Assalamualaikum
Holla uols semua , baru-baru ni Gt Dollar memang hangat di perkatakan di media sosial , facebook , blog mahupun instagram .. mula-mula qaseh baca pasal Gt Dollar ni sangat memeningkan jugak sebab tak tahu apa fungsinya kan .. ni nak cerita kat kalian semua apa sebenarnya Gt Dollar dan telah di lancarkan buat pertama kalinya di Malaysia yang bertempat di Sime Darby Convention Centre , Bukit Kiara KL pada 16 Jan 2017 yang dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin , Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Kerjasama ini antara Kerajaan Malaysia dan Dolar GT membantu untuk meringankan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih Dolar GT, yang merupakan "one stop platform mudah alih e-dagang" yang bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang padu untuk pengguna dan saudagar dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasarannya.
The Gt Group Team di Majlis Pelancaran Gt Dollar
Apa itu GT Dollar ?
Gt Dollar menawarkan penyelesaian yang sangat bagus untuk gaya hidup korang yang sibuk dan kos sara hidup yang tinggi dengan sistem bersepadu E-wallet , (maksudnya tidak menggunakan tunai ) dan boleh mendapat tawaran yang sangat hebat untuk pengguna . Ia membolehkan PKS mengembangkan perniagaan dan mendapatkan pengguna baru .. selain tu , dapat membantu pengguna menerokan dan mendapat manfaat daripada tawaran ,diskaun dan promosi di peringkat global.
Gt Dollar membantu PKS dan pengguna menjimatkan masa dan wang mereka sebab ianya tanpa yuran pendaftaran , tanpa yuran keahlian dan juga tanpa iklan , so jika korang download aplikasi Gt Dollar di handfone korang , korang akan dapat RM300 secara percuma , so jangan lupa downloada aplikasi GT Dollar sekarang ok ! Selain tu ianya komunikasi yang mudah antara peniaga dan pengguna melalui GPS dan sistem tempahan yang sangat mesra
Selain dari Gt Dollar , ada beberapa produk lain yang telah di lancarkan oleh Gt Group , dan kesemua produk ni sangat mengujakan qaseh , sebab fungsinya sangat menarik dan awesome , nak tahu apa dia ? haa baca kat bawah ni ok .. yang pasti qaseh dah dapat Gt Mobile tu so tunggu next entry untuk qaseh review Gt Mobile ok !
- Gt WonderBoy
- GT Watch
- Gt Smartphone
So menarik gila kan produk-produk Gt Dollar ni .. jangan lupa tau korang download aplikasi Gt Dollar sekarang di smartphone masing-masing , banyak diskaun , tawaran hebat buat korang .. kalau tak download sekarang sangatla rugi , nanti terlepas RM300 dan terlepas lah jugak diskaun-diskaun hebat ! untuk info lanjut korang boleh follow link yang qaseh bagi kat bawah ni tau , nak tau latest update cepat follow instagram Gt Group okeyh !
More Info :
insta : @gtgroupmalaysia
posted in
Assalamualaikum ..
Happy belated birthday my husband , Hencik K dan Rayyan .. untunglah kan dua-dua bulan January , sobs kena dapatkan adik Rayyan bulan Jun lah macam ni baru boleh geng Umi haha , ameen .. alhamdulillah dah setahun anak Umi , pejam celik pejam celik sekejap sangat masa berlalu , Umi rasa mcm sekejap je awak jadi baby Rayyan .. now setahun dah hurm tetiba rasa sedih , cepat sangat anak Umi membesar depan mata Umi .. tapi alhamdulillah di beri kan kesihatan yang baik , itu yang Umi selalu doakan ~ dan hencik K pun dah masuk 3 series dah hikhikhik selamat hari tua !
Hencik K takmo kek pun sebenarya , tapi nak jugak beli hihi so beli kek pelangi je la .. Rayyan tak boleh makan ! so Umi & Dedi je la makan |
Maaf Umi terlewat karang birthday dua hero Umi ni , so Umi harap kedua kesayangan hati ni sentiasa di rahmati dan di lindungi Allah dunia akhirat , di panjangkan umur , diperluaskan rezeki , di berika kesihatan yang baik .. Umi harap kedua kesayangan ni bahagia sangat di samping Umi walaupun iols banyak sangat kekurangan , thanx always ada di sisi .. thanx for everything .. maaf Umi dapat belanja kek dan makan nandos je , kita sambut sederhana je dulu sayang2 hehe harap gembira dengan sekecil hadiah ni , yang pasti i really-really love both of you .. !
Memiliki seseorang yang menciptkan atmosfera gembira bila dan di mana adalah saat yang sangat membahagiakan , dan lebih membahagiakan bila aku adalah penyebab tawamu :) |
Kalu dulu sebelum ada anak , duk sengsorang je kat umah , tahap boring tu selalu je Umi merungut , hari-hari wasap Hencik K time dia kerja , cakap Umi bosan , hurmm tak tau nak buat apa , selalu bermonolog sengsorang haha aduh nasib waras lagi , lepastuu hadirlah anugerah terindah ni , Rayyan ~ dalam sehari tak sempat nak rasa bosan dah dengan dia , makin nak membesar ni haaa macam-macam perangai comel dia tunjuk ! stress ? haha kadang-kadang stress amat tambah2 bila nak masak .. memang berperang jugakla dengan cikenit ni ! haha tapi Umi happy sangat dengan kehadiran awak ~ Rayyan . happy sangat-sangat !
Perkembangan dia umur setahun ni , alhamdulillah sebelum masuk setahun Rayyan dah boleh berjalan , hurmm makin berat tau ! hari tu check timbangan dah 10kg .. setiap kali sebelum timbang berat , Umi dan dedi main teka dulu berat Rayyan haha kali ni Umi betul yuhuuu .. dah boleh jalan kan , tiap kali dedi nak pergi kerja pasti ada yang mengikut kat belakang haha nasibla dedi , tapi Umi la yg kena pujuk lepastu , Rayyan ni jenis mudah terhibur , so Umi kena buat aksi badut2 sikit ,terhiburlah dia haha ..
kena pegang Rayyan ni , kalau tak habis satu kek tu dia penyek , haha tu pun dah terkena jari dia sikit .. sabar je lah haaa .. last-last kena masuk kan dalam baby chair jugak .. tu lah Umi bagi kebebasan taknak gunakan :p
try flavour baru kekdahnya , Lemon and Herbs apa ntah , makan sampai kenyang , tu pun bawak bungkus sebab perut tak mampu membendung isi perut hihi |
posted in
Annyoung hashimnikkan ! Holla semua , haa hari ni excited sangat nak share kat korang yang sememangnya ALTHEA LOVER kerana apa ? kerana Althea Beauty Box telah di lancarkan .. wohoooo apakah Althea Beauty Box ni ?
What's Althea Beauty Boxes?
They're curated specially by the Althea Korean Team back in Seoul. Each month, Althea will release 3 beauty boxes for fans to try. They're limited edition and limited in stock, which makes them a "SOLD OUT" Item on Althea. The prices are a steal as all items found in the beauty boxes are FULL SIZE items.
Unlike the conventional beauty boxes where you have to subscribe (and pay). Althea Boxes comes with no subscription fees and no surprises (heart attacks). Buy if you like what you see! Wait for the delivery 10 - 15 working days and unbox it!
By the way , bagi yang masih belum tahu , Althea dah ada aplikasi mobile ! so korang boleh download sekarang di appstore/playstore di henfon masing-masing dengan kadar segera sebab ni akan lagi memudahkan aktiviti shopping kalian dengan kadar segera .. kerana apa ? korang tahu tak Althea Beauty Box ni laku keras weh sekejap je dah sold out .. so jangan cakap hakak tak warning awal-awal !
Jeng jeng jeng , minggu lepas qaseh dah dapat my Trendy Box - Pore Box Care yang di terbangkan khas dari Korea .. waaa lupa nak suruh terbangkan sekali Lee Ming Hoo .. upss ! hehe so nah hari ni qaseh nak Unboxing dan tunjukkan kat korang apa yang ada dalam Pore Care Box ni ~ yang pasti sangat berbaloi gila , korang akan dapat 9 produk + 1 free gift dalam kotak pink yang cute ni haa , jom qaseh tunjuk satu persatu yawww ~
Trendy Box - Pore Care Box
![]() |
See~ bila korang beli Althea Beauty Box ni , Althea Box mahupun Trendy Box korang akan dapat produk full size ok bukan sample dan sebagainya haa dont worry okay |
Tadaaa ni lah dia kesemua full size product yang ada dalam Pore Care Box
Nella - Black and Black Cleansing Foam + Pore Brush
Innisfree - Jeju Sparkling Mineral Powder
Innisfree - Jeju Volcanic Pore Clay Mask
Skinfood - Egg White Peel Off Nose Pack
Secret Key - Lemon Sparkling Peeling Pad
Rire - Pore Tightening Fresh Toner
Chica Y Chico - Oil Clear Essence
Mamonde - Rose Water Multi Soothing Gel
My Beauty - Rice Sheet Mask
For every purchase , korang akan dapat freegift mask .. dan qaseh dapat Green Tea Innisfree Mask .. tq !
so now qaseh nak huraikan sikitlah kegunaan produk-produk yang best gila ni ! jom jom skrol ke bawah lagi ~
- Black and Black Cleansing Foam by Nella
- Jeju Sparkling Mineral Powder
- Jeju Pore Clay Mask by Innisfree
Selepas mencuci muka dan menggunakan toner, sapu ke seluruh muka .. Elakkan daripada menggunakan produk pada mata dan bibirkawasan anda. Bilas topeng dengan air suam selepas 15 minit. (Gunakan 1-2 kaliseminggu).. dah macam hantu mak jemah hihi
- Egg White Pack by Skin Food
- Pore Thightening Fresh Toner by Rire
- Oil Clear Essence by Chica Y Chico
- Rose Water Soothing Gel by Mamonde
Rice Sheet Mask
![]() |
The last one is tadaaa , segar je muka pakai mask ni ! |
So amacam best kan box ni semua , selain dari tu banyak lagi box-box lain yang semestinya akan menarik minat korang haaa , korang boleh klik link bawah ni or search je dalam web althea ok ! http://my.althea.kr/althea-box
More info boleh skodeng link ni ,ok ~~~
posted in
Assalamualaikum semua , hari ni qaseh nak kongsikan satu produk bagus terutama kepada korang yang mempunyai masalah resdung .. korang ada resdung tak ? ke tak tahu diri sendiri ada resdung ? haa meh baca apa yang qaseh nak kongsikan .. penting tau ! lagi-lagi yang tengah confuse'' eh aku ada resdung ke , eh tapi selalu gatal-gatal eh '' haaa tak payah nak eh eh lagi ..
Rawat resdung di rumah dengan Herba Resdung Tok Aki | okey pertama sekali cuba korang check diri masing-masing sama ada korang ni ada resdung ke tidak .. biasalah kita ni manusia kadang kalau penyakit tu tak teruk orang kata tak ambil cakna , tapi bila dah teruk dan rasa tak boleh tahan baru lah nak cari penawar kan .. upss ! kata kat diri sendiri sebenarnya sebabnya selalu macam tu lah , bila dah rasa sakit sangat baru gelabah cari ubat haha.. so kat sini qaseh share tanda-tanda orang yang sebenarnya mempunyai resdung
Tanda-tanda Resdung
- Sering bersin
- Gatal mata
- Nafas berbau
- Tidur berdengkur
- Sukar bernafas
- Gatal hidung
- Sakit tekak
- Pening kepala
- Jerawat di badan dan muka
Bila baca je tanda-tanda kat atas ni , qaseh pun salah seorang yang ada resdung sebenarnya tapi bukan di tahap kritikal lah yo , walaupun takde jerawat kat muka , jerawat selalu naik kat belakang badan lepastu muka kadang gatal dari dalam .. bab hidung tersumbat toksah duk habaq lah setiap pagi memang gatal dan selalu bersin .. ! huh tu pun dah macam di tarik nikmat kesihatan tau .. sobss tapi syukurlah dah jumpa penawar untuk resdung yang semestinya dari produk Tok Aki
Berita baik Tok Aki ada 1 set lengkap untuk merawat resdung korang semua , jadi lagi memudahkan kerja korang tak perlu nak survey satu-satu produk , beli je satu set terus , dan korang boleh rawat kat rumah je buat sendiri .. serious keluar habis segala kotoran yang ada dalam hidung .. so start dari herba hinggal jus tok aki .. memang berbaloi , lagi pula jus Tok aki mesra kanak-kanak tau ..
Herba Tok Aki
Percaya tak dalam masa 5 minit je herba Tok Aki
dapat mengeluarkan segala kotoran yang ada dalam rongga hidung korang kerana herba ni akan mencairkan lendir-lendir punca alahan dan segala kuman yang ada dalam rongga hidung , di perbuat dari 100% ramuan kayu terpilih tanpa bahan kimia
dapat mengeluarkan segala kotoran yang ada dalam rongga hidung korang kerana herba ni akan mencairkan lendir-lendir punca alahan dan segala kuman yang ada dalam rongga hidung , di perbuat dari 100% ramuan kayu terpilih tanpa bahan kimia
Rahsia Rimba Kapsul Resdung
Yang ni pulak jenis kapsul , dengan ramuan dan ektrsak herba terpilih kapsul ni mampu menyelesaikan masalah resdung secara efektif dan mencegah gejala resdung dari dalaman , dan senang nak bawak ke mana-mana ..
sehari 2x selepas makan , satu botol ni ada dalam 30 kapsul
Sabun Herba Tok Aki
Wah dalam set ni korang akan dapat sabun muka ! Sambil mandi pun boleh rawat resdung tau uols , dengan ramuan susu beras , madu dan kayu manis , sabun herba Tok Aki membantu membersihkan kulit korang secara lembut dan efektif , bebas dari segala minyak dan sel kulit mati
Jus Campuran Minuman Botani
Dan last sekali Jus sedap dari Tok Aki , sedap jus ni rasa dia manis-manis gitu .. yeyy kena dengan tekak , takdela liat nak minum kan kalau rasa sedap ni .. dan jus ni di perkaya dengan khasiat semulajadi buah - buahan terpilih seperti jus buah delima , ekstrak acai beri , dan sesuai dengan semua peringkat umur .
![]() |
Khasiat :
|
Testimoni dan Cabutan Bertuah 1 Gram Gold Bar
Ni antara testimoni dari mereka yang dah menggunakan herba Tok Aki , semua dah makin happy bila dapat merawat resdung , yang pasti semua nya bagi kesan yang sangat positif .. so sangat berbaloi tau beli set herba Tok Aki ni , selain dari merawat resdung , boleh jaga kulit dan juga meningkatkan imunisasi badan kita semua ..

Promosi best untuk korang jangan lupa
Taip ''BR TOK AKI'' whatsapp ke 0193473083
Info Lanjut
Website : www.herbatokaki.com
Facebook : www.facebook.com/herbaresdungtokakiHQ
Instagram : @herbaresdungtokaki.hq
Hotline : 019-3473083
posted in
Assalamualaikum ,
Facial Whitening Coklat di Celebrity Secret Spa Murah Shah Alam | holla semua ! Hari ni daku nak share satu spa best yang murah amat di Shah Alam , nama spa ni Celebrity Secret .. jadi rupa-rupanya ni lah rahsia selebriti-selebriti semua kan , sebab tu aku keluar dari spa ni terus jadi macam artis haha ok la merepek pulak , facial ? korang pernah berfacial tak ? btw ni kali pertama aku berfacial di spa .. biasanya kat rumah je kan facial sendiri-sendiri , tapi kadang kena jugak pergi facial di spa sebab apa ? hurmm aku pergi kat Celebrity Secret ni baru aku tahu kondisi kulit aku ni macama mana .. rupanya tidak normal
Kenapa aku kata kulit muka aku tak normal sebab aku sendiri tengok kondisi kulit aku kat sini , sebelum nak buat facial , staff bagi aku satu borang untuk isi , apa yang aku pakai , bedak sejuk ke apa ke kan tulis je , skincare , berapa banyak liter air masak ko minum , minum caffein dan sebagainya lah , lepas tu staff scan muka dengan mesin yang ada kat sana , memang banyak la spot-spot yang bermasalah , dan di beri penerangan yang terbaik oleh staff sini , so kulit muka aku sebenarnya terlalu kering , air tak cukup sebab tu muncul jeragat kat muka , huwaaaa ~ lagi pun air tak balance dengan pengambilan caffein yang aku ambil seharian .. so kena minum banyak air masak !
Dah setel semua penerangan , staff suggest aku untuk buat Facial Whitening Coklat , dengar je coklat terus terbayang coklat masuk mulut lepas tu rasa-rasa sikit haha , sebelum ni aku tak tahu pun coklat sebenarnya banyak kelebihan untuk kulit wajah .. then , aku di bawa ke bilik facial dan di berikan pakaian khas sewaktu brfacial , gitu ~ btw staff sini mesra alam je dan peramah , cantik pulak tu , eh !
Facial Whitening Coklat
Kat bawah ni antara step-step semasa treatment facial whitening coklat , best sangat rasa bila muka di belai dengan urutan wajah , rasa nak tertidur pun ada haaa
Coklat di muka ! first step muka di bersihkan dengan bahan-bahan yang ada di sini , lepastu di urut lembut dengan bahan coklat ni haaa , bau pun wangi , lepastu lagu pulak menenangkan
dah setel step atas tadi , cuci balik muka .. lepastu proses steam kan wajah sekejap , steam ni untuk bukak pori-pori sebab nak keluarkan segala mak nenek white head dan black head , masa di steamkan tu panas sikit je la , panas sejuk panas sejuk gitu , then staff akan belek-belek buang segala kotoran , sakit sikit la masa buang black head ni , tak kisah la janji muka licin gebus gituu , nak cantik kan !
Dah setel buang white / black head , proses tutupkan balik pori-pori muka yang dah di buka kan tadi , hehe .. yang ni sumpah best sebab sejuk sangat .. memang syok la kalau kat rumah sendiri memang dah tido ni .. btw sambil-sambil tu staff ada buat urutan untuk mata , kepala semua bagi semua hilang lah , yang stress pun boleh jadi tenang kalau hangpa nak tau ..
dan yang terakhir , staff akan letakkan kain net di muka dan mata , dan di sapukan coklat di seluruh muka , tunggu beberapa minit , n then siap ! Facial Whitening Coklat ni ambil masa dalam 1 jam jugak la .. baru puas hati kan lama manjakan kulit .. kadang-kadang penat semua kat rumah , jaga anak tak sempat nak buat facial sendiri , korang kena datang sini ! sebab sangat berbaloi , lagi pun sekarang ada promosi hanya RM68 untuk sejam harga normal Rm128 tau ! so cepat2 datang sini .. mesi tertanya-tanya apa kelebihan buat rawatan coklat ni kan ?
Kelebihan Facial Whitening Coklat
- Melembapkan kulit dalam masa 24 jam.
- Kulit anda akan semakin Flawless
- Membuatkan wajah gebu dan glowing walaupun tanpa make up.
- Mengecutkan Jerawat
- Mengurangkan Minyak pada kulit wajah
- Parut akan semakin pudar
- Pori-pori anda akan mengecil
- Texture kulit akan semakin tegang
- Diperkaya dengan vitamin-vitamin khas untuk keremajaan kulit anda.
Lepas dah buat rawatan ni kan , korang akan rasa perubahan ketara sangat , yang pasti semua white head dan black head hilang , muka licin jeee sampaikan suami aku tegur , dah-dahla pegang muka tuh ! haha nak wat camne , rasa licin amat je lepas buat rawatan , so sangat recommended , selain tu ada banyak lagi rawatan lain yang ada di sini , antaranya
- 8 dalam 1 Bridal
- Body Massage
- Bekam Angin
- Eyelash Perming Lentik Bulu Mata
- Full Body Massage
- Corrective Eyebag Treatment
So jangan lupa datang di Celebriti Secret ok , sementara promosi masih ada , sila lah rembat secepat mungkin sebelum sesal di kemudian hari ! Lokasi ? kalau korang pakai waze korang search je cantik persis celebriti , nanti korang akan jumpa..
INFO
Celebriti Spa Studio, Jalan Kristal K7/K
Seksyen 7, 40000, Shah Alam,
Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons