Pages

  • Home

Social Icons

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

28 Feb 2019

Althea Makeup | Tutorial Mekap Simple Menggunakan Mekap Dari Althea

Tutorial mekap simple dengan menggunakan mekap dari Althea Korea , bila Althea buat pengumuman bahawa ia akan mengeluarkan produk mekap , i'm so so excited ! Kenapa ? Haa sebab kebanyakan produk brand Althea ni sangat best dan murah tapi kualitinya sangat eklusif okay. Jadi , aku dah mencuba sendiri mekap dari Althea ni , memang tidak mengecewakan lagi-lagi ada eyeshadow pallet hasil kolaborasi Althea X Bunga Cinta Lestari. 


Lets unboxing Eklusif Althea Makeup Box khas untuk korang , jadi dalam box ni ada 5 produk , i wanna share all about this one by one . Dengan 5 produk ni jer korang akan dapat kesan mekap yang sangat cantik tanpa menggunakan any foundation dan juga blusher . Yeah dah berseri bak puteri gunung ledang , gitewwww . 
  • Skin Relief Spot Film Gel 
  • Flawless Creamy Concealer
  • Eyeshadow Pallet Soonrise & Moonrise
  • Watercream Colour Tint
  • Spotlight Eye Glitter 
Skin Relief Spot Film Gel 

Skin relief spot film gel ni korang boleh apply masa tengah prep wajah yang cantik tu , just apply pada spot2 yang bermasalah je , sebab tekstur nya agak melekit dan perlu masa untuk kering , if tak tunggu kering nanti mekap jadi comot . 




Flawless Creamy Concealer 

Believe or not concealer ni hanya RM15 je , murah tapi tekstur dan hasilnya sangat lah cantik dan tak bertapuk , sebelum mekap apa-apa pun korang kena prep wajah dulu , simple prep pakai pelembab muka , primer dan sunscreen dan aku terus guna concealer ni , aku guna shade Vanilla [paling cerah]




Ia ada 4 shades , dari warna cerah hingga lah gelap , Vanilla , Ginger , Honey dan Mocha. Concealer ni bukan untuk tutup cela je , korang boleh conceal untuk kening , gantikan foundation [simple mekap tanpa foundation] , shade gelap pulak korang boleh jadikan sebagai shading.




Eyeshadow Pallet Sunrise & Moonrise by Bunga Cinta Lestari X Althea 

Bila dah pakai concealer , aku guna eye pallet ni untuk cantikkan mata pulak , jom lah ber eyeshadow , sebenarnya paling tak pandai adalah nak apply eyeshadow , kelopak mata besar ni tak tahu nak apply secara penuh atau pun sikit-sikit haha tapi ai cuba dengan berpandukan tutorial di youtube ehehe , tapi eyeshadow ni sumpah cantik gila warna dia dan pigmented sangat 

Eye Pallet ni ada 8 colour , yang matte dan jugak shimmer . Uols boleh nampak dalam gambar colour dia cantik sangat , walaupun apply sikit je , warna dia menyerlah sangat . 






Spotlight Eye Glitter

Next nak bagi mata nampak cute , soft and ala-ala doll , apply this spotlight eye glitter . Boleh apply seperti eyeliner , atau boleh letak di hujung-hujung mata ganti highlight dan sebagainya , aku letak di hujung mata bagi nampak comel sikit [comel ke ? ] haha 



Ada dua colour , light pink dan white ~ 


Watercolour Cream Tint 

Kebiasaannya aku memang guna tint tapi bukan jenis cream macam ni , lebih cair macam air gitu . Then , bila aku cuba yang jenis cream ni lagi cantik sebab ia melekat penuh pada full bibir , biasa yang cair tu dia cepat kering so kena apply gincu jugak . Tapi yang ni cantik dan sangat mudah nak guna. 

Ada 4 colour , Plum , Strawberry , Peach & Marron . Tak boleh nak decide yang mana satu jadi favourite sebab semua colour ni cantik sangat dan boleh di jadikan sebagai blusher juga . Nampak tak sangat lah jimat dengan menggunakan mekap dari Althea ni 




MY FULL VIDEO TUTORIAL USING ALTHEA MAKEUP 



Haaa nak tengok full tutorial boleh lah tengok video ni , melalui gambar ni susah sikit nak cerita kan haha tapi aku suka jenis mekap yang simple je , light mekap dan eyeshadow first try sebab sebelum ni tak pandai sangat nak apply , eye pallet ni membuatkan aku jadi senang dan mudah nak apply hehe enjoy watching ! Tapi sebelum tu nak bagitau awal-awal im not pro mekap haha . 

 Sebelum apply spotlight eye glitter , cantik kan warna eyshadow pallet ni , sumpah jatuh cinta sangat !

Selepas apply spotlight eye glitter , mata lebih nampak menyerlah gitu .. hehe . So korang boleh dapatkan semua mekap ni di website Althea. 

Info Althea Korea
Official Website : http://my.althea.kr
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/


posted in
altheaangels beauty qasehreview
share on
continue reading

22 Feb 2019

Air On Park di Aeon Shah Alam | VR Game Buat Aku Jadi Gila

Assalamualaikum 

Pernah main game VR ? Aku boleh katakan ini adalah permainan orang gila haha kenapa ? Bagi yang pernah cuba , bila main game VR ni , kita berada dalam dunia kita sendiri tapi orang lain melihat kita seperti orang gila ! Orang gila yang menyeronokkan di Air On Park di Aeon Shah Alam ~ yuhuuuu jom baca apa yang best di Air On Park ni pulak 


Selepas dah beraktiviti lasak di Rockybase Camp [ baca di https://www.qasehdalia.com/2019/02/Rockybase-Camp-di-Aeon-Shah-Alam-Jom-Buat-Aktiviti-Climbing-Rock-di-Dalam-Mall.html , Rayyan macam tak berapa puas lagi enjoy dalam dunia kanak-kanak dia hehe so Umi bawak dia pergi ke Air On Park pulak yang bertemapt di aras 4 , masih lagi didalam Aeon Shah ALam.

Bila sesampainya di sini fuh Rayyan dah excited gila [baca : menangis] sebab tak sabar-sabar nak masuk dalam ni haaaa , mana boleh masuk terus wahai anakku , first of all kena lah isi borang dulu , then kena pakai gelang dan ada kertas barcode untuk access masuk dalam setiap tempat yang ada dalam Air On Park ni haaa .

Jadi dalam Air On Park ni ada 3 tempat permainan, kat sini memang pusat rekreasi keluarga so sila bawak anak-anak korang datang sini dan biar mereka merasai nikmat dunia mereka yihhh ! Jadi dalam ni boleh santai-santai hingga lah menjadi gila yang menyeronokkan dalam 3 tempat permainan yang berbeza iaitu :
  • Edutainment Zone 
  • Fun Zone
  • VR / AR Zone 




Dah kalau pintu masuknya pun begini , bukan Rayyan je excited ~ Umi lagi excited ahaks 

VR / AR Zone Tarikan Utama di Air On Park Shah Alam 

Sebenarnya ini adalah pertama kali aku mencuba game VR yang bermaksud Virtual Reality , game ni boleh buat ketagih tau sebab bila kita pakai VR tu di kepala memang kita je lah boleh nampak dan rasa macam real gila beb , macam hari tu aku cuba yang roller coaster ~ OMG ! Gila dia punya real tu macam betul-betul kita tengah main roller coaster sampai terjerit-jerit dan tutup mata siap hahaha i kenot lah ~ tapi sebenarnya ia menyeronokkan.. 

Lagi menyeronokkan pada orang yang tengah tengok kita duk terjerit-jerit itu hahaha kuajo tau ! Tapi aku pun gelakkan orang lain jugak keh keh keh . So , dalam ni ada beberapa game yang korang boleh main , roller coaster , perang , menembak , meninju , naik jet dan lain-lain lagi . Untuk budak kecil tak sesuai sebab VR tu besar sangat dengan kepala diorang [kalau kepala besar takpe :p]

 Ni tengah tembak penjahat ~ power lah aiols 

 Yang ni tengah tembak zombi , kena main 4 orang haaa aku main dengan budak-budak ni je haha

 Zombi buat surprise masa ni , tiba-tiba muncul dari atas , eleh dah 2019 pun masih buat taktik lama lagi :p

 Rayyan main game ni je , sebab tak perlu pakai Vr tuh






Haa kau , yang paling best tengok orang terjerit-jerit tu haha , boleh sesak nafas walaupun sekadar duduk kat situ je , sumpah real ~ nasib baik tak terkucil je , satu game tu pun agak lama jugak , memang feel habis . So VR game ni memang wajib korang cuba ok 

Harga Untuk VR/AR Zone
  • Pass Single untuk 5 permainan : RM 55.00
  • Pas Bundle untuk 10 perlawanan :RM 95.00
  • Permainan taktikal ~ ONE Entry:  RM 55.00
  • Permainan taktikal ~ Bundle of 4 games : RM 190.00
  • Pas Bundle untuk 10 perlawanan: RM 95.00
  • Pas Kemasukan
  • Guardian: RM 5.00
  • Companion: RM 10.00
  • Topeng Mata setiap bahagian: RM 1.00


Edutainment Zone 

Untuk anak yang tengah membesar , boleh lepak santai di sini sambil diorang belajar , macam-macam yang anak-anak boleh belajar kat sini seperti lego , melukis , main muzik , memasak dan lain-lain . Staff-staff di sini pun sangat peramah dengan anak-anak dan boleh ajarkan sekali juga . Dalam Air On Park ni sejuk ye so bagi anak-anak korang boleh bawak sweater . 






Harga Edutainment Zone
  • 1 jam pas: RM 35.00
  • 2 Jam Pas :RM 45.00
  • 2 jam x 4 penyertaan : RM 140.00
  • 3 jam pas untuk 2 zon ( Edutainment & Zone Fun): RM 60.00
  • Pas Kemasukan
  • Guardian: RM 5.00
  • Companion: RM 10.00


Fun Zone 

Tempat ni kegemaran ramai sekalian kanak-kanak hehe masa untuk main ! Mak ayah pun boleh main sekali , jangan risau ~ semuanya kukuh untuk berat badan mak ayah sekali hehe , dalam ni ada gelongsor , tempat memanjat , susun lego, ada jaring-jaring halangan dan lain-lain lagi . Sambil bermain sebenarnya mereka boleh belajar juga.




Harga Fun Zone
  • 2 Jam Pas : RM 35.00
  • 2 jam x 4 penyertaan :RM 110.00
  • 3 jam pas untuk 2 zon ( Zon Fun & Edutainment) : RM 60.00


Korang jangan lupa bawak family , anak -anak , anak buah dan anak jiran sekali datang ke sini hehehe , berbaloi sangat haaa part nak balik tu yang payah sikit , kena pujuk anak balik atau dia meraung tak nak balik haha dan main syok-syok , lastnya menangis juga grrrrr .. ! 

MORE INFO :

Website : http://www.aironpark.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AirOnPark.SA/
Instagram: https://www.instagram.com/aironpark.sa/
Lokasi : Aras 4 , Aeon Shah Alam 
posted in
entertainment qasehreview
share on
continue reading

21 Feb 2019

Rockybase Camp di Aeon Shah Alam | Jom Buat Aktiviti Climbing Rock di Dalam Mall

Assalamualaikum

Bestnya tengok orang buat aktiviti climbing rock , macam dah lama jugak tak buat aktiviti-aktiviti lasak sejak bergelar ibu ni , haishh nak join orang lain daki gunung tak boleh nak tinggal anak pulak tapi beberapa hari lepas akhirnya dapat juga melepaskan gian membuat aktiviti lasak . Paling best bila anak pun boleh join sekali , haaa kat mana tu ? Semestinya di Rockybase Camp di Aeon Shah Alam. 




Rockybase Camp Climbing Rock Pertama di Malaysia 

Bestnya kat sini tak perlu susah-susah masuk hutan , sebab ianya indoor game . Bagi yang berkeluarga Rockybase Camp ni memang akan memikat hati korang sebab ianya memang mesra keluarga dan anak-anak boleh join juga dari umur 4 tahun ke atas .
Rockybase Camp di Aeon Shah Alam ni dah beroperasi selama 2 tahun dan ianya merupakan pusat Climbing Rock Indoor yang pertama di Malaysia . 
Big Playground Untuk Anak-Anak 

Macamana pula kalau ada anak kecil ? Haaa yang part ni paling best sebab dalam Rockybase Camp ni juga ada playground besar dan selesa .So Rayyan 3 tahun , dia tak pandai lagi nak buat climbing rock , Abah dan Umi je lah join dan tak perlu nak risau siapa yang akan jaga dia sebab dia enjoy je main dalam playground dan kawan-kawan yang lain ~ Umi dan Abahnya apa lagi ~ naik syeikh orang kata ahahaha .




Terdapat 10 Wall Climbing Rock di Rockybase Camp 

Dalam Rockybase Camp ni ada 10 wall yang korang boleh panjat , dari wall yang biasa-biasa hinggalah yang adventure dan yang agak susah . Bagi kanak-kanak , boleh cuba wall yang mudah je , bab keselamatan pula korang jagan risau , yang tinggi akan disediakan tali juga so kalau terjatuh pun korang akan selamat je.




Jom Jadi Spiderman !


Sebelum start apa-apa aktiviti pastikan kita streching dulu untuk memanaskan badan , kalau tak otot-otot terkejut nanti haa mula lah sakit-sakit badan hehe. Staff di Rockybase Camp ni pulak semuanya peramah dan terlatih , siap ada sijil lagi haaa so boleh letakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka , yang penting , bila masuk rumah orang kena lah ikut peraturan rumah orang , ye dak ?

Tips penting : Sebelum datang ke sini , pastikan kena bawak stoking kalau tak korang kena beli stoking di sini (RM4.70 sepasang) , tak perlu bawa kasut sebab korang kena pakai kasut yang disediakan di sini . Jangan lupa bawak air mineral , kot lah haus / lapar sebab dalam ni takde jual makanan. Ada juga locker untuk korang simpan barang2 berharga , dan pastikan tak perlu pakai barang kemas / cincin , nanti kan terbengkok pulak hihi



Ni level biasa / start dulu , kat sini tak perlu pakai tali , kalau jatuh pun ada tilam kat bawah 


Budak-budak ni kemain haaaa , banyak kali jugak lah diorang panjat haha 


 Wall ni paling tinggi dan susah sebenarnya sebab kalau tengok yang kiri dan kanan tu agak jauh jarak , kat sini kena guna skill lompat jugak (kalau pendek) hiks , yang ni tak berjaya sampai atas , alahai sikit je lagi ! Tapi sebab dah banyak panjat yang lain , tangan pun dah tak kuat acecece

  
Semua dah kepenatan ~ haha kalau korang nak bakar kalori yang ada meh datang ke sini , berbaloi-baloi dan tak rugi punya lah .. 

Harga Indoor Climbing Rock di Rocybase Camp Aeon Shah Alam 

Semua akses
Junior: RM 23.58
Dewasa: RM 33.01
* Junior 4 - 14 tahun. * Dewasa 15 tahun ke atas. ( yang boleh bermain )

* Sila ambil perhatian: Setiap Pesanan Dewasa dibenarkan mengiringi sehingga maksimum 4 JUNIORS Pass Access pada satu-satu masa.
* Orang dewasa pertama adalah percuma, sahabat dewasa seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.

10 X Semua Akses
Junior: RM 188.67
Dewasa: RM 283.01
* Sila ambil perhatian: Akses Bundle RBC akan tamat tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
* Pemegang pas harus hadir pada masa penebusan.

Akses Explorer
Junior: RM 47.16
Dewasa: RM 56.60
Tawaran ini terbuka kepada Explorer dari semua peringkat umur setakat umur 4 tahun ke datuk nenek aktif.
* Sila ambil perhatian: Kelas ini akan dijalankan selama 1 jam.
* Kanak-kanak hanya akan berada di bawah pengawasan seorang Pengajar semasa sesi yang dijadualkan.

Sewa
Beg WT Chalk: RM 2.83
Belay Device: RM 4.71
* Semua gear sewa digunakan selama 2 jam setiap kali.
* Caj penuh yang dikenakan untuk gear yang tidak dikembalikan.


  Tq so much Rockybase Camp dan staff yang banyak beri tunjuk ajar pada kitorang , best sangat dan kalau datang sini pastikan cuba semua , cabar diri sekali sekala . Gayat tak gayat wajib cuba , mula-mula takut lepas tu ketagih hehe , boleh la bawak family atau gathering kat sini , asyik bercuti santai-santai je kan ~ jom buat aktiviti lasak pula ~ 

More Info :



Website: http://www.rockybasecamp.com
Facebook: https://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/
Lokasi : Aeon Shah Alam Aras 3 

posted in
entertainment qasehreview
share on
continue reading
next prev
Subscribe to: Posts (Atom)

Author

Author



Total Pageviews

Followers

Labels

advertorial altheaangels beauty event food review kelab blogger ben ashaari parenting qasehreview resepi sponsortrip travel

Blog Archive

  • ►  2010 (108)
    • ►  October (13)
    • ►  November (37)
    • ►  December (58)
  • ►  2011 (339)
    • ►  January (72)
    • ►  February (47)
    • ►  March (49)
    • ►  April (45)
    • ►  May (14)
    • ►  June (23)
    • ►  July (19)
    • ►  August (33)
    • ►  September (13)
    • ►  October (17)
    • ►  November (5)
    • ►  December (2)
  • ►  2012 (44)
    • ►  January (2)
    • ►  February (5)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)
    • ►  May (7)
    • ►  June (8)
    • ►  July (1)
    • ►  August (4)
    • ►  September (5)
    • ►  October (4)
    • ►  November (3)
    • ►  December (3)
  • ►  2013 (81)
    • ►  January (3)
    • ►  February (5)
    • ►  March (1)
    • ►  April (3)
    • ►  May (2)
    • ►  June (3)
    • ►  July (6)
    • ►  August (6)
    • ►  September (6)
    • ►  October (6)
    • ►  November (21)
    • ►  December (19)
  • ►  2014 (91)
    • ►  January (13)
    • ►  February (4)
    • ►  March (5)
    • ►  April (10)
    • ►  May (4)
    • ►  June (5)
    • ►  July (11)
    • ►  August (4)
    • ►  September (22)
    • ►  October (5)
    • ►  November (4)
    • ►  December (4)
  • ►  2015 (63)
    • ►  January (6)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  April (4)
    • ►  May (10)
    • ►  June (5)
    • ►  July (1)
    • ►  August (11)
    • ►  September (4)
    • ►  October (10)
    • ►  November (2)
    • ►  December (7)
  • ►  2016 (60)
    • ►  February (2)
    • ►  March (7)
    • ►  April (8)
    • ►  May (1)
    • ►  June (8)
    • ►  July (3)
    • ►  August (1)
    • ►  September (8)
    • ►  October (7)
    • ►  November (7)
    • ►  December (8)
  • ►  2017 (131)
    • ►  January (9)
    • ►  February (9)
    • ►  March (11)
    • ►  April (5)
    • ►  May (16)
    • ►  June (14)
    • ►  July (9)
    • ►  August (15)
    • ►  September (8)
    • ►  October (14)
    • ►  November (13)
    • ►  December (8)
  • ►  2018 (80)
    • ►  January (10)
    • ►  February (9)
    • ►  March (8)
    • ►  April (8)
    • ►  May (9)
    • ►  June (4)
    • ►  July (7)
    • ►  August (5)
    • ►  September (7)
    • ►  October (4)
    • ►  November (5)
    • ►  December (4)
  • ▼  2019 (45)
    • ►  January (11)
    • ▼  February (3)
      • Rockybase Camp di Aeon Shah Alam | Jom Buat Aktivi...
      • Air On Park di Aeon Shah Alam | VR Game Buat Aku J...
      • Althea Makeup | Tutorial Mekap Simple Menggunakan ...
    • ►  March (4)
    • ►  April (3)
    • ►  May (5)
    • ►  June (3)
    • ►  July (2)
    • ►  August (4)
    • ►  September (3)
    • ►  October (1)
    • ►  November (4)
    • ►  December (2)
  • ►  2020 (37)
    • ►  January (1)
    • ►  February (2)
    • ►  April (3)
    • ►  May (4)
    • ►  June (2)
    • ►  July (8)
    • ►  August (7)
    • ►  September (4)
    • ►  October (4)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2021 (34)
    • ►  January (3)
    • ►  February (3)
    • ►  March (1)
    • ►  April (4)
    • ►  May (9)
    • ►  June (5)
    • ►  July (2)
    • ►  September (2)
    • ►  October (2)
    • ►  December (3)
  • ►  2022 (15)
    • ►  January (2)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  April (5)
    • ►  May (1)
    • ►  June (4)

My Blog List

readers favorites

  • Supplement Himalaya | Kebaikan Women Wellness Shatavari dan Bowel Wellness Triphala
    Assalamualaikum, sihat ke kome semua ? Pernah tak korang terasa badan korang kerap sakit-sakit badan, lenguh, mood tak menentu dan mac...
  • Pengalaman Kena Buasir Ketika Mengandung | Apa Yang Aku Buat
     Assalamualaikum  Pengalaman mengandung kali ke dua ni, lain sangat dengan pengalaman mengandung kali pertama ye, nak dijadikan cerita terke...
  • Top 10 Fitness Gifts for Him This Christmas 2021
    Top 10 Fitness Gift For Him | Everyone deserves to be spoiled once in a while and this coming Christmas is the perfect opportunity for you t...
  •   Pengalaman Beli Ipad Online di Website Apple
    Assalamualaikum  Sebenarnya tak terlintas pun nak beli ipad lebih-lebih lagi secara online, sebab qaseh duk fikir nak beli laptop, tapi bila...
  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
    Assalamualaikum  Fuh baru berkesempatan nak update entry tentang cuti-cuti bujet 2018 ke Genting Highland . Seingat aku dah lama gila ...
  • Berkat Korban 2022 | Daftar Ibadah Korban 2022 Anjuran AEON Malaysia
      Assalamualaikum   Jom Daftar Berkat Korban 2022 anjuran AEON Malaysia  | Alhamdulillah dah masuk tahun ke-tiga ye AEON CO. (M) BHD menerus...

send me a message!

latest 'grams from @username

© Qaseh Dalia's Blog.
Made by SoulMuse.