Pages

  • Home

Social Icons

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

25 Nov 2019

Surprise Happy Meal Hadir Bersama Mainan Ikonik Zaman 80-an Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-40 Happy Meal

Assalamualaikum 

Omaigod, pertama sekali qaseh nak wish Selamat Ulang Tahun Yang Ke-40 Happy Meal - Mainan Ikonik McDonald's. Ada tak pengumpul mainan ikonik Happy Meal McDonald's dari tahun 1988 lagi ? Korang tahu tak 1988 tu tahun qaseh di lahirkan, perghhh masa qaseh lahir dulu takde pulak yang hadiahkan mainan dari Happy Meal ni haha :p Siapa yang masih simpan , memang rare sangat. 

So, qaseh berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis ulang tahun Happy Meal yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ni, macam biasa lah event sangat happening dan meriah, ditambah dengan beberapa game yang penuh gelak ketawa dan beberapa kejutan best, semestinya buat peminat Happy Meal


Always beauiful Emcee - Azura Zainal 

Seingat qaseh, pertama kali qaseh beli happy meal ni bila dah dewasa sebab dulu dekat bandar kecil McDonald's ni takde lagi so bila berhijrah ke luar baru boleh beli Happy Meal  hihi, dan sekarang selalu beli untuk anak pula, bukan anak je suka, tapi mak ayah yang lebih, betul tak haha!

Sempena ulang tahun Happy Meal ni, ada surprise untuk korang ! Selama 40 tahun , Happy Meal menjadi simbol penrkongsian kegembiraan bersama keluarga, bagi memperingati peristiwa penting ni, McDonald's Malaysia melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal ! Yuhuuuu tak sabarnya nak dapatkan juga. 

Puan Melati Abdul Hai, Vice President and Chief Marketing Officer of McDonald’s Malaysia unveiling the 14 iconic toys

Kalau korang tak pernah tengok mainan ikonik  Happy Meal semenjak 4 dekad yang lalu, haaa sempena ulang tahun yang ke-40 ni, korang berpeluang mendapatkan mainan ikonik yang pernah ada sejak tahun 80-an  lagi. Perghh, kesemuanya ada 14 mainan tau, sumpah rare, qaseh pun tak sabar nak dapatkan Beanie Babies, Tamagochi dan semuanya lah, sumpah comel-comel je semua ~ 

Surprise Happy Meal ! ( 28 Nov sehingga stok masih ada )


Bagi korang yang tak pernah tengok mainan ikonik Happy Meal dari zaman 80-an, ini lah dia, terdapat 14 mainan ikonik kesemuanya mengikut tahun. Happy Meal telah berkembang ke lebih 38000 restoran di lebih 100 negara di seluruh negara semenjak ia diperkenalkan pada Jun 1979 sebagai simbol kejutan,keceriaan dan kegembiraan.

Untuk Surprise Happy Meal ni, korang boleh dapatkan di semua restoran-restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara mulai 28 November ini, sehingga stok masih ada. So cepat-cepat tau sebab mainan rare ni biasanya laku keras, heheh.

Jadi, setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad. Kiranya, korang tak boleh pilih tau, akan dapat random sebab nama pun surprise kan, macam zaman kanak-kanak dulu, pernah kan beli mainan dalam plastik dan kita teruja gila nak tahu apa benda yang kita akan dapat, haaa macam tu lah surprise nya nanti hehe, antara 14 mainan tu, korang boleh tengok gambar di bawah ni okay.

  • Cowboy McNugget  (McDonald's) 1988
  • Fireman McNugget (McDonald's) 1988
  • McNugget Carrier Mail (McDonald's) 1988


  • Hamburger Changeable (McDonald's) 1989
  • Grimace (McDonald's) 1990


  • Dino Happy Meal Box Changeable  (McDonald's) 1991
  • McDonald's Hot Wheels Thunderbird  (Mattel) 1993

  • Hamburglar (McDonald's) 1995
  • Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers) 1996

  • Patty The Platypus (McDonald's) 1997
  • My Little Pony (McDonald's) 1998
  • Hello Kitty  (McDonald's) 2013


  • Tamagotchi (Bandai) 1998
  • Furby (Hasbro) 1999


Limited Edition Box 
Tak sabar nak tunggu 28 November, harap-harap firstly dapat Tamagochi ahahaha. Macam best je ~ 

Parties and Meeting at McDonald's Malaysia

Okayh, satu lagi qaseh nak share pada korang semua, melalui Parties @McD menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan seperti majlis hari jadi, majlis perpisahan atau majlis perjumpaan semula di restoran-restoran terpilih di Malaysia. Boleh lah cipta kenangan indah di McDonald's gituhhh ~ 

Dan juga, selain Parties @ McD , rakyat Malaysia juga boleh melalui Meetings @ McD boleh menggunakan restoran-restoran McDonald's sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat, kekdahnya sambil meeting sambil makan McDonald's hihi, alaa bos sekali sekala kan ~ 

Untuk tempahan, korang boleh buat tempahan melalui applikasi McDonald's yang boleh dimuat turun di Play Store / Apple Store atau di laman web McDonald's Malaysia di www.mcdonalds.com.my 




Lastly ~ jangan lupa dapatkan Surprise Happy Meal pada 28 November nanti sehingga stok masih ada, perghh mainan zaman 80 - 90 an woooo, haruslah buat koleksi, yang pasti bukan anak-anak je minat, mesti ramai mak ayah yang suka mengumpul mainan Happy Meal kan ? Haa beli jangan tak beli ! 

www.mcdonalds.com.my
posted in
event qasehreview
share on
continue reading

Best Western I-City Shah Alam | Masuk Percuma Ke WaterWorld I-City

Assalamualaikum

Best Western I-City Shah Alam | Cuti sekolah dah mula ni, takde plan nak bawak anak-anak atau keluarga bercuti ke ? Haa ni qaseh nak share penginapan best yang tidak akan membosankan anak-anak dan kita juga, kadang dah dewasa tapi jiwa masih kanak-kanak kan haa ngaku je lah hihi ~ Jadi, entry kali ni, qaseh nak kongsi kisah qaseh meluangkan masa bersama family di Best Western I-City Shah Alam. Wuhooo



Kadang kita cari hotel untuk relax-relax, kadang lepak santai dalam bilik yang selesa, tapi sure ke anak akan lepak santai jugak ? Memang idok lah Rayyan tu, haruslah cari sesuatu yang membuatkan dia happy, macam WATERPARK ? tapi kadang bajet kita tak cukup nak beli tiket masuk waterpark lagi~ ~ hurm ! 

Sebab tu kita kena bijak "memburu" promo-promo best ~ antara promo Best Western I-City Hotel Shah Alam ni, tak payah pening nak fikir bajet untuk tiket waterpark gais, sebab FREE OF CHARGE UNLIMITED WATERWORLD ICITY  bila korang stay disini, yuhuuuu bijak dan jimat tak cuti qaseh kali ni? Teruskan membaca k, qaseh nak share bilik dulu ~ 


Welcome Note with cute bear hihi

Sebenarnya ini kali kedua qaseh stay sini, suka sebab hotel ni sangat strategik dan tak boring. Hotel ni dalam theme park I-City Shah Alam tau, so malam-malam memang pergi lepak tengok lampu then ada game-game best jugak, best kalau stay dengan kawan-kawan yang gila-gila tu. 

Bilik yang qaseh stay ni adalah Deluxe Room with extra bed untuk Rayyan, kalau korang ada anak ramai boleh pilih connecting room, so senang nak mengintai  pantau anak-anak. Bilik ni simple je, tapi selesa, kemas dan bersih, kebersihan paling penting dan bau haruslah menyenangkan. 

Facilities : Aircond, wifi laju gila, led tv, pengering rambut, peti ais, safety box, tuala, toileteries semua cukup lengkap, paling penting Iron kan? haha Iron takde dalam bilik tapi korang boleh call cus service, cepat je dia hantar. Terbaik ! 







MY STAY IS MY WAY  (24 HOUR CHECK IN)

Okay satu benda yang kadang aku menyampah bila stay hotel, tapi memang rules hotel sebegini kan. Kadang nak check in wajib pukul 3 then checkout pulak pukul 12, rasa macam bazir masa ! hey i want 24 jam okay ! Bestnya di Best Western I-City, korang boleh checkin dan checkout sukahati korang, 24 hour !


Suka tak ? Tak perlu nak kelam kabut kan ~ pagi-pagi malas nak kemas luggage, nak golek-golek tidur sampai lunch so cara dia pun mudah je, ada charge sedikit je dari harga bilik yang korang book iaitu RM60 , minibar pack dan ada mystery gift untuk korang. Bolehlah check in dan check out suka hati heheh. 

FREE UNLIMITED ENTRANCE TO I-CITY WATER WORLD 

Haa paling best, qaseh tak pernah masuk water world / waterpark I-city ni tau, qaseh ingatkan kawasan dia kecik dan ada game untuk budak-budak je tapi rupanya kawasan waterpark ni agak luas, dan ada beberapa port untuk dewasa jugak. Ada berani ?


So korang boleh keluar masuk waterpark ni secara percuma sahaja bila stay di Best Western, takde cas tersembunyi cuma ada syarat dia jugaklah.

Baca betul-betul : Untuk free waterpark entrance ni, setiap bilik hanya untuk 2 orang dewasa FREE (PROMO sebelum ni untuk 2 dewasa dan dua kanak-kanak dah habis) So untuk anak-anak kena bayar tiket sendiri (Rm25) 
Dari hotel ke waterpark ni just jalan kaki je, alah dekat je pun. 

CARANYA : Then, bila sampai di waterpark akan ada satu kaunter tertera nama Best Western, korang kena bagi IC dan Access Kad Bilik Hotel untuk bukti lah macam tu, then staff akan key in untuk dapatkan tiket. Setiap tiket ni pulak, untuk sekali masuk, kalau korang keluar dan nak masuk balik, korang buat kaedah macam tadi lah, bagi ic dan kad bilik hotel, lepas tu dapat kan tiket baru, FREE OF CHARGE. 

Mandi lah sampai pengsan ~ Untuk loker korang boleh sewa dalam waterpark, ni tak free lah , bayor RM10 hinggit, no need to sewa pelampung, sebab dah berlambak dalam tu tapi pelampung kanak-kanak beli sendiri.







FOOD

 Okay untuk makanan, korang takkan kelaparan punyalah sebab bila stay sini termasuk dengan sarapan free , dan sekarang ada beberapa promo best setiap hari Jumaat ada promosi Barbeque All You Can Eat, buffet bbq lah macam tu , kalau korang jenis malas nak keluar bilik untuk makan, boleh order makanan melalui QR CODE dan boleh cuba Signature Go Beyond Menu, meh qaseh share satu-satu secara details.



Breakfast Start pukul 6.30 a.m - 10.30 a.m di level 5, The View Cafe, buffet breakfast so boleh makan sampai kenyang. Banyak pilihan makanan, kegemaran qaseh setiap masa bubur nasi haha wajib ada. Suka cafe ni sebab boleh lepak dalam (aircond) dan kat luar (terbuka macam taman) sangat luas, kebebasan untuk anak-anak.



SEAFOOD BBQ ALL YOU CAN EAT ( Every Friday)

Peminat seafood wajib dinner kat sini , sumpah kenyang uiii dan memang banyak lah pilihan seafood yang ada, start pukul 7 malam hingga pukul 10 di level 5 juga, The View Cafe. Untuk Seafood BBW ni hanya pada hari Jumaat sahaja tau, so better check in hari Jumaat heheh.



Promosi ni termasuk free bottle of mocktail , akan dapat 20% diskaun bagi korang yang stay di hotel, so terbuka jugak untuk orang luar yang nak berbaque seafood di sini.



Harga  : RM75 per Adult (20% diskaun for hotel guest)
           : RM52.50 per child / senior citizens (20% diskaun for hotel guest)
           : Include free Mocktail

Bukan ada seafood sahaja tau, ada dessert, ice cream, nasi, mee goreng, spaghetti dan lain-lain, memang kenyang sangat, makan sampai kenyang, then balik bilik membongkang tidur haha kenyang sampai besok.













Nanti chef akan bakarkan untuk korang semua, ambil dan letak dalam pinggan lepastu setiap meja ada pengepit nombor, just kepitkan di pinggan dan bagi kat cheff, nanti staff hantarkan pada korang bila dah siap masak.Tempat pun luas, best dan santai. Anak-anak boleh berlari-lari sebab kawasan lapang dan tak membahayakan. 








NEW SIGNATURE GO BEYOND MENU & NEW BAVERAGE MENU 

Hari kedua, qaseh lunch menu baru. Signature Go Beyond menu, by the way qaseh main order je, tak tahu nak pilih apa sebab semua menyelerakan, haha. Korang boleh lah cuba nanti, menu western tapi mengenyangkan sangat.

Untuk lunch korang perlu cuba menu-menu Go Beyond ni tau, tak rugi dan berbaloi sangat, portion pun besar, lagi-lagi spaghetty tu, paling fav ! sebab rasa dia macam ala-ala laksa 

Haa ini semua menu Signature Go Beyond, so qaseh order Tuna Miso, Coffee Lamb dan Malaysian Spaghetti Classic, nah gambar di bawah untuk preference korang heheh, tapi paling favourite qaseh Spaghetty Classic tu sebab dia tak macam spaghetty sangat kuah dia, then sambal dia paduuuuuuu. 

Tuna Miso, rasa dia rasa Tuna lah haha and ada sos sikit, sos rasa masin-masin sikit, kalau korang jenis kuat makan, tak cukup ni, kena ikat tepi lagi haha

Lamb Coffee pulak sos dia ni ada rasa coffee sikit, bau pun bau coffee, daging lembut dan sedap juga 


Spaghetty Classic, yummeh ! Teringat lagi sambal dia, fuhh sedap. Kuah dia macam laksa putih tapi unik dan sedap lagi, portion besar weh. Kenyang gila.

Ni pulak harga dan menu untuk drinks. 

Qaseh cuba Slushy Mania &  Bw Refresher 

QR CODE ORDER SYSTEM - ROOM SERVICE

Malam kedua memang penat dan agak tak larat untuk keluar pergi mana-mana apatah lagi nak keluar makan, sebab siang tu qaseh pulun mandi waterpark, free kan~ haruslah keluar masuk banyak kali haha, sampai bilik memang lentok habis, Rayyan pun tertidur terus. 

So untuk dinner, qaseh order online je hanya scan QR CODE yang ada dalam bilik, tepi meja kerja, bila scan, korang akan kena click link to website, then pilih menu yang korang nak order. Tersedia untuk breakfast hingga lah supper. 




Banyak jugaklah menu-menu yang ada, qaseh pun pening nak order apa, nafsu makan serakah tetiba muncul, so agak banyak lah qaseh order haha makan sampai muntah, lastly husband lah kena habiskan makanan isteri dia hikhik, ni antara menu yang qaseh order dan sedap. So kalau korang pening macam qaseh, boleh lah order sama :p

Tadaaa ~ happy dinner !

 Husband nak makan nasi ayam ~ sedap ! 
 Aglio Olio with prawan, udang besar gedabak dan padat, fuh wei teringat balik ! 
 Spaghetty pun not bad, portion banyak oiii 
 Burger dia yaampun, daging tebal gila, aku tak larat nak habiskan dah sebab kenyang betul, ingatkan burger kecik je, rupanya hurmm tengok lah saiz dia ! 
Ni tak silap sup ekoq ! Cicah dengan roti, terangkat-angkat sup dia. Best ~ so korang bolehlah try menu-menu ni semua. 

SUNDAY HI TEA WITH CLOWN 

Last day, sebelum checkout sempat qaseh ber Hi-Tea di sini, biasa Hi-Tea banyak dessert yang sedap-sedap kan, tapi bukan setakat dessert je ada, macam-macam pilihan makanan yang korang boleh makan di sini secara buffet. 

And also, ada fun-fun juga dengan kehadiran clown, boleh lah suruh clown buat belon banyak-banyak dan meriahkan suasana, dulu masa qaseh kecik-kecik, qaseh takut dengan clown haha tapi Rayyan okay je, dapat belon lagi.







Harga for Hi-Tea 
Per Adult only RM45 and 50% diskaun untuk kanak-kanak dan senior citizen.
FREE for 1 person for every 9 FULL PRICE paying adults. 



MORE INFO

Website: https://www.bestwestern-icity.my/
Facebook: https://www.facebook.com/bwicity/
Instagram: https://www.instagram.com/bwicity/
Telefon: 03-55219000





posted in
hotel penginapan qasehreview travel
share on
continue reading
next prev
Subscribe to: Posts (Atom)

Author

Author



Total Pageviews

Followers

Labels

advertorial altheaangels beauty event food review kelab blogger ben ashaari parenting qasehreview resepi sponsortrip travel

Blog Archive

  • ►  2010 (108)
    • ►  October (13)
    • ►  November (37)
    • ►  December (58)
  • ►  2011 (339)
    • ►  January (72)
    • ►  February (47)
    • ►  March (49)
    • ►  April (45)
    • ►  May (14)
    • ►  June (23)
    • ►  July (19)
    • ►  August (33)
    • ►  September (13)
    • ►  October (17)
    • ►  November (5)
    • ►  December (2)
  • ►  2012 (44)
    • ►  January (2)
    • ►  February (5)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)
    • ►  May (7)
    • ►  June (8)
    • ►  July (1)
    • ►  August (4)
    • ►  September (5)
    • ►  October (4)
    • ►  November (3)
    • ►  December (3)
  • ►  2013 (81)
    • ►  January (3)
    • ►  February (5)
    • ►  March (1)
    • ►  April (3)
    • ►  May (2)
    • ►  June (3)
    • ►  July (6)
    • ►  August (6)
    • ►  September (6)
    • ►  October (6)
    • ►  November (21)
    • ►  December (19)
  • ►  2014 (91)
    • ►  January (13)
    • ►  February (4)
    • ►  March (5)
    • ►  April (10)
    • ►  May (4)
    • ►  June (5)
    • ►  July (11)
    • ►  August (4)
    • ►  September (22)
    • ►  October (5)
    • ►  November (4)
    • ►  December (4)
  • ►  2015 (63)
    • ►  January (6)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  April (4)
    • ►  May (10)
    • ►  June (5)
    • ►  July (1)
    • ►  August (11)
    • ►  September (4)
    • ►  October (10)
    • ►  November (2)
    • ►  December (7)
  • ►  2016 (60)
    • ►  February (2)
    • ►  March (7)
    • ►  April (8)
    • ►  May (1)
    • ►  June (8)
    • ►  July (3)
    • ►  August (1)
    • ►  September (8)
    • ►  October (7)
    • ►  November (7)
    • ►  December (8)
  • ►  2017 (131)
    • ►  January (9)
    • ►  February (9)
    • ►  March (11)
    • ►  April (5)
    • ►  May (16)
    • ►  June (14)
    • ►  July (9)
    • ►  August (15)
    • ►  September (8)
    • ►  October (14)
    • ►  November (13)
    • ►  December (8)
  • ►  2018 (80)
    • ►  January (10)
    • ►  February (9)
    • ►  March (8)
    • ►  April (8)
    • ►  May (9)
    • ►  June (4)
    • ►  July (7)
    • ►  August (5)
    • ►  September (7)
    • ►  October (4)
    • ►  November (5)
    • ►  December (4)
  • ▼  2019 (45)
    • ►  January (11)
    • ►  February (3)
    • ►  March (4)
    • ►  April (3)
    • ►  May (5)
    • ►  June (3)
    • ►  July (2)
    • ►  August (4)
    • ►  September (3)
    • ►  October (1)
    • ▼  November (4)
      • Pengalaman Bercuti di Swiss Garden Hotel & Residen...
      • Review Weil Hotel Ipoh | Hotel Best di Ipoh
      • Best Western I-City Shah Alam | Masuk Percuma Ke W...
      • Surprise Happy Meal Hadir Bersama Mainan Ikonik Za...
    • ►  December (2)
  • ►  2020 (37)
    • ►  January (1)
    • ►  February (2)
    • ►  April (3)
    • ►  May (4)
    • ►  June (2)
    • ►  July (8)
    • ►  August (7)
    • ►  September (4)
    • ►  October (4)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2021 (34)
    • ►  January (3)
    • ►  February (3)
    • ►  March (1)
    • ►  April (4)
    • ►  May (9)
    • ►  June (5)
    • ►  July (2)
    • ►  September (2)
    • ►  October (2)
    • ►  December (3)
  • ►  2022 (15)
    • ►  January (2)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  April (5)
    • ►  May (1)
    • ►  June (4)

My Blog List

readers favorites

  • Supplement Himalaya | Kebaikan Women Wellness Shatavari dan Bowel Wellness Triphala
    Assalamualaikum, sihat ke kome semua ? Pernah tak korang terasa badan korang kerap sakit-sakit badan, lenguh, mood tak menentu dan mac...
  • Pengalaman Kena Buasir Ketika Mengandung | Apa Yang Aku Buat
     Assalamualaikum  Pengalaman mengandung kali ke dua ni, lain sangat dengan pengalaman mengandung kali pertama ye, nak dijadikan cerita terke...
  • Top 10 Fitness Gifts for Him This Christmas 2021
    Top 10 Fitness Gift For Him | Everyone deserves to be spoiled once in a while and this coming Christmas is the perfect opportunity for you t...
  •   Pengalaman Beli Ipad Online di Website Apple
    Assalamualaikum  Sebenarnya tak terlintas pun nak beli ipad lebih-lebih lagi secara online, sebab qaseh duk fikir nak beli laptop, tapi bila...
  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
    Assalamualaikum  Fuh baru berkesempatan nak update entry tentang cuti-cuti bujet 2018 ke Genting Highland . Seingat aku dah lama gila ...
  • Berkat Korban 2022 | Daftar Ibadah Korban 2022 Anjuran AEON Malaysia
      Assalamualaikum   Jom Daftar Berkat Korban 2022 anjuran AEON Malaysia  | Alhamdulillah dah masuk tahun ke-tiga ye AEON CO. (M) BHD menerus...

send me a message!

latest 'grams from @username

© Qaseh Dalia's Blog.
Made by SoulMuse.