• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Hye korang, jom kita sembang tentang kecantikan hari ni sebab masih ada lagi yang belum timbul kesedaran untuk jaga kulit muka,for now memang kesan dia kita tak nampak tapi bila umur makin meningkat macam-macam masalah kulit akan timbul, sebab apa? Haaa sebab kita tak jaga muka dari awal, tak buat rutin skincare dengan betul dari awal.

Sebenarnya nak jaga muka ni bukan benda payah pun , senang je ~ Kalau korang malas sangat nak buat 10 step macam orang Korea, korang boleh mula dengan basic rutin skincare je dulu iaitu cleanser - moisturizer - sunblock. Hari ni qaseh nak share simple tips yang buatkan kulit wajah kita makin cerah dan berseri.

1. Amalkan Meminum Lemon Suam 

Jika kulit korang nagmpak kusam, tak bermaya dan pucat je korang boleh amalkan minum lemon suam selepas bangun tidur, as we know lemon ni kaya dengan khasiat Vitamin C yang mana sangat bagus untuk kecantikan, ia boleh mencerahkan kulit wajah, memberi lebih kelembapan, kurangkan kesan hitam bekas jerawat dan juga mengawal minyak . 
-Caranya pun senang hanya perah lemon dan campurkan dengan air suam , if nak tambah madu pun boleh.

2. Cuci Muka 2 Kali Sehari 
Setiap hari wajib cuci muka 2 kali sehari ! Dalam rutin skincare membersihkan muka adalah step yang pertama so jangan skip step ni sebab bila korang tak cuci muka dengan pencuci muka yang betul, macamana next skincare korang akan meresap dengan elok ke dalam kulit? 

Untuk pencuci muka , qaseh menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature, sebelum ni qaseh guna CC Cream je dari Hansaegee tapi tertarik pulak dengan pencuci muka ni sebab banyak kelebihan untuk kulit muka, so qaseh nak share sikit pada korang kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni

 Aloe AC Clean Bubble Cleanser




Aloe AC Clean Bubble Cleanser sangat sesuai dengan semua jenis kulit , qaseh pula jenis kulit kering dan ia mempunyai 10 jenis bahan kandungan alam semulajadi yang mana bahan kandungan utama adalah Aloe Vera dan Tea Trea Oil yang sememangnya sangat bagus untuk kesihatan kulit wajah.

Bahan Kandungan Utama :

Aloe Vera sememangnya dari petua orang dulu-dulu lagi sangat bagus untuk kecantikan cumanya sekarang malas nak cari yang original kan hehe , dalam Aloe Vera ni mempunyai natural salicylic asid yang sangat popular untuk atasi masalah jerawat, sunburn ,  beri kelembapan pada kulit dan juga sebagai anti-radang pada kulit.


Tea Tree Oil pula bertindak sebagai anti fungus , melembutkan kulit wajah , merawat jerawat , mengurangkan infeksi dan melicinkan kulit muka. Jadi dua bahan yang terdapat dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni memang satu gabungan yang sangat baik.

Antara bahan kandungan lain :

Fungsi Aloe AC Clean Bubble Cleanser



💮 Membantu mengatasi masalah jerawat di wajah 
💮 Melawan masalah jerawat dengan membersihkan kulit secara mendalam hingga ke liang pori dan menenangkan kulit 
💮 Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
💮 Mengeluarkan sebum dan minyak yang berlebihan dalam kulit 
💮 Mengawal pengeluaran minyak 
💮 Melembabkan kulit wajah dan tidak mengeringkan kulit selepas di cuci 


Qaseh impress sangat dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab ia mampu menghilangkan mekap di wajah , kebiasaanya bila qaseh mekap ringan-ringan pun still kena buat double cleansing tapi bila Aloe AC Clean Bubble Cleanser agak kuat juga dia punya pembersihan pada kulit wajah , membuatkan kulit wajah lebih bersih, shiny dan lembap sepanjang hari.

Kebiasaannya bila menggunakan pencuci muka yang banyak buih , akan membuatkan kulit wajah lagi kering , kesat dan tegang tapi surprisely Aloe AC Clean Bubble Cleanser walaupun teksturnya adalah dalam bentuk foam (buih yang lembut) , ia tak menyebabkan kulit qaseh kering , malah terasa lembut , lembab dan sangat segar.


