• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Hye korang, jom kita sembang tentang kecantikan hari ni sebab masih ada lagi yang belum timbul kesedaran untuk jaga kulit muka,for now memang kesan dia kita tak nampak tapi bila umur makin meningkat macam-macam masalah kulit akan timbul, sebab apa? Haaa sebab kita tak jaga muka dari awal, tak buat rutin skincare dengan betul dari awal.

Sebenarnya nak jaga muka ni bukan benda payah pun , senang je ~ Kalau korang malas sangat nak buat 10 step macam orang Korea, korang boleh mula dengan basic rutin skincare je dulu iaitu cleanser - moisturizer - sunblock. Hari ni qaseh nak share simple tips yang buatkan kulit wajah kita makin cerah dan berseri.

1. Amalkan Meminum Lemon Suam 

Jika kulit korang nagmpak kusam, tak bermaya dan pucat je korang boleh amalkan minum lemon suam selepas bangun tidur, as we know lemon ni kaya dengan khasiat Vitamin C yang mana sangat bagus untuk kecantikan, ia boleh mencerahkan kulit wajah, memberi lebih kelembapan, kurangkan kesan hitam bekas jerawat dan juga mengawal minyak . 
-Caranya pun senang hanya perah lemon dan campurkan dengan air suam , if nak tambah madu pun boleh.

2. Cuci Muka 2 Kali Sehari 
Setiap hari wajib cuci muka 2 kali sehari ! Dalam rutin skincare membersihkan muka adalah step yang pertama so jangan skip step ni sebab bila korang tak cuci muka dengan pencuci muka yang betul, macamana next skincare korang akan meresap dengan elok ke dalam kulit? 

Untuk pencuci muka , qaseh menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature, sebelum ni qaseh guna CC Cream je dari Hansaegee tapi tertarik pulak dengan pencuci muka ni sebab banyak kelebihan untuk kulit muka, so qaseh nak share sikit pada korang kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni

 Aloe AC Clean Bubble Cleanser




Aloe AC Clean Bubble Cleanser sangat sesuai dengan semua jenis kulit , qaseh pula jenis kulit kering dan ia mempunyai 10 jenis bahan kandungan alam semulajadi yang mana bahan kandungan utama adalah Aloe Vera dan Tea Trea Oil yang sememangnya sangat bagus untuk kesihatan kulit wajah.

Bahan Kandungan Utama :

Aloe Vera sememangnya dari petua orang dulu-dulu lagi sangat bagus untuk kecantikan cumanya sekarang malas nak cari yang original kan hehe , dalam Aloe Vera ni mempunyai natural salicylic asid yang sangat popular untuk atasi masalah jerawat, sunburn ,  beri kelembapan pada kulit dan juga sebagai anti-radang pada kulit.


Tea Tree Oil pula bertindak sebagai anti fungus , melembutkan kulit wajah , merawat jerawat , mengurangkan infeksi dan melicinkan kulit muka. Jadi dua bahan yang terdapat dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni memang satu gabungan yang sangat baik.

Antara bahan kandungan lain :

Fungsi Aloe AC Clean Bubble Cleanser



💮 Membantu mengatasi masalah jerawat di wajah 
💮 Melawan masalah jerawat dengan membersihkan kulit secara mendalam hingga ke liang pori dan menenangkan kulit 
💮 Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
💮 Mengeluarkan sebum dan minyak yang berlebihan dalam kulit 
💮 Mengawal pengeluaran minyak 
💮 Melembabkan kulit wajah dan tidak mengeringkan kulit selepas di cuci 


Qaseh impress sangat dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab ia mampu menghilangkan mekap di wajah , kebiasaanya bila qaseh mekap ringan-ringan pun still kena buat double cleansing tapi bila Aloe AC Clean Bubble Cleanser agak kuat juga dia punya pembersihan pada kulit wajah , membuatkan kulit wajah lebih bersih, shiny dan lembap sepanjang hari.

Kebiasaannya bila menggunakan pencuci muka yang banyak buih , akan membuatkan kulit wajah lagi kering , kesat dan tegang tapi surprisely Aloe AC Clean Bubble Cleanser walaupun teksturnya adalah dalam bentuk foam (buih yang lembut) , ia tak menyebabkan kulit qaseh kering , malah terasa lembut , lembab dan sangat segar.


Thats why qaseh suka dengan produk Hansaegee Nature sebab ia memang mementingkan kualiti , tak memberi iritasi ataupun breakout pada kulit , hasilnya qaseh dapat pencucian muka yang mendalam so masalah kulit pun tak berani singgah di muka.

Tekstur

 Tekstur : Foam / buih yang lembut


Cara Penggunaan :

Walupun teksturnya foam / buih yang lembut tapi firstly kena basahkan dahulu kulit muka supaya ia akan lebih berbuih, kemudian pump Aloe AC Clean Bubble Cleanser beberapa kali dan sapu rata di muka sambil buat urutan muka dan bilas dengan air bersih , gunakan setiap hari pada waktu pagi dan juga malam.



Rasa kulit wajah lebih segar dan glowing 


3. Brightening & Moisturizer Sheet Mask 


Selepas dah cuci muka , ambil masa dalam 15 - 20 minit untuk manjakan kulit muka dengan memakai sheet mask , korang boleh cari mask yang ada bahan kandungan Aloe Vera atau pun Lemon untuk kelembapan dan kecerahan kulit. Lepas pakai mask ni jangan sesekali bilas tau , sebab sheet mask ni akan menarik air masuk ke dalam kulit dan pelembab pulak akan memerangkap air tersebut supaya tidak kering.

4. Memakai Pelembab Muka Setiap Hari 
Step yang korang tak boleh skip, hari-hari korang kena pakai okay! Macam yang qaseh kata , pelembab ni berfungsi untuk memerangkap / atau mengunci air dalam kulit , so masalah kulit kering dapat di atasi dengan mudah 

Aqua Whitening Cream - Water Drop



Untuk melembapkan muka qaseh gunakan pelembab dari Hansaegee Nature juga iaitu Aqua Whitening Cream - Waterdrop Moiturizer, ia lain dari yang selalu qaseh pakai sebab selepas di sapu kan pada wajah ia akan bertukar titisan air, haaaa ni lah kelainan Aqua Whitening Cream ni. Pelembab ni sangat-sangat best tau ~

Bahan kandungan utama : 




Camelia Japonica Seed Oil, Non-comdogenic, tidak menyumbat liang pori di wajah dan mengurangkan masalah jerawat, ia juga berfungsi untuk mengunci kelembapan kulit, mengurangkan kemerahan dan membaiki kulit yang di sebabkan oleh sunburn 

Niacinamide : Dikenali juga sebagai Vitamin B yang memberi kebaikan for aging skin, membaiki tona kulit yang tidak sekata, membantu masalah liang pori yang terbuka, masalah kedutan, kulit yang kusam dan mencerahkan kulit lebih berseri.

Ingredients : Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.

Kenapa qaseh kata Aqua Whitening Cream berbeza dari pelembab yang lain ? Sebabnya ia adalah Water Drop Moisturizer, yang mana bila qaseh apply di wajah ia mempunyai magical hydrating effect iaitu akan bertukar kepada water drop(titisan air). Water drop ni akan lebih melembapkan kulit wajah dan langsung tidak melekit

Aqua Whitening Cream dapat mencerahkan kulit muka dan dalam masa yang sama akan menghidrat kulit wajah qaseh. Bila apply Aqua Whitening Cream, muka terasa sangat segar sepanjang hari. Jika korang mengalami masalah sunburn, Aqua Whitening Cream sangat-sangat membantu melalui formulasi dari ektrak herba yang sangat membantu

Ianya sesuai dengan semua jenis kulit, if kulit korang sensitif Aqua Whitening Cream dapat menenangkan kulit sensitif dan turut membantu mengawal minyak yang berlelebihan. Sangat perfect dengan cuaca panas yang kita selalu alami.

Tekstur

 Tektur : Tak melekit dan bertukar jadi waterdrop

 Korang tak perlu apply banyak tau, sikit pun dah memadai dan melembabkan kulit

Beberapa saat ia akan bertukar jadi titisan air 

Cara penggunaan :

Selepas mencuci muka, calitkan Aqua Whitening Cream di dahi, pipi, dagu, hidung dan sapukan rata ke seluruh wajah sehingga titisan air mula muncul, next step hanya dab-dab je sehingga ia meresap ke dalam kulit, mudah sangat ! 


 Titisan air mula keluar selepas beberapa saat 

Lepastu hanya dab-dab sahaja hingga ia menyerap ke dalam kulit, wajah lebih terasa segar

Sebenarnya dah ramai yang memberi feedback positif selepas menggunakan Aqua Whitening Cream , qaseh pun berpendapat benda yang sama sebab ia sangat-sangat membantu dalam proses memulihkan kulit kering yang qaseh selalu hadapi, yang paling best rasa sangat segar dan lembut je kulit wajah.

5. Apply CC Cream 
Untuk tips for brighter skin, last step dalam rutin skincare, qaseh nak share favourite CC Cream yang qaseh selalu apply, sebenarnya ni adalah botol kedua dan dan bertukar packaging baru heheh, korang boleh baca di SINI dan SINI untuk review terdahulu dan yeahh qaseh lebih suka dengan new packaging ni sebab lebih ekslusif dan berkualiti.


Gold Nano CC Cream 


Packaging baru yang lebih ekslusif

Tapi qaseh nak share lagi apa yang bestnya tentang Gold Nano CC Cream ni untuk membantu mendapatkan skin yang lebih cerah berseri.

Bahan Kandungan Utama

  • Mineral Water - yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit 
  • Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract - berfungsi sebagai anti bakteria dan melegakan masalah kulit 
  • Colloidal Gold - Mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi 
Fungsi Gold Nano CC Cream

💮 Memperbetulkan dan seimbangkan tona kulit yang tidak sekata dan sesuai dengan semua jenis kulit
💮 Mempunyai SPF 50, PA++ yang akan melindungi kulit dari sinaran UV 
💮 Anti wrinkle dan mengekalkan kelembapan kulit wajah
💮 Mengecilkan liang pori yang terbuka
💮 Boleh di jadikan sebagai mekap base dan juga primer
💮 Mencerahkan kulit wajah 
- 
Tekstur

 Teksturnya adalah cream yang bertukar warna mengikut tona kulit wajah 

Perbezaan bila apply CC Cream di kulit, ia tak terlalu cerah bila di blend dengan sempurna

Cara Penggunaan :
Cara pun senang sangat nak guna, korang apply Gold Nano CC Cream ni, untuk natural korang apply satu pam dah cukup memadai, kemudian sapu rata hanya menggunakan jari sahaja, blend sehingga ia nya nampak sempurna, haaa mudah je kan.

 Untuk nampak natural, korang perlu apply sedikit je dah memadai hehe if nak nampak lebih cerah boleh apply banyak sikit

 Ia tak membuatkan kulit wajah jadi kelabu


6. Exfoliate 

Lastly, jangan lupa untuk exfoliate kulit wajah korang, exfoliate ni tak perlu buat hari-hari tau, cukup sekali seminggu dah memadai sebab kebiasaannya exfoliate ni akan scrub kulit wajah dan teksturnya agak kasar, ia berfungsi untuk membersihkan kulit dan sel-sel mati yang ada. 


Hati Berbicara:
Nah ! Senang kan untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah, sihat dan berseri. Jika korang masih tercari-cari skincare yang bagus, qaseh cadangkan korang cuba produk-produk dari jenama Hansaegee Nature, seriously produk Hansaegee ni sangat laku keras dan sesuai dengan semua jenis kulit. More info korang boleh tengok di website

www.hansaegee.com





Assalamualaikum 

Hai gais , hari ni aku nak kongsi  tentang pencuci muka aku yang baru iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan perkongsian aku kali ni sebenarnya  lebih ke arah macamana nak dapatkan kulit yang sihat dengan penggunaan pencuci muka yang bagus . Sebelum aku cuba Cetaphil cleanser ni korang heh heh heh , aku telah buat satu poll di ig story yang mana aku bertanyakan followers ''adakah Cetaphil ini pilihan yang bagus'' ?


Dan 90% yang vote yes pada Cetaphil , oh dari situ aku tahu Cetaphil memang dah di kenali ramai , thats why aku pun agak teruja dan tak sabar jugak lah nak cuba sendiri , then boleh lah share dengan korang semua. Aku ada juga google dan baca review tentang Cetaphil cleanser ni (habit sebelum cuba produk baru mesti akan gugel dulu :p) 

Kebanyakannya ramai yang bagi feedback positif dan ada yang cuba setelah muka mereka breakout teruk , jumpa pakar kulit dan pakar kulit sendiri mencadangkan Cetaphil and then lepas konsisten guna Cetaphil cleanser ni , muka yang breakout kembali normal dan pulih . 

Sebab tu , kalau nak kulit cantik kena mula bagaimana nak mendapatkan kulit yang sihat . Jangan terlalu obses dengan kulit yang putih tapi sebenarnya penuh dengan bahan kimia. 

Pengalaman Aku Menggunakan Cetaphil Cleanser 



Pertama sekali bila korang nak cuba pencuci muka , korang kena tahu jenis kulit korang tu dahulu dan cleanser yang di pilih tu sesuai tak ? Haa macam aku sendiri , kulit aku ada masalah kulit kering dan Cetaphil Gentle Cleanser ni pulak sesuai dengan semua jenis kulit . Jadi kalau kulit korang jenis normal , sensitif atau berminyak sekalipun memang sesuai je guna Cetaphil cleanser ni. Jangan pulak , bila kulit korang jenis kering tapi pergi bantai pakai cleanser untuk oily ! huh~

Bila aku cuba sesuatu produk yang baru , aku lebih suka hasil pertama selepas aku cuci muka , pertama kali aku cuba Cetaphil cleanser ni walaupun mula-mula agak pelik sebab ia memang tiada buih  langsung , hasilnya selepas bilas , kulit tak terasa tegang dan ketat  dan kulit terasa lebih lembut. Ada sesetengah pencuci muka buatkan kulit muka terasa ketat selepas di cuci dan menyebabkan kulit kering makin perit dan akhirnya terjadinya penggelupasan kulit


Bestnya Cetaphil cleanser ni , ia tak tarik kelembapan kulit kita dan kalau korang nak tahu 99% pengguna bersetuju bahawa Cetaphil cleanser adalah pencuci muka yang betul-betul membersihkan dan melembabkan kulit muka tanpa menghilangkan kelembapan semulajadi kulit , sebab itu ia juga sesuai untuk kulit bayi

Tekstur / Packaging Cetaphil Gentle Skin Cleanser 

Packaging nya bagus , sebab ia boleh di lock dan senang untuk di gunakan , biasa letak dalam bilik mesti si anak tu suka main dengan barang Uminya , huh !



Tadi aku cakap yang Cetaphil cleanser ni langsung tak berbuih kan , bila tengok tekstur nya pun, memang lain dari cleanser yang aku pernah cuba yang kebanyakannya agak cair dan perlu di bilas dengan air hingga berbuih , tapi Cetaphil cleanser ni teksturnya agak kental seperti losyen / pelembab dan langsung tiada bau (fragrance-free) .


Aku paling suka skincare yang fragrance - free , sebab fragrance tu boleh menyebabkan skin irritation terutamanya pada kulit yang sensitif , so kalau boleh , avoid lah cleanser yang ada fragrance ni , wangi-wangi sangat nak ke mana , cleanser je uols :p



Oh ye , jika sebelum ni , dah terbiasa dengan pencuci muka yang berbuih mungkin mula-mula rasa tak terbiasa~ heheh jangan pulak tuang banyak-banyak dan sental kuat-kuat pulak ye nanti 

Cara Penggunaan Cetaphil Gentle Cleanser Skin



Cara penggunaan pun sangat baru bagi aku sebab Cetaphil cleanser ni boleh di gunakan dalam dua keadaan .Di gunakan bersama air dan juga tanpa air . Bagus ni bila air takde kat rumah pun , muka tetap berseri gitu walaupun tak mandi haha  , so bagi yang malas nak cuci muka , malas nak basah-basah boleh lah cuci-cuci tanpa air , yang lebihan boleh di lap dengan cotton pad je . Mudah gila kan !




Biasanya aku akan guna 2 kali sehari , pada waktu pagi dan juga malam , kadang - kadang jadi second cleanser di waktu malam sebab bila rajin aku buat double cleansing (tu pun jika di siang hari aku pakai mekap tebal lah )


Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser 



Antara kelebihan yang ada pada Cetaphil cleanser : 
  • Dermatologist recommended
  • Formula yang bebas dari sabun , wangian dan linolin
  • Remove light makeup
  • Non - comedogenic ( tak menyebabkan liang pori tersumbat)
  • Berkesan untuk semua jenis kulit termasuk bayi dan kulit yang sensitif
  • Membersih dengan lembut sambil memberi kelembapan pada kulit 
  • Berkesan tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit 
  • Menyeimbangkan PH kulit 
  • Won't sting eyes
  • Boleh di gunakan dengan air dan tanpa air 
Jadi pada korang yang masih tercari-cari produk / pencuci muka yang sesuai dan bagus dari segi menyihatkan kulit , memang aku rekomen sangat untuk korang sendiri cuba , terutama yang kulit yang sensitif , yang selalu jadi tempat persinggahan jerawat (ciri-ciri kulit tak sihat ), dan masalah kulit yang lain . 

My Honest Review 

Overall , memang ada kesan perubahan pada kulit aku , tapi aku tak dapat nak kongsi secara ketara perubahan tu sebab Cetaphil cleanser ni bukan lah untuk memutihkan kulit wajah kan yang kita boleh tunjuk sebelum dan selepas  kan , tapi aku boleh rasa sendiri kulit aku makin lembab yang sebelum ni terasa agak kering sampai satu tahap di bahagian hidung asyik menggelupas.


Selepas di cuci , kulit terasa lebih lembut , bersih dan sihat sebab nampak makin glowing , nak muka glowing ni pastikan kulit dapat penghidratan yang cukup , dan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ada penyelesaiannya

Yang paling aku suka , Cetaphil cleanser ni tak kacau skin barrier aku . Tanda-tanda skin barrier dah terganggu bila kulit kering , tekstur kulit kasar , berminyak dan macam-macam lagi masalah kulit , tapi bila skin barrier kita dah makin okay , kita boleh rasa perbezaannya yang mana kulit rasa lebih sihat , lebih lembab , tak kusam , tak rasa tegang dan lebih glowing .

Sebenarnya untuk menyihatkan kembali skin barrier kita yang dah terganggu , ambil masa jugak untuk fix kan balik , so korang jangan putus asa dan cuba je okay , kalau korang tanya aku betul ke Cetaphil ni bagus , because tak semua produk sesuai dengan kulit kita , tapi kalau kita tak cuba , mana kita nak tahu ?

Cetaphil Gentle Skin Cleanser wajib cuba jika korang masih buntu dan tercari-cari cleanser mana yang dapat mengembalikan kesihatan kulit , tak ganggu skin barrier kulit dan yang sangat bagus untuk semua jenis kulit

More Info :

More Info :
Website : https://cetaphil.com.my
Facebook Page : https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/
Shopee : https://shopee.com.my/cetaphil.os
Lazada : https://www.lazada.com.my/shop/cetaphil/






Assalamualaikum 


Pore Puryfing Serum Cleanser Review | Bila mula berjinak dalam dunia mekap ni , walaupun hanya mekap biasa dan tak tebal , bila masuk bab pembersihan rasa macam tak best bila hanya menggunakan cleanser biasa . Sesetengah cleanser tidak mencuci sepenuhnya mekap di muka , sebab tu aku lebih suka menanggalkan mekap dengan menggunakan mekap remover terlebih dahulu 



Baru-baru ni , Althea telah mengeluarkan produk baru - Pore Puryfing Serum Cleanser , dan aku telah mencubanya sendiri . Seriously aku suka dengan hasil selepas mencuci mekap dengan menggunakan Pore Puryfing Cleanser ni sebab ia memang 100% mencuci mekap hanya dengan sekali pembersihan sahaja.Lagipula ia bukan hanya semata-mata membersihkan mekap tapi juga mempunyai kebaikan pada kulit . 

Kalau sebelum ni , method aku cuci muka adalah dengan membuat double cleansing menggunakan oil cleanser . Pore Puryfing Serum ni pun ala-ala oil cleaser jugak sebab teksturnya berminyak tapi bezanya  ia tidak terlalu berminyak untuk di bilas dengan air.

Apa yang bestnya , ia mampu membersihkan mekap dan juga bertindak sebagai pembersih muka , so 2 in 1 la , so sekarang aku guna Pore Puryfing Serum ni untuk buat double cleansing , baru lah terasa muka lebih bersih . Penting tau bersihkan muka , bila nak apply moisturizer / serum lagi mudah ia menyerap dalam kulit . If kulit kotor macamana kulit nak sihat ? Haaa gitu . 

Kelebihan Pore Puryfing  Serum Cleanser 



Okay apa pulak kelebihan nya pada kulit kita ? Selain dari membersihkan kulit dengan mendalam tanpa keringkan kulit , aku nak suggest kat korang ,  if korang ada masalah liang pori yang terbuka tu , aku suggest korang cuba cleanser ni , korang tau kan liang pori bila dah terbuka tak boleh nak tutup tapi hanya boleh di kecilkan , so cleanser ni boleh mengecilkan liang - liang pori korang yang dah terbuka 


Bila guna cleanser ni , ia rasa sejuk-sejuk je di muka sebab ia mempunyai ekstrak pudina yang buatkan kulit kita tetap cool , sejuk dan terhidrat sepanjang hari , dan ugais tahu tak ia juga menyeimbangkan PH kulit kita so potensi untuk breakout tu takde lah . Paling best , lepas guna cleanser ni sumpah rasa kulit lebih lembut dan licin je ! Oh ye , yang bestnya ia mempunyai formula serum dalam cleanser ni , so berbaloi sangat untuk di cuba , konfirm jatuh cinta.

Bahan Kandungan 
Full Ingredients : Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Bahan utama :
  • Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
  • Minyak benih Jojoba - Melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat
  • Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit
Cara Penggunaan :
  • Titikkan beberapa titis cleanser di tapak tangan
  • Kemudian sapukan rata dan urut lembut di wajah sehingga bersih
  • Bilas dengan air , if korang buat double cleansing , lepas tu boleh guna cleanser biasa yang korang guna , tapi cleanser ni pun dah cukup .
So aku nak tunjuk yang aku dah cuba sendiri dengan menanggalkan mekap , haaaa jom kita buat ujikaji sikit betul ke tak cleanser ni sangat mudah menanggalkan mekap dan juga kotoran

Sapukan mekap tebal-tebal

 Titiskan beberapa titis cleanser 

 Sapukan rata sambil-sambil urut perlahan , even aku tak 'gonyoh' dengan kuat pun still mudah untuk tanggalkan segala mekap yang ada ni haa 

Lastly , haa nampak ~ memang bersih gila dan 100% dapat tanggalkan segala mekap dan kotoran yang ada

My Honest Review :

Bila cuba di wajah pula , takde sebarang iritasi berlaku walaupun ada bahan kandungan citric asid dan juga fragrance , dan baunya sangat soft , bila di sapu pada wajah , bau tu tak mengganggu pun sebab tak kuat dan tak menusuk hidung .

Yang bestnya memang kulit wajah rasa lebih lembut dan licin , mula lah asyik nak sentuh-sentuh muka je lepas di bersihkan . Rasa macam takde kekurangan pulak nak cari , sebab ia nya memang produk yang bagus dan sesuai pada semua jenis kulit lebih-lebih lagi kulit yang sensitif pada minyak .



Harganya pun sangat lah murah dan berbaloi , hanya RM33 (150ml) , boleh guna untuk beberapa bulan . Korang boleh dapatkan di https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser , if nak baca review di social media , just klik je #AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea




Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates