4/29/2014
WARUNG BUNIAN / TAPAK SULAIMAN | FOOD REVIEW
Assalamualaikum ,
Tempat makan best Sg Merab Bangi | Warung Bunian | pernah terserempak dengan bunian ? eh pernah datang makan kat warung bunian ? jangan risau kat sini xde bunian kot , aku pun tak tahu kenapa warung ni di panggil BUNIAN , malas nak cakap lebih yang pasti makan kat sini sangat heaven ! aku bagi 10 bintang ! tapi yang istimewanya kat sini , setiap hari menu dia berbeza , haaa contoh la semalam masak lemak udang , esoknye pulak masak lemak ketam .. tapi menu dalam sehari tu sama utk semua orang .. tapi sumpah sedap gila weiiiiii , arghhh lapar la pulak bila teringat
tapi yang memang wajib korang kena buat kalau nak makan kat warung bunian ni , korang kena booking awal-awal , warung bunian ni always penuh , kalau kau nak datang lenggang-lenggok tanpa booking rasa nya sia-sia je la .. kalau dapat pun atas nasib tapi baik booking la awal-awal , meseg nombor yang tertera kat bawah sekali yee
so hari tu qaseh pergi dengan kak fiza , kak sue , yanty dan mieza , akhirnya dapat jugak keluar gigirl , dah lama kita tak keluar kan sayang-sayang , rindu bertandang , kali ke dua qaseh dtg sini , first dengan dorang jugak , haa bab2 makan serahkan kat diorang ni jeee , aku tukang mengekor dan makan tapi tak gemuk2 haha .. so menu hari tu adalah ketam ! yahooooo my feveret foeva ever after .. tq korang , luv much !
jom tengok menu2 nya .. sedap gila , tak tipu .. nak je mintak resipi tapi konfirm tak dapat hehe
masak lemak ketam
udang masak merah 'kot' lupa la plak masak apa ni
haa yang ni aku tahu , ayam goreng !
sayur goreng ala warung bunian
alamat :
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN
DESA PUTRA , SG MERAB
43000 KAJANG SELANGOR
NO FON : 017-3812246 (meseg / call dia utk booking)
breakfast pun ade , roti canai dia pun sedap ..
try lah ye . confirm nak datang lagi
gambar : www.yanty.my
4/28/2014
Ubat Sakit Kepala | Minyak Kayu Putih | EUCALYPTUS OIL
Assalamualaikum ..
Sejak kebelakangan ni aku kerap sangat sakit kepala , sakit aku ni bukan tahap parah sampai kena hentak kepala , tapi denyut kat belakang kepala tu buat kan rasa tak selesa , dah sakit ni memang mood pun ke laut , pantang orang bergurau sikit memang nak marah la jawab dia , haaa nampak tak sakit kepala ni kaitkan dengan emosi .
MIGRAIN ? haih aku pun tak tahu migrain tu sakit dia macamana dan aku pun tak tahu aku ni sebenarnya migrain ke tak , biasa aku buat aku mandi lama-lama bawah pancuran air perghhh lega rasa tapi sekejap je la benda tu tahan kan , cara ke dua pulak aku amek langkah untuk menidurkan diri smpai lebam .. dah tidur memang tak rasa apa-apa la kan .
pantang aku bau rokok , bau busuk , kena panas matahari haaa mula la , sakit kepala datang menyerang , mak datok manja nya seorang manusia yang bernama qaseh dalia ni kan , kena panas pun tak boleh , wahh boleh jadi puteri lilin dah aku , pastu alkisahnya yana ujang ada kongsi petua untuk legakan sakit kepala . katanya cari EUCALLYPTUS OIL dekat guardian .. so semalam baru aku cari minyak ni , harga dia rm7.20 , so cepat2 aku try ..
tadaaa , bau dia best , nasib baik bukan bau minyak cap kapak sebab aku tak suka sgt bau mcm tu , tapi minyak ni bau berangin jugak , sapu kat kepala rasa sejukkk jeee , bukan untuk sakit kepala je , selsema batuk pun boleh .. haaa korang try la kalau tak tahan sangat , so benda ni dah jadi satu barang wajib yang mesti ada dalam beg aku ! tq yana[klik] untuk tips kesihatan ni .
khasiat minyak kayu putih atau bahasa saintifiknya eucallyptus oil
-utk demam selsema /batuk
palit setitik minyak pada hidung , urut perlahan-lahan di dada dan belakang dengan minyak ni
(utk bayi , bancuh dengan air dan minyak bayi , gosok prlhan-lahan di dada dan belakang bayi)
-untuk sesak nafas
campur minyak secukupnya ke dalam semangkuk air panas yg masih berwap , selubung kepala dgn tuala dan sedut wap ke dlm hidung
-kembung perut
sapu pada perut dan urut perlahan -lahan , istimewa utk bayi yang baru lahir apabila di sapu pd pusatnya
-mandian bayi
campur sedikit minyak ni dalam air mandi bayi untuk rasa yang segar , ia dapat meransangkan peredaran darah , menghangatkan badan dan mencegah kesejukan
-badan yang sejuk
sapu minyak pada dada dan belakang , kemudian urut perlahan-lahan , bagus untuk wanita yang baru bersalin
-sengal terseliuh dan lebam2
urut di tempat yang lenguh2 dengan minyak ni , insya Allah kembali pulih
hati berbicara :
jom try , in shaa Allah dengan izinnya :)
Pantai Morib | Lepak Main Belon Sabun
Assalamualaikum ,
semalam aku lepak - lepak kat pantai Morib dengan si dia lagi , kali ke tiga aku datang sini , pertama kali dengan kawan blogger yang lain , kedua dan ketiga dengan si dia , kalau takde tempat untuk di tuju , dia selalu perangkap aku dengan perkataan pantai , sebab aku salah seorang manusia yang sangat sukakan pantai .
Aku tak tahu kenapa aku suka suasana pantai , tak kisah mana-mana janji tempat tu tak merosakkan pandangan mata aku , aku rasa tenang dengan udara dia , angin dia , air dia .. bagi aku semua masalah hilang , aku suka tengok orang sekeliling aku gembira , macam-macam ada .. semalam kitorang berdua tertengok seorang budak ni , aktiviti jahat gelak kan org , budak tu menangis ,mula-mula aku fikir budak tu demam , tapi rupanya menangis bila di temani tuala kecik brwarna putih , haaa lepas tu byk pulak cerita yg dia reka , ''mungkin dia tak dapat duduk dgn famili dia yg lain '' waktu tu ada keluarga besar sdg menjamu selera di sebelh meja budak tadi , aku balas kata dia ''pandai2 je haha'' tapi bila fikir balik mungkin ya , agaknya merajuk haha sambung gelak .. manusia memang suka membuat kisah bagi pihak org lain kan . dushhh !!
teringat waktu kecik-kecik , banyak kenangan yang aku sgt rindu , segalanya lah , rindu ohh ! betullah orang kata bila kita kecikkk berhingus tak sabar-sabar nak jadi dewasa , tapi bila dah dewasa rasa nak jadi kecikk balik , sebab ? mungkin banyak benda yang membebankan , dan kadang-kadang bila kita trlalu letih dengan dunia , kita pasti akan rindu saat-saat hingus kita masih meleleh , fikirkan untuk kesat hingus saja , kah kah
di sebabkan rindu aku pd zaman kanak-kanak , aku paksa dia belikan aku belon air sabun ni , rm10 je , aku amek yang paling besar hahahaha seronok , aku sememangnya kadang-kadang mcm budak2 sikit so mintak maaf lah ye sebab kena layan karenah babygirl yg tak sedar diri , aku main sorang-sorang je tapi dalam duk main-main tu ada budak-budak tumpang berkejaran pecahkan belon aku , salah sorg tuuuu budak dlm gmbr duk tengok2 haaaa nakk lettewww , haha so aku pun hepy tengok diorang berebut-rebut kejarkan belon .. kikiki , aku pun sedaya upaya buat belon byk2 , ciss penat ahkak ..
dalam tak sangka terjumpa photographer hebat , kenal dia masa dekat kedah ikut trip santai media , lama gila tak jumpa dia ni , opss xde gambar , malu nak selfie haha . banyak jugak borak-borak trmasuklah trip dia kat india , dan dapat gak aku cuci mata tengok gambar2 dia yg superb cun dan pengalaman dia kat sana , teruja pulak aku nak ke india ! pergh yang paling aku bengang bila dia cakap , tudung kat sana murah , kalau ikutkan tudung yang aku pakai dlm gmbr tu dalam 2, 3 ringit je ! cisss terkejut berukkk ! huh papepun tq luang masa berborak setelah sekian lama tidak bejumpa , kahkah .. boleh search instagram beliau @iamjoeyjohari
hati berbicara :
sekian dulu cerita aku pasal hari semalam , sbnrnya aku kesian dkt blog aku ni tak de yang nak tlg update , papepun best jugakla lepak pantai morib ni , datang hari weekend memang meriah , boleh main belon , main layang-layang , makan ikan bakar .. nanti nak dtg lagi nak main belon lagi ! hahahaha
-miss a lot of things-
4/05/2014
PNB ILHAM RESORT | RESORT BEST DI PORT DICKSON
PNB ILHAM RESORT | HOTEL BAGUS DI PORT DICKSON | REVIEW HOTEL , bila melangkah di suatu tempat percutian semestinya penginapan paling penting , kali ni qaseh berada di Port Dickson , wahhhh katanya PD banyak tempat-tempat yang menarik , tapi tak tahu pulak mana nak menginap ? cari hotel mahupun resort yang bagus ? sememangnya PNB ILHAM RESORT salah satu penginapan yang terbaik dari segi kemudahan , landskap dan juga aktiviti yang ada di sini , tengok lah , cantik kan tempat ni , qaseh pun teruja bila pertama kali datang kat sini , even tempat ni agak terpencil tapi bagi satu ketenangan.. Program Sahabat Media kali ni memang memberi pengalaman yang sgt menarik buat qaseh , terima kasih #santaitravel tapi apa yg best ? haaa meh qaseh cerita.. baca smpai abis tau ~
kat sini terdapat sebanyak 65 unit apartment dan bilik hotel , kemudahan pulak memang tip top , tip top kat sini bukan la melebihi 5 bintang tapi cukup lengkap , korang nak apa ? tv , pengering rambut , seterika , aircond , bilik air , bilik yang selesa dan besar ? haaa semua ada , eh radio pun ada, peti ais dll..
satu benda yang menarik qaseh kat sini adalah pantai , sebab pantai adalah tempat feveret qaseh ! dan resort ni terletak berhampiran dengan Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado) , so sempat jugak kami jenguk-jenguk rumah api tu dengan menaiki kaki sendiri je , pergh jungle trekking beb , pemandangan kat situ memang cantik . terjojol bijik mata qaseh haaa , rasa nak je lepak situ lama2 tapi ada je halangan , eh eh kena tinggal kan menangis pulak !
Oh ye , PNB ILHAM RESORT ni selalu menjadi tumpuan oleh syarikat-syarikat besar yg menjadikan resort ni sebagai tempat teambuilding , mana taknya kat sini memang banyak aktiviti-aktiviti menarik , contohnya abseiling , jungle trekking , rope course , water rifting , snorkelling dan banyak lg , jap lagi qaseh cite ye , jom tengok kemudahan di apartment yang terdapat kat sini , jom tengok bilik qaseh yang cantik
ACCOMODATION
melompat kegirangan bila bilik kami berhadapan dengan kolam renang ,hohoho trip kali ni qaseh se apartment dengan izzati ghafur , hasya naurah , dan dua lagi setudent
ada 3 buah bilik , dan setiap bilik mempunyai 2 katil , so boleh muat 2 orang
hari tu aktiviti2 memasak kat apartment memang tidak disediakan , eh nak bercuti kan , masak2 kat rumah je uols , makan kat resort ni , semua masakan ade , berbaloi-baloi
bantal golek besar gedabak pun di sediakan , haa jangan nak bawak bantal golek dr rumah haha peluk je yg ni smpai lebam
DINING
Dah habis cerita pasal bilik , jom kita bersantap pula , Anjung adalah lobi resort ni , dan tempat untuk kita bersantap adalah di Serambi Coffee House berdekatan dengan lobi resort , suasana di Serambi Coffee House berlatarkan klasik campur moden , nak makan pun lagi selera .. di buka pada 7a.m - 11p.m
antara makanan yang qaseh sempat tangkap , yang lain dah masuk mulut , gearbox kari kambing pun hadoo , sedap semuanya ..
AKTIVITIES
Aktiviti-aktiviti yang ada kat sini memang agak mencabar bagi yang xde keberanian macam qaseh , haaa abseiling dari ketinggian 10 tingkat bangunan , iaitu 108 kaki , cuak weh ! rope course , water rifting dan jungle trekking , team building telah di lakukan pada hari trsebut , jom layan gambar .. memang seronok !
ABSEILING
abseiling , bukan calang-calang boleh buat ni haaa , ececeh bangga diri jap padahal cuak nak mampus haha
10 tingkat okey !
JUNGLE TREKKING
Hutan Rekreasi Taman Tuan utk jungle trekking
muka sebelum kepenatan , gembira la yee
takkan dah penat kot abam haha , pancit yeee
tetiba ada perigi di dalam hutan ni , aiyokkk
ni pulak adalah perigi belanda
yeyyy sampai sudah , berehat rehat kat pantai sekejap
sambung perjalanan ke rumah api , cantik
TEAM BUILDING ZONE , ROPE COURSE
letih jungle trekking belum hilang , kena join aktiviti ni pulak , eh eh kata lasak kan ? haha layankan aje .. seronok jugak , memang lepas tu sakit2 badan la oihh
rope course ok sikit dari abseiling , ketinggian pun sedang2 saja
teambuilding , main rumah tupai haha , kena cari rumah , kena pindah2 la ape la , kelakar siot
sahabat media , enjoy with uols ! muahhh
WATER RIFTING
dengar arahan sebelum aktiviti bermula , masing-masing di beri tugas dan di berikan kepada dua kumpulan , kena buat rakit sendiri , kena berlumba antara dua kumpulan , lenguh gila kot kayuh benda alah ni , pastu tak bergerak pulak huh memang kalah lah haha , tapi seronok !
main ngan monyet ni je tak lenguh haha , comel gila siap pakai pampers lagi , akhirnya berakhir sudah aktiviti kami , penat tu sangat penat tapi pengalaman tu menang sgt menyeronokkan ..
DEMO MASAKAN SECARA LIVE
alhamdulillah berkesempatan melihat chef buat demo masakan , terbaik la chef , btw semua masakan kat resort ni memang sedap
ye tuan2 dan puan2 , tengok dan buat nantii boleh masak utk suami trcinta
rendang burung puyuh ...
Kalau nak di ceritakan memang banyak lagi lah ~ tapi tak best lah kan kalau tak rasai sendiri haaa so apa tunggu lagi , bungkus la kain baju , menginap kat sini semalam dua , seminggu dua dan rasa sendiri suasana dan kemudahan di sini , memang terbaik ... harga pulak macamana ye ? nah tengok je gambar kat bawah ni
maklumat lanjut
PNB ILHAM RESORT
Batu 10, Tanjung Biru,
Sri Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
berbanyak terima kasih buat santai travel , sahabat media , tourism dan semestinya pnb ilham resort .
Subscribe to:
Posts (Atom)