Rockybase Camp di Aeon Shah Alam | Jom Buat Aktiviti Climbing Rock di Dalam Mall

Tiada ulasan:
Assalamualaikum

Bestnya tengok orang buat aktiviti climbing rock , macam dah lama jugak tak buat aktiviti-aktiviti lasak sejak bergelar ibu ni , haishh nak join orang lain daki gunung tak boleh nak tinggal anak pulak tapi beberapa hari lepas akhirnya dapat juga melepaskan gian membuat aktiviti lasak . Paling best bila anak pun boleh join sekali , haaa kat mana tu ? Semestinya di Rockybase Camp di Aeon Shah Alam. 




Rockybase Camp Climbing Rock Pertama di Malaysia 

Bestnya kat sini tak perlu susah-susah masuk hutan , sebab ianya indoor game . Bagi yang berkeluarga Rockybase Camp ni memang akan memikat hati korang sebab ianya memang mesra keluarga dan anak-anak boleh join juga dari umur 4 tahun ke atas .
Rockybase Camp di Aeon Shah Alam ni dah beroperasi selama 2 tahun dan ianya merupakan pusat Climbing Rock Indoor yang pertama di Malaysia . 
Big Playground Untuk Anak-Anak 

Macamana pula kalau ada anak kecil ? Haaa yang part ni paling best sebab dalam Rockybase Camp ni juga ada playground besar dan selesa .So Rayyan 3 tahun , dia tak pandai lagi nak buat climbing rock , Abah dan Umi je lah join dan tak perlu nak risau siapa yang akan jaga dia sebab dia enjoy je main dalam playground dan kawan-kawan yang lain ~ Umi dan Abahnya apa lagi ~ naik syeikh orang kata ahahaha .




Terdapat 10 Wall Climbing Rock di Rockybase Camp 

Dalam Rockybase Camp ni ada 10 wall yang korang boleh panjat , dari wall yang biasa-biasa hinggalah yang adventure dan yang agak susah . Bagi kanak-kanak , boleh cuba wall yang mudah je , bab keselamatan pula korang jagan risau , yang tinggi akan disediakan tali juga so kalau terjatuh pun korang akan selamat je.




Jom Jadi Spiderman !


Sebelum start apa-apa aktiviti pastikan kita streching dulu untuk memanaskan badan , kalau tak otot-otot terkejut nanti haa mula lah sakit-sakit badan hehe. Staff di Rockybase Camp ni pulak semuanya peramah dan terlatih , siap ada sijil lagi haaa so boleh letakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka , yang penting , bila masuk rumah orang kena lah ikut peraturan rumah orang , ye dak ?

Tips penting : Sebelum datang ke sini , pastikan kena bawak stoking kalau tak korang kena beli stoking di sini (RM4.70 sepasang) , tak perlu bawa kasut sebab korang kena pakai kasut yang disediakan di sini . Jangan lupa bawak air mineral , kot lah haus / lapar sebab dalam ni takde jual makanan. Ada juga locker untuk korang simpan barang2 berharga , dan pastikan tak perlu pakai barang kemas / cincin , nanti kan terbengkok pulak hihi



Ni level biasa / start dulu , kat sini tak perlu pakai tali , kalau jatuh pun ada tilam kat bawah 


Budak-budak ni kemain haaaa , banyak kali jugak lah diorang panjat haha 


 Wall ni paling tinggi dan susah sebenarnya sebab kalau tengok yang kiri dan kanan tu agak jauh jarak , kat sini kena guna skill lompat jugak (kalau pendek) hiks , yang ni tak berjaya sampai atas , alahai sikit je lagi ! Tapi sebab dah banyak panjat yang lain , tangan pun dah tak kuat acecece

  
Semua dah kepenatan ~ haha kalau korang nak bakar kalori yang ada meh datang ke sini , berbaloi-baloi dan tak rugi punya lah .. 

Harga Indoor Climbing Rock di Rocybase Camp Aeon Shah Alam 

Semua akses
Junior: RM 23.58
Dewasa: RM 33.01
* Junior 4 - 14 tahun. * Dewasa 15 tahun ke atas. ( yang boleh bermain )

* Sila ambil perhatian: Setiap Pesanan Dewasa dibenarkan mengiringi sehingga maksimum 4 JUNIORS Pass Access pada satu-satu masa.
* Orang dewasa pertama adalah percuma, sahabat dewasa seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.

10 X Semua Akses
Junior: RM 188.67
Dewasa: RM 283.01
* Sila ambil perhatian: Akses Bundle RBC akan tamat tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
* Pemegang pas harus hadir pada masa penebusan.

Akses Explorer
Junior: RM 47.16
Dewasa: RM 56.60
Tawaran ini terbuka kepada Explorer dari semua peringkat umur setakat umur 4 tahun ke datuk nenek aktif.
* Sila ambil perhatian: Kelas ini akan dijalankan selama 1 jam.
* Kanak-kanak hanya akan berada di bawah pengawasan seorang Pengajar semasa sesi yang dijadualkan.

Sewa
Beg WT Chalk: RM 2.83
Belay Device: RM 4.71
* Semua gear sewa digunakan selama 2 jam setiap kali.
* Caj penuh yang dikenakan untuk gear yang tidak dikembalikan.


  Tq so much Rockybase Camp dan staff yang banyak beri tunjuk ajar pada kitorang , best sangat dan kalau datang sini pastikan cuba semua , cabar diri sekali sekala . Gayat tak gayat wajib cuba , mula-mula takut lepas tu ketagih hehe , boleh la bawak family atau gathering kat sini , asyik bercuti santai-santai je kan ~ jom buat aktiviti lasak pula ~ 

More Info :



Lokasi : Aeon Shah Alam Aras 3 

Tiada ulasan:

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com