Air On Park di Aeon Shah Alam | VR Game Buat Aku Jadi Gila

Assalamualaikum 

Pernah main game VR ? Aku boleh katakan ini adalah permainan orang gila haha kenapa ? Bagi yang pernah cuba , bila main game VR ni , kita berada dalam dunia kita sendiri tapi orang lain melihat kita seperti orang gila ! Orang gila yang menyeronokkan di Air On Park di Aeon Shah Alam ~ yuhuuuu jom baca apa yang best di Air On Park ni pulak 


Selepas dah beraktiviti lasak di Rockybase Camp [ baca di https://www.qasehdalia.com/2019/02/Rockybase-Camp-di-Aeon-Shah-Alam-Jom-Buat-Aktiviti-Climbing-Rock-di-Dalam-Mall.html , Rayyan macam tak berapa puas lagi enjoy dalam dunia kanak-kanak dia hehe so Umi bawak dia pergi ke Air On Park pulak yang bertemapt di aras 4 , masih lagi didalam Aeon Shah ALam.

Bila sesampainya di sini fuh Rayyan dah excited gila [baca : menangis] sebab tak sabar-sabar nak masuk dalam ni haaaa , mana boleh masuk terus wahai anakku , first of all kena lah isi borang dulu , then kena pakai gelang dan ada kertas barcode untuk access masuk dalam setiap tempat yang ada dalam Air On Park ni haaa .

Jadi dalam Air On Park ni ada 3 tempat permainan, kat sini memang pusat rekreasi keluarga so sila bawak anak-anak korang datang sini dan biar mereka merasai nikmat dunia mereka yihhh ! Jadi dalam ni boleh santai-santai hingga lah menjadi gila yang menyeronokkan dalam 3 tempat permainan yang berbeza iaitu :
  • Edutainment Zone 
  • Fun Zone
  • VR / AR Zone 




Dah kalau pintu masuknya pun begini , bukan Rayyan je excited ~ Umi lagi excited ahaks 

VR / AR Zone Tarikan Utama di Air On Park Shah Alam 

Sebenarnya ini adalah pertama kali aku mencuba game VR yang bermaksud Virtual Reality , game ni boleh buat ketagih tau sebab bila kita pakai VR tu di kepala memang kita je lah boleh nampak dan rasa macam real gila beb , macam hari tu aku cuba yang roller coaster ~ OMG ! Gila dia punya real tu macam betul-betul kita tengah main roller coaster sampai terjerit-jerit dan tutup mata siap hahaha i kenot lah ~ tapi sebenarnya ia menyeronokkan.. 

Lagi menyeronokkan pada orang yang tengah tengok kita duk terjerit-jerit itu hahaha kuajo tau ! Tapi aku pun gelakkan orang lain jugak keh keh keh . So , dalam ni ada beberapa game yang korang boleh main , roller coaster , perang , menembak , meninju , naik jet dan lain-lain lagi . Untuk budak kecil tak sesuai sebab VR tu besar sangat dengan kepala diorang [kalau kepala besar takpe :p]

 Ni tengah tembak penjahat ~ power lah aiols 

 Yang ni tengah tembak zombi , kena main 4 orang haaa aku main dengan budak-budak ni je haha

 Zombi buat surprise masa ni , tiba-tiba muncul dari atas , eleh dah 2019 pun masih buat taktik lama lagi :p

 Rayyan main game ni je , sebab tak perlu pakai Vr tuh






Haa kau , yang paling best tengok orang terjerit-jerit tu haha , boleh sesak nafas walaupun sekadar duduk kat situ je , sumpah real ~ nasib baik tak terkucil je , satu game tu pun agak lama jugak , memang feel habis . So VR game ni memang wajib korang cuba ok 

Harga Untuk VR/AR Zone
  • Pass Single untuk 5 permainan : RM 55.00
  • Pas Bundle untuk 10 perlawanan :RM 95.00
  • Permainan taktikal ~ ONE Entry:  RM 55.00
  • Permainan taktikal ~ Bundle of 4 games : RM 190.00
  • Pas Bundle untuk 10 perlawanan: RM 95.00
  • Pas Kemasukan
  • Guardian: RM 5.00
  • Companion: RM 10.00
  • Topeng Mata setiap bahagian: RM 1.00


Edutainment Zone 

Untuk anak yang tengah membesar , boleh lepak santai di sini sambil diorang belajar , macam-macam yang anak-anak boleh belajar kat sini seperti lego , melukis , main muzik , memasak dan lain-lain . Staff-staff di sini pun sangat peramah dengan anak-anak dan boleh ajarkan sekali juga . Dalam Air On Park ni sejuk ye so bagi anak-anak korang boleh bawak sweater . 






Harga Edutainment Zone
  • 1 jam pas: RM 35.00
  • 2 Jam Pas :RM 45.00
  • 2 jam x 4 penyertaan : RM 140.00
  • 3 jam pas untuk 2 zon ( Edutainment & Zone Fun): RM 60.00
  • Pas Kemasukan
  • Guardian: RM 5.00
  • Companion: RM 10.00


Fun Zone 

Tempat ni kegemaran ramai sekalian kanak-kanak hehe masa untuk main ! Mak ayah pun boleh main sekali , jangan risau ~ semuanya kukuh untuk berat badan mak ayah sekali hehe , dalam ni ada gelongsor , tempat memanjat , susun lego, ada jaring-jaring halangan dan lain-lain lagi . Sambil bermain sebenarnya mereka boleh belajar juga.




Harga Fun Zone
  • 2 Jam Pas : RM 35.00
  • 2 jam x 4 penyertaan :RM 110.00
  • 3 jam pas untuk 2 zon ( Zon Fun & Edutainment) : RM 60.00


Korang jangan lupa bawak family , anak -anak , anak buah dan anak jiran sekali datang ke sini hehehe , berbaloi sangat haaa part nak balik tu yang payah sikit , kena pujuk anak balik atau dia meraung tak nak balik haha dan main syok-syok , lastnya menangis juga grrrrr .. ! 

MORE INFO :

Website : http://www.aironpark.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AirOnPark.SA/
Instagram: https://www.instagram.com/aironpark.sa/
Lokasi : Aras 4 , Aeon Shah Alam 

2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Wah, tak tau pun ada tempat macam ni dekat AEON Shah Alam. Akan masuk checklist!! TQ for sharing.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama