1/29/2014

Name Card Blogger .. Penting ke ada name card ?

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni aku sibuk berjalan sana , berjalan sini , wahh gaya macam blogger hebat padahal takdo maknonyoo laa , saje mengekor kutip pengalaman , maklum la selama ni macam katak bawah tempurung je , duk ong ong ong gitu je , bukan nak cerita pasal pegi jalan-jalan ke melancong ke ape ke , cuma nak tunjuk name card aku je .. haaa , eh selama ni aku tak pernah berminat pun nak buat name card bagai ni , sape la nak name card blog qasehdalia.com yang hidup segan pemalu ni , tapi  ...atas saranan otai yang berpengalaman suruh buat je name card , nanti jumpa ramai orang rugi la kalau tak kenalkan blog kita , dia nak masuk ke tak ke , suka hati dia la , mana tahu duk boring-boring xde keje dia trbukak hati nak tgk .. haaa 

so bertungkus lumus lah aku survey - survey mana nak tempah name card ni , sebenarnya aku dah ada dah name card , tapi yang gambar britney spears , lepas tu kat atas name card tu pulak , ada kata-kata 'INGAT SUE SELALU'' , kalau bagi yang tu , mau meroyan cik abg syg asyik duk ingat 'sue' dia selalu , haha , name card masa sekolah rendah dulu2 , mesti pernah buat kan ? so akhirnya aku buat jugak lah dengan HAFIZZY AZIZ [klik] 

2 kotak Matt Lamination Gred A (kalis air) 
harga hanya RM65 

ni lah name card aku , agak jambu jugak la dengan kombinasi pink dan hitam tapi tu yang aku mintak , korang nak macamana just bagitau beliau , nanti dia designkan , nak tengok contoh2 lain masukla kat blog beliau , klik je link kat atas tu ye 

so penting atau tak name card untuk blogger ? bagi aku kalau buat name card untuk simpanan sendiri memang tak penting langsung la kot buat name card , haha .. tapi jika korang-korang yang sangat aktif dan selalu jumpa ramai orang di luar sana , tak kisah la dari blogger ke pak menteri ke , sahabat media ke haaa masa ni lah boleh mempromote blog kita , alaahhh bagi je , kalau malu nak bagi tutup muka dengan plastik hitam , dengan cara macam ni jugak dapat bertukar-tukar kad kan , ade masa atau ada hal untuk berurusan boleh contact-contact ... 

1/28/2014

VICTORIA BRIDGE | RAILWAY TOURISM


PERASMIAN PROGRAM PELANCONGAN - ‘VICTORIA BRIDGE GREEN DAY’ – 1MALAYSIA GREEN, 1MALAYSIA CLEAN’SEBAGAI TAPAK WARISAN NEGARA

''VICTORIA BRIDGE GREEN DAY'' yang di cadangkan oleh RTAM ,tujuan sebenarnya bagi memulihara dan memelihara kawasan persekitaran tempat bersejarah ini dan mewujudkan‘Victoria Bridge’ sebagai destinasi terbaru pelancongan di Kuala Kangsar bagi mendapat pengiktirafan dan diwartakan sebagai Tapak Warisan daripada Jabatan Warisan Negara.

Bagi yang tak tahu apa ''VICTORIA BRIDGE'' atau di kenali sebagai ''JAMBATAN VICTORIA'' dlm bahasa melayu ,meh aku cerita sedikit asal usulnya ;
  • Dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900 oleh pihak berkuasa Keretapi Negeri Perak
  • sebuah jambatan kereta api tunggal yang melintasi Sungai Perak di Karai dan merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di Malaysia
  • terletak kira-kira 4 km dari Jambatan Iskandar.
  • dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak.
Victoria Bridge yang tidak terurus suatu ketika dahulu 






 sambutan yang sangat meriah , semua menunggu ketibaan kami , 

''i love Victoria Bridge'' 
tempat ni memang tempat yang terbaik untuk photoshoot , lebih-lebih lagi wedding , tapi aku yang gayat ni tak boleh photoshoot kat sini , hilang seri pengantin nanti last-last semua mimik muka takut je haha 

sambutan kami di sambut meriah seperti VIP , sampai je di sana kami semua di selimpangkan kain batik dan kain pelikat , rupanya macam lelaki dan perempuan melayu terakhir pulak 

sempat lagi selfie kan diri bersama penari VMY2014 , sporting semuanya hehe nasib baik nampak , biasanya bila selfie muka aku sorang je ada .. haha

