4/27/2022
Muat Turun Aplikasi Marry Brown dan Tebus Tawaran Menarik Serendah RM2.90
Assalamualaikum
Muat Turun Aplikasi Marry Brown dan Tebus Tawaran Menarik Serendah RM2.90 | Hari-hari dah qaseh masak untuk berbuka puasa, naik jemu makan makanan sendiri haha nampak sangat tak berapa sedap kan, so terus ajak laki tapau Marry Brown sebab ramai betul share tentang tawaran menarik (deals) yang sedang berlangsung sekarang ni tapi hanya dalam aplikasi Marry Brown sahaja.
Sebenarnya, qaseh baru tahu Marry Brown dah lancarkan aplikasi mereka, yeyy dah ada aplikasi lagi mudah nak order kan ? Qaseh memang suka bila ada aplikasi sebab lagi memudahkan, kadang buka website ni agak lambat, so korang yang mana belum download tu cepat-cepat download okay sebab qaseh nak ajar cara untuk tebus tawaran yang ada dalam aplikasi Marry Brown tu haa
Tapi sedih weh, haritu Marry Brown buat promosi kaw-kaw punya, bayangkan tawaran serendah RM1 je untuk ayam, tapi qaseh tak sempat tebus sobsss :(, tapiiiiiiii dah terubat kesedihan itu bila banyak lagi tawaran-tawaran lain sehingga 40% dan harga serendah Rm2.90 !
Yang bestnya bila korang download aplikasi untuk pertama kali, korang akan dapat PERCUMA seketoi Marrybrown’s Crispy Chicken, seketoi pun memadai gais sebab Crispy Chicken dia bukan kecik cinonet, agak besar jugak tau dan memang krup krap bunyi crispy tu !
Cara Tebus Tawaran
First thing korang wajib download aplikasi Marry Brown di https://mbapp.marrybrown.com/ atau buka je google playstore / app store di smartfon korang, tapi tak semua outlet lagi yang korang boleh tebus tawaran ni tau, boleh tengok disini untuk outlet yang tersenarai https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets
Bila dah download, ada dua cara korang boleh tebus
1. Klik di Tab Home
Bila buka je aplikasi Marry Brown tu, klik je di tab HOME, terus terpampang keluar ‘deals’ yang ada, so korang pilih je mana-mana deals yang korang nak, lepastu klik je REDEEM, nanti akan masuk dalam tab MY REWARD, klik sahaja deals yang korang pilih, kemudian akan keluar QR code, so staff akan scan QR code tu, aaa settle! Mudah je kan
2. Klik Tab Deals
Lagi senang dan mudah untuk korang tengok semua deals yang ada, hanya klik tab DEALS dan pilih je mana-mana deals yang korang nak, kemudian step dia sama sahaja, akan masuk tab MY REWARD so klik satu persatu deals yang korang dah pilih, keluar QR code, staff akan scan satu persatu deals tersebut. Aaa senang banget !
Qaseh pun dah settle tebus tawaran-tawaran yang ada tadi, memang sangat-sangat berbaloi dan dapat jimat banyak gila, dan of course lah memang kenyang uiii, makan Crispy Chicken seketoi pun dah kenyang
Tadi qaseh redeem Bubur Ayam Combo, Chicken Nugget, Potato Wedges dan banyak jugak la deals yang qaseh redeem aaa termasuk 2x Boba Tea, wei sedap jugak Boba Tea Marry Brown ni sebab ia tak terlalu manis, first time ni qaseh rasa, boleh repeat lagi !
So korang jangan lupa tau, cepat-cepat download aplikasi Marry Brown dan tebus semua tawaran yang ada, jangan bila dah takde baru nak menyesal, eh !
More Info :
Website : https://marrybrown.com
Twitter : https://www.twitter.com/MarryBrownMy
4/24/2022
Shopping Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari
Assalamualaikum
Shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari | First of all, alhamdulillah syukur sangat tahun ni dah tak PKP, dah boleh beraya bersama keluarga, aaaa happy sangat, jadi tahun ni kena pakai baju raya lebih lah ye, dan tahun ni jugak tahun kedua qaseh shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari.
Part nak cari baju raya lah paling penat sebenarnya, tambah-tambah bawak anak-anak, awal-awal okay lagi, bila dah datang penat dia haaa mula lah masing-masing tunjuk perangai haha nak kena menapak dari satu kedai ke satu kedai cari yang sedondon, sebab tu Pusat Pakaian Hari-Hari jadi pilihan, nak tahu sebab apa?
Sebabnya kat sini memang banyak betul pilihan, dari segi design dan warna, dari set baju melayu, kurta, sampin, songkok, pendek kata memang lengkap dah cuma korang kena datang awal tau nanti size pulak dah habis heheh, kalau lewat-lewat memang tinggal harapan la korang, sebab laku keras dan jadi tumpuan disini
Staff Peramah dan Membantu
Banyak cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari ni tau, korang boleh pilih yang berdekatan tempat korang, macam Qaseh, suka sangat pergi di cawangan Rawang, sebab staff kat sini memang baik dan membantu sangat, staff sama yang bantu qaseh tahun lepas, patut bagi duit raya lebih ni kat dia heheh, memang dia akan cari size sampai jumpalah, terbaik
Baju Raya Sedondon Family Set
Kat sini jugak ada family set, senang nak cari yang sedondon, cuma saiz untuk baby takde, maybe boleh ada kan nanti hihi, so moh jamu mata korang tengok pilihan pakaian disini, tahun ni qaseh pilih warna yang tak pernah qaseh pilih, tukar selera pulak, asyik warna sama je kan
Macam biasa lah, masuk je kedai terus juling bijik mata, tak tahu nak pilih yang mana, banyak design yang menarik tapi yang penting cari yang sedondon, kali ni tak pilih baju melayu, tahun ni laki nak pakai kurta pulak, so kita layankan aje lahh.
Belek punya belek, akhirnya dah buat keputusan, acewahh, cari-cari saiz memang ngam ada dan cukup lengkap, haaa apoo lagi terus masuk bakul, nanti kang orang lain pulak ambil :p hasil membelek, qaseh beli 1 set baju untuk qaseh, 2 kurta untuk suami dan 2 kurta untuk Rayyan , tambahan beli kopiah untuk dia, sebab songkok tahun lepas yang beli kat sini, memang elok lagi. Cuma Rania takde saiz baby, tapi takpe dah selesai untuk kami.
Fuhh senang, Rayyan tak sempat buat perangai, pilih-pilih je mana yang berkenan lepastu mintak tolong staff carikan, setel kerja Umi, nasib baik pergi hari bekerja, so memang kedai lengang, kalau datang hari minggu konfirm kena berebut :p
Promosi dan Free Gift
Oh ye, bestnya lagi ada PROMOSI, jika korang ada kad WATSON, Hari-Hari ada bagi diskaun 10% lagi.
Bagi pembelian RM100 keatas pula, PERCUMA sampul raya dan bagi pembelian RM200 keatas, PERCUMA beg woven Hari-Hari bermula 9 April 2022
Jika korang tiada masa dan malas nak ke kedai, boleh buat pembelian secara ONLINE juga dan dapat REBAT 10% di website www.ehari.com
So cepat-cepat serbu Pusat Pakaian Hari-Hari sekarang ! Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang, ce teka qaseh pilih design dan warna apa? Haaa kalau nak tahu nanti raya qaseh snap-snap gambar dan boleh tengok di ig qaseh @qasehdalia hikhik, jangan lupa follow sekali !
More Info :
Website : www.ehari.com
Cawangan Hari-Hari : www.hari.com.my/locator
4/23/2022
Review Hotel Ancasa Residences Port Dickson | Staycation Ramadan
Assalamualaikum,
Review Hotel Ancasa Residences Port Dickson | Hai korang, hari ni nak kongsi pengalaman qaseh menginap di Ancasa Residences Port Dickson selama 3 hari dua malam, alkisahnya sambil-sambil berbuka puasa buffet ramadan disini (boleh baca entry sebelum ni) seriously sedap betul hidangan buffet ramadan kat sini korang eh tak move on lagi!)
Rugi tau tak ambil pakej staycation Ramadan ni, memang berbaloi sangat. Nak jalan-jalan cari makan pun tak boleh, so inilah waktu untuk korang santai-santai, rehatkan badan di Ancasa Reidences Port Dickon, harga pakej ni pun murah je, sekali dengan buffet ramadan dan buffet sahur lagi.
Jadi di Ancasa Residences Port Dickson ni style nya apartment / suite. Qaseh memang suka penginapan jenis suite ni sebabnya mesti luas gila ibarat stay di rumah sendiri, so anak-anak lagi lah suka, banyak ruang untuk diorang berlari-lari, tidaklah hadap dinding je hihi dan semestinya cukup lengkap segala fasiliti termasuk dapur. Bolehlah masak-masak, kot la tengah malam tetiba lapar
Two Bedroom Deluxe Apartment
Qaseh stay di Apartment Deluxe 2 Bilik di blok C, dapat pula apartment memang menghadap pantai, wahh memang riang ria la dalam hati sebab suka lepak beranda dengan angin sepoi-sepoi gitu. Jarak blok antara blok tu dekat je, so kalau nak ke reception (Blok B) hanya jalan kaki je, kalau nak pergi pantai pun boleh jalan kaki je, bawak anak-anak mandi pantai, tapi haritu qaseh tak sempat mandi pantai, tapi puas hati dapat berendam dalam kolam.
Meh qaseh kongsikan gambar dan kemudahan yang ada di Apartment Deluxe 2 bilik ni, sejujurnya sangat selesa, luas dan berbaloi lah stay kat sini.
Kemudahan yang ada
Bilik tidur masterBilik kedua2 bilik airRuang tamuRuang makanDapurAircond setiap bilik dan ruang tamu42 inci Led TvIDD telefonHot & Cold ShowerDaily Drinking WaterHair Dryer ( Upon Request)Iron & Ironing BoardCoffee & TeaSofaMejaWardrobe
So ni adalah ruang tamu, masuk-masuk je terus rasa wow luas betul, Rania apa lagi terus la nak explore dan tak risau sebab takde hiasan yang dia boleh capai, biaalah baby kan semua nak pegang. Then ada meja makan untuk 6 orang, malam-malam buat coffee free lepak sini update apa yang patut hihi
Dan ada ruang untuk santai-santai tengok tv, ada set sofa yang selesa dan meja kopi, ruang tamu pun ada aircond dan kipas, sejuk betul aircond dia memang function well, terpaksa lepak dekat beranda sebab nak panaskan badan haha padahal boleh je tutup aircond tu :p
Ni pulak bahagian dapur, ada peti ais dan dapur elektrik, memang boleh masak ye, bukan sekadar hiasan. Kotla malas nak keluar cari makan, just nak santai-santai dalam bilik, bolehlah masak dan makan ramai-ramai cuma pastikan jangan buat kotor, jaga lah tempat yang kita stay ni macam rumah sendiri.
Then, kita pergi ke master room, ada bilik air dalam master bedroom ni, so sesuai untuk orang dewasa tidur, ada katil queen, almari & meja solek, setiap bilik ada beranda ya, memang selesa dan luas juga, air cond pun sejuk sangat, bila dah baring tu memang susah betul nak bangun hihi
Ni pulak bilik kedua, bathroom kedua tepi bilik ni je so mudah untuk semua guna, dalam bilik kedua ada 2 katil single, qaseh rapatkan sebab taknak Rayyan jatuh sebab