• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum
 
 
Hai korang, selamat menyambut tahun baru. Sempena tahun baru 2021 ni qaseh selalu terharu dengan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan McDonald's Malaysia. Mana taknya sempena tahun baru 2021, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia)  telah menyumbangkan RM100,000 kepada 50 rumah anak yatim di seluruh negara.

 
Ianya adalah komitmen berterusan untuk menyokong kebajikan anak-anak yatim di negara ini. Majlis penyampaian cek sumbangan telah diadakan di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan majlis penyampaian itu telah disempurnakan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
 
Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia yang juga Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonald’s Malaysia berkata
 
‘’Kami percaya bahawa setiap anak berhak menikmati masa kanak-kanak yang bahagia dan mereka berhak untuk membesar dengan sihat’’
 
RMHC Malaysia komited untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak Malaysia dan kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada kehidupan anak-anak dengan memberikan setiap anak apa yang mereka benar-benar layak dan perlukan.
 
Sebenarnya sumbangan itu juga merupakan berkat sumbangan besar dari pelanggan-pelanggan McDonald's Malaysia yang membuat sumbangan melalui kotak syiling atau lebih dikenali sebagai ''Tabung Merah'' RMHC Malaysia dan Kios Pesanan Sendiri (SOK) di lebih daripada 300 restoran McDonald’s di seluruh negara serta dari rakan niaga, pekerja dan francais McDonald's.
 
Haaa kalau korang nampak kotak sumbangan di kaunter restoran McDonald's tu korang boleh menyumbang seikhlas hati korang, dari sumbangan korang tu lah sedikit sebanyak membantu insan-insan yang tak bernasib baik dan dapat saham akhirat kelak. InshaAllah.

Kata Datuk Seri Rina pula, ‘‘Saya gembira melihat organisasi seperti RMHC Malaysia tampil dan memberi kembali kepada masyarakat terutamanya pada masa-masa sukar ini. Bagi pihak kementerian, kami berterima kasih atas sokongan dari RMHC Malaysia dan kemurahan hati semua rakyat Malaysia kerana sikap ini benar-benar melambangkan semangat negara #kitajagakita’’. Bagi korang atau sesiapa sahaja, menderma dan sedekah itu tak pernah memberi kemiskinan kepada kita, malah bila kita memberi makin banyak rezeki yang kita terima.
 
Kalau korang ingin membantu anak-anak yang kurang bernasib baik di Malaysia, untuk menderma atau ingin menjadi sukarelawan, boleh sertai RMHC Malaysia untuk membantu.
 
Caranya korang boleh hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-78433388 atau boleh layari laman web rasmi https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation . Tq so much RMHC Malaysia kerana memberi sinar kepada anak-anak ini. 
 Assalamualaikum
 
Beli Perabot Online di Maline Furniture | Hari ni qaseh nak share kepada korang semua, cara mudah untuk membeli perabot yang berkualiti secara online sahaja dengan harga yang berpatutan.
 
Sebenarnya qaseh dah lama survey furniture / perabot untuk rumah, hari tu qaseh survey bed frame siap buat poll dekat ig story tapi last-last pilih almari lah dulu untuk bilik Rayyan, baju dia bercampur dengan Umi haaa, ada almari sendiri senang sikit untuk Rayyan pilih sendiri baju yang dia nak kan.
 
Oh ya qaseh beli online je, tak larat nak keluar pergi mall lagi pun sekarang kan PKP dan kena jaga S.O.P so baik beli online je haaa lagi mudah dan pantas. Risiko bila beli online ni satu je, risau kualiti dia tak setanding dengan harga, yelah tak boleh nak sentuh, tak boleh nak tengok depan-depan kan.
 
Tapi jangan risau okay sebab online furniture mall yang qaseh beli ni memang berkualiti dan terbaik, banyak juga perabot-perabot yang design moden dan kena dengan gaya masa kini, qaseh pun dah survey sebaik mungkin iaitu di Maline Furniture, korang boleh layari web https://maline.com.my.
 
Maline Furniture ni yang bestnya FREE DELIVERY area Klang Valley, nasib baik qaseh masih dalam area Klang Valley so free of charge. Maline Furniture ni juga merupakan pengilang perabot di Malaysia dan dia memang hantar depan rumah kita, kita tak perlu susah-susah nak angkut sendiri.
 
Sebelum qaseh share almari yang qaseh pilih, jom kita cuci mata dulu apa yang ada di Maline Furniture ni, kalau korang baru pindah rumah atau masih pening lagi tak tahu nak beli perabot kat mana haaa boleh survey di Maline Furniture ni okay, macam-macam ada




Sekarang ni Maline tengah buat promosi tau, memang waktu terbaik untuk beli perabot heheh, biasalah uols waktu promosi ni lah dapat jimat banyak, almari yang qaseh beli ni pun tengah ada promosi sebab tu qaseh decide untuk beli dari harga RM900 lebih tak silap, jimat banyak
 
 

 
Ni pilihan qaseh, Wardrobe White Wash. Qaseh pilih jenis sliding door, senang Rayyan nak buka dan tutup. Cantik sangat bila tengok depan-depan, bau kayu sikit tapi okay je, dan kualiti sangat okay dan kukuh.
 
Qaseh agak risau sebenarnya sebab nak masukkan almari ni dalam rumah memang ngam-ngam lah dengan pintu masuk, nasib baik muat kalau tak menangis daku haha thank you delivery man yang bertungkus lumus dan usaha sampai berjaya
 

So almari ni diorang hantar dalam dua packing, satu dengan rangka almari ni seketul dan pintu sliding almari ni, so diorang tolong pasangkan sekali hehe senang kerja qaseh

 



 
Tadaaa akhirnya selamat sampai di rumah, almari ni memang berat dan kukuh, dan agak luas dan besar. Qaseh tak sempat lagi nak mengemas tapi puas hati dengan kualiti furniture dari Maline Furniture ni.
 
So korang jangan lupa survey dan shopping di Maline Furniture okay, mesti rambang mata nak pilih.
 
MORE INFO :
 
Website : https://maline.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MalineOfficialMY
 
 
 
 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates