Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Havoc di Hulu Langat
Assalamualaikum ,

11,12 dan 13 September tarikh yang di nanti-nanti oleh family KelabBloggerBenAshaari sebenarnya kan , haha sebelum sampai tarikh ni ramai la yg tereksited sampai packing awal2 termasuk daku , excited terlebih tapi aku packing last minute sebab memang hobi tak tahu nak packing apa , so suami pun dah mintak cuti awal-awal .. akhirnya masa tu pun tiba ~ meh ikuti kebahagiaan kami selama 3 hari dua malam di sebuah resort di Hulu Langat yg ''hangat''.. menaip sambil peyot di tendang-tendang .. adui dui ~
Sebelum bercerita panjang , nak berterima kasih sangat-sangat kepada penaja-penaja yang terlibat terutamanya mestilah penaja rasmi KelabBloggerBenAshaari iaitu Cosmoderm yang bertungkus lumus menaja percutian havoc kami , dan juga penaja-penaja lain , ajk dan semua family .. ohsem sangat !
bertempat di sebuah resort yang bagi qaseh banyak perlu di ubah .. peace !
11.09.2015
Hari pertama , hari untuk check in .. aku gerak lepas jumaat almaklumlah jatuh pada hari jumaat .. dan semua hanya boleh check in pukul 2 ke atas .. sampai-sampai je di sana , haruslah daftar dengan Kaksue yang comel lotey selaku ajk untuk pembahagian bilik , barangan cosmoderm yang sememangnya di taja khas buat kami , dan juga baju kumpulan masing-masing , yeah aku dalam kumpulan biru yang hebat sangat haha .. hebat sangat tu kena rahsia , lepas daftar dan check ini ada sesi minum petang sat ~ dan bersambung pada malam hari .. Sebelah malam pula ada dinner pertandingan karaoke beb .. tak sangka dalam family KBBA ramai artis .. bakat terpendam semua ni haaa .. trmasuk laki den yg sememangnya gila karoke .. hadui
budak jepun ni pun ade , eeee gewamnyeee ''kata kak ida'' dlm bhasa jepun
kak mas muka terpegun amat dgr sape tah nyanyi haha , ada lyssa , iena , mera sewel dan juga mimin
dalam pukul 12 semua dah keletihan , masing pulang ke bilik ..sebab keesokan harinya banyak lagi aktiviti menarik yg kena join ,, aku sebagai pemegang status makyung hanya boleh lihat dr tepi jee grrr ~ krohhhh tidur bertemankan kipas siling muahaha !!!
12.09.2015
Kok krok kok kok ~ pagi yang gelap kini sudah terang .. malas gilos nak bangun kalau dah dapat tido , nasib baik tempat ni dalam hutan so bebas la sekejap dari jerebu yg teruk , terima kasih ramai2 dekat hutan belantara ok .. so dengan muka tak mandi nye haha keluar untuk breakfast jap , lepas breakfast ada aktiviti poco-poco dan juga flying fox ! wooooo best gilak sambil nangis dalam hati tak dpt main haha tapi tengok family2 semua pun dah cukup gumbira ..
Poco-poco
ean , putera abe que achmad
kembar abg zaini , kembar 3 okeyh , tapi sorg lagi tak seiring dan sejalan waktu ni
Flying Fox
panjang jugak jarak flying fox kat sini , patut ramai yg terkucil
sabar menunggu giliran ~
muka semua banyak hepy lah boleh berflying fox , mana taknya sampai ke tengahari masih belum setel lagi ~ haha dan kami pun berehat seketika untuk makan tengahari .. perut masing2 pun dah berkeroncong amat lebih2 lagi perut aku .. pdhl goyang kaki je hihi .. dan aktiviti seterusnya di bahagikan dalam kumpulan masing2 .. kumpulan biru , merah , purple dan juga hijau .. masing2 di berikan baju mengikut warna kumpulan ~ tq AJCETAK
Lunch Time ~
Sukan Rakyat
Then aktiviti kami sebelah petang adalah sukan rakyat , masing2 di bahagikan kepada 4 kumpulan ..walaupun kumpulan biru sentiasa menang , kami tak rasa riak dan bangga jauh sekali nak mendabik dada kahkah ! antara sukan yang di aturkan spt main terompah , boling kelapa , kepit belon di celah ketiak dan peha , gusti dalam air , tarik tali dalam air , haaaa gituh ~ meriah gila dengan sorakan dan gelak ketawa masing2 ! walaupun ade terseliuh bagai tetap puas hati kan ? kan ? kan ?
Btw yuk layan gambar je la dan biar gambar berbicara ~
foto by @kaiostudio boleh tengok di ig @kelabbloggerbenashaari
pancing ape tu bang ~
foto by @kaiostudio boleh tengok di ig @kelabbloggerbenashaari