Review Petal Velvet Sunaway & Petal Velvet Powder | Althea Korea

22 ulasan:
Assalamualaikum 


Holla beauty lover , hari ni baru berkesempatan untuk review Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder dari Althea Korea semestinya , dan sebelum ni aku dah memang  guna Petal Velvet Powder tu dah , cuma busy benow nak mengarang , adohaaa dah alang-alang ni aku share sekali lah ye selepas dah cuba sendiri.

Entry kali ni aku nak highlight new baby dari Althea , yehuuu Althea dah keluarkan sunscreen sendiri gais , comel je packaging nya , just nice dan memang senang nak bawa ke mana-mana. Aku dah banyak kali jugak lah membebel betapa pentingnya sunscreen untuk kulit muka lebih-lebih lagi yang selalu berada di luar , asyik kena sun kiss je , heyy rosak la kulit muka , tu yang mudah kena sunburn , lama-lama nanti timbul lah cik jeragat tu haa

Apa Yang Bestnya Petal Velvet Sunaway 



Petal Velvet Sunaway ni mempunyai spf 50+ dan PA++++ , selain tu ia mempunyai zarah-zarah serbuk mikro yang memberikan kulit licin seperti kelopak , fuh kembang gitu gitu kan . Takdelah rasa sedih bila pegang kulit muka rasa menggerutu ke apa , so sila jaga kulit muka korang k


Packaging nya simple tapi comel dan kecil je kan, aku suka sebab ringan (55ml) dan tak perlu nak pindah-pindah dalam botol kecil kalau pergi travel atau pun balik kampung , terus angkut masuk beg je dan yang penting warna PINK :p

Bahan kandungan : WATER, CYCLOPENTASILOXANE, ZINC OXIDE, DISILOXANE, PROPANEDIOL, TITANIUM DIOXIDE, DICAPRYLYL ETHER, METHYL METHACRYLATE CROSSPOLYMER, PELARGONIUM GRAVEOLENS FLOWER OIL, SALVIA OFFICINALIS (SAGE) OIL, POGOSTEMON CABLIN OIL, CITRUS AURANTIUM BERGAMIA (BERGAMOT) FRUIT OIL, ROSA DAMASCENA FLOWER EXTRACT, PEG-10 DIMETHICONE, STEARIC ACID, ALUMINUM HYDROXIDE, VINYL DIMETHICONE/METHICONE SILSESQUIOXANE CROSSPOLYMER, SODIUM CHLORIDE, TRIETHOXYCAPRYLYLSILANE, 1,2-HEXANEDIOL, SORBITAN CAPRYLATE, GLYCERYL CAPRYLATE, POLYGLYCERYL-6 POLYRICINOLEATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, BUTYLENE GLYCOL, ETHYL HEXANEDIOL, CAPRYLYL GLYCOL

Tu semua adalah bahan kandungan yang ada dalam Petal Velvet Sunaway ni tapi antara bahan kandungan utama yang aku nak highlight kat sini adalah Geranium Oil , Hyaluronic Acid dan Damask Rose Extract , ketiga - tiga bahan kandungan ni memang beri khasiat pada kulit kita untuk memastikan kulit sentiasa segar dan terhidrat sepanjang hari 


Damask rose ekstrak - Menghidrasi dan menenangkan kerengsaan yang mendalam, menjadikan kulit berasa sihat❀ Asid hyaluronik - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi❀ Minyak geranium - Memberi kulit rangsangan berseri dan menyembuhkan jerawat


Perbezaan bila apply sunscreen ni , takde perbezaan pun pada kulit dari segi warna sebab ia nya no white cast , sunscreen ni memang aku suka yang takde white cast sebab ia bukannya foundation , nak kesan putih sila tepek foundation la kan , fungsi nya adalah lindung dari kena matahari right , perbezaan pada kulit pula lebih rasa lembut dan halus je 

Betullah seperti kelopak bunga effectnya dan kekal lembap sepanjang hari 

One more thing , sunscreen ni agak wangi baunya , tapi bila dah absorb dan kering bau tu makin beransur hilang sebab tak semua jugak sukakan bau wangi ni haaa termasuk aku , hidung aku terlalu sensitif . (Maafkan hidungku hihi) tapi aku suka tekstur nya yang cepat absorb , lightweight , cruelty free dan tak guna kan bahan chemical (natural ingredient) 

Petal Velvet Powder 


Seriously memang kegunaan harian , aku akan guna Petal Velvet Powder ni je , ni bukan compact powder tau tapi loose powder , untuk kombinasi yang bagus , haa lepas apply sunscreen Althea boleh lah apply powder ni pulak 

Althea Seed Extract - kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar negeri dan memastikan ia tetap baik dan terhidrat.

Polyphenols - Memelihara kulit yang dilindungi dari sinaran UV

Saponarin - Pembaikan sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit yang menua


Althea Velvet Powder ada 3 kod  yang korang boleh pilih , untuk aku kod translucent dan pink lavender tu memang sesuai , warm beige pulak untuk kulit yang berkulit gelap . Antara ke tiga kod ni paling suka Pink Lavender hehek , rasa macam orang Korea je bila pakai hik hik hik gedik namati !



My review : Powder ni ringan je , even pakai sikit pun dah cukup untuk seluruh muka , ia memang menyerap minyak dan kekal lembut sepanjang hari , kalau rasa muka berminyak tu haaa touch up je dengan powder ni


So gais jangan lupa dapatkan sendiri Althea Velvet Sunaway & Powder di www.althea.kr , harga sangat mampu milik gais , klik je link kat bawah ni k 

22 ulasan:

Cik Puan Ena berkata...

Firstly ena suka sbb non comedogenic. Tak menyumbatkan pori so jgn riso tak mudah naik jerawat.hehe. secondly suka sunscreen. Pilihan tepat guna sunscreen berbanding sunblock sbb sunscreen melindungi kulit sri sinar uv tpi dalam masa sama menyerap vitamin yg baik ntk kulit.

murni alysa berkata...

Product Althea memang best..macan2 ada..

Julia Mahir berkata...

Macam menarik je pandai pakai benda2 ni. Kita tak reti pakai mekap2 sgt. Dlu ada la jugak. Sejak beranak, x dan nak tgk brg dah. Siap gitu2 je huhu

Kylie Cre8tone berkata...

i'm using this.. it's a super great products.. loving it... sunscreen is a must!

Qeela Aini berkata...

waa mcm best jugak ye Sunaway Petal Velvet ni. Suka betul tgk packaging dia, dgn colour pink tu adoii comel betul hehe. mmg nampak menarik betul product ni, siap set mcm tu kan so nice. rasa mcm nk try jugaklah nnt hehe.

Cindyrina Rina berkata...

Suka betul dengan Althea Sunaway ni. It absorb well to my skin and i am loving so much for the sweet smells too. Love your review . So details.

Fadzi Razak berkata...

Suka tengok powder dia tu. Ada 3 kaler pulak. Harga murah gila. Yang penting nampak powder dia halus dan ringan. Sesuai nak pakai dekat cuaca macam malaysia ni

Maha Mahu berkata...

Cantik tengok packaging ini hehehe tapi kalau macam kita orang lelaki nak guna rasa malu nak bawa pinjam yang isteri jer wakakakkaka... Ok lah baru boleh putih.....

Bella Jamal berkata...

Bestnya Petal Velvet ni. Kalau muka memang tak ada cacat cela lps pakai sunscreen just tepek la lite2 bedak. Muka kita jenis kasar kena la pakai foundate. huhu. Btw, nice photo semua. Terus rasa nak coba!

Nina Mirza berkata...

Wahh... Althea dah ada new born. Sana sini dok tayang Althea. Aduyai kecamuk di buatnya. Rasa kena grab gak satu sebab dok baca produk Althea ni best! Nak plak memang tengah cari loose powder. Sian muka ni dok pakai bedak baby jer. Huhuuu

Zharif Azis berkata...

Bestnya jadi Althea angels. Dapat banyak produk2 best.sunscreen dia mmg best. Xde nampak bercapuk n suka dgn loose powder yg ada shimmer2 tu. Nantilah nak usha2 website Althea belikan utk ibu n kakak

idayu nim berkata...

Alahai luluh rasa tengok packaging tu. Cantik sangat. Semakin ramai yg memuji keberkesanan produk ni. Ok nak masuk list "minggu gaji" lalalala

Syafiera Yamin berkata...

I suka sunscreen dia spf 50 tu kalau jenama lain spf 50 mahal kot yang ni agak affordable.. lepas tu dia punya powder pun sangat halus dan wangi memang rekomended untuk yang suka pakai makeup do the baking..

AyuArjuna BiGoshh berkata...

Suka dengan produk althea ni. Macam2 ada dan nampak menarik sangat. Suka dengan uv dia.. nampak bagus. Packaging dia pun agak menarik

Nik Khazami Nik aziz berkata...

kalau muka berminyak sesuai la kalau pakai powder tu.. nanti muka segar sampai petang.. ringan pulak tu.. best althea ni

Minionlicious Enterprise berkata...

Alaa..hari-hari kte tengok orang review Althea ni. Terliur plak kte nak pakai hahahaha..anyway barang2 Althea ni nampak meyakinkan

JMR berkata...

Ok. baca review kat sini, macam best dan patut semua wanita gunakan..eh ke lelaki pon boleh guna gak ni..hehe

tenku butang berkata...

TB pun suka giler produk Petal Velvet ni.. samada sunscreen atau petal velvet powder ke.. dua2 besttt.. ringan dan lembut tekstur nya

Halimah Muhiden berkata...

Wah...tgk ramai yg review psl produk Althea,tak pernah dpt lg..tentu seronok dpt review kan

Siti Rohaida Yusof berkata...

seriously memang suka sangat produk ni..dah jadi benda wajib di pakai setiap hari.

Julia Johari berkata...

Hari2 kak juju pakai tau...suka sbb light weight...x nampak heavy sgt utk segala event.

Radhia Razali berkata...

comel betul packaging produk ni..

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com