Assalamualaikum
Sebenarnya ni pertama kali qaseh cuba dessert di My Kori Cafe, baru jugak lah bukak cawangan di Bukit Beruntung ni. Dulu bila tengok ada cawangan di Putrajaya rasa jugak nak makan sebab tengok dessert yang ada memang tempting betul, tapi jauh nawww so hajat nak cuba tu hilang begitu sahaja
By the way lama gila kot qaseh berkurung dalam rumah, naik tepu gak lah kepala otak ni, bila ada kelonggaran sikit dah boleh lebih 2 orang dalam 1 kereta yaAllah lega sangat, akhirnya boleh keluar tapi still kena jaga S.O.P.
Waktu qaseh datang pun tak ramai sangat orang, sebab hari bekerja kan so sangat lengang. Ada la beberapa orang tapi tak padat. So apa menu best di My Kory ni ? Qaseh pun blank jugak sebenarnya sebab banyak jugak menu-menu yang ada disini, yang pasti semua dessert ye, takde nasi ke pasta ke semua takde, banyaknya aiskrim, ada juga waffle dan kek.
Disebabkan blank untuk percubaan pertama kali ni, qaseh tanya je staff apa yang best haaa mudah kan, so qaseh order Kaki Gori Red Melon dan Kenko Kaki Gori, yang ni boleh custom sendiri buah, kacang, ice flavour (milk or yogurt). Sebelum tu meh kita tengok dekorasi di My Kori Dessert Cafe di Bukit Beruntung
Sebab dah lama gila tak bergambar dan ootd mari lah kita haha :p

Sebenarnya tak terlintas pun nak beli ipad lebih-lebih lagi secara online, sebab qaseh duk fikir nak beli laptop, tapi bila fikir-fikir balik, rasa macam ermm laptop pun qaseh buka sekadar blogging, word, photoscape je untuk edit gambar, fikir balik baik beli ipad je la, lagi pula harga lebih kurang dan senang pulak nak bawa balik ke kampung nanti.
Beli pun sebab laptop qaseh sekejap okay sekejap dah tak okay, tq Asus dah 5 tahun berjasa, qaseh syak screen jadi macam tu sebab tertindih kot heee. Sebelum kita beli sesuatu mesti kita akan survey habis-habisan kan, terutamanya bila membeli secara atas talian ataupun online, nah haritu qaseh memang survey-survey jugak beli ipad secara online selamat ke tak padahal website apple tu memang trusted, haha biasalah paranoid gitu kan lebih-lebih melibatkan harga yang mahal
Kenapa beli online ? Kita kan dalam musim PKP so nak merentas daerah pun tak boleh, terpaksa la beli secara online dengan konsep redha dan bertabahlah menunggu. Qaseh baca ada yang kata lama juga lah delivery, ada baca cepat jugak. Maybe tengok atas stok la kan, so jom qaseh share pengalaman qaseh sendiri pula lama atau pun cepat ?
Yaa i know, musim pandemik ni sebolehnya simpan duit jangan nak shopping tah hape-hape kan, tapi qaseh paling tak suka pertikaikan apa yang orang beli, dan tak suka orang pertikaikan apa yang qaseh beli :p, ni juga hasil kerja blogging dan ig (susahkan suami bab lain, lebih2 lagi bab makan hahaha)
Bab kehendak diri selalunya qaseh akan usaha sendiri ehehe selalunya gajet memang qaseh beli guna duit sendiri, kamera, laptop, hp :p sian dia dah banyak berkorban utk keluarga :p alhamdulillah bolehlah buat poket tepi and im proud with myself sejak PKP ni qaseh tak shopping merapu pun, ada hikmah disitu ye. Nak beli emas pun terbantut :( haa kalau emas memang tak berani lagi nak beli online hukhuk dah la emas tengah murah sekarang kan
Estimated Date : Sebulan
Okay kalau korang nak beli ipad di website apple, jangan lupa pilih under Apple Education sebab korang akan dapat lebih diskaun dari harga biasa. Jangan risau, Apple tak minta maklumat or ID education korang pun or apa-apa bukti pun yang korang tu masih pelajar ataupun tidak, just beli je macam biasa.
Kelebihan bila beli online selain dapat diskaun, korang boleh engrave ipad secara percuma je, engrave tu nak tulis nama korang dekat belakang ipad, or apa-apa lah nak tulis, qaseh tak buat sebab orang cakap bila engrave ni lagi ambil masa, and mana tahu nanti nak jual ke kan, ipad ni laku jugak even secondhand. Then, shipping pun free.
Delivery pulak diorang guna DHL, memang selamat sampai dont worry okay, setiap proses place order, penghantaran dan sebagainya korang akan dapat email dan juga mesej so korang akan sentiasa tahu info pasal ipad korang tu dari masa ke semasa. Korang pun boleh alert dan standby je kat rumah.
Ipad 8th Generation
Apa lagi nak tahu ye, oh ye Qaseh beli ipad 8th generation, paling latest lah kiranya sebab keluar tahun 2020 tak silap. Eh 2020 wujud ke gais ? Haha okay for blogging atau kerja-kerja basic atau editing biasa je dah cukup okay, if korang ada kerja heavy duty, graphic designer ke apa benda lah boleh beli ipad air or Pro, ntah lah apa beza, qaseh tak buat comparison sebab dah aim yang ni je.

Untuk ipad 8 ni ada size 32gb dan 128gb je, qaseh pilih warna rose gold, semestinya warna pastel dan lembut menjadi pilihan ye dan qaseh pilih size 128gb + wifi only, better amik size besar terus ye gais, 32gb memang tak cukup. Harga RM1769 under apple education if not harga normal RM1849, walaupun beza Rm80, korang boleh buat beli casing and tempered glass di shopee okay, sebab ipad ni hanya dapat bersama charger sahajo. Yang lain sila beli sendiri.
Okay mungkin akan ada pengalamana duit korang still lagi dalam bank, korang jangan pulak habiskan yeee duit itu, bila apple dah shipping baru lah duit dalam bank ditolak, ni pengalaman qaseh sendiri, mula-mula bank hold, tapi kemudian duit tu ada balik dalam acc, then bila ipad dah sampai ke tangan kita, duit tu akan di tolak juga. Tak semua pengalaman macam ni, mungkin sesetengah sahaja just nak say dont worry at all selagi takde notice pembelian kita direject, maknanya tunggu je ipad tu sampai.
So far qaseh guna untuk blogging sangat memudahkan, kalau dulu nak blogging dengan fon or tablet agak leceh kan, tapi blogspot pun dah bertukar wajah baru so sebenarnya ia lagi mesra mobile. So far no problems, screen pun takdela cinonet sangat, 10.2 inch for me okay je, dan senang nak bawa ke mana-mana. Tq for reading !
Hati Berbicara :
Nanti qaseh share link shopee untuk casing dan tempered glass, so far berkualiti dan harga pun tak mahal sangat :) Stay tune !
Hye hari ni nak share personal life la sebab macam lama dah tak menulis, laptop qaseh buat hal then baru beli ipad hee nanti qaseh share pengalaman beli ipad secara online sajooo, so baru boleh sambung blogging ehek.Sekarang pun tengah fasa alahan yang tak ok lagi... yaaa alhamdulillah sekarang qaseh mengandung lagi buat kedua kali, kesian tengok abang Rayyan kesunyian :p bukan menidakkan rezeki tapi sekarang baru ada rezeki untuk mengandung lagi, alhamdulillah
Alkisahnya qaseh tak pernah lewat period, tapi kalau tanda-tanda macam nak muntah, pening macam nak pitam tu biasanya tu pun tanda-tanda nak datang period juga so buat tak tahu je lah, tapi bila period lewat ni rasa macam pelik dah. Then, ada brown spot haa sah la nak datang period, so taknak lah berharap.
Tapi hari demi hari, masih lagi tak datang2 period, qaseh pun check je la. Waktu ni sebenarnya mengharap jugak, then check hampa sebab garis tu sangat2 samar, kami pun redha tapi nak check lagi nanti kalau lewat lagi dan check lagi kesekian kalinya alhamdulillah garis dua terang muncul. Syukur alhamdulilah, Rayyan pun dah 5 tahun dah, jauh jugak jarak :p
Qaseh merancang jugak sebenarnya :p takut bila ingat balik bab beranak ni :( sakitnya beranak korang, kenapa beranak ni sakit sangat sobsss, contraction tu yang paling sakit tapi betullah orang cakap perempuan ni kuat, sakit2 pun kita lawan juga. Lawan sedaya upaya, dan selebihnya tawakal je la.
Sekarang qaseh dah lepas fasa trimester pertama, so dalam fasa trimester kedua.. Alahan kali berbeza jugak dengan Rayyan. Kali ni alahan agak pelik ! Berbeza lah dengan Rayyan, kalau Rayyan dulu awal-awal memang ada demam and melepek, muntah pun teruk sampai keluar dari hidung bagai, tapi sampai first trimester je tak silap.
Kali ni awal-awal memang takde apa-apa alahan langsung, mula la fikir ye ke aku mengandung ? Sebab check sendiri je, tak pergi klinik pun lagi. Memang takde demam-demam, then beberapa mingu kemudian muntah muncul tengah2 malam dan yang peliknya air liur lebih dari biasa, macam banyak sangat, dan kena selalu meludah, nak bercakap pun rasa macam terbatas, always ada, tidur pun susah kadang sampai tersedak. Agak menyiksakan jugak lah tapi redha je lah, ujian kali ni, harapnya bersalin kali ni mudah. Sape ada pengalaman macam qaseh bolehlah share camne korang atasi yee.. :(
So sekarang pun masih lagi alahan sama, dan masih lagi muntah-muntah. Kadang 2 3 pagi, tidur pun kadang 2 3 pagi. Huhuhu mungkinkah anak perempuan ? Hehe wallahualam, mana-mana tak kisah walaupun doa jugak anak perempuan haha :p tapi yang penting janji selamat dan sihat sempurna.
Qaseh harap sesiapa yang baca ni doakan baik-baik untuk qaseh ye, doa qaseh bersalin nanti, sekali push je terus baby keluar hehe nikmatnya kan kalau bersalin mudah. Qaseh pun dah lupa segala benda sebenarnya haha almaklumlah dah 5 tahun gais, so kena cari gali balik ilmu-ilmu semua. Adoha doakan qaseh dan baby kuat ye, panjang umur dan sihat sempurna.
So yaaaa setakat ni dulu lah update pasal personal life, nanti ada masa terluang akan ku coretkan lag sekadar untuk kenangan. Qaseh doakan kepada semua yang masih lagi menanti cahaya mata inshaAllah akan hadir pada waktu yang tepat. Ameen.
Hati Berbicara :
Akhirnya dapat melepas rindu pada blog, ada ke yang rindu. Ehek !
Social Icons