Assalamualaikum
Nak cari tempat breakfast di Melaka ? Hari tu aku cuba lah jugak di kedai Roti Canai Kayu Arang Melaka. Sebab kata orang ramai kat sini ada roti canai yang sedap dan di bakar dengan menggunakan arang . Betul ke sedap roti canai kayu arang ni ? Haaa lain orang lain seleranya ~ Bagi aku ? Meh baca lagi ..
Banner zaman bila pun tak tau ni :p
Bila masuk je kedai ni , fuh memang agak ramai weh manusia yang datang sarapan di sini , hampir full jugak la , nasib baik ada jugak meja tu pun hujung-hujung nun. Kat sini yang femes dan viral adalah roti canai , so aku pun blank tak tahu nak cuba makanan apa , aku ikut je suggestion makcik yang ambil order
Jadi katanya kat sini yang viral adalah Roti Canai Dol (tak tau lah betul tak eja ni ) , so aku order Roti Canai Dol satu dan Roti Canai Telur satu , tambahan kuih muih untuk Rayyan . Bab menunggu , lama jugak sebab ramai orang , tapi kalau order benda lain maybe tak lama sangat lah.
Roti Canai Telur
Roti canai telur ni biasa je , cuma kat dalam roti ni ada dua biji telur separuh masak . Aku pulak ingat kan roti canai telur macam mamak tu kan , yang takde telur separuh masak burbbb memang nak muntah jugak lah sebab tak berapa minat telur separuh masak huwaaaa tapi kuah dia sedap !
Untuk korang yang suka telur separuh masak , boleh lah order . Roti canai dia lembut je dan ngam lah dengan kuah tu hehe
Roti Canai Dol
Jadi ini lah roti canai yang viral tu , nampak tak banjirrrr ~ kuah dia kuah kari , memang banyak jugak lah lepas tu ada telur separuh masak jugak seketui . Haishhh telur separuh masak lagi haha so aku cuba roti dengan kuah nya aje , telur suami lah makan :p.
Bab rasa pulak , sebenarnya takdelah wow sangat tapi bolehla sebab portion dia mengenyangkan , aku makan roti dengan kuah nya je boleh masuk dengan tekak , telur tak boleh nak masuk sangat hihihi
Jika korang suka makan roti canai yang kuah banjir macam ni boleh lah cuba , not bad lah rasa dia. Kalau nak datang breakfast kat sini , datang awal-awal , kalau datang lewat , samaada kedai tutup atau meja penuh .. Selamat mencuba !
Waktu Operasi: 7 pagi- 12 tengahari setiap hari
Lokasi: 459, Kampung Bakar Batu, Bachang
posted in
Assalamualaikum
Holla gais , ingat tak aku pernah share welcome gift dari Althea ? Boleh baca di link ni , kali ni aku nak share lagi tentang Althea Real Fresh Skin Detoxer yang mana merupakan kolaborasi Althea dengan Korea's Top Beauty Program iaitu Get It Beauty .
Sebenarnya nak jaga muka ni bukan susah sangat pun korang , kena rajin je then boleh pilih nak cara cepat atau pun lambat haaaa , aku suka guna Real Fresh Skin Detoxer ni sebab ia hanya mengambil masa 10 saat je korang , kulit pun rasa lebih lembut.
Tak percaya ? Hey Kpop Star JeongHwa dari EXID pun mengakui dan juga menggunakan Real Fresh Skin Detoxer ni , boleh tengok video ni , cantik gila kulit dia kan , im so jelly !
Sebenarnya nak jaga muka ni bukan susah sangat pun korang , kena rajin je then boleh pilih nak cara cepat atau pun lambat haaaa , aku suka guna Real Fresh Skin Detoxer ni sebab ia hanya mengambil masa 10 saat je korang , kulit pun rasa lebih lembut.
Tak percaya ? Hey Kpop Star JeongHwa dari EXID pun mengakui dan juga menggunakan Real Fresh Skin Detoxer ni , boleh tengok video ni , cantik gila kulit dia kan , im so jelly !