 

part paling best mestilah 'makan' , masih lagi masakan tradisional , tetiba aku rindu dengan suasana makan berhidang , perghhh makan cara ni memang rare , duk bersila ramai2 , tiada sudu mahupun garfu , semua TRADISIONAL .. kenangan indah di Victoria Bridge 

acara perasmian ni di meriahkan dengan dendangan lagu dari kumpulan penyanyi ni , alamak tak tahu pulak kumpulan apa , yang pasti best prsembahan mereka 

gadis-gadis melayu terakhir pun nak ambil kesempatan bergambar kenangan di sini , haaaa memang nampak ayu dan sopan je kan .. terlebih sudah , nampak kami sangat tradisional di sini .. 

meriam buatan 
memang lemah jantung dengar bunyi dari meriam ni 


Jika Pulau Pinang dan Melaka dapat memulihara struktur bangunan bersejarah sehingga mendapat pengiktirafan ‘Tapak Bersejarah UNESCO’ tapak ‘Victoria Bridge’ ini juga tidak harus dilupakan begitu sahaja dan ianya harus dipulihara dan dijaga supaya tidak luput ditelan zaman
syabas buat RTAM yang mencadangkan acara sebegini bagi melindungi khazanah negara ,  RTAM juga berniat untuk mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Warisan Negara untuk mewartakan jambatan ini sebagai salah satu Warisan Negara.Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia berharap Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dapat menyokong usaha ini bagi mengembalikan zaman kegemilangan jambatan ini sebagai penghubung utama merentasi Sungai Perak. 

akhir sekali kami juga menyokong sepenuhnya cadangan RTAM dalam memulihara dan memelihara khazanah-khazanah yang makin di lupa , ye lah kan , andai kata khazanah ni dah tiada , anak-anak muda zaman moden tak dapat merasa dan melihat sendiri satu2nya jambatan tertua di Malaysia .. semoga usaha ini berjaya .. terima kasih sekali lagi buat RAIL TOUR ASSOSIATION MALAYSIA (RTAM)


RAILWAY TOURISM : Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014


Railway Tourism Malaysia | Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 , acara yang sememangnya dapat menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara , mana nak cari makanan - makanan tradisional yang jarang ada mahupun di jual  di tempat lain kan ? Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni membuka peluang kepada orang ramai untuk merasai pelbagai jenis makanan tradisional , yang uniknya semua makanan tradisional ni dari 19 buah kampung yang berlainan , dan berbeza juga masakannya , memang aku bertuah kerana dapat hadirkan diri di Pesta Makanan Lenggong kali ni , merasai suasana dan juga kemeriahan pesta ini .

Sebenarnya Pesta Makanan Lenggong ni merupakan acara tahunan sejak tahun 2010 lagi , yang di adakan oleh masyarakat Parlimen Lenggong yang di ketuai oleh YB Dato' Syamsul Anuar B. Haji Nasarah , katanya beliau akan menetapkan satu tarikh khusus khas buat Pesta Makanan ni , jadi senang pengunjung dalam negeri mahupun luar berkunjung ke Perak dan sekaligus menarik lebih ramai pelancong 

semestinya Pesta Makanan Tradisional Lenggong di rasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia YAB Dato' Sri Mohamed Nazri B. Abdul Aziz di samping pelancaran buku ALAM BUDAYA , WARISAN MASAKAN LENGGONG , tq turut memberi kami senaskah buku buat cenderahati 

Pesta Makanan Tradisional memang mendapat sambutan meriah dari penduduk kg tempatan , sahabat-sahabat media , pelancong dan ramai lagi , siapa yang tak nak merasa kan ? memang rugi la , aku pun turut sama menyibukkan diri untuk merasa segala jenis makanan tradisional di sini tapi tak larat untuk merasa semua ..


 deretan cucur-cucur yang ada , contoh nya cucur jawa , cucur berlauk dan banyak lagi , nak merasa semua tapi simpan untuk makanan tradisional yang lain juga , kalau makan cucur je , tak mustahil muka pun jadi macam cucur .

tak lupa juga , banyak pertandingan-pertandingan yang di adakan di sini , salah satu acara yang menarik perhatian aku di sini , Pertandingan Kukur Kelapa semestinya secara tradisional ,bagi aku acara - acara sebegini membuka peluang pada penduduk kg tempatan , meriah dan seronok dengan gelak tawa dan kesungguhan mereka .. 

makcik-makcik tanpa penat lelah turut padang menjamu pengunjung-pengunjung dengan masakan tradisional mereka 

memang menjadi persoalan buat aku di sini , apalah yang makcik ni tumbuk , nak kata sambal belacan tapi bahan-bahannya dari buah-buahan .. rupa-rupanya ni adalah proses pembuatan KEBEBE  haa mesti tak tahu kan apa itu KEBEBE yang pasti bukan GEDEBE , cara-cara buat KEBEBE ni senang je 
fakta : KEBEBE ni asalnya makanan tradisi masyarakat PATANI di LENGGONG , lebih kurang rojak atau somtam di Thailand tu haaa mesti pernah makan somtam kan ? bahan-bahan nya buah-buah muda ( putik ) cth nangka , pisang , jambu batu dan nenas dan juga menggunakan buahan yang masam spt cermai , cedung, belimbing buluh dan kelempung , aisyy semua buah-buahan ni aku pun tau macamana lah rupanyee , jadi putik-putik tadi di cincang halus , dan buah-buahan yg masam di tumbuk brsama cili dan juga belacan . Jantung pisang dan kelapa muda yg belum berisi di masukkan juga dlm KEBEBE , dan di gaul semuanya , dan masukkan gula .. memang sedap rasanya 


masyarakat di LENGGONG sememangnya mengamalkan cara hidup yg bergantung kpda bahan makanan dari hutan , tengoklah bahan-bahan masakan tradisional di sini , memang buah-buahan yang tak pernah aku kenal .. penuh dengan warisan budaya . 

sepanjang mencekik di sini , aku tertarik dengan masakan IKAN PINDANG , rasa dia memang sedap , cara penyediaan pun agak unik bila bersalut dengan daun , kalau nak tahu , masakan ikan pindang ni memakan masa 2 hari , katanya untuk melembutkan tulang , memang tulang dia hancur macam ikan sardin 
fakta : Pindang ni sejenis makanan drpada ikan yg bersalut perencah , di balut dengan Daun Seniah (spesies pokok ara ) kemudian direbus , kenapa guna daun ni ? untuk memberikan rasa yg berlainan , dan mghilangkan rasa hanyir ikan , daun ni boleh di makan bersama ikan , baru lah rasa dia  UMMPHHH 
NASI DAUN LEREK cara pembuatannya seakan - akan lemang 


antara pertandingan lain , Pertandingan Makan Durian terbanyak , perghhh agak-agak selepas pesta ni , kedai yang menjual air badak cap kaki tiga mesti laku , hehe mana taknya mau panas badan bila makan durian ni , aku terperosok agak jauh sedikit sebabnya kurang makan durian ..bukan demand ye cuma badan cepat panas , lain - lain pertandingan yang di adakan Pertandingan Nasyid , Pertandingan tumbuk sambal belacan dan banyak lagi , 



Juga terdapat deretan kedai-kedai di buka di sini , antaranya KARIKATUR ,ROADTOMALAYSIA , dll

kalau datang ke PERAK memang tak sah jika tak merasa Ikan Pekasam , sempat juga aku membeli beberapa paket Ikan Pekasam yang siap yang di jual di kedai yang ada di sini, terbaik ikan pekasam nya ! 

kesimpulannya Pesta sebegini memang memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai makanan-makanan tradisional yang tak pernah pengunjung rasai , aku memang bersetuju sepenuhnya dengan pesta makanan tradisional sebegini , dan sememangnya dapat menarik pelancong dari luar negara juga , sekaligus dapat memartabatkan sektor pelancongan di negara kita , terima kasih buat RAILWAY TOURISM (RTAM) dan KEMENTERIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN , lain kali boleh datang lagi , rasa menyesal pulak tak makan semua , amboiii perut saiz triple XL agaknya .. jom ikuti cerita tentang VICTORIA BRIDGE pula .. jom ! 
entry berkaitan RAILWAY TOURISM

1/27/2014

HOMESTAY KG BENG | PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI | EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY

PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI | EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY BY RAIL
kali ni aku nak cerita tentang pakej pelancongan keretapi ,  kali pertama juga la aku menginap di homestay yang sangat tradional , memang jarang sangat la kan  kita nak bertemu dengan budaya-budaya yang dah lama di tinggalkan di sesetengah tempat terutama anak-anak muda yang memang hidup di dunia moden , jadi dengan pakej ni , Railway Tourism berjaya memberi kami pengalaman yang tak pernah kami rasa , memang bagus bagi mereka yang  memang tiada kampung , dan teringin merasa suasana kg yang penuh tradisional 

sebelum tu , aku nak cerita sedikit latar belakang KG BENG ni , kenapa la kampung ni di beri nama BENG ? kenapa bukan nama BANG ? eh lain pulak maksudnya tu , sebenarnya kampung ni di buka oleh seorang anak Raja Patani yg di kenal sebagai TOK BENG , yg telah melarikan diri mengikuti SG. PERAK , jadi wujudla nama kg ni , KG BENG sempena nama TOK BENG , begitulah cerita nya 

Pak Alias , Ketua Kg Beng 
tak kenal maka tak cinta , kena datang dulu baru dapat rasai semuanya , kenapa kg ni memang terbaik ? mana tak nya homestay KG BENG ni pernah menjadi ''Homestay terbaik negeri Perak 2009'' . wah tak terfikir pulak aku akan menjejakkan kaki di Homestay terbaik negeri Perak , korang pun boleh rasai jugak dengan Pakej Experience Malaysian Homestay . KG beng ni terdiri  drpd 6 buah perkampungan kecil iaitu Kg. Durian Lubuk , Kg. Beng Dalam , Kg Dusun , Kg. Sekolah , Kg. Durau dan Kg. Batu Ring 



Suasana di sekeliling KG BENG , dikelilingi oleh bukit bukau yang menghijau dan air tasik membuatkan KG BENG , LENGGONG , PERAK sebagai sebuah perkampungan yang penuh tradisional .. kalau korang nak tahu setiap rumah yang terdapat di dalam kampung ni mempunyai sampan sendiri bagi aktiviti harian , terutama Kg Batu Ring 


dengan Pakej Experience Malaysian Homestay KG BENG , korang boleh la merasai sendiri naik bot sambil menikmati alam sekeliling , terletak kira-kira 15 kilometer dari KG LENGGONG , perkampungan ni memang terbaik untuk santai-santai bersama family , dan selama aku berada di sini , memang sesuai kiranya di jadikan tempat untuk berkhemah , haa lagi satu bagi yang sukakan aktiviti lasak dan adventure , kg ni memang sesuai bagi kaki lasak seperti korang semua , di sini juga terdapat air terjun yang sejuk dan sangat segar ! fuhhh terasa nak jejak kan lagi kaki di sini , In Shaa Allah ..


Pakej Experience Malaysian Homestay , yang sangat mengujakan bagi aku untuk mengikuti pakej ni sebenarnya adalah program bersama keluarga angkat , ini lah kelebihan pakej ni iaitu penginapan bersama keluarga angkat , kalau nak tahu aku dah lama juga teringin mengikuti program sebegini , tambah-tambah bila kita dapat dengar cerita-cerita lama , asal usul dan apa je yang kita nak tahu dari mak dan ayah angkat, resipi pun korang boleh dapat tau ,  lepas ni takde masalah untuk mengambil hati mak-mak mentua .. masakan PERAK pun kita mampu masak , haa gitu 


ini lah family angkat aku sepanjang ber 'homestay' di sana , di bawah jagaan PAK KARIM dan MAK ZALEHA memang layanan mereka yang buatkan kami terharu , terutamanya bab makan yang melayan kehendak perut kami semua , alhamdulillah pengalaman di KG BENG bertambah dengan layanan baik seperti ibu bapa kandung sendiri .. terima kasih buat mak dan ayah angkat kami .. 

ANTARA AKTIVITI PAKEJ EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY KG BENG 
boleh baca segala aktiviti di bawah ni 


orang kampung di sini tak pernah tinggalkan aktiviti gotong royong bersama , seronok ! dengan aktiviti begini la dapat mengeratkan lagi silaturahim antara jiran , best kan ??

nak tahu apa aktiviti kami sepanjang di sana ? mula-mula memang ada aktiviti memancing  tapi kami semua agak lemau petang tu lepas balik dari PESTA MAKANAN LENGGONG , so aktiviti kami di tukarkan kepada mandi air terjun ! yahoooooo , air kat kg ni memang sejuk kalah ais , maklumla air fresh dari bukit , agaknya ramai juga lah yang tak mandi pagi tu kan 

aktiviti petang , sepetang di air terjun Kg Beng
di iringi dengan doa , semoga perjalanan kami selamat hendaknya ..

sedikit penerangan dari ketua kami , salah seorang penduduk KG BENG , sebelum kami mula bertolak  
laluan yang terpaksa kami rempuh ..  nampak tak aku paling depan sekali mengekor ketua dari belakang , nampak tak betapa excitednya sebab tu la pacat tak berani dekat , berani katakan !

bukan takat belukar je kami redah , di tengah perjalanan akan ada laluan anak sungai , hati-hati kerana arus agak deras , sebab tu lah ada orang jatuh kat sini , kah kah sape lah tu ye opss , kalau korang perasan ada kabel-kabel sepanjang sungai ni , itu sebenarnya kabel karen untuk gajah , tetiba berdebar , kot-kot ada gajah lalu masa tu .. tapi yang kat dalam gambar ni pun mcm gajah je eh eh .. kbye

akhirnya sampai jugak kami ke destinasi , air terjun kat sini perghhh sampai ke tulang sejuknya, memang tak boleh nak berendam lama-lama beb , sejuk amat .. 


  aksi-aksi bila dapat bertemu air.. macam-macam aksinya alahai .. haha 
dah puas menikmati kesegaran air terjun dan lewat senja kami pun pulang ke rumah masing-masing , dan banyak jugak kesan gigitan pacat bila balik mandi ke rumah haha , pengalaman yang terbaik kan korang ? 

aktiviti malam 

malam hari pula ada majlis makan-makan dan persembahan kugiran , haaa masa ni aku menambah 3 pinggan , ini serius sebab nampak tak masakan ala-ala asam pedas tu , memang tak sama masakan dengan kg aku , terengganu , walaweh sedap sangat hingga menjilat jari, ikan talapia merah yang segar .. tetiba rasa lapar !! menu kampung yg sangat sedap , lagi sedap dari masakan hotel mahupun restoren mewah ! 
air asam memang terbaik , makan dengan ikan bakar yg fresh , ikan pekasam , daging rusa bakar , ikan masak (alamak lupa ikan masak apa) sebab sedap sgt mencekik ..

lepas makan-makan haa masa ni nak tunjukkan bakat terpendam boleh la .. adi dengan lagu cinta pantai merdeka , malam tu di selubungi kabus tebal tetiba wakaka

 ajeeb dengan lagu nya biarlah bulan bicara , perghhh nyanyi sambil brgambar lagi , tak heran la dia ni selalu buat pementasan koir , nyanyian dan bakal pengganti ANUAR ZAIN , pergh nasib baik dah ambil tandatangan awal-awal .. dan malam tu memang sgt meriah dengan kerjasama semua penduduk KG BENG , seronok sangat .. pengalaman yang indah 

Fakta 
KG BENG ni kalau korang nak tahu , sehingga kini berpuluh lokasi di sekitar KG BENG dan KG BATU RING  dijadikan tempat penggambaran dan juga dokumentari , antara iklan yang sangat glamer kalau korang ingat , iklan petronas menjelang hari raya yang lembu dalam bot tu haa dan juga filem ANNA and THE KING . 

perusahaan ikan pekasam di lakukan oleh penduduk kampung yang menjadikan ikan segar Tasik Beng dengan Sungai Perak dengan seribu aroma apabila di masak  hingga di nobatkan sebagai yg terbaik pada 2004 yang lalu , patutla aku menambah sampai 3 pinggan , bagi yang minat memancing , pelbagai spesies ikan ada di sini spt TENGALAN , KELAH , KERAI , SEBARAU , BAUNG , LAMPAN JAWA dan PATIN , yg sering di jadikan pekasam dan mudah di tangkap 




lastly di KG BENG , sememangnya ia benar-benar mengusik perasaan aku dan memberi pengalaman yang aku sendiri tak dapat diungkapkan melainkan dapat merasa sendiri segala pengalaman sepanjang di KG BENG , terima kasih buat mak ayah angkat , pastinya aku akan rindu dengan saat-saat sepanjang berada di sini ..penduduk yang ramah dan mesra pula membuat hati kami berat untuk meninggalkan HOMESTAY KG BENG 

TUNGGU APA LAGI KORANG , boleh lah masuk laman web RAILWAY TOURISM MALAYSIA[klik] untuk reserve pakej-pakej yang menarik , luas pemandangan lagi luas pengalaman kita !! 

baca sini juga