PERASMIAN BROSUR PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI DAN MINI KONSERT

                                                         بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


sambungan entry Pelancaran Pakej Pelancongan [klik] , akhirnya 2 jam lebih menaiki ETS yang tak terasa sangat tibalah kami di IPOH , yahooo akhirnya aku dapat jugak jejakkan kaki di IPOH dan merasai pengalaman menggunakan pengangkutan darat ETS , terima kasih sekali lagi buat KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA dan RAILWAY ASSOCIATION MALAYSIA (RTAM)

sesampainya kami di sini , kami di sambut meriah dengan paluan kompang dan juga persembahan silat , wow sangat menarik persembahan mereka , tabik buat orang-orang ipoh yang sememangnya peramah dan murah dengan senyuman .

di Platform  1 Stesen Keretapi Ipoh , Perak  telah berlangsungnya satu sesi sidang media ucapan khas oleh Yb  Dato' Seri Mohamed Nazri B. Abdul Aziz buat sahabat-sahabat media dan juga para blogger yang ingin mengajukan apa-apa soalan yang berkaitan, alhamdulillah kerjasama terbaik dari YB MENTERI buat kami semua .

seterusnya kami di iringi untuk menyaksikan mini konsert dari artis-artis tempatan iaitu Najwa Latif , Roney Hyper Act , aku suka lagu dia yang ada lirik ''qasehmu ~ hanya ku yang mencari rembulan masih ada , eh eh perasan sebab ada nama qaseh kan , haaa gitu , juga ada Sheeda dangdut , Mus May , dan byk lagi yang di hoskan oleh Azwan Ali , sebelum konsert bermula , berlangsungla majlis perasmian BROSUR PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI oleh YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI B. ABDUL AZIZ dan juga YAB DATO' SERI DI RAJA DR ZAMRY B. ABD KADIR bersama PUAN KHADIJAH ABD RAHMAN , Presiden Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia 

alhamdulillah , Majlis Perasmian Brosur Pakej Pelancongan Keretapi berjalan lancar 

waktu yang di nanti-nanti iaitu Mini Konsert , jom layan gambar depa buat persembahan 

eh eh Puan Khadijah pun posing ala-ala Azwan Ali gitu 



persembahan dari Najwa Latif 


persembahan Ronnie Hyperact 

kami tak berkesempatan menyaksikan semua persembahan kerana masa yang tidak mengizinkan , apa-apa pun berkesempatan juga merakamkan kenangan di sini , dalam pukul 12 malam , kami gerak ke Homestay masing-masing yang di pecahkan kepada 3 homestay iaitu Homestay Kg Beng , Homestay Bukit Gantang dan juga Homestay Gopeng ! so qaseh di letakkan di Homestay KG BENG ! wahhhh nak tau pengalaman qaseh kat sana ? memang adventure dan sangat tradisional ! 







4 comments

  1. wah...seronoknya dpt pergi majlis2 macam ni kan....

    ReplyDelete
  2. takde bergambar dgn najwa latif ehh... siannn...

    ReplyDelete
  3. awat tak mintak duit kat najwa sikit, dia kan jutawan hehhe

    ReplyDelete
  4. qasehhhhh!!! jomm mkan pekasam sesama lg!huwuuu

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..