Assalamualaikum
Holla guys , sempena Hari Malaysia baru-baru ni , KBBA ada buat program family day di Farm In The City di Sri Kembangan ni , fuhh hari public agak ramai jugak lah datang ke sini. Sebenarnya ini kali ke dua aku datang ke sini , dulu datang waktu bujang dan sekarang bawak anak lah pulak . Ternyata tempat - tempat macam ni lebih seronok bawak family dan anak-anak , sebab apa ? Diorang baru nak mengenal haiwan dan sangat lah excited ! Kita pun teruja nak kenalkan nama-nama binatang yang ada di sini
Aku pun tak tahu sangat nama menatang di sini ....
Semua berkumpul di depan pintu masuk , kedai ni pulak jual macam-macam toys adumak Rayyan dah mula meroyan masuk kedai ni , pastu grab mainan dalam ni , tak bagi meraung la .. grrrrr awal-awal dah buat perangai , sebab tak nampak lagi binatangnya ahaks sabar je la , then kami di bahagi kan ke dua kumpulan sebab ramai sangat , A & B , aku dalam kump B .
Parking kat sini percuma je , tapi tak banyak sangat la lebih-lebih lagi public holiday , so korang nak dapat parking sila datang awal-awal . Nak datang ke sini , best datang pagi-pagi sebab cuaca pun tak panas sangat , tengahari boleh lah balik bila da penat meround dan tempat ni agak luas jugak , ada bahagian-bahagian binatang yang dah di tempatkan ikut kategori
Masuk-masuk je nampak makanan untuk haiwan kat sini , eh aku ni sekejap menatang , sekejap binatang haha kecelaruan minda , so haiwan je la comel sikit :p
Perlu ke beli makanan ni ? Wajib lah beli korang , baru lah dapat merasa pengalaman sendiri , takkan nak tengok je ~ Sambil-sambil bagi makanan tu boleh juga beri belaian kasih sayang percuma , haiwan pun macam kita jugak , nakkan perhatian haha tiber .
Oh ye , Farm In The City ni konsepnya adalah Petting Zoo , dah namanya pet semua haiwan-haiwan ni comel-comel belaka , kita boleh pegang , bagi makanan dan sentuh dia kecuali binatang berbisa seperti ular sawa bapak besar gila wei ! So nak cari haiwan-haiwan yang ganas takdelah kat sini ye korang , macam rimau , singa dan lain-lain boleh lepak zoo sana :p
Mmbekkkkkkkk House
First datang lepak rumah kambing dulu , kambing tengah sedap melepak dan makan . Tak tahu pulak kambing dengan burung unta berkawan rapat haha apakah ini , uols ada skandal apa ni haaaa . Kalau korang selalu online di twitter korang akan nampak video burung unta ni yang dah viral sebab aksi dia yang acah-acah tengah makan , padahal takde orang bagi makan pun hihi
Dah kambing tu kenapa , alololo ngantok sangat tapi nak kena layan tetamu be like ~ hahaha
Mood's LakeKat sini korang boleh tengok kuda yang paling kecil , rendang , rendah and of course lah comel ! Diorang tengah lunch dalam kandang , malas nak kacau , sebab aku teringat pesanan , jangan kacau orang tengah makan , tapi ni haiwan so aku anggap je la sama , takut japgi kena tendang . Melawak je , kat sini haiwan-haiwan tak merbahaya asalkan korang pun baik-baik lah ye
Gemuknya awak , senang hati ek ?
Ada burung helang juga
Haaaa tengah membawang apa la tu !
Rayyan eksited , tak layan pun Umi nak bergambar
Burung Kakak Tua Show
Di Farm In The City ni , selain dari tengok haiwan , ada juga pertunjukan / show , seperti show burung Kakak Tua , staff ni pandai berinteraksi , so anak-anak gembira dan eksited lah sambil buat lawak-lawak juga , aku pun terhibur kahkah , nak tau show apa , datang sendiri lewww
Yang ni pandai naik kan bendera
Yang ni boleh berinteraksi dengan kita
Yang ni paling drama dan suka berlakon , hari tu lama buat-buat pengsan sebab acah-acah kena tembak , hehe nakal tau awak ni !
Poney RideNak anak korang lagi seronok ? Haaa bawak diorang naik Poney Ride ni , harga RM7 seorang . Rayyan tak boleh naik sebab kecik lagi dan ada had ketinggian nya . Poney Ride bawak pergi mana ? Dalam kandang ni je heheh tapi dapat lah pengalaman best untuk diorang .
Raccon Feeding
Aku paling suka menatang Raccons ni haha sebab comel gila ! Walaupun mula-mula agak geli-geli jugak lah nak hulur tangan sebab takut kena gigit tapi sebenarnya dia tak gigit pun . Dia macam kais-kais tangan kita untuk ambil makanan . Geli-geli lak rasanya haha tapi spesies yang beradab lah , nak makanan menjulur cenggitu . Rasa nak pelok bawak balik ! Rayyan plak penakut haha surrender dia
Macam muka serigala pun ada .
Pet Village
Kat sini korang boleh jumpa arnab yang comel-comel dan boleh lah beri makanan , free je makanan , mintak dengan staff yang ada kat situ . Aku confuse arnab ni makan kangkung ni atau dah kenyang sebab dia takmau makan huh , aku syak dia dah kenyang kot sebab dah berapai ramai suap kat dia hihi . Takpe , bagi gemok-gemok tau .
Rabbit ni boleh je korang nak pegang dan bergambar , jangan kasar-kasar k .
Longkang FishingDepan Pet Village tadi , korang akan jumpa Longkang Fishing ni . Boleh mancing ke ? Bukan mncing tau tapi tangkap guna net ni je . Ikan dia bapak laju , haha tak terkejar aku nak menangkap nya kakaka , tapi bila dah dapat jangan bawak balik pulak ikan tu , kena lepaskan balik lah . Ni untuk anak-anak rasa pengalaman menangkap ikan . Orang bandor lah katakan !
Fish FeedingSyok oooo tengok ikan -ikan kat sini sebab besar gila dan gemok-gemok semuanya . Mana tak gemoknya selalu makan je keje ek hihi tapi best la tengok dan bagi makan , Rayyan dua round jugak dia amik makanan ikan kat sini .
Percaya tak aku lempar terus masuk dalam mulut ikan tu haha , dah ternganga sangat kan :p
The World's Rarest Tortoises
Next , lepak dalam dunia Kura-Kura , yang paling otai kat sini dah berumur 35 tahun , bapak besau wei . So korang boleh bagi makanan jugak pada kura-kura ni haaa , sebelum masuk staff bagi makanan kat korang . Cumanya korang kena jaga-jaga la jari anak-anak waktu nak beri makanan sebab ia tak dapat bezakan mana makanan atau jari korang . Wuuu serammm ooo bila dia bukak mulut , dah ghupe dinasour !
Besar gila kan ..
Keliru nak ngap mana satu , amik yang bawah dulu lah .
Close up sikit muka diaaa , haaa hensem rupanya gulppppp
Rehat Jap !
Dalam ni tak boleh bawak makanan , tapi sebelum masuk dan dalam Farm In The City ni ada kedai jual makanan dan juga air . Rayyan dah lapar dan dahaga , so wait the minute ~ rehat jap sebelum meneruskan perjalanan
Antara Haiwan Yang Ada di Farm In The City
Selebihnya korang tengok sendiri lah keletah dan telatah haiwan-haiwan yang ada di sini , sebenarnya banyak lagi tapi korang kena lah datang dan explore sendiri dalam dunia haiwan di The Farm In The City ni , aku suka konsep Petting Zoo sebab dapat buat kanak-kanak mengenal , merasa , dan melihat sendiri haiwan depan mata tanpa rasa takut .
Mula-mula Rayyan ingat kan cicak ni toys , so suka hati dia pergi kelebek kepala cicak ni haha pastu lari terkejut
Kena cover muka takut campur geli-geli sebab bawah badan dia tu terasa agak lembab .. ewwwwwwww
Yang ni tak berani nak pegang sebab licin semacam je haha
Ni bapak mereka , sukahati daku je ~
korang jangan mengumpat tau depan dia , sebab tengok la telinga dia tu , dari jauh dah boleh dengar ahaha tapi comellah , laki aku cakap ni spesies musang . Ye ke ?
Geli geleman weh . Tido je lah kat situ , jangan nak bergerak k .
Biasa Rayyan tengok dalam kartun je crodile , dapat jugak tengok yang real punya
Yang ni lagi gila vavi besarnya hoiii , tapi kaler dia cantik !
Pantang jumpa ayam !
Aku tengah bagi burung merpati makan sebenarnya ni , Rayyan tak mau bagi sebab sakit sikit kot haha
Boleh belai-belai rusa sebab diorang lepas je , tapi kawasan ni hati-hati dengan sekor kambing ni , dia suka sangat naik atas badan orang haha pantang nampak pegang apa-apa , ingatkan makanan , jenuh bertempik
Alpaca ! Comelnya awak ! Bulu dia pun comel kan , nampak macam betina je ni , tempat dia je ada aircond tau huh kemahen ..tapi memang dia kena hidup dalam tempat sejuk
Kesunyian ke tu ~
Haaa banyak gila kan haiwan kat sini , eh banyak ke ramai ? :p tapi ni separuh je tau , tak larat nak hupload dah nanti berat blog den ahaks . Jangan lupa datang ! Walaupun sekali seumur hidup datang la ke sini tau . Nampak macam beshe-beshe je tapi bila masuk sini banyak benda boleh explore dan ambil gambar sebagai kenang-kenangan . :)
Harga Tiket The Farm In The City
My Kad Dewasa- RM37.00
My Kad Kanak-Kanak & Warga Emas - RM30.00
Pakej Keeluarga - RM125 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak + cenderamata + baucer diskaun
Harga normal Dewasa - RM55
Harga normal Kanak-Kanak /Warga Emas - RM45
For More Info :
Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City
Instagram : @FarmInTheCityMalaysia