Real Fresh Skin Detoxer ni ada dua variasi tau , ROSE dan GREEN TEA. Dua-dua wangi dan punya tekstur yang tidak kasar iaitu rose dan green tea juga , so kulit kita takde la rasa pedih waktu sental-sental tu kan , heheh . Aku suka pakai mask sebab menyampah dengan blackhead , bila sental tu senang je blackhead keluar hihi
REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE
Untuk Rose korang boleh gunakan sebelah pagi
- Kelopak Bunga Ros - Tekstur kelopak ros membuatkan kulit rasa lembut dan punya aroma yang wangi dan menenangkan
- Ekstrak Rose - Melembabkan kulit dan menghilangkan kerengsaan dan melembutkan kulit yang kasar
- Glycerin - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi
Water, Cocamidopropyl Betaine, Disodium Cocoamphodiacetate, Potassium Cocoyl Glycinate, Acrylates Copolymer, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Glycerin, Pentylene Glycol, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Pteris Multifida Extract, Cynara Scolymus (Artichoke) Leaf Extract, Ulmus Davidiana Root Extract, Amaranthus Caudatus Seed Extract, Rosa Centifolia Flower Water, Hydrogenated Lecithin, Rosa Gallica Flower Powder, Methylpropanediol, Butylene Glycol, Polyquaternium-51, Beta-Glucan, Betaine, Fragrance, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, 1,2-Hexanediol
REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA
Green Tea boleh di gunakan sebelah malam , so sebelum tido tu memang sedaplah kulit di belai dan di manja-manja
- Daun Teh Hijau : Exfoliates kulit dan memberikan wangian yang menenangkan
- Ekstrak Teh Hijau : Mengandungi Vitamin C dan Asid Amino untuk membersihkan dan menguatkan kulit wajah
- Glycerin - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi
Water, Cocamidopropyl Betaine, Disodium Cocoamphodiacetate, Potassium Cocoyl Glycinate, Acrylates Copolymer, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Glycerin, Pentylene Glycol, Piper Methysticum Leaf/Root/Stem Extract, Melia Azadirachta Leaf Extract, Phellodendron Amurense Bark Extract, Melia Azadirachta Flower Extract, Coccinia Indica Fruit Extract, Solanum Melongena (Eggplant) Fruit Extract, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Pteris Multifida Extract, Cynara Scolymus (Artichoke) Leaf Extract, Aloe Barbadensis Flower Extract, Ocimum Sanctum Leaf Extract, Ulmus Davidiana Root Extract, Amaranthus Caudatus Seed Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Corallina Officinalis Extract, Hydrogenated Lecithin, Camellia Sinensis Leaf Powder, Methylpropanediol, Butylene Glycol, Polyquaternium-51, Beta-Glucan, Betaine, Fragrance, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, 1,2-Hexanediol
Sebelum basuh muka , sapukan mask ke seluruh muka , kemudian ambil sedikit air dan urut perlahan - lahan selama 10 saat , baru bilas dengan air bersih .
Tengok tekstur pun dah boleh agak ia mampu menghaluskan kulit wajah kan , so Real Fresh Skin Detoxer ni sesuai untuk semua jenis kulit . Jangan lupa dapatkan juga okay ! Harga pun berbaloi dan sekarang ada diskaun untuk korang miliki sendiri
Boleh dapatkan di :
posted in
Assalamualaikum
Holla beauty lover , hari ni baru berkesempatan untuk review Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder dari Althea Korea semestinya , dan sebelum ni aku dah memang guna Petal Velvet Powder tu dah , cuma busy benow nak mengarang , adohaaa dah alang-alang ni aku share sekali lah ye selepas dah cuba sendiri.
Entry kali ni aku nak highlight new baby dari Althea , yehuuu Althea dah keluarkan sunscreen sendiri gais , comel je packaging nya , just nice dan memang senang nak bawa ke mana-mana. Aku dah banyak kali jugak lah membebel betapa pentingnya sunscreen untuk kulit muka lebih-lebih lagi yang selalu berada di luar , asyik kena sun kiss je , heyy rosak la kulit muka , tu yang mudah kena sunburn , lama-lama nanti timbul lah cik jeragat tu haa
Apa Yang Bestnya Petal Velvet Sunaway
Packaging nya simple tapi comel dan kecil je kan, aku suka sebab ringan (55ml) dan tak perlu nak pindah-pindah dalam botol kecil kalau pergi travel atau pun balik kampung , terus angkut masuk beg je dan yang penting warna PINK :p
Bahan kandungan : WATER, CYCLOPENTASILOXANE, ZINC OXIDE, DISILOXANE, PROPANEDIOL, TITANIUM DIOXIDE, DICAPRYLYL ETHER, METHYL METHACRYLATE CROSSPOLYMER, PELARGONIUM GRAVEOLENS FLOWER OIL, SALVIA OFFICINALIS (SAGE) OIL, POGOSTEMON CABLIN OIL, CITRUS AURANTIUM BERGAMIA (BERGAMOT) FRUIT OIL, ROSA DAMASCENA FLOWER EXTRACT, PEG-10 DIMETHICONE, STEARIC ACID, ALUMINUM HYDROXIDE, VINYL DIMETHICONE/METHICONE SILSESQUIOXANE CROSSPOLYMER, SODIUM CHLORIDE, TRIETHOXYCAPRYLYLSILANE, 1,2-HEXANEDIOL, SORBITAN CAPRYLATE, GLYCERYL CAPRYLATE, POLYGLYCERYL-6 POLYRICINOLEATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, BUTYLENE GLYCOL, ETHYL HEXANEDIOL, CAPRYLYL GLYCOL
Tu semua adalah bahan kandungan yang ada dalam Petal Velvet Sunaway ni tapi antara bahan kandungan utama yang aku nak highlight kat sini adalah Geranium Oil , Hyaluronic Acid dan Damask Rose Extract , ketiga - tiga bahan kandungan ni memang beri khasiat pada kulit kita untuk memastikan kulit sentiasa segar dan terhidrat sepanjang hari
❀ Damask rose ekstrak - Menghidrasi dan menenangkan kerengsaan yang mendalam, menjadikan kulit berasa sihat❀ Asid hyaluronik - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi❀ Minyak geranium - Memberi kulit rangsangan berseri dan menyembuhkan jerawat
Perbezaan bila apply sunscreen ni , takde perbezaan pun pada kulit dari segi warna sebab ia nya no white cast , sunscreen ni memang aku suka yang takde white cast sebab ia bukannya foundation , nak kesan putih sila tepek foundation la kan , fungsi nya adalah lindung dari kena matahari right , perbezaan pada kulit pula lebih rasa lembut dan halus je
Betullah seperti kelopak bunga effectnya dan kekal lembap sepanjang hari
One more thing , sunscreen ni agak wangi baunya , tapi bila dah absorb dan kering bau tu makin beransur hilang sebab tak semua jugak sukakan bau wangi ni haaa termasuk aku , hidung aku terlalu sensitif . (Maafkan hidungku hihi) tapi aku suka tekstur nya yang cepat absorb , lightweight , cruelty free dan tak guna kan bahan chemical (natural ingredient)
Petal Velvet Powder
Seriously memang kegunaan harian , aku akan guna Petal Velvet Powder ni je , ni bukan compact powder tau tapi loose powder , untuk kombinasi yang bagus , haa lepas apply sunscreen Althea boleh lah apply powder ni pulak
Althea Seed Extract - kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar negeri dan memastikan ia tetap baik dan terhidrat.
Polyphenols - Memelihara kulit yang dilindungi dari sinaran UV
Saponarin - Pembaikan sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit yang menua
Polyphenols - Memelihara kulit yang dilindungi dari sinaran UV
Saponarin - Pembaikan sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit yang menua
Althea Velvet Powder ada 3 kod yang korang boleh pilih , untuk aku kod translucent dan pink lavender tu memang sesuai , warm beige pulak untuk kulit yang berkulit gelap . Antara ke tiga kod ni paling suka Pink Lavender hehek , rasa macam orang Korea je bila pakai hik hik hik gedik namati !
My review : Powder ni ringan je , even pakai sikit pun dah cukup untuk seluruh muka , ia memang menyerap minyak dan kekal lembut sepanjang hari , kalau rasa muka berminyak tu haaa touch up je dengan powder ni
So gais jangan lupa dapatkan sendiri Althea Velvet Sunaway & Powder di www.althea.kr , harga sangat mampu milik gais , klik je link kat bawah ni k
Althea Velvet Powder : https://ph.althea.kr/petal-velvet-powder
Althea Velvet Sunaway : https://ph.althea.kr/petal-velvet-sunaway
posted in
8 Nov 2018
Pak John Steamboat & BBQ Buffet IOI City Mall Putrajaya
IOI Resort City, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Assalamualaikum korang , jalan-jalan cari makan lagi !
Kali ni aku nak ajak korang makan steamboat di Pak John Steamboat & Bbq di IOI City Mall Putrajaya , dari Rawang ke sini sebab aku memang hantu steamboat ! Ada sesetengah orang malas sebab nak kena masak sendiri , tapi aku suka sebab boleh makan banyak-banyak gitu , dasar kurus kering tapi makan banyak :p
Dalam banyak-banyak steamboat yang aku pernah pergi , di Pak John ni ada menu unik yang aku tak pernah jumpa di tempat lain , kebiasaannya seafood sama je kan tapi kat sini ada seafood yang aku sendiri cuba buat pertama kali . Nak tau apa ? Bacalah ~ yang bestnya ada lebih dari 160 dish yang tersedia di sini
Bila makan steamboat ni , pertama kali kuah / sup kene sedap dan tak manis (citarasa aku tak suka manis) , kalau sup kureng umphh , terus selera dah mati . Haha cerewet nya iols kan , tapi yang bestnya kat sini ada 5 jenis sup yang korang boleh pilih
- Prawn Soup
- Tomyam Soup
- Chicken Soup
- Miso Soup
- Curry Soup
Walaupun banyak jenis sup yang ada , tapi aku tetap memilih tomyam , alway my fav soup bila makan steambot hehehe ~ ok lah nanti kita cuba sup lain pulak , aku suka hirup kuah tu dan suka buh cendawan banyak-banyak. Alaaa ~ tetiba lapar balik , sobsss :(
One more thing yang wajib ada adalah tempat grill / bbq ! Yang ni wajib kena ada sebab aku suka makan daging panas-panas lepas tu cicah thai sos pedas kat sini , cuma tempat bbq di Pak John agak kecil tapi its okay sebab tempat bbq ni staff dia akan selalu tukar bila nampak hitam-hitam hangit tu haaa
Tu yang best , sebab orang akan ingat kita baru makan padahal dah banyak round dah grill daging dan seafood semua , haha ala-ala suci gitooohhh . Sup tomyam kat sini memang sedap , tak mengecewakan tekak sebab ianya tak manis dan tak pedas sangat , anak-anak boleh makan juga
Tempat Yang Luas Dan Selesa
Bila tengok bahagian dalam dan luar Pak John Steamboat ni memang luas dan selesa , sebab ia mampu memuatkan 150 hingga 200 orang , fuh datang weekend memang ramai gila , full pack gais. So jangan lupa datang awal atau booking awal-awal okay !
Pelbagai Menu Buffet , Seafood dan Ala-Carte
Nah round pertama , hehe banyak kan seafood , sayur dan pelbagai menu ala carte , ada nasi goreng , spaghetti , bee hoon goreng dan lain-lain , kena datang sendiri nanti tau , menu untuk anak-anak kecil pun ada , buah-buahan , kek dan juga puding.
Muka tengah lapar be like ~
Haaa tadi aku cakap ada seafood premium kat sini dan pertama kali aku cubaaa ~ tadaaaaa semua yang tersenarai ni korang kena order di kaunter ni , order FREE je sebab semua dah termasuk dalam 1 harga , dont worry okay , so kat sini korang boleh order :
- Premium Beef Slice
- Premium Lamb Slice
- Abalone Slice
- Smoked Duck
- Dim Sum
- Waffle
Semua sedap , daging itik tu memang rasa manis dan paling unik adalah abalone , sebab sebelum ni tak pernah pun makan , unik gila rasa dia , tak tahu nak gambar kan macam mana tapi sedap dan kenyal-kenyal gitu . Jangan lupa tau order kat sini karang orang makan itik , korang tak merasa heheh !
Sos kat sini pun banyak , bukan takat ada sos cili je tapi ada sos thai fuh sedap dan pedas , cicah dengan daging bakar memang umphh gais !
Pelbagai minuman yang ada di sini dan boleh order juga , ada jus buah , ais krim , abc dan juga coffee panas
TQ so much Pak John Steambot & BBQ kerana menghidangkan pelbagai menu yang sedap dan puas hati dengan harga , memang berbaloi nak makan-makan dengan family kat sini , selain tu korang boleh juga book untuk sambut birthday or private party , sila call Pak John , dia sedia membantu heheh
.
More Info :
Lokasi :
GE-11 Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya
(bahagian luar tau , berdekatan dengan kolam)
Web : http://www.pakjohn.com
Facebook : https://m.facebook.com/pakjohnioicitymall/
posted in
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons