Assalamualaikum
Masih teringat waktu sekolah dulu , bila ada peperiksaan berdebar tunggu buku rekod dari guru kelas .. yang paling tak best bila dapat keputusan peperiksaan yang tak berapa gemilang dan mula lah takut nak bagitahu ibu bapa kan ~ yang lucu nya ada kawan-kawan tiru tandatangan ibu bapa sebab takut .. haha nakal kan .. tapi tu zaman aku dulu , sekarang sistem pendidikan makin maju dan canggih !
Kalau korang nak tahu apa-apa tentang sistem pendidikan masa kini boleh rujuk web http://sistemkpm.com , berbalik pada cerita di atas sekarang murid-murid dah tak boleh sorok apa pun keputusan dari ibu bapa sebab adanya SAPS Ibu Bapa ..
Apakah itu SAPS Ibu Bapa ?
Walaupun anak aku masih lagi tak bersekolah tapi kena jugak tahu untuk persediaan nanti , SAPS atau nama kata lain Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah satu sistem online yang di wujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan , menganalisis, dan mengumpul data keputusan murid di sekolah .
Dengan bahasa mudahnya , ibu bapa sekarang walaupun dah takde buku rekod atau pun anak-anak sorok keputusan peperiksaan mereka , ibu bapa boleh check semua keputusan tu secara online je di SAPS , so everything tentang akademik anak-anak boleh di pantau dari jarak jauh gitu .. sistem SAPS ni boleh di akses oleh semua pihak termasuk KPM , JPN , PPD dan sekolah.
Haaa pelajar-pelajar dah tak boleh nak sorok apa-apa lagi tau dengan ibu bapa heheh , bagusnya sistem SAPS ni kan .. ibu bapa pun boleh buat persediaan awal untuk mengatasi prestasi anak-anak di sekolah.
Haaa pelajar-pelajar dah tak boleh nak sorok apa-apa lagi tau dengan ibu bapa heheh , bagusnya sistem SAPS ni kan .. ibu bapa pun boleh buat persediaan awal untuk mengatasi prestasi anak-anak di sekolah.
Bagaimana Cara Menggunakan SAPS ?
Alright , semua ibu bapa wajib tahu bagaimana cara nak guna SAPS ni , caranya sangat mudah hanya ikut step-step yang aku berikan di bawah ni okay ..
2. Bila klik laman web SAPS tu akan keluar paparan seperti di atas , dan klik di semakan ibu bapa atau ---> DI SINI .. tak perlu login sebab itu untuk guru .. kemudian akan keluar paparan seperti di bawah
3. Seterusnya ibu bapa boleh masukkan detail yang di minta ---> Ic Pelajar ---> Negeri ---> Nama Sekolah
4. Tekan di pautan ''semak''
5. Seterusnya akan keluar paparan Slip Keputusan Pelajar
Kelebihan sistem SAPS
Dengan adanya sistem SAPS ni memang sangat membantu ibu bapa dan juga dalam memantau prestasi akademik pelajar tanpa mengira kawasan sekolah , secara tak langsung dapat menganalisa kelemahan pelajar kerana SAPS dapat mengeluarkan data yang telah di analisis , dan guru kelas juga tidak perlu menganalisis semua data secara manual
Sistem SAPS ni boleh menyemak keputusan pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga darjah enam dan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 . Semua keputusan boleh di semak melalui SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM ..
Jika ibu bapa tidak dapat menyemak keputusan anak - anak sila refer cikgu kelas kemungkinan tersalah mengisi NO i/c dan sebagainya :) nah ! bagus kan sistem SAPS ni . Untuk guru - guru pula boleh ikuti step-step DI SINI
For more info tentang SAPS / Sistem pendidikan masa kini boleh layari web di bawah
Boleh download applikasi SAPS di SINI
posted in
Holla , hello , hai ! eh Assalamualaikum ? No monday blues tau sebab isnin tu pemula rezeki bagi yang bekerja haaa .. perempuan sekarang kalau mekap nak putih-putih aje , sampai dah tertukar dengan tepung gomak , ops ! padahal mekap tu tak tahan lama , nanti cuci-cuci muka hilang putih tu cik kak oiii , kalau nak sangat putih , orang kata biar cerah natural baru lah cantik maniss jee *siapa bilang gadis melayu tak menawan*
So hari ni aku nak kongsikan pada korang semua tentang produk Mello White yang masih lagi baru tapi meletop-letop dia punya feedback ! testimoni toksah kata la takdak lagi yang negatif .. jadi aku pun turut sama try Mello White ni .. sebab katanya ~
dalam 7 HARI ❤
kulit lebih anjal , cerah dan ayu berseri
Dalam masa seminggu boleh dapat kulit macam tu , siapa je tak nak .. aku ? mesti lah nak jugak hehe jadi apa yang best sangat Mello White ni selain anjal , ayu berseri semua tu .. alright , Mello White ni selain dari memutih / mencerah , ia juga memberi kesan yang baik untuk luaran dan juga dalaman dengan 4 tagline nya adalah memutih , melembab , memelihara dan juga memperkaya
Yang bagusnya bila aku baca bahan-bahan kandungan yang ada dalam Mello White ni semua memberi manfaat yang sangat bagus untuk tubuh badan .. kalau korang nak try apa-apa produk wajib tahu bahan kandungan mana lah tahu ada charkeateaw dalam tu haha ok joke je :p
1 paket Mello White mengandungi 10 Sachet |
Sebelum aku bagitahu apa bahan kandungan dalam Mello White ni moh la aku share tentang khasiat nya , tau ramai tak menyabor nak tahu khasiat nya kan .. ha meh meh baca dengan fokus kot-kot apa yang korang nak selama ni ada dalam Mello White .
Khasiat Mello White
➸Mencerahkan kulit
➸ Menghalus dan menggebukan kulit
➸ Memberikan tona kulit yang sekata dan seimbang
➸ Mengurangkan cela
➸ Mengecilkan pori-pori kulit
➸ Mengembalikan keanjalan kulit
➸Memudarkan bintik-bintik hitam
➸ Mengurangkan kedutan dan garisan halus
➸ Memberi nutrisi dan memulihkan struktur kulit
Bahan Kandungan Mello White
Ektrak Rose Petal -
➸Sumber yang kaya dengan polifenal , ia dapat mengurangkan aktivitityrosinase sehingga 44% , merencatkan pengeluaran melanin dan mengurangkan masalah pigmentasi pada wajah . Selain tu memperolehi kulit yang halus ,cerah , gebu dan tanpa cela
Vitamin C -
➸Mencerahkan kulit secara semulajadi dengan merencat enzim tyrosinase yang di perlukan di dalam proses melanin.Meningkatkan paras glutathione dan vitamin E dalam badan.Membantu mencegah selsema Meningkatkan sistem imun tubuh, Membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi , Menjaga kesihatan mata dan menguatkan gusi. Mempercepatkan penyembuhan luka
Ekstrak Zaitun
➸Bertindak dengan menhalang aktiviti tyrasinase yang merupakan penyebab kepada tompok-tompok gelap yang tidak di ingini . Sebagai antioksidan yang kuat , menyekat radiasi uv dan mengurangkan kesan radikal bebas bagi mengelakkan pengeluaran berlebihan melanin pada kulit. Merendahkan risiko penyakit jantung . Mencegah pengoksidaan Kolesterol LDL . Mengurangkan keradangan. Mengurangkan kesan atau kekerapan tindak balas alahan
ekstrak zaitun mempunyai efek antioksidan 4.5 kali lebih kuat dari vit C , 4 kali lebih kuat dari anggur , 2.5 kali lebih kuat dari teh hijau
Buah Delima
➸Kaya dengan Vit A, C dan E , Kaya dengan antioksidan dan zat besi . Memperlambatkan proses penuaan . Membantu peredaran darah . Mengurangkan inflamasi . Membantu mengurangkan gejala anemia. Meningkatkan sistem imuniti. Memberi kelembapan semulajadi pada wajah , memperbaiki sel kulit , memberi tona kulit yang sekata dan meningkatkan keanjalan kulit. Hasil , kulit lebih mulus , segar dan berseri-seri
Ceri Acerola
➸Sumber yang terkaya dengan Vit C .Mampu meransng pembentukan kolagen dalam badan .Melindungi kulit dari ancaman radikal bebas lalu memperlambatkan penuaan . Mengandungi pelbagai jenis nutrien yang membantu menghidrat dan mengekalkan kelembapan kulit
Ubi Bit Merah
➸Sumber fitnutrien unik yang di namakan betalain menunjukkan sifat antioksidan , anti radang dan anti kanser . Sebagai detoksifikasi yang membersihkan toksin dari tubuh . Membaharui sel kulit rosak . Meningkatkan penghasilan sel darah merah
Barli Hijau Organik
➸ Membekalkan kandungan nutrient yang semulajadi dan mudah di serap termasuk vitamin , mineral , enzim . klorofil , asid amino dan antikoksidan , ia mempercepatkan pemulihan dan mengaktifkan semula keremajaan kulit dengan nyata serta mengembalikan keayuan wajah
L - Cysteine
➸Meningkatkan penghasilah glutathione dalam hati , Menggalakkan pembentuka pigmen cerah , membantu detoksifikasi , melindungi badan dari kerosakan yang di sebabkan oleh radiasi .. Ia memberi kelebihan dalam melambatkan proses penuaan daripada bintik hitam , kedutan dan garis halus
Alpha Lipoic Asid
➸Dikenali sebagai antioksidan universal kerana ia adalah penangkap radikal bebas yang kuat di persekitaran yang larut air dan juga larut lemak , mengitar semula Vit C , mengetatkan liang pori , memudarkan kedutan dan garus pada kulit dan membuat kulit lebih sihat dan cantik
Fuh lengkap dan padat tau info yang aku bagi kat korang ni , sebenarnya banyak lagi manfaat bahan -bahan kandungan tapi korang boleh gugel untuk lebih detail haaaa orite ? semua manfaat tu sangat bagus untuk tubuh badan kita ..
Tekstur dan Rasa
Tekstur Mello White adalah jenis serbuk , dan rasa ia pulak masam-masam manis .. bila di campur dengan air warna seperti merah-merah delima :) sedap ooo , aku letak dalam freezer hehe minum sejuk-sejuk lagi syokk .. nak je minum banyak kali buat minum petang :p
Cara Penggunaan :
Campur 1 sachet / bungkus Mello White bersama 150 ml air , kacau hingga larut .. Sekali sehari dan boleh di hidangkan sejuk untuk rasa yang lebih lazat ..
Kesimpulannya , produk ni sangat sedap seperti minum air delima je , dan banyak manfaat yang di berikan kepada tubuh badan , aku dah cuba ! korang bila pulak ? haaaa jangan lupa cuba tau dan kongsikan feedback korang bersama Mello White .. untuk more info korang boleh layari facebook page di Mello White FB
Senarai Ejen Sah , korang boleh contact no yang tertera okay
Azian Suratman : Perak 019-4732120
Norin Faridah : Selangor 019-2195949
Norhana : Penang 012-4854942
Haslin : Selangor 017-6908322
Hezla : Johor/Selangor 016-2155875
Hj Ghazali : Penang 019-4793684
Yahya/Pak Ya : Johor 019-7610010
Sha : K/Lumpur 019-3421127
Nani : K/Lumpur 012-3004117
Zahariah : Putrajaya 016-6704240
Harga Mello White ? Murah-murah je sis , produk helok sesuai dengan harga
Harga Mello White ? Murah-murah je sis , produk helok sesuai dengan harga
posted in
Holla Neutrogena Lover ❤ , siapa je tak kenal Neutrogena ni ? nah hari ni aku nak kongsikan produk baru Neutrogena tapi belum pasaran lagi tau , produk ni akan ada di pasaran pada minggu pertama dalam bulan NOVEMBER ! so jangan lupa grab it alright .. aku pun dah cuba sendiri dan sangat suka dengan tekstur dan kesan lepas pakai fuhhhh freshhh oih muka !
Neutrogena Capsule Sleeping Mask & Neutrogena Hydrogel Mask | Tadaaa ini lah produk baru Neutrogena yang akan berada di pasaran tak lama je lagi , 2 hari lagi dan masuk November so sabar okay sabar .. aku memang suka pakai mask tau sambil menyusu anak haha , last-last tertido oik
Neutrogena Capsule Sleeping Mask
Packaging produk ni adalah dalam bentuk capsule , so far aku takde masalah dalam packaging jenis macam ni sebab senang bukak dan bentuk yang saiz kecil (10 ml ) sangat sesuai untuk di bawa ke mana-mana , travel ke balik kg ke haaa masuk poket pun boleh .. Capsule Sleeping Mask ni ada 2 jenis yang satunya untuk Fine Fairness dan satu lagi Hydro Boost ..
Hydro Boost
Tips untuk lebih kesegaran , korang boleh letak dalam peti ais semalaman dan apply di wajah , fuh segar sangat .. Hydro Boost Capsule ni mengandungi 100% Asid Hyaluronik yang semulajadi yang berfungsi sebagai penghidaratan , bila pakai Hydro Boost ni aku dapat rasa kulit lebih lembab , lembut dan berseri .. memang sesuai sangat dengan aku yang punya kulit kering .. suggest sangat pada korang yang selalu terkena penghawa dingin ..
Tekstur nya sangat wangi macam bau buah-buahan yang segar , dan sangat mudah di apply , walaupun warna agak kebiruan dalam gambar ni tapi bila apply di wajah muka takde warna-warna biru tau , warna transparent gitu dan sangat mudah meresap dalam kulit ..
Tekstur yang tak melekit , bila apply di muka cepat je meresap dan kering , warna agak kebiruan |
Fine Fairness
Yang ni pulak mengandungi Niacinamade yang mana dapat membuatkan kulit wajah kita lebih bercahaya , kalau nak kesan lebih , boleh pakai dua kali so nampak muka korang ada perubahan .. yang bestnya ia tidak merengsakan kulit wajah kita dan sangat menyerap dengan cepat , bila pakai ni sangat tenang dan sejuk je .. yang best nya untuk kulit korang yang sensitif ia tidak membawa kesan negatif pada kulit uols tau ..
Tekstur sama macam Hydro Boost cuma warna agak kekuningan .. |
Cara Penggunaan : Sehari untuk 1 mask , hanya apply di muka dan tunggu sehingga 15 minit untuk mendapatkan semua manfaat yang ada , boleh campur dengan oil booster dan di letakkan dalam peti sejuk untuk lebih kesegaran :)
Neutrogena Hydrogel Mask

For me , aku lebih suka Hydrogel Mask berbanding capsule sebab lagi mudah haha (nampak sangat pemalas) tapi yeah aku suka gila dengan produk ni sebab tekstur / material adalah GEL dan bukan seperti yang aku guna sebelum ni yang mana selalunya macam kapas or kertas dan sememangnya Hydrogel 100% tanpa kertas.
Lagi satu aku suka Hydrogel Mask ni sebab ia nya asing antara bahagian mulut dan jugak mata , so lagi senang nak ejas kedudukan mask di muka .. bila mask ni dari gel faham-faham la kan bila pakai di muka ia lebih rasa sejuk dan menyegarkan dan dalam Hydrogel Mask ni sama dengan satu botols serum penghidratan untuk 15 minit .
Kenapa gel lagi elok dari kertas sebab ia lebih banyak nutrien penting dan akan di serap oleh kulit wajah kita , selalunya bila menggunakan mask kapas ia akan merumitkan keadaan bila mana cecair yang ada akan berciciran di bantal weh , so serabut amat tapi dengan hydrogel mask ni tak perlu risau sebab cecair telah di serap sepenuhnya .. Teknologi penyejukan Hydrogel ni 100% di buat dari serum aktif.
Sama juga seperti Capsule , ia mempunyai dua fungsi yang sama iaitu FAIR FAIRNESS dan HYDRO BOOST dan memberi kesan yang sama .. Bagi aku , aku lebih sukakan Hydrogel Mask ! yeah vote for 10 star .. heheheh opss terlebih excited sudahh ..
Cara penggunaan : Apply Hydrogel Mask selama 15 minit , boleh di letakkan di dalam peti ais untuk lebih kesegaran .
More Info :
Hanya di dapati di WATSON !
Capsule Sleeping Mask : RM12.90
Hydrogel Mask : RM13.90
posted in
Assalamualaikum , macam lama tak tulis tentang personal life .. bukan bujet diva or hot stuff babe , tapi masa sekarang pack betul bila ada anak kecik ni , yaAllah memang berperang lah bila nak menulis blog .. tapi dont worry paid review or any review memang aku berdisiplin try hard gitu untuk siapkan sebelum klien komplen heheh ..
Aku terfikir jugak bila mana mummy yang ada anak yang 24 jam nak menempek je kan , bila sentuh handfon or laptop dia punya clingy lagi teruk , weh anak aku la tu haha tapi sekarang bila dah Rayyan makin ke arah dewasa ni (2 tahun) ada part dia macam boleh faham tapi ko tau tak sampai setengah jam dia punya faham tu ..anak Umi sangat
Jadi camane aku bahagikan masa untuk berblog lagi-lagi bila kena buat kerja ikut masa tertentu supaya hasil kerja kita pun nampak helok .. ini cara aku mengikut keadaan anak aku .. lain orang lain cara
Bila Waktu Aku Dapat Berblog
Rindunya saat ni yaAllah , hehe always kena gomol dengan Umi now dan debab bab bab makin banyak akal ! |
- Malam Hari - Bila Anak Tidur Malam
Aku akan berblog ketika dia tidur , lebih-lebih lagi bila malam hari tidur dia lebih lena berbanding siang .. walaupun kadang-kadang Rayyan ni macam kuat mengigau , erm padahal sebenarnya dia boleh rasa tangan aku tak pelok dia , tak tepuk-tepuk atau berhimpit dengan dia , weh ! aura apakah adududu .. so malam hari ni memang aku karang ayat dan draft sebanyak mungkin yang boleh tapi tak banyak pun sebab ngantok ! huh
- Siang Hari - Bila Anak Tidur Siang
- Bila Abah Rayyan Cuti
Tu je lah masa yang aku sempat curi-curi untuk bukak laptop , dan aku tak suka buat entry guna fon .. tak tahu lah kenapa tapi memang tak suka , perasaan tu lain , aku kena tengok gambar sebesar skrin laptop baru puas hati , and then sometimes kena dengar lagu untuk idea tertentu ..
Sebenarnya banyak benda nak di tulis , nak di ceritakan .. tentang personal life , tentang Rayyan , tentang motivasi , jiwang macam dulu-dulu tapi tu lah zaman makin berubah , zaman bujang dah berlalu ~ ada benda lagi penting yang sangat memerlukan kita .. anak .. yess anak yang dulu di saat kita kawen doa itu yang tak pernag lekang dari mulut .. yang sukar di cari ganti
Ikutkan boleh je bangun pagi bukak laptop berblog tapi bila pulak masa untuk diri sendiri ? yang pasti jangan sampai sakit , kena jaga juga kesihatan ... bila jadi mak ni , memang tak boleh sakit .. kalau tak , anak terabai rumah pun berkecah .. nak tak nak kena gagahkan diri untuk semua tu .. enjoy lah masa bujang korang sebab semua tu takkan dapat ada di kala anak masih kecik hahah sedey ~
Hati Berbicara :
Takpelah sayang , Umi seboleh mungkin cari waktu di kala Rayyan tidur supaya anak Umi ni tak terabai .. tak boleh berblog bila Rayyan tak tidur , Umi pun tak tenang .. walapun kadang ada termarah dia sebab menguji kesabaran Umi , im sorry sayang ... jangan cepat sangat membesar nanti Umi rindu nak peluk cium gomol awak sampai nangis
So mummy - mummy macamana korang manage jadual korang , feel free to share :)
posted in
Half Moon Eyes Review | Holla guys , lama dah Half Moon Eyes ni terperap dalam laci , so hari ni terajin sikit nak bermasker muka , so dalam banyak-banyak mask aku nak try Half Moon Eyes ni , by the way sayang nak guna sebab packaging yang sangat cute haha , so cute right ? like me ~ eh !
Apa yang best tentang produk ni ? overall untuk aku yang sangat 'rajin' ni ia sangat mudah di cuci dan bau yang sangat wangi ! bau sangat penting bagi aku bila pakai masker sebab apa ? weh pakai mask ni nak tenang-tenang , nak bagi kesegaran untuk kulit muka , if bau tu menjengkelkan rasanya tak tenang kan .. so bauan sangat segar dan wangi juga mempengaruhi si pemakai yang cerewet like me :p
Packaging pulak dalam bentuk capsule , so nice dan mudah untuk di gunakan , bahan utama nya adalah ekstrak buah naga tau korang , selain tu ada ekstra buah-buahan dan tumbuhan botani yang natural , tekstur dia pun ada biji-biji buah naga lagi , boleh lah di jadikan as scrub gitu .. kan ~
Packaging yang sangat cute ! harganya only RM7.00 gais .. sangat murah ! |
8 IN 1 MASK PACK
Yang bestnya mask ni 8 dalam 1 untuk kulit muka uols .. apakah 8 kesan baik untuk kulit muka tu haa
- Pore Tightening
- Cooling Effect
- Hydration
- Moisturization
- Sebum Removal
- Exfoliation
- Nourishment
- Texture Care
Rasa apa bila apply di muka ? sejuk ke panas ke berangin ? for the first time aku rasa muka aku agak panas , eh agak cuak jugak lah babe kang naik ruam or jerawat pulak kan .. tapi positif dulu sebab mungkin bahan kandungan tengah memberi reaksi yang positif untuk kulit muka aku .. so just enjoy it hingga ia kering .. bila mask ni dah kering macam pakai bedak sejuk yang berwarna pink ! hahah so comel perasaan ini .. lepas tu boleh cuci dengan air suam .. fuh segar !
Lepas dah cuci terasa la kulit lebih licin dan hilang segala whitehead , kesan lepas cuci pun takde apa-apa yang negatif berlaku .. kesan panas tadi pun dah hilang serta merta .. not bad ! Mask ni juga mampu mengecilkan liang-liang pori dengan segera tau sebab kesan dari penyerapan minyak yang kuat dari ekstrak buah naga , selain tu dapat menyubur dan menghidratkan kulit wajah aku kerana ada ekstrak madu Canola yang di tanam di Jeju.
![]() |
Yang bestnya mask ni bukan boleh apply di muka je tapi seluruh badan uols , berbaloi kan .. Mana Nak Dapatkan Half Moon Eyes ni ? Klik Link kat bawah k ❤ http://my.althea.kr/ ![]() |
posted in
Assalamualaikum , holla sayang-sayang ~ i am me !
Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) , pernah tak rasa air kunyit yang sedap ? nope right ! tapi kali ni aku cabar diri jugak minum minuman yang betul-betul asli cuma ada tambahan lain yang menyedapkan , betul ke sedap ? eh takkanlah tak rasa kunyit langsung kot ? eh takkan lah boleh telan walaupun ada campuran lain tetap akan rasa kunyit tu melebihi rasa manis madu ..
Bila tengok kawan-kawan minum Jus Asam Kunyit ni , macam tu lah aku dok fikir , entah-entah propa je nak suruh aku minum jugak haha , tapi bila try sekali sedap weh! serius tak meloyakan apatah lagi muntah .. rasa kunyit tu ada tapi rasa manis-manis madu dan juga gula melaka buatkan rasa tu sangat sedap .. awal-awal lagi dah habis 2 botol , sebenarnya aku try 5 botol tapi 2 botol lagi tak dan nak amik gambar haha
Ketagih ke ! mau tak ketagih kalau dah rasa sedap macam ni , lagi nikmat bila letak dalam peti ais dan minum sejuk-sejuk .. fuh ! cuaca panas gini memang syok wooo .. ok dah terliur belum ? kalau dah , sabar sat aku nak kongsikan khasiat Jus Asam Kunyit Madu ni pulak dan bahan-bahan yang ada dalam ramuan tradisional ni ~
Jika korang yang tak pernah tahu pasal JAKM ni , sebenarnya ia adalah jus "homemade'' , yess ianya homemade tau yang di masak dari bahan-bahan dan persediaan secara tradisional dan of course lah tiada langsung bahan pengawet . Bahan-bahan yang ada dalam ramuan ni pulak memang kita sedia maklum banyak manfaat tersendiri yang sememangnya sangat bagus untuk tubuh badan kita !
Bahan Kandungan / Ramuan Jus Asam Kunyit
- Ibu Kunyit - Bahan utama of course lah ibu kunyit yang mampu menyembuhkan luka dalaman , mengempiskan perut , mencantikkan kulit , dan juga bertindak sebagai anti bakteria
- Halia - Mengeluarkan angin di dalam badan
- Temukunci - Untuk memberi kesegaran badan dan menambahkan tenaga , menghilangkan kelesuan dan letih-letih badan .
- Saffron - Bagus dalam mencantikkan kulit
- Habbatussauda - Mampu menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
- Madu - Untuk meningkatkan daya ingatan , anti kanser , meningkatkan kesuburan suami isteri dan sebagai pegganti gula
- Gula Melaka - Pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.
Bila tahu ramuan Jus Asam Kunyit ni , wah memang ramuan semua yang betul-betul memberi manfaat kepada tubuh badan kita , helok sangat untuk perempuan yang lepas bersalin / dalam pantang atau yang tengah ikhtiar untuk hamil , kita merancang mana tahu di makbulkan Dia kan :) , jus ni boleh di minum oleh lelaki juga tau ..
Apa Khasiat Jus Asam Kunyit Untuk Lelaki dan Perempuan ?
- Membantu menurunkan berat badan
- Membantu merawat masalah kulit
- Membantu proses pencerahan kulit secara alami
- Membantu menaikkan aura seri wajah
- Membantu merawat haid yang tidak teratur dan darah kotor
- Membantu menstabilkan kolesterol dalam darah
- Membantu membuang angin dalam badan
- Membantu merawat ibu-ibu dalam pantang dan lepas bersalin
- Membantu melambatkan proses penuaan
- Membantu merawat luka jahitan selepas bersalin
- Membantu merawat masalah rahim /peranakan
- Membantu mengurangkan masalah gastrik
- Membantu atasi migrain dan kerap sakit kepala
- Menstabilkan gula dalam darah
- Meningkatkan kesuburan suami isteri
- Mencegah batuk/selsema/asma
- Melancarkan sistem pencernaan
- Menurunkan paras kolesterol
Banyak gila khasiat Jus Asam Kunyit Madu ni kan , kalau korang rasa banyak simptom-simptom yang ada pada diri korang dan masih lagi tak helok-helok , apa kata try ni pulak .. mana tahu kan kan kan segala masalah tu dapat di selesaikan ..
Testimoni Aku Selepas Minum Jus Asam Kunyit Madu
Rasa yang masam-masam manis dan segar ni sedap dan dalam masa yang sama sangat berkhasiat , reaksi positif pada diri aku lepas minum ni , angin dalam badan selalu keluar dan tak terkumpul dah , u know what bila angin tak dapat keluar dari badan , aku biasanya akan jadi sakit perut mencucuk-cucuk so minum je las jus ni bagi ok balik .. mula-mula memang akan rasa panas dalam perut sebab ada bahan halia sekali kan , but its okay tau itu reaksi positif ..
Time period sangat best minum jus ni sebab selain hilangkan senggugut , dah tak keluar darah yang berketul-ketul tu , haa u know kan girls .. best ooo darah keluar lancar je , so time period korang boleh minum ni if selalu ada problem , kalau period korang lancar its okay xperlu minum pun takpe , anak dara pun boleh minum jus ni tau .. lagi bagus jaga dalaman korang masa muda-muda ni .. aummm
Cara Penggunaan
Minum setengah gelas (-/+ 60ml) sebelum sarapan / malam .. boleh di minum sejuk dan juga suam
Mana Nak Dapatkan Jus Asam Kunyit Madu
Fb : Puan Azrina
Fb Page : jusasamkunyitmadu
Whatsapp : 010 818 1796
posted in
Bioxcellent W.Line Fiber | Minuman Kesihatan Untuk Detox & Pencerahan Kulit , holla uols ! zaman sekarang ramai dah timbul kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat contohnya macam buat air detox kan ? rata-rata tengok facebook or insta memang ramai yang kongsi cara-cara untuk buat detox dengan gunakan buah-buahan yang mudah nak cari .. weh rajin gila korang kan !
Tapi dalam segelintir manusia yang nak amalkan detox tu ada lah terselit manusia-manusia malas macam aku ( haha contoh terdekat dan memang kena atas batang hidung sendiri !) yeah actually memang aku malas sangat nak buat benda-benda macam tu like potong buah , blend then simpan bagai huhu elakkan sifat macam ni tau !
Tapi aku tetap amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan minuman kesihatan dari Bioxcellent W.line Fiber ni , sebab mudah gila hanya masukkan air dan shake-shake ( kocok-kocok ) pastu minum .. dan aku akan buat research tentang produk ni sebab aku kena tahu apa fungsi utama nya ~ wajib research sebab nak share dekat korang semua , first of all aku kena try dulu then nanti korang try sendiri okay !
Kalau korang nak tahu fungsi UTAMA Bioxcellent W.Line Fiber ni adalah untuk melancarkan sistem pencernaan , badan akan jadi lebih ringan dan lebih bertenaga , dapat membuang lemak dan toksin yang dah lama ada dalam badan kita tu (toksin ni kan buat badan kita mcm rumah sendiri pulak kan ? haa so halau la apa lagi ! )
Selain tu bila amalkan Bioxcellent Waistline Fiber ni korang ia dapat meransang penyerapan nutrien yang baik di dalam tubuh , membuang bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar yang menyebabkan kenaikan berat badan , mengecilkan pinggang dan mengempiskan perut .. lagi best dapat mencerahkan kulit badan kita ..
Selain tu bila amalkan Bioxcellent Waistline Fiber ni korang ia dapat meransang penyerapan nutrien yang baik di dalam tubuh , membuang bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar yang menyebabkan kenaikan berat badan , mengecilkan pinggang dan mengempiskan perut .. lagi best dapat mencerahkan kulit badan kita ..
Semua orang cakap aku dah kurus nak tinggal tulang rangka je ke amalkan detox bagai ni ? wei korang memang la luaran aku nampak kurus macam cicak kobeng tapi takkan nak selak baju tunjuk perut buncit hoi ! haaa tak payah nak temberang selepas bersalin dapat perut langsing macam asal , sebab makan masa lama gila nak langsing balik .. tu belum cerita lagi ramai mak-mak stress tengok perut menggelebeh lepas bersalin kan ? kan ? kan ? takpe sis faham sebab sis pun sama :p
Kesan Positif Selepas Seminggu Amalkan
Serius aku bagitau ni dan langsung tak tipu , pertama kali aku dapat produk ni aku try amalkan sebelum tidur , esoknya memang perut aku memulas (nak melabur) haa terus cari toilet .. sedangkan aku susah nak membuang sebab selalu sembelit hingga kadang-kadang jadi buasir .. Jadi aku syorkan untuk korang yang ada masalah susah nak membuang , , nak kempiskan perut , nak kulit cerah try la produk ni
Alhamdulillah bila amalkan Bioxcellent W.Line Fiber ni memang dah tak sembelit , membuang macam manusia normal yang lain dah memang segala toksin toksid keluar .. fuhhh recommend sangat uols .. memang berbaloi aku dapat produk ni .. nanti habis will repeat again ! bab cerahkan kulit tu kena tunggu sebulan okay dan wajib konsisten.
Kelebihan / Manfaat Bioxcellent Waist Line Fiber
- Mengurangkan berat badan dengan fungsi detox yang free radikal
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Mengawal tahap kolesterol
- Mencegah berat badan berlebihan
- Memutihkan kulit
- Menghalang pembentukan melanin yang menjadi punca kulit gelap
- Sesuai untuk lelaki dan perempuan
Ramuan / Bahan Kandungan Bioxcellent WaistLine Fiber
Bioxcellent Waistline Fiber Best Ke ?Serbuk Jus Epal , Maltodextrin , Fructose , Acacia Gum , Serbuk Campuran Buah dan Sayuran , Serbuk Jus Nenas , Timun , Bayam , Jus Lemon , Jus Betik , Lobak Merah , Jus Mangga , Tricalcium Phospate , Citric Asid , Kiwi , Seleri ,Pear
Cara Pengambilan Bioxcellent Waistline Fiber
Cara pengambilannya mudah sahaja :
Campur 1 skop (20 grams) ke dalam 200ml/250ml air suam , kacau / goncang sehingga larut dan minum serta merta selepas penyediaan , jangan lupa minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk kesan yang terbaik , sebaiknya amalkan selepas makan malam sebelum tidur .
*Boleh dapatkan produk Bioxcellent WaistLine Fiber secara terus di Watsons dan juga Lazada*
*Lulus KKM , 100% botanical , Halal , Awarded Asia Pacific Super Health Brand 2016/2017*
More Info :
Web : www.bioxcellent.com
Fb Page : Bioxcellent Collagen
Whatsapp : 60163163069
posted in
Weh kat mana nak makan sedap di Gambang ?
Kau cuba Nasi Kukus My Mama pulak , sedaq baq ang !
Macamana aku boleh terpengaruh nak makan nasi kukus My Mama ni ? of course lah laki haku yang mempengaruhi nya .. sebab balik kampung tenpoh hari dia kata ada cuba nasi kukus ni , sedap ! beria dia cerita lepas tu aku yang dengar ni ? kau rasa ? haa terliur lah jugak .. dush !
Jadi bila balik kampung kat Pahang , onway balik ke KL wajib singgah sini dan 3 kali dah aku makan kat sini , asal balik je makan nasi kukus My Mama sebab sedap gila kuah dia .. aku ni jarang nak suka nasi kukus lagi-lagi yang banyak rempah .. kali ni aku tidak ego untuk mengatakan kuah nasi kukus My Mama ni memang dah jadi FAVOURITE aku .. cuma macam tak cukup je , boleh tak tambah banyak sikit kuah dia hukhuk
Style kedai dia pulak macam KFC , Mcd gitu .. ingatkan restoren biasa kan .. wow kalau lah ada cawangan kat Rawang memang tak pandang dan Kfc oik .. ! lagi kenyang makan nasi kukus , ayam dia besar-besar plak tu .. harga pulak murah je ..
Ayam berempah dia besau , memang cukup dan mengenyangkan oik .. sambal dia pun aku suka jugak ! |
Aku suka makan nasi kukus kuah banyak , haaa tak cukup sbenarnya kuah ni kena tambah lagi ! kikikiki |
Jadi sesiapa yang pergi ke Pahang tu lalu Gambang jangan lupa singgah sini tau , tekak aku memang aku suka sangat makan kat sini ... tapi bila teringin nak makan memang jauh gila lah nak cari .. rasanya ada di area pantai timur je .. harap nanti akan buka cawangan di KL pulak ! harga dia start RM9.50 sekali dengan air coke (boleh je tukar air) ..
Banyak lagi menu yang ada kat sini , aku pernah try nasi kukus berempah yang biasa dan suka ayam masak merah .. dan dua-dua tu sedap ! cuma yang tak berapa best tak di sediakan tisu lah pulak huh , kena amik kat toilet .. aduh harap sediakan lah tisu sekali yawww ! makanan sedap , perkhidmatan ok , harap kemudahan pun boleh bagi tiptop ..
Rayyan pun suka makan Nasi Kukus My Mama ni sebab tak berapa pedas pun .. yeyy Umi dan Rayyan bagi 5 bintang ! nanti balik kampung kita makan sini lagi orait :p |

posted in
Assalamualaikum , bila dah dewasa ni tetiba rindu dengan zaman kanak-kanak , zaman yang memang hampir pupus di telan zaman kemodenan .. dunia sekarang rata-rata dunia teknologi , budak-budak sekarang pun mana nak rasa mandi tali air , tangkap ikan , main lompat getah haha best woo , main sampai lewat petang tapi sebelum maghrib kena ada kat rumah dah kalau tak nak kena bebel dengan mak ayah :p
Kenapa tetiba cerita pasal zaman kanak-kanak ni oiii ! sebab aku ada ter 'masuk' satu kedai yang penuh dengan barangan di kala aku waktu kecik-kecik dulu .. terus menggamit memori haaa giteewwww
Tak ready lagi dah snap -_- |
Restoren Zatulicious di My Town - Makanan Warisan Kelantan
Hari tu aku jalan-jalan ke My Town , untuk pertama kali nya aku jejak My Town tu pun angin hencik K helok nak pergi kan , so iols ikut je kebetulan kerja blog aku di Mid Valley siap awal so lepak makan jap , alkisah nak try makan di kedai makan abang ipar di My Town , nanti kalau korang singgah lah Restoren Zatulicious ~ kat sini signature nya adalah makanan tradisional dari Kelantan .. sedap woooo
Try Nasi Kak Wok lu seround , not bad , sedap tau .. customer kat sini pun ramai juga |
Haritu memang pergi tercari-cari jugak kat mana la kedai ni haaa , rupanya kedai ni kecik je macam kiosk di apit dengan kiosk makanan so tak berapa nak nampak hehe , abang ipar siap tunjukkan kedai ni haa , tu lah cari dengan hidung memang tak jumpa , aku lahir 1988 so kanak-kanak zaman 80 an gitu , masuk je kedai ni memang menggamit memori gila wei !
Kedai Childhood Memory Lane ni di My Town , berdepan dengan Restoren Pizza Hut , kecik je kedainya tapi macam-macam barang ada .. meh tengok apa yang sempat aku snap ! Yang tak sempat snap gambar tu sebab dah tenggelam dalam kenangan dulu kala. |
Brick Game , salah satu mainan yang aku suka .. main ni macam tak pernah boring tau , padahal game sama je kan haha |
Yang ni rasanya zaman sekarang pun ada lagi , yang ni tak berapa rare sangat .. hihi |
Mainan ni masa kecik dulu macam tak pernah jumpa je haha , bukan mainan zaman aku macam ni .. mungkin zaman 90 an kot :p |
Snek-snek zaman dulu , biskut-biskut yang mungkin kegemaran korang kan ~ |
/ |
Ni lah gam yang aku guna waktu sekolah dulu , yang dalam botol tu kalau biar lama memang busuk gila haha tapi rare kan siap ada sudu lagi , ko hadoo ? hehek |
Biskut-biskut camni aku kurang makan sangat , sebab lebih suka kan jajan , ish dasar budak2 ! |
Yang candy ni tak pernah pulak aku makan , aku biasanya makan yang candy bentul packaging dia macam ni jugak tapi ada debu-debu dan colourful .. yang ni candy herba .. heheh |
Hati Berbiacara :
Ada sesuatu yang kita hanya boleh kenang sampai bila-bila , tapi nak gapai balik memang tak dapat dah kan , setiap zaman makin banyak perubahan yang sekian lama makin pupus .. tapi bila kenangan itu hadir ia tetap ada di dalam jiwa dan ingatan yang sememangnya tak mungkin dapat aku lupakan , 1988 .. zaman yang aku terlalu rindukan , kerana zaman itu banyak memberi kan aku kegembiraan .. :)
posted in
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons