Port Breakfast Famous di Melaka Roti Canai Kayu Arang

5 ulasan:
Assalamualaikum 

Nak cari tempat breakfast di Melaka ? Hari tu aku cuba lah jugak di kedai Roti Canai Kayu Arang Melaka. Sebab kata orang ramai kat sini ada roti canai yang sedap dan di bakar dengan menggunakan arang . Betul ke sedap roti canai kayu arang ni ? Haaa lain orang lain seleranya ~ Bagi aku ? Meh baca lagi ..

Banner zaman bila pun tak tau ni :p

Bila masuk je kedai ni , fuh memang agak ramai weh manusia yang datang sarapan di sini , hampir full jugak la , nasib baik ada jugak meja tu pun hujung-hujung nun. Kat sini yang femes dan viral adalah roti canai , so aku pun blank tak tahu nak cuba makanan apa , aku ikut je suggestion makcik yang ambil order 

Jadi katanya kat sini yang viral adalah Roti Canai Dol (tak tau lah betul tak eja ni ) , so aku order Roti Canai Dol satu dan Roti Canai Telur satu , tambahan kuih muih untuk Rayyan . Bab menunggu , lama jugak sebab ramai orang , tapi kalau order benda lain maybe tak lama sangat lah. 

Roti Canai Telur 


Roti canai telur ni biasa je , cuma kat dalam roti ni ada dua biji telur separuh masak . Aku pulak ingat kan roti canai telur macam mamak tu kan , yang takde telur separuh masak burbbb memang nak muntah jugak lah sebab tak berapa minat telur separuh masak huwaaaa tapi kuah dia sedap !

Untuk korang yang suka telur separuh masak , boleh lah order . Roti canai dia lembut je dan ngam lah dengan kuah tu hehe


Roti Canai Dol


Jadi ini lah roti canai yang viral tu , nampak tak banjirrrr ~ kuah dia kuah kari , memang banyak jugak lah lepas tu ada telur separuh masak jugak seketui . Haishhh telur separuh masak lagi haha so aku cuba roti dengan kuah nya aje , telur suami lah makan :p.

Bab rasa pulak , sebenarnya takdelah wow sangat tapi bolehla sebab portion dia mengenyangkan , aku makan roti dengan kuah nya je boleh masuk dengan tekak , telur tak boleh nak masuk sangat hihihi


Jika korang suka makan roti canai yang kuah banjir macam ni boleh lah cuba , not bad lah rasa dia. Kalau nak datang breakfast kat sini , datang awal-awal , kalau datang lewat , samaada kedai tutup atau meja penuh .. Selamat mencuba !


Waktu Operasi: 7 pagi- 12 tengahari setiap hari
Lokasi: 459, Kampung Bakar Batu, Bachang

5 ulasan:

Airah Syahirah berkata...

sedapnya tengok.haritu nak singgah tapi tak sempat.brunch je terus tak ada breakfast

Sunah Sakura berkata...

mak aiii..banjirrrrr

Nadia Johari berkata...

sedap oii roti canai tu..kuah dia..aumm..

Radhia Razali berkata...

suka makan roti canai kuah banjir macamni

Azhafizah MN berkata...

Aduhaii..dah lama teringin nak makan roti canai kayu arang ni. sedapnya tengok

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com