Thats why qaseh suka dengan produk Hansaegee Nature sebab ia memang mementingkan kualiti , tak memberi iritasi ataupun breakout pada kulit , hasilnya qaseh dapat pencucian muka yang mendalam so masalah kulit pun tak berani singgah di muka.

Tekstur

 Tekstur : Foam / buih yang lembut


Cara Penggunaan :

Walupun teksturnya foam / buih yang lembut tapi firstly kena basahkan dahulu kulit muka supaya ia akan lebih berbuih, kemudian pump Aloe AC Clean Bubble Cleanser beberapa kali dan sapu rata di muka sambil buat urutan muka dan bilas dengan air bersih , gunakan setiap hari pada waktu pagi dan juga malam.



Rasa kulit wajah lebih segar dan glowing 


3. Brightening & Moisturizer Sheet Mask 


Selepas dah cuci muka , ambil masa dalam 15 - 20 minit untuk manjakan kulit muka dengan memakai sheet mask , korang boleh cari mask yang ada bahan kandungan Aloe Vera atau pun Lemon untuk kelembapan dan kecerahan kulit. Lepas pakai mask ni jangan sesekali bilas tau , sebab sheet mask ni akan menarik air masuk ke dalam kulit dan pelembab pulak akan memerangkap air tersebut supaya tidak kering.

4. Memakai Pelembab Muka Setiap Hari 
Step yang korang tak boleh skip, hari-hari korang kena pakai okay! Macam yang qaseh kata , pelembab ni berfungsi untuk memerangkap / atau mengunci air dalam kulit , so masalah kulit kering dapat di atasi dengan mudah 

Aqua Whitening Cream - Water Drop



Untuk melembapkan muka qaseh gunakan pelembab dari Hansaegee Nature juga iaitu Aqua Whitening Cream - Waterdrop Moiturizer, ia lain dari yang selalu qaseh pakai sebab selepas di sapu kan pada wajah ia akan bertukar titisan air, haaaa ni lah kelainan Aqua Whitening Cream ni. Pelembab ni sangat-sangat best tau ~

Bahan kandungan utama : 




Camelia Japonica Seed Oil, Non-comdogenic, tidak menyumbat liang pori di wajah dan mengurangkan masalah jerawat, ia juga berfungsi untuk mengunci kelembapan kulit, mengurangkan kemerahan dan membaiki kulit yang di sebabkan oleh sunburn 

Niacinamide : Dikenali juga sebagai Vitamin B yang memberi kebaikan for aging skin, membaiki tona kulit yang tidak sekata, membantu masalah liang pori yang terbuka, masalah kedutan, kulit yang kusam dan mencerahkan kulit lebih berseri.

Ingredients : Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.

Kenapa qaseh kata Aqua Whitening Cream berbeza dari pelembab yang lain ? Sebabnya ia adalah Water Drop Moisturizer, yang mana bila qaseh apply di wajah ia mempunyai magical hydrating effect iaitu akan bertukar kepada water drop(titisan air). Water drop ni akan lebih melembapkan kulit wajah dan langsung tidak melekit

Aqua Whitening Cream dapat mencerahkan kulit muka dan dalam masa yang sama akan menghidrat kulit wajah qaseh. Bila apply Aqua Whitening Cream, muka terasa sangat segar sepanjang hari. Jika korang mengalami masalah sunburn, Aqua Whitening Cream sangat-sangat membantu melalui formulasi dari ektrak herba yang sangat membantu

Ianya sesuai dengan semua jenis kulit, if kulit korang sensitif Aqua Whitening Cream dapat menenangkan kulit sensitif dan turut membantu mengawal minyak yang berlelebihan. Sangat perfect dengan cuaca panas yang kita selalu alami.

Tekstur

 Tektur : Tak melekit dan bertukar jadi waterdrop

 Korang tak perlu apply banyak tau, sikit pun dah memadai dan melembabkan kulit

Beberapa saat ia akan bertukar jadi titisan air 

Cara penggunaan :

Selepas mencuci muka, calitkan Aqua Whitening Cream di dahi, pipi, dagu, hidung dan sapukan rata ke seluruh wajah sehingga titisan air mula muncul, next step hanya dab-dab je sehingga ia meresap ke dalam kulit, mudah sangat ! 


 Titisan air mula keluar selepas beberapa saat 

Lepastu hanya dab-dab sahaja hingga ia menyerap ke dalam kulit, wajah lebih terasa segar

Sebenarnya dah ramai yang memberi feedback positif selepas menggunakan Aqua Whitening Cream , qaseh pun berpendapat benda yang sama sebab ia sangat-sangat membantu dalam proses memulihkan kulit kering yang qaseh selalu hadapi, yang paling best rasa sangat segar dan lembut je kulit wajah.

5. Apply CC Cream 
Untuk tips for brighter skin, last step dalam rutin skincare, qaseh nak share favourite CC Cream yang qaseh selalu apply, sebenarnya ni adalah botol kedua dan dan bertukar packaging baru heheh, korang boleh baca di SINI dan SINI untuk review terdahulu dan yeahh qaseh lebih suka dengan new packaging ni sebab lebih ekslusif dan berkualiti.


Gold Nano CC Cream 


Packaging baru yang lebih ekslusif

Tapi qaseh nak share lagi apa yang bestnya tentang Gold Nano CC Cream ni untuk membantu mendapatkan skin yang lebih cerah berseri.

Bahan Kandungan Utama

  • Mineral Water - yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit 
  • Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract - berfungsi sebagai anti bakteria dan melegakan masalah kulit 
  • Colloidal Gold - Mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi 
Fungsi Gold Nano CC Cream

💮 Memperbetulkan dan seimbangkan tona kulit yang tidak sekata dan sesuai dengan semua jenis kulit
💮 Mempunyai SPF 50, PA++ yang akan melindungi kulit dari sinaran UV 
💮 Anti wrinkle dan mengekalkan kelembapan kulit wajah
💮 Mengecilkan liang pori yang terbuka
💮 Boleh di jadikan sebagai mekap base dan juga primer
💮 Mencerahkan kulit wajah 
- 
Tekstur

 Teksturnya adalah cream yang bertukar warna mengikut tona kulit wajah 

Perbezaan bila apply CC Cream di kulit, ia tak terlalu cerah bila di blend dengan sempurna

Cara Penggunaan :
Cara pun senang sangat nak guna, korang apply Gold Nano CC Cream ni, untuk natural korang apply satu pam dah cukup memadai, kemudian sapu rata hanya menggunakan jari sahaja, blend sehingga ia nya nampak sempurna, haaa mudah je kan.

 Untuk nampak natural, korang perlu apply sedikit je dah memadai hehe if nak nampak lebih cerah boleh apply banyak sikit

 Ia tak membuatkan kulit wajah jadi kelabu


6. Exfoliate 

Lastly, jangan lupa untuk exfoliate kulit wajah korang, exfoliate ni tak perlu buat hari-hari tau, cukup sekali seminggu dah memadai sebab kebiasaannya exfoliate ni akan scrub kulit wajah dan teksturnya agak kasar, ia berfungsi untuk membersihkan kulit dan sel-sel mati yang ada. 


Hati Berbicara:
Nah ! Senang kan untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah, sihat dan berseri. Jika korang masih tercari-cari skincare yang bagus, qaseh cadangkan korang cuba produk-produk dari jenama Hansaegee Nature, seriously produk Hansaegee ni sangat laku keras dan sesuai dengan semua jenis kulit. More info korang boleh tengok di website

www.hansaegee.com





Assalamualaikum 

Holla gais ~ korang lebih suka shopping secara online atau pun memang wajib kena pergi kat kedai , mall dan sebagainya ? Bagi aku , memang aku pilih shopping secara online sekarang sebab nya aku cepat letih nak berjalan haha , dah tua gini lah yooo . Bila shopping online sambil goyang kaki pun boleh dapatkan barang apa yang kita nak , lebih-lebih lagi produk dari Korea . 


Paling suka shopping online adalah kosmetik lah uols , nampak tak ~ perempuan biaserlerrr ! Para suami jangan terkejut jika posmen asyik datang je di rumah korang haha , so sebenarnya hari ni aku nak share tentang CC Cream Hansaegee Nature , korang dah sedia maklum aku dah pernah review di 2 entry sebelum ni
  • https://www.qasehdalia.com/2018/12/Hansaegee-Nature-S-Recover-Gold-Nano-CC-Cream-Review.html
  • https://www.qasehdalia.com/2018/12/Gold-Nano-CC-Cream-Hansaegee-Nature-Makin-Hari-Makin-Jatuh-Cinta.html


Kali ni aku nak share lagi secara ringkas tentang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni sebab ia memang best , produk ni antara produk yang popular di web Hansaegee Nature tau, boleh di katakan 'pisang panas laku teruk' selama bertahun-tahun , then pada tahun 2016 Hansaegee melancarkan produk Aqua Whitening Cream dan di ikuti oleh satu produk lagi Aloe Ac Bubble Cleanser pada pada tahun 2018 , memang berbaloi aku cuba sendiri  .. Oh ye aku baru perasan CC Cream ni dah tukar packaging baru , lagi cantik dan nampak eklusif gais . Hurm ni yang rasa nak beli lagi !  

Selain produk yang aku mention tu , banyak lagi produk yang ada di Hansaegee Nature seperti dalam penjagaan mata , mask muka dan lain-lain lagi.

Bagi korang yang baru pertama kali dengar tentang Hansaegee Nature ni , ia adalah jenama kecantikan penjagaan kulit yang di tubuhkan sejak tahun 2011 di Malaysia , dan semua produk Hansaegee Nature adalah 100% buatan asli dari Korea yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dan selamat.Hansaegee Nature bermula dengan menjual produk - produk secara online supaya seluruh Malaysia dapat mencapai dan memastikan semua produk adalah selamat dan mengekalkan kualiti yang baik. Produk Hansaegee Nature di import secara langsung dari Korea ke pejabat Hansaegee Nature yang berpusat di Malaysia dan semua produk original made in Korea adalah selamat dan di luluskan secara sah

Okay lets go ! Now aku nak ajar step by step cara nak order di laman web Hansaegee Nature , aku nak pilih CC Cream lagi ~ okay anak-anak sila bukak laptop masing2 ! :p . Aku suka laman web Hansaegee Nature ni sebab ia mesra pelanggan , bukak je web dia , segala benda ada , details , review dan testimoni . So korang tak perlu pun nak google review orang lain , sebab semua dah tersedia di situ.



  • Step 1 - Korang buka laman web www.hansaegee.com dan wajib create account , kalau korang tak daftar , nanti susah lah nak track order haaa tak pasal-pasal gelabah nanti 





  • Step 2 - Dah siap create acc , korang akan dapat 50 point , kemudian boleh lah pilih produk apa yang korang nak , macam aku , aku nak repeat order CC Cream so just click di product dan click CC Cream lepas tu add to cart je haaa , senang banget ! 


  • Step 3 , time to checkout ! Dah puas hati semua , tekan je checkout then click next lepas tu isi details alamat korang dan contact no .Untuk pengeposan korang boleh pilih 2 servis pos samaada nak menggunakan khidmat Pos Laju atau pun Gdex.


  • Step 4  , buat pembayaran . Untuk pembayaran , korang boleh pilih samaada nak bayar secara online banking (ipay88) ataupun bank transfer , details acc Hansaegee Nature dan tersedia di web.



Lastly , setel ! Tunggu je barang korang sampai di rumah okay , korang boleh jugak semak produk korang di bahagian order di 'my account'.

One more thing yang aku suka tentang website Hansaegee Nature ni , mana-mana produk yang ada dalam website , semua nya sangat details tentang description , tentang texture produk , cara menggunakan dan juga review dari pengguna , by that tak perlu nak google review dari pengguna lain , siap ada video tutorial juga .. 

Then aku tertarik betul dengan  dengan Aqua Whitening Cream --> https://hansaegee.com/shop/skin-care/aqua-whitening-cream.html ,  katanya moisturizer ni mengeluarkan titisan air , tengok texture pun menarik , baca review dari pengguna lain pun bersetuju Aqua Whitening Cream ni best ! 




FREE GIFT !




Sampai-sampai je produk , korang akan dapat hadiah comel ni ha , so setiap pembelian korang akan dapat set free gift , ni adalah new packaging untuk CC Cream , tekstur still sama cuma di upgrade kepada 50 ml  dan spf 50 PA+++ dan packaging yang lebih kemas .

Aku suka kemasan di laman web Hansaegee Nature ni sebab senang nak pilih dan nak tengok details tentang sesuatu produk , ada kategori untuk produk popular , kategori recommended produk dan juga produk yang baru di lancarkan 






Kelebihan Shopping di Laman Web Hansaegee Nature 

Banyak kelebihan yang korang peroleh , part paling aku suka adalah reward point , bila sign up je korang automatik akan dapat 50 point , dan setiap pembelian pun ada point-point yang akan di berikan . So point tu boleh di gunakan untuk beli produk di Hansaegee Nature. 

Kelebihan :
  • Penghantaran percuma di seluruh Maalaysia untu pembelian RM70 ke atas 
  • Pelanggan akan mendapat 1 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1.00 dan setiap 100 mata ganjaran boleh di tebus untuk belian RM1.00 belian seterusnya . Mata ganjaran tidak akan tamat tempoh
  • Penghantaran yang cepat , setiap pesanan yang di buat sebelum 10 pagi akan di hantar pada hari yang sama , jika selepas pukul 10 pagi akan di hntar pada keesokan hari (hari bekerja) .
  • 2 pilihan servis penghantaran : GDEX / POS LAJU
  • Pilihan pesanan: Boleh menempah secara langsung di laman web dan pembayaran dengan menggunakan Pemindahan Bank Online, Deposit ATM, Atau Kad Kredit (melalui ipay88)
  • Aa sesi LIVE CHAT di website untuk memudahkan pelanggan berkomunikasi dengan customer service sekiranya ada pertanyaan atau masalah berkaitan atau melalui whatsapp dan juga email
Di ingatkan pada korang , semua produk Hansaegee Nature hanya di jual melalui laman web www.hansaegee.com sahaja , tiada di jual di laman web shopping yang lain atau pun kedai-kedai offline. If ada , maknanya yang FAKE la tu .

So far , laman web Hansaegee Nature ni sangat-sangat memudahkan dan yang paling penting segala pembungkusan dan servis penghantaran sangat okay , laju dan terbaik ! If korang ada masalah apa-apa pun boleh terus direct di web , whatsapp dan juga email. 

More Info :

Hansaegee Nature 
Website : www.hansaegee.com/shop
IG : ww.instagram.com/hansaegeenature/
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia



Assalamualaikum 

Hye korang , ingat tak sebelum ni aku ada share tentang Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature , boleh baca di SINI . Kali ni nak share lagi sebab benda bagus kan kena share banyak-banyak kali sampai korang terpengaruh heh heh , tapi seriously la korang , CC Cream ni best giler , dah nak habis dah aku guna , jarang jugak lah aku pakai produk sampai habis ni haa.


Perempuan kan , dalam banyak - banyak produk mesti akan ada favourite produk yang dia sayang dan selalu guna , haaa sama lah macam aku , bila dah jatuh cinta dengan satu produk tu memang akan guna sampai habis , eh tak terpandang pulak yang dalam gerobok mekap tu kan , ops. 

So sebelum ni aku dah share secara detail tentang tekstur , tentang apa itu Hansaegee Nature , tentang kelebihan dan kebaikan CC Cream ni , dah story panjang gila  pasal semua tu kan ,boleh baca di entry lepas , jadi entry kali ni memang aku nak fokus dan share pengalaman aku selepas dah sebulan rasanya aku menggunakan CC Cream ni.




Tindak Balas Negatif ??

Dah lama aku guna CC Cream , hurm agak-agak aku ada mengalami breakout ke tak ? Ye lah kadang-kadang ada sesetengah produk , bila guna jangka masa lama baru ia bertindak balas sama ada secara negatif atau pun positif . Surprisely , alhamdulillah CC Cream ni takde beri aku tindak balas negatif , takde naik jerawat , takde rasa pedih atau kulit menipis ~ NO ! Memang takde ,  kulit rasa lebih smooth adalah hehe best korang.

Yang paling aku suka sebenarnya sebab memang senang dan memudahkan sangat bila apply di wajah   , hanya guna jari je pun dah cukup cun dah , dan mudah bagi aku maksudnya untuk daily rutin seorang mak-mak ni kan , nak berhias tapi nak cepat dan taknak terlalu over sangat , memang betul-betul membantu.




Before this , suami yang kena tunggu kita mekap berjam-jam , bila apply cc cream ni , eh eh kita pulak kena tunggu dia ~ betul lah orang kata penantian tu sangat memenatkan , ops !

Konfiden Dengan Natural Look Oleh CC Cream 

Dengan CC Cream ni , memang cukup untuk buat wajah aku jadi lebih berseri dan glowing , kadang-kadang aku guna  jugak di rumah walaupun tak keluar sebab suka kesan glowing dan kecerahan pada kulit , so suami tengok pun takdelah nampak kusam tak bermaya even buat kerja rumah yang tak pernah habis tu haa ~ tapi calit sikit-sikit je nanti habis pulak haha (sayang woooo)



Bila aku dah terbiasa dengan CC Cream ni korang  , aku jadi macam lebih selesa bila muka nampak lebih natural , lebih konfiden , padahal bukan guna banyak pun , calit-calit nipis je , memang nampak macam tak apply apa-apa pun tapi sebab kesan glowing dan tak kusam kan kulit , tu yang rasa BEST sangat tu , so daily mekap aku sekarang hanya guna CC Cream , blusher dan gincu je haa , foundation pun dah tak kenal dah haha

One more thing , kulit aku ni jenis kulit kering tau dan CC Cream ni tak mengeringkan lagi kulit tapi kekalkan kelembapan ,  sebab teksturnya bukan jenis matte yang cepat kering . Sebab tu makeup lebih tahan lama jika apply CC Cream ni sebagai makeup base , mekap jadi lebih pigmented gitu dan tahan lebih lama , walaupun berjemur ia tak buatkan kulit wajah sunburn sebab ada SPF 30 +++ . Jeragat pun tak perlu risau sebab ianya anti wrinkle.


Sentiasa Bersama Ke Mana Jua ~




Memang sekarang ni , mana - mana je aku keluar akan bawak CC Cream ni bersama , alah dah lah kecik je , so taklah memberatkan beg , lagi pula kadang bila keluar seharian , haruslah basuh muka , solat dan lain-lain kan so memang wajib bawak lah ke mana pun , memang memudahkan life aku dalam banyak hal , contohnya tak payah bawak brush atau pun span untuk apply ~ semua benda tu kadang aduh penatnya nak kena bawak semua benda kan ~ ~ masa pun tak terbuang begitu sahaja hehe ~

Dengan CC Cream ni tak perlu pun nak pening pilih kod warna sebab ia memang satu kod je , walaupun muka kita tak berapa cerah dan putih , still boleh apply this CC Cream sebab ia menyeimbangkan tona kulit , sebelum ni dah share teksturnya yang putih kan , bila apply memang ikut warna kulit kita cuma blend hingga rata , kat bawah ni aku share video daily makeup aku . Senang gila ~




View this post on Instagram


A post shared by Qaseh need active liker only (@qasehdalia) on Dec 19, 2018 at 9:26pm PST




So ugais , wajib dapatkan seketui CC Cream ni dalam barang mekap korang. Bila dah malas nak mekap memang CC Cream ni je jadi pilihan pertama , hehe tak percaya cuba lah sendiri . Mana nak dapatkan Gold Nano CC Cream ni ? Aku dapatkan di web official Hansaegee Nature , kat kedai memang tak de jual tau korang , so kalau ternampak ada di jual di kedai or pasar malam , FAKE la tu haaa ~ hati-hati , details aku dah share di bawah .


Hansaegee Nature 
Website : www.hansaegee.com/shop
IG : ww.instagram.com/hansaegeenature/
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates