• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Juara Anugerah Juara Lagu ke-34 2020, pergh malam ni memang aku layan sampai habis Anugerah Juara Lagu ke-34, lain macam ye persembahan artis-artis yang bertanding, tapi yang aku paling emosi bila Dato Siti Nurhaliza masuk tapi masa dia tengah tarik suara, masa tu lah mic tak function yall, eh geram lah, bukan senang dah nak dengar Tokti masuk Juara lagu ! Haaa ramai emosi bab ni weh ~ 

Pemenang Juara Lagu ke-34 - Naim Daniel 

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-34 tahun 2020 

Juara AJL34 -  Naim Daniel lagu Sumpah
Tempat Kedua - Aman Ra lagu Bangun
Tempat Ketiga - Bob Yusof lagu Anta Permana
Persembahan Terbaik - Hafiz Shuib lagu Kisah Cinta Kita
Vokal Terbaik - Hafiz Shuib lagu Kisah Cinta 

Pemenang Kedua AJL34 - Aman Ra
Pemenang Ketiga AJL34 - Bob Yusof 


Persembahan Terbaik AJL34 - Hafiz Shuib

Vokal Terbaik AJL34 - Hafiz Shuib

Tahniah kepada Juara, Naim Daniel dengan membawa lagu Sumpah, lagu ni memang best pun dan persembahan Naim Daniel di Ajl34 memang gempak dengan mekap  ibarat lukisan gitu, tapi malam ni macam-macam persembahan dan emosi ada ya

Part paling seram bila Drama Band buat persembahan, yaampun sumpah aku terkejut bodo sebab muka macam hantu, dah lah masa dia nyanyi tu dia pusing ke belakang dulu, bila dia toleh tu terus terkejut lah gila, haha dan banyak sindirian dalam persembahan Drama Band kali ni. 

Gila tak seram, dengan mata terbuntang gitu ! Haa segala watak ada dalam persembahan Drama Band ni, kontroversi habis !

Tapi malam ni sebenarnya ramai yang hebat-hebat, ikutkan semua lagu best, Akim, Hazama, Erni, Aina Abdul memang best gila suara depa tapi tu lah rezeki kan, semoga tak putus asa dan terus berjuang. Tahniah kepada semua yang menang. Adat pertandingan ada menang dan juga kalah.

Lastly, tetap geram dan sakit hati bila mic Tokti tak function !!! Eeeee nasib baik lagu Anta Permana menang juga, tapi tetap sakit hati jugak. Huh, kbye! 











Assalamualaikum 

Pernah main game VR ? Aku boleh katakan ini adalah permainan orang gila haha kenapa ? Bagi yang pernah cuba , bila main game VR ni , kita berada dalam dunia kita sendiri tapi orang lain melihat kita seperti orang gila ! Orang gila yang menyeronokkan di Air On Park di Aeon Shah Alam ~ yuhuuuu jom baca apa yang best di Air On Park ni pulak 


Selepas dah beraktiviti lasak di Rockybase Camp [ baca di https://www.qasehdalia.com/2019/02/Rockybase-Camp-di-Aeon-Shah-Alam-Jom-Buat-Aktiviti-Climbing-Rock-di-Dalam-Mall.html , Rayyan macam tak berapa puas lagi enjoy dalam dunia kanak-kanak dia hehe so Umi bawak dia pergi ke Air On Park pulak yang bertemapt di aras 4 , masih lagi didalam Aeon Shah ALam.

Bila sesampainya di sini fuh Rayyan dah excited gila [baca : menangis] sebab tak sabar-sabar nak masuk dalam ni haaaa , mana boleh masuk terus wahai anakku , first of all kena lah isi borang dulu , then kena pakai gelang dan ada kertas barcode untuk access masuk dalam setiap tempat yang ada dalam Air On Park ni haaa .

Jadi dalam Air On Park ni ada 3 tempat permainan, kat sini memang pusat rekreasi keluarga so sila bawak anak-anak korang datang sini dan biar mereka merasai nikmat dunia mereka yihhh ! Jadi dalam ni boleh santai-santai hingga lah menjadi gila yang menyeronokkan dalam 3 tempat permainan yang berbeza iaitu :
  • Edutainment Zone 
  • Fun Zone
  • VR / AR Zone 




Dah kalau pintu masuknya pun begini , bukan Rayyan je excited ~ Umi lagi excited ahaks 

VR / AR Zone Tarikan Utama di Air On Park Shah Alam 

Sebenarnya ini adalah pertama kali aku mencuba game VR yang bermaksud Virtual Reality , game ni boleh buat ketagih tau sebab bila kita pakai VR tu di kepala memang kita je lah boleh nampak dan rasa macam real gila beb , macam hari tu aku cuba yang roller coaster ~ OMG ! Gila dia punya real tu macam betul-betul kita tengah main roller coaster sampai terjerit-jerit dan tutup mata siap hahaha i kenot lah ~ tapi sebenarnya ia menyeronokkan.. 

Lagi menyeronokkan pada orang yang tengah tengok kita duk terjerit-jerit itu hahaha kuajo tau ! Tapi aku pun gelakkan orang lain jugak keh keh keh . So , dalam ni ada beberapa game yang korang boleh main , roller coaster , perang , menembak , meninju , naik jet dan lain-lain lagi . Untuk budak kecil tak sesuai sebab VR tu besar sangat dengan kepala diorang [kalau kepala besar takpe :p]

 Ni tengah tembak penjahat ~ power lah aiols 

 Yang ni tengah tembak zombi , kena main 4 orang haaa aku main dengan budak-budak ni je haha

 Zombi buat surprise masa ni , tiba-tiba muncul dari atas , eleh dah 2019 pun masih buat taktik lama lagi :p

 Rayyan main game ni je , sebab tak perlu pakai Vr tuh






Haa kau , yang paling best tengok orang terjerit-jerit tu haha , boleh sesak nafas walaupun sekadar duduk kat situ je , sumpah real ~ nasib baik tak terkucil je , satu game tu pun agak lama jugak , memang feel habis . So VR game ni memang wajib korang cuba ok 

Harga Untuk VR/AR Zone
  • Pass Single untuk 5 permainan : RM 55.00
  • Pas Bundle untuk 10 perlawanan :RM 95.00
  • Permainan taktikal ~ ONE Entry:  RM 55.00
  • Permainan taktikal ~ Bundle of 4 games : RM 190.00
  • Pas Bundle untuk 10 perlawanan: RM 95.00
  • Pas Kemasukan
  • Guardian: RM 5.00
  • Companion: RM 10.00
  • Topeng Mata setiap bahagian: RM 1.00


Edutainment Zone 

Untuk anak yang tengah membesar , boleh lepak santai di sini sambil diorang belajar , macam-macam yang anak-anak boleh belajar kat sini seperti lego , melukis , main muzik , memasak dan lain-lain . Staff-staff di sini pun sangat peramah dengan anak-anak dan boleh ajarkan sekali juga . Dalam Air On Park ni sejuk ye so bagi anak-anak korang boleh bawak sweater . 






Harga Edutainment Zone
  • 1 jam pas: RM 35.00
  • 2 Jam Pas :RM 45.00
  • 2 jam x 4 penyertaan : RM 140.00
  • 3 jam pas untuk 2 zon ( Edutainment & Zone Fun): RM 60.00
  • Pas Kemasukan
  • Guardian: RM 5.00
  • Companion: RM 10.00


Fun Zone 

Tempat ni kegemaran ramai sekalian kanak-kanak hehe masa untuk main ! Mak ayah pun boleh main sekali , jangan risau ~ semuanya kukuh untuk berat badan mak ayah sekali hehe , dalam ni ada gelongsor , tempat memanjat , susun lego, ada jaring-jaring halangan dan lain-lain lagi . Sambil bermain sebenarnya mereka boleh belajar juga.




Harga Fun Zone
  • 2 Jam Pas : RM 35.00
  • 2 jam x 4 penyertaan :RM 110.00
  • 3 jam pas untuk 2 zon ( Zon Fun & Edutainment) : RM 60.00


Korang jangan lupa bawak family , anak -anak , anak buah dan anak jiran sekali datang ke sini hehehe , berbaloi sangat haaa part nak balik tu yang payah sikit , kena pujuk anak balik atau dia meraung tak nak balik haha dan main syok-syok , lastnya menangis juga grrrrr .. ! 

MORE INFO :

Website : http://www.aironpark.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AirOnPark.SA/
Instagram: https://www.instagram.com/aironpark.sa/
Lokasi : Aras 4 , Aeon Shah Alam 
Assalamualaikum

Bestnya tengok orang buat aktiviti climbing rock , macam dah lama jugak tak buat aktiviti-aktiviti lasak sejak bergelar ibu ni , haishh nak join orang lain daki gunung tak boleh nak tinggal anak pulak tapi beberapa hari lepas akhirnya dapat juga melepaskan gian membuat aktiviti lasak . Paling best bila anak pun boleh join sekali , haaa kat mana tu ? Semestinya di Rockybase Camp di Aeon Shah Alam. 




Rockybase Camp Climbing Rock Pertama di Malaysia 

Bestnya kat sini tak perlu susah-susah masuk hutan , sebab ianya indoor game . Bagi yang berkeluarga Rockybase Camp ni memang akan memikat hati korang sebab ianya memang mesra keluarga dan anak-anak boleh join juga dari umur 4 tahun ke atas .
Rockybase Camp di Aeon Shah Alam ni dah beroperasi selama 2 tahun dan ianya merupakan pusat Climbing Rock Indoor yang pertama di Malaysia . 
Big Playground Untuk Anak-Anak 

Macamana pula kalau ada anak kecil ? Haaa yang part ni paling best sebab dalam Rockybase Camp ni juga ada playground besar dan selesa .So Rayyan 3 tahun , dia tak pandai lagi nak buat climbing rock , Abah dan Umi je lah join dan tak perlu nak risau siapa yang akan jaga dia sebab dia enjoy je main dalam playground dan kawan-kawan yang lain ~ Umi dan Abahnya apa lagi ~ naik syeikh orang kata ahahaha .




Terdapat 10 Wall Climbing Rock di Rockybase Camp 

Dalam Rockybase Camp ni ada 10 wall yang korang boleh panjat , dari wall yang biasa-biasa hinggalah yang adventure dan yang agak susah . Bagi kanak-kanak , boleh cuba wall yang mudah je , bab keselamatan pula korang jagan risau , yang tinggi akan disediakan tali juga so kalau terjatuh pun korang akan selamat je.




Jom Jadi Spiderman !


Sebelum start apa-apa aktiviti pastikan kita streching dulu untuk memanaskan badan , kalau tak otot-otot terkejut nanti haa mula lah sakit-sakit badan hehe. Staff di Rockybase Camp ni pulak semuanya peramah dan terlatih , siap ada sijil lagi haaa so boleh letakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka , yang penting , bila masuk rumah orang kena lah ikut peraturan rumah orang , ye dak ?

Tips penting : Sebelum datang ke sini , pastikan kena bawak stoking kalau tak korang kena beli stoking di sini (RM4.70 sepasang) , tak perlu bawa kasut sebab korang kena pakai kasut yang disediakan di sini . Jangan lupa bawak air mineral , kot lah haus / lapar sebab dalam ni takde jual makanan. Ada juga locker untuk korang simpan barang2 berharga , dan pastikan tak perlu pakai barang kemas / cincin , nanti kan terbengkok pulak hihi



Ni level biasa / start dulu , kat sini tak perlu pakai tali , kalau jatuh pun ada tilam kat bawah 


Budak-budak ni kemain haaaa , banyak kali jugak lah diorang panjat haha 


 Wall ni paling tinggi dan susah sebenarnya sebab kalau tengok yang kiri dan kanan tu agak jauh jarak , kat sini kena guna skill lompat jugak (kalau pendek) hiks , yang ni tak berjaya sampai atas , alahai sikit je lagi ! Tapi sebab dah banyak panjat yang lain , tangan pun dah tak kuat acecece

  
Semua dah kepenatan ~ haha kalau korang nak bakar kalori yang ada meh datang ke sini , berbaloi-baloi dan tak rugi punya lah .. 

Harga Indoor Climbing Rock di Rocybase Camp Aeon Shah Alam 

Semua akses
Junior: RM 23.58
Dewasa: RM 33.01
* Junior 4 - 14 tahun. * Dewasa 15 tahun ke atas. ( yang boleh bermain )

* Sila ambil perhatian: Setiap Pesanan Dewasa dibenarkan mengiringi sehingga maksimum 4 JUNIORS Pass Access pada satu-satu masa.
* Orang dewasa pertama adalah percuma, sahabat dewasa seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.

10 X Semua Akses
Junior: RM 188.67
Dewasa: RM 283.01
* Sila ambil perhatian: Akses Bundle RBC akan tamat tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
* Pemegang pas harus hadir pada masa penebusan.

Akses Explorer
Junior: RM 47.16
Dewasa: RM 56.60
Tawaran ini terbuka kepada Explorer dari semua peringkat umur setakat umur 4 tahun ke datuk nenek aktif.
* Sila ambil perhatian: Kelas ini akan dijalankan selama 1 jam.
* Kanak-kanak hanya akan berada di bawah pengawasan seorang Pengajar semasa sesi yang dijadualkan.

Sewa
Beg WT Chalk: RM 2.83
Belay Device: RM 4.71
* Semua gear sewa digunakan selama 2 jam setiap kali.
* Caj penuh yang dikenakan untuk gear yang tidak dikembalikan.


  Tq so much Rockybase Camp dan staff yang banyak beri tunjuk ajar pada kitorang , best sangat dan kalau datang sini pastikan cuba semua , cabar diri sekali sekala . Gayat tak gayat wajib cuba , mula-mula takut lepas tu ketagih hehe , boleh la bawak family atau gathering kat sini , asyik bercuti santai-santai je kan ~ jom buat aktiviti lasak pula ~ 

More Info :



Website: http://www.rockybasecamp.com
Facebook: https://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/
Lokasi : Aeon Shah Alam Aras 3 

Annyeonghaseyo ~

Benci nya bila dah start balik gilakan drama Korea , tidur mesti tak cukup dan tak sabar tunggu episod demi episod .. ni semua Jeeb dan Lisa dan Mimin punya pasal sebok duk cerita pasal drama Korea dalam group .. aku dah la tengah mencuba untuk menahan diri nak layan drama-drama ni semua sebab faham-faham la drama korea ni sampai berpuluh episod haha aku pulak jenis selagi tak habis selagi tu tengok haa 

Jadi sekarang aku tengah layan Drama Korea Black , best ke tak cerita ni ? best ! cerita ni sangat complicated .. ia mengisahkan heroin yang boleh nampak bayang-bayang kematian dalam diri orang lain , tapi diri dia sendiri dia tak dapat tengok lah , so ada watak malaikat maut jugak .. heheh 

Drama ni lebih kepada penyiasatan kes-kes pembunuhan , aku suka cerita berkisarkan kisah macam ni sebab ia akan mengurangkan air mata yang gugur haha kalau cinta huh meleleh-leleh woi .. jadi hero dalam cerita ni malaikat maut la kononnya then masuk dalam tubuh manusia .. sebenarnya dia masuk dalam tubuh manusia untuk cari kawan dia yang bersembunyi tapi lain plak jadi nya ! so nak tau tengoklah sendiri , korang boleh download app VIU sebab kat situ laju 


Drama Korea Terbaik 2017 Yang Wajib Tonton 
  • A Coffee To Go 
  • Tomorrow With You 
  • Strong Woman Do Bong Soon 
  • Defendant 
  • Voice
  • Missing Nine
  • Untouchable 
  • My Secret Romance
  • Man To Man 
  • My Sassy Girl 
  • Introverted Boss
  • Beauty In A Time Of war 
  • The Package 
  • Polyclinic Doctor 
  • Sister Is Alive 



Assalamualaikum 

Aku bukan peminat mereka berdua , tapi mereka ni betul-betul orang kata fenomena .. mana taknya dari lofattah hinggalah fattzura .. pandai diorang gabung nama hahaha tapi apapun memang bagi peminat mereka kejutan demi kejutan yang fattzura ni bagi .. 

First kisah pertunangan secara diam-diam yang di anggap oleh netizen semua mereka sudah menikah , rupanya hanya bertunang then buat press conference lepas balik umrah , katanya nak kawen hujung tahun tup-tup hari ni dengan berita dah menikah secara sah di sebuah hotel dalam suasana yang tertutup .. 



Ramai jugak yang sedih sebab tak dapat apa-apa berita , dan wartawan juga tidak di jemput haha , papepun tu hak mereka mungkin nak majlis berjalan lancar dengan tenang .. apa-apapun tahniah buat mereka berdua .. aku suka tengok Fazura ni bertudung nampak sangat manis .. tak di nafikan Fazura sangat cantik .. semoga kekal hingga ke Jannah ye 


Senarai 12 Lagu Yang Layak ke Final Anugerah Juara Lagu 2018 | AJL32 , tu diaaa aku jarang update pasal hiburan ni tapi di sebabkan malam ni terlayan separuh akhir muzik-muzik jadi terajin nak update dalam blog , memang semua lagu dan penyanyi power-power .. kalau aku jadi juri memang pening nak pilih yang mana , tapi aku memang aim Haqiem Rusli akan dapat .. yeahhh akhirnya dia dapat jugak ke final 


Keputusan Penuh Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 2018 AJL 32 

1. Sejati - Azmi Qaliph Busker 
2. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli 
3. Jampi - Hael Husaini 
4. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah 
5. Amboi - Altimet 
6. Sempurna - Syamel 
7. Aku Yang Sebenar - Hazama dan Penglipurlara 
8. Akhirnya Cinta - Salma 
9. Menahan Rindu - Wany Hasrita
10. Aku Cinta - Syamel dan Erni Zakri
11. Bayang - Khai Bahar
12. Warkah Untukmu - Ara Johari 

Tahniah buat semua finalis , memang semua lagu ni power-power dan sememangnya layak ke Final AJL32 yang akan berlangsung pada Januari 2018 .. agak-agak siapalah JUARA Anugerah Lagu yang ke-32 pulak ye .. korang rasa ? haaa tunggu je lah :p 
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates