Assalamualaikum semua , fuh fuh fuh bila dah terjebak ni memang susah lah nak taubat haha adoha ni jeeb punya pasal lah ! lama dah tak jenguk web Chilindo ni sebenarnya .. then tengok depa seronok duk main bid - bid kat Chilindo tu , try la join bid jugak .. sebenarnya saja je suka-suka tapi kebetulan ada barang yang menarik perhatian ! huh apa lagi bida la sampai menang ~
Apa Itu Chilindo ?
Yang masih tak tahu apa itu Chilindo , ia adalah web untuk korang dapatkan barang dengan harga murah .. kiranya bida harga dari RM0 ke atas barang tu , kalau nasib baik dapat menang dengan harga murah haa berbaloi lah kat situ .. tapi barang-barang kat sini takde lah yang branded cuma kualiti takdelah teruk sangat .. biasanya aku bida tak lebih dari RM30 hinggit
Kalau aku menang bid barang tu , aku buat survey dulu kat Lazada or Shopee ~ haha kena bijak beb ! kalau harga kat Lazada lagi mahal dengan harga yang aku bid tu hah boleh lah beli , kalau harga yang aku bid lagi mahal dari web lain memang tak beli pun , biar je duk dalam troli sampai kena tarik balik .. hihihi
Pengalaman Membida Barang dan Shopping di Chilindo
So hari tu gatal tangan masuk Chilindo so terbida 2 3 ketul barang .. aku bida elektrik lunch box , thermos , pemegang untuk fon sebab susah naw nak ambil gambar bila tiada orang untuk meminta pertolongan , dan satu lagi jam .. by the way aku tersilap bida jam ni oik ! termenang pulak .. so bila dah masuk cart tak oleh pilih barang yang kita menang tu , kena beli semua sekali .. adoha nasib murah je ..
Ini lah dia barang yang aku dapat .. tengok dekat Lazada elektrik box tu dekat Rm40 jugak lah , then aku bid dapat lah belas-belas ringgit macam tu haaa , jam dah kena ambil dengan Rayyan so tak sempat den nak ambil gambar ... grrr ! thermos tu ok sangat berbaloi dengan harga bid Rm10 , memang tahan air panas dua hari .. senang sikit nak buat susu Rayyan bila keluar .. fon holder tu pun rm10 tak silap .. so berbaloi lah aku menang semua barang ni dengan harga murah + postage hanya RM8.00 untuk sekali pos ..
Cara Bayaran di Chilindo
Cara bayaran di Chlindo mudah je ,
Cara Bayaran di Chilindo
Cara bayaran di Chlindo mudah je ,
- korang boleh bayar cash semasa barangan korang tiba
- atm
- debit card / visa
Tips Menang Mudah di Chilindo
Aku pun tak tahu sangat tips yang sebetulnya tapi bagi aku , aku akan bid bila hujung-hujung waktu dan bila pagi je , sebab masa ni tak ramai sangat orang cuma sibuk je staf diorang dan auto bid sakan duk membida harga .. yang pasti kena cepat dan tangkas , jangan lupa baca bismillah ! hihihi gud luck yawwww ~
web : www.chilindo.com
posted in
Hola ! Dengki betul qaseh dengan perempuan yang kulit lawa gilaaaa nih , ibarat perempuan lawa ni memang di lahirkan gebu hingga ke tua agaknya .. tapi terkejut jugaklah sebenarnya bila tengok mereka-mereka yang cantik tu bila dia kongsikan gambar masa remaja , kulit diorang bermasalah teruk , tapi kenapa tetiba cantik macam bidadari weh ! stalk punya stalk mereka ni serius bagi effort yang tinggi untuk dapatkan kulit yang cantik dan flawless , mat salleh kata beauty is pain ?
Tapi qaseh tak nak sakitkan diri sendiri semata nak cantik , sebab ada cara lagi mudah tau uols untuk flawless kan kulit wajah , haa takde sakit-sakit punyalah ! Bila berbicara tentang kecantikan ni .. qaseh suka try foundation yang best-best , ada lah beberapa foundation yang qaseh guna jenis stick , cream dan juga liquid~ . Dan kali ni qaseh try foundation yang jenis 'mousse matte' pulak .. First time tau guna yang jenis matte ni , orang kata lagi best !
Kulit Wajah Lebih Flawless Dengan Mermaid Flawless Foundation
Pertama kali cuba , biar betul foundation ni .. bila sapu je kat muka qaseh ni korang dan sentuh dia punya tekstur , tetiba terfikir ni betul ke foundation atau kek span hahah sebab tekstur dia lembut dan halus ya amat ! patutlah nama pun Mermaid Flawless Foundation , bila sapu je kat muka memang rasa tak melekit langsung , sapu-sapu terus rasa kering dan nampak la wajah qaseh lebih cerah dan flawless ..
Seriously , foundation ni senang sangat nak pakai , tak perlu guna span pun , qaseh just sapu dengan jari je dan hasilnya sangat okay , walaupun pada awalnya tak pakai pelembab atau serum dan sebagainya , memang mudah amat nak blend dengan kulit wajah sebab Mermaid Flawless Foundation ni senang ratakan , tak bercapuk langsung apatah lagi berminyak ..memang zero minyak !!
Bagi yang tak suka makeup sangat tu memang sesuai sangat lah foundation ni dengan korang , sebab apa ? sebab foundation ni tak tebal dan takkan menutup liang pori di kulit wajah kita .. nanti bolehlah post gambar dengan caption ''my natural beauty'' hahah memang betul-betul nampak natural je .. nak lebih berseri apply lah lipstik sikit , nanti jodoh tengok tak berkelip mata gituh haaa
Kulit Berminyak dan Berjerawat Sesuai ke ?
Tengok tekstur dia memang lembut gila dan tekan-tekan macam tekan span pun ada , tapi memang menakjubkan lah dia punya kesan bila sapu kat muka .. kering macam tu je , memang lain dari yang qaseh guna sebelum ni .
Mermaid Flawless Foundation ni sangat sesuai untuk wajah yang berminyak dan berjerawat , bila konsisten pakai foundation ni ia dapat memudarkan parut jerawat dan jeragat , jadi jangan risau ok ? memang sanagt sesuai .. dan bagi yang kulit wajah kering boleh juga pakai cuma nak lebih moist boleh apply pelembab dahulu then guna foundation ni haa ..
Kelebihan Mermaid Flawless Foundation
💖Boleh menggantikan bedak (tidak perlu berbedak)
💖Tahan sehingga 12 jam
💖Mengandungi minyak ARGAN, GRAPE STEMCELL, serbuk MUTIARA , VITAMIN C & E untuk merawat jeragat dan jerawat
💖Tidak bercapuk walaupun berpeluh
💖SPF 30++ melindungi daripada cahaya matahari berbahaya
💖Cerah, gebu, FLAWLESS dan berseri sepanjang hari.
💖Mesra solat
💖Bebas alkohol dan bahan kimia berbahaya
💖Menutup cela, parut, jerawat dan jeragat
💖Boleh dijadikan alas mekap
💖Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
yeah dah masuk tempat favourite mekap den , qaseh tak suka sangat mekap tebal-tebal , so sangat sesuai kalau nak cepat-cepat mekap dan keluar dengan ''naked face'' gitu ..
❤ 99% daripada yang telah menggunakannya, mengatakan kulit mereka nampak LEBIH NATURAL, GEBU DAN CERAH.
.
❤ 98% daripada yang telah menggunakannya, mengatakan yang mereka TIDAK PERLU LAGI BERBEDAK, cukup dengan penggunaan cream to powder ini sahaja.
.
❤ 97% daripada yang telah menggunakannya, mengatakan krim ini TIDAK BERMINYAK.
.
❤99% PELANGGAN akan kembali repeat oder selepas pembelian kali pertama.
.
❤95% berpuas hati kerana menggunakan MOUSSE MATTE ini. Jerawat semakin kecut dan JERAGAT PUDAR.
.
Sudah ramai yang berpuas hati dan memberikan feedback yang terbaik
Harga Mermaid Flawless Foundation
Mesti korang nak tahu harga foundation ni kan , mari mari mari , harga murah harga murah eh dah macam pasar malam pulak , sebelum tu nak habaq mai foundation mermaid ni ada 2 saiz , besar dan kecik ..
Saiz besar - 12 Gram = RM89 , kalau beli 2 promosi harga RM150 (tahan dalam masa 4 bulan dengan penggunaan hari-hari) .. pilihan customer selalunya pilih yang besar sebab tahan lama ..
Saiz kecil - 5 Gram = RM39.00 , kalau beli 2 promosi harga RM70 (biasanya student sekolah menengah / universiti akan pilih saiz kecil sebab nak jimat guna foundation sambil rawat wajah)Harga dia pun berbaloi dalam masa 4 bulan penggunaan , jangka masa yang agak lama jugak lah kan , so apa tunggu lagi .. yang pasti bila pakai Mermaid Flawless Foundation ni tak rasa macam pakai topeng kat muka dan boleh di gunakan tanpa was-was.. meh lah cuba , kata nak wajah flawless gitewwww !
Boleh Dapatkan Mermaid Foundation di
Call / Whatsapp :
IFFA - 018 314 6882
NAJAHA - 019 7000 254
KL / SELANGOR
Nusaibah Mustaffar
017-979 3859
Puchong
Nur Amira Murad
Hp: 012-5414410
Kuala Lumpur
Fizah Mohd Noor
0172959134
Kuala Lumpur & Selangor
Nor Farisya
011-27101089
Rawang,Selangor
Norazura bt Mohd Rahim (FB : Mimi Zahra)
012-2578789
Kuala Lumpur, Kepong
Siti Aishah Baharom (FB : tash ct)
Hp : 0192466780
Kuala Lumpur
Zarina Bt Basry (FB: Rizki Aniraz)
019 300 4810
Semenyih, Banting, KL
Sarina noor binti samat (FB: sarina samat)
Semenyih, Kajang
Nurul hidayah (FB : nurul mohd ghazali)
Shah Alam
JOHOR
Kamariah Kamarudin
013 7378279
KotaTinggi/Jb
Nor hafizah Rohani
0137009622
Tangkak/Muar
Rohaida Bt Padir
012-7617780
kulai & pontian
Nurul Najmin Ishak
0172058375
Pasir Gudang
Abriza bt Raif
012-2993674
Batu Pahat
Farhana maskon
010-7169979
kota tinggi / pasir gudang / jb
Rafiah binti Mazlan (FB :Rafiah Mazlan)
013-7561615
Batu Pahat.Johor
NEGERI SEMBILAN / MELAKA
Nurul Ain Fazliana Jamaludin
017-2272084
Seremban
Khadijah Bt Md Salam
0146398380
Palong, Gemas
Noridayu binti Ismail (FB :Noreday Smile)
013-3006817
Port Dickson, N.9
Zulhilmi Yusof
0182571161
Melaka
KELANTAN
Roshasliza hussin
0193539161
tanah merah,
Zulrinawaty husain (FB : myraz husain)
0127446429
p.mas/ tanah merah/ rantau panjang kelantan
Nor Shahira Bt Md Nor (FB :Shira de'aMor)
Pasir Mas, Tanah Merah
PAHANG
Nadia Radzi (FB: Nadeeya Luvduv)
017-2452987
Temerloh Pahang
PERAK
Radhiah bt Abdul Rani (FB : dya abdul rani)
0105707236
Ipoh
Shahidah bt Sapian (FB: shahidah sapian)
Ipoh Perak
Instagram :
@dhilesabeauty_official
Facebook :
posted in
Assalamualaikum korang , tengah fikir betapa beruntungya jadi seorang wanita sebenarnya , walaupun berselindung tetapi kita tetap punyai mahkota , tak perlu tunggu jadi raja kan ~ rambut memang mahkota wanita tapi korang jaga ke mahkota korang tu dengan baik , dah belai-belai , dah wangi-wangikan tak walaupun berselindung di sebalik tudung , dengan panas dan peluh .. ?
Jangan dengki dengan orang yang punya rambut cantik , kuat dan kukuh jika kita sendiri yang tak mementingkan penjagaan rambut kita dari awal .. so pemilihan syampu sangat lah penting tau , dan tak semua syampu semua sama fungsi .. kalau kita ada masalah kelemumur wajib kena pilih syampu yang boleh atasi kelemumur tau ! Qaseh faham sangat lagi - lagi bila kita bertudung rambut cepat berminyak dan berkelemumur tu belum masuk bab rambut gugur lagi kan !
Jadi kali ni qaseh nak kenalkan korang dengan Syampu Shurah Ariana , nama syampu pun dah cantik apatah lagi botol kan , colourful sangat ~ kali ni Shurah mengeluarkan produk Syampu yang dapat membantu dalam penjagaan rambut wanita terutama yang berhijab
Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.
Syampu Shurah datang dengan empat pilihan berbeza tau korang , jadi boleh lah pilih syampu ni dengan pilihan yang betul ok ! Jangan ikut warna kesukaan botol korang pulak .. tahu-tahu lah yang minat pink tu ramai haha
Dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.
- Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff
- Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control
Mana Nak Dapatkan Syampu Shurah Ariana ?
Seleksi syampu Shurah Ariana boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga RM12.30 untuk 330ml dan RM7.90 untuk 170ml.
MORE INFO
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:
Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/
dan follow hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia #shurahpencerah
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/
posted in
Assalamualaikum uols ~ nak coretkan penyesalan serius kali ni , eh menyesal sungguh lah ! nyesal sambil hentak-hentak kaki (buruk naw perangai mokmung haha! ) hari tu kan suami ajak pergi Bukit Fraser jadi dalam perjalanan tu tersinggah lah Sungai Chilling di Kuala Kubu Baru Selangor ni haaa , sebenarnya banyak kali jugak dah lalu kat sini tapi tak terlintas pun nak singgah ~
Kali ni alang-alang hari untuk berjalan-jalan jadi singgah lah sekejap nak tengok jugak apa yang best di Santuari Sg Chilling ni ! pernah lah google nampak macam menarik , sambil mandi boleh bagi makan ikan kelah , banyak betul ikan kelah kat sini weh , tapi nasib baik tak boleh bawak balik kalau tak kenyang makan ikan kelah untuk setahun ..

Nak masuk sini kena parking kenderaan korang kat luar ye , dan kena berjalan kaki ke dalam sana , tapi takde lah jauh sangat .. ermm lebih kurang dalam 5-10 minit je dah sampai , dan kena daftar sebanyak RM1 sahaja .. tapi kalau korang nak pergi ke air terjun yang ni ambil masa lama sikit dalam 40 minit macam tu tapi best lah kat sana lagi banyak ikan kelah dan ikan tangas yang besar-besar gitu ..
Memandangkan aku kebetulan je masuk sini dan bawak Rayyan , risau jugak nak masuk hutan ni .. so tak de lah pergi hingga ke air terjun just lepak di depan je , kalau kat depan ni takde lah hutan sangat dan air dia sejuk gila wei ~ nyesal sungguh tak bawak baju ! dan nyesal sungguh pergi Bukit Fraser yang ntah apa-apa haha boring nak mampuih ... serius boring gila Bukit Fraser , so baik tak payah pergi k , melainkan lepak hotel berhoneymoon atau membawa diri .. hahah
Macam best je berkelah kat sini , hari tu pun ramai gila berkelah , so kalau korang cari tempat mana nak berkelah yang best-best , aku suggest kat sini pun best ! boleh bbq dan suka hati korang lah .. ni bahagian depan , masuk je dalam kawasan ni terus jumpa sungai ni haaa .. so kalau rasa penat nak masuk sana di air terjun dan bawak anak-anak , kat sini dah cukup best untuk korang bermandi manda
Memandangkan tak bawak baju , kita main celup-celup kaki je la Rayyan ye .. nanti Umi bawak lagi kita mandi manda kat sini .. kebetulan sebelum masuk dalam ni , ada budak bagi baki makanan ikan , hihihi so bagi kat Rayyan je lempar-lempar bagi ikan makan .. berduyun-duyun ikan datang tau ..
Sempat lagi ber OOTD atas jambatan ni , jambatan ni untuk pergi ke air terjun ..

Ni air terjun yang kat dalam sana , kena jalan dalam 40 minit camtu sampai lah .. macam best je , teringin jugak nak pergi sana tapi fikir nak jalan dekat sejam gak dengan si Rayyan ni , takpelah haha

Banyak gila ikan kat sini , tapi WARNING ye tak boleh memancing mahu pun bawak balik ikan-ikan ni semua , nanti kena sumpah (gurau je ! haa takut la tu :p )
InshaaAllah akan datang lagi , nasib baik dekat je dengan rumah .. so kena bodek hencik suami lagi lah yeee kalau nak datag hikhik ..
Waktu Operasi :
Hari : Jumaat , Sabtu dan Ahad sahaja
Waktu : 8.00 pagi - 6.00 petang
Aktiviti Yang Dibenarkan
Mandi Manda
Merentasi sungai dan hutan ke air terjun utama
Berkelah
Perkhemahan Harian (Tidak Di benarkan Bermalam )
posted in
Hai uols , hari tu qaseh terbaca keluhan kawan-kawan bila mana ada segelintir mengeluh kenapa setiap kali timbang berat badan mereka selalu dapat hasil yang tidak sama , sekejap berat badan naik , sekejap pulak turun .. adakah salah penimbang berat badan itu ? ataupun kita yang salah panduan ? haaa so kali ni qaseh nak share tips dari Dr Khairul Hafidz bagaimana cara menimbang berat dengan betul ~

- Beli penimbang yang baik.
Buatlah pelaburan yang lebih sikit nak beli penimbang tu, jangan lah beli yang terlalu murah, takut yang tak ada kualiti ni kiraannya tak tepat, kang mengamuk pulak bila badan sekeping penimbang tunjuk berat 70kg.
Beli penimbang digital dan yang ada satu atau dua tempat perpuluhan, itu yang terbaik , yang penting beli lah penimbang di tempat-tempat yang boleh dipercayai dan berkualiti.
- Letak penimbang di tempat yang sama.
Sebenarnya, penimbang tu boleh berubah-ubah mengikut di mana kita letakkan penimbang tu. Ada beza letak penimbang letak di atas karpet lembut dengan atas lantai, kalau tak percaya cuba buat di rumah.
Jadi, untuk dapatkan kiraan yang konsisten, kena letak di satu tempat sahaja. Jangan ubah-ubah, nanti kita tak dapat betul-betul dapat kiraan yang konsisten.
- Waktu untuk menimbang.
Pilih cuma satu waktu sahaja untuk menimbang. Kalau saya, saya akan timbang berat saya pada waktu pagi selepas bangun tidur. Waktu itu yang terbaik kerana paling mendekati "dry weight" kita, maknanya waktu itu kita baru bangun, masih belum makan minum, jadi itu lah waktu terbaik untuk kita tengok berat badan kita berapa.
- Bila nak timbang?
Sebenarnya ini ikut masing-masing berapa hari sekali bak timbang, yang selalu diamalkan adalah timbang seminggu sekali.
Kalau saya dulu, saya timbang setiap hari, sebab dengan timbangan tu, saya boleh kaji balik pemakanan dan senaman saya, untuk badan saya, jika saya timbang hari ini, berat itu adalah apa yang saya makan dan senam untuk tiga hari sebelum. Setiap orang berbeza-beza mengikut metabolisme badan, boleh kaji sendiri badan kalian semua.
Dan setiap minggu hari jumaat, itu adalah waktu rasmi untuk saya catat berat badan saya. Hari lain cuma timbang, hari jumaat untuk dicatat.
- Lebih minimal lebih baik.
Setiap kali timbang, saya cuma pakai seluar kecik sahaja, sebab nanti berat pakaian pun akan dikira sekali. Sebab tu lah timbang berat dalam rumah sendiri, janganlah pergi rumah member nak timbang bukak habis pakaian, memang kena hambat balik rumah.
Untuk wanita pula samalah, yang penting lebih minimal untuk dapatkan berat badan kita sendiri, bukan dicampur dengan berat pakaian.
- Catat!
Ini bagi saya antara yang terpenting, dokumen kan berat badan kamu, biar naik atau turun. Ini penting untuk kita lihat perkembangan berat kita dan untuk jadikan sebagai semangat buat diri sendiri.
Tak apa lah kalau naik, kurang-kurang kita menerima berat badan tu naik dan tahu ada ruang untuk kita perbaiki lagi, jangan putus asa, terus usaha lebih kuat.
Jadikan catatan tu menarik dengan membuat carta contohnya untuk melihat perkembangan berat badan kamu, baru lah rasa seronok nak turunkan berat!
Hati Berbicara :
Sharing is caring ~ so harap lepas ni korang boleh jadikan ini satu panduan untuk menimbag berat badan dengan betul ! kepada yang tengah struggle turunkan berat badan tu , selamat berjaya ! yakin boleh ~ yihaaaa !
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons