan therapyst tu kita boleh rasa arus elektrik tu ikut sekali untuk rawat masalah tubuh badan kita dari leher sehingga kaki. 


Kebaikan Rawatan e-Genki Pada Kesihatan Tubuh Badan
  • Memulihkan peredaran darah dalam badan 
  • Memulihkan sel-sel badan dan juga saraf 
  • Meningkatkan sistem penghadaman 
  • Meningkatkan anti keradangan 
  • Menghilangkan keletihan badan 
  • Melegakan tekanan dan kesakitan 
  • Body detox 
Untuk rawatan E-Genki ni mengambil masa dalam 1 jam juga lah , then selepas selesai rawatan e-Genki , qaseh di beri rawatan Mud Spa pula. Apakah itu Mud Spa ? Kebaikannya adalah untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan , so therapyst akan letakkan Mud Balm di belakang badan kita , ia sejenis herba dan agak kuat juga bau herbanya 



Bila di letakkan Mud Balm ni memang terasa badan agak panas ibarat korang berendam dalam hot spring gitu  tapi sumpah best , rasa badan tu tiba-tiba segar je , Mud Spa ni mengambil masa 1 jam jugak , bila di sapu dengan Mud Balm , therapyst akan tinggalkan korang sendirian so nak tido pun boleh hehe tapi memang sangat best ! Lepas habis sesi Mud Spa ni pun badan still rasa segar dan panas. 

Therapyst tu ada pesan , selalu lah buat urutan badan ~ mungkin badan aku betul-betul lesu dan banyak sakitnya  hehe badan kuat bekerja macam ni lah, tapi pengalaman qaseh lepas buat rawatan e-Genki ni memang betul-betul badan rasa sangat segar , sihat dan panas maybe peredaran darah makin lancar , part-part yang bermasalah pun makin kurang sakitnya  , memang terbaik ! 

Cawangan e-Genki yang korang boleh buat rawatan :
  • Healthland Taman Desa
  • Healthland Sri Petaling
  • Healthland Setapak 
  • Healthland Desa Park City 
  • Healthland Taman Segar 
  • Healthland Aman Suria
  • Healthland Setia Alam 

FREE Voucher Diskaun Off RM100 !


Berita baik , jika korang berminat untuk mencuba rawatan e-Genki , qaseh ada 10 voucher diskaun RM100 untuk di beri haaa kalau korang berminat boleh email qaseh di dalia_adelia@yahoo.com atau dm di instagram qaseh @qasehdalia , serious lah bila cuba e-Genki treatment ni sedap je rasa badan , memang berbaloi-baloi , harganya pun sangat berbaloi haaa jika guna voucher kena bayar sikit je , jangan lepas peluang ini okayh



Facebook :
https://www.facebook.com/egenkimy/

Assalamualaikum 



Pakej-pakej Facial di Skin Valet Bangi | Sebelum ni aku dah share pengalaman berfacial di Skin Valet Bangi dan aku di suggestkan untuk buat rawatan facial Sakura Glow yang mana sangat sesuai pada kulit wajah yang kusam , kering , tona kulit tak sekata dan juga masalah pigmentasi . Boleh baca di https://www.qasehdalia.com/2019/01/pengalaman-facial-di-skin-valet-bangi-sakura-glow-facial-treatment.html


Mesra Pelanggan , Bersih dan Servis Terbaik

Di Skin Valet Bangi ni aku suka tempat dia yang selesa , bersih , dan ada ruang menunggu yang selesa untuk suami dan anak , kiranya Skin Valet ni mesra pelanggan . Staff pun peramah , soft spoken je bila bercakap dengan pelanggan so aku terasa lebih di hormati , baru lah feel pun tak sabar nak buat facial , dan bilik facial hanya untuk seorang pelanggan 

So entry kali ni , sebenarnya aku nak share tentang pakej-pakej yang ada di Skin Valet Bangi ni , mesti korang nak tahu kan

Haaa sekarang ada sale , ni yang aku buat hari tu , memang glowing kulit muka walaupun sekali buat , muka pun rasa segar je .. for now ada sale tau korang , boleh lah pergi facialkan muka masing-masing 

Pakej-Pakej / Facial Treatment Yang Ada di Skin Valet Bangi 

  • SV IPL Hair Removal 
  • SV Radiance Peel


  • SV Radio Frequency 
  • SV I Glow


  • SV Carbon Mask Laser
  • SV Aqua Peel
 

  • SV Diamond Silk Peel
  • Skin Analysis

Ni antara treatment yang ada di Skin Valet Bangi , tapi tak boleh nak pilih sembarangan , kena check dulu kondisi kulit kita macamana then beauty consultant akan suggest treatment mana yang sesuai untuk korang  , harga kat sini pun memang berpatutan , orang kata 'harga mampu milik' if nak buat treatment ikut harga pakej pun ada , korang boleh buat appointment di Skin Valet Bangi atau call je no yang aku bagi kat bawah okay . 

Oh ye , one more thing , nak bayar secara installment pun boleh .. Haa best kan ! Seriously tak rugi buat facial di Skin Valet Bangi ni . Terbaik 

For More Info :


Waktu beroperasi : 10.30am – 7pm
Facebook : Skin Valet Bangi
Instagram : @skinvalet_bangi
Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt
Waze : Skin Valet Bangi

Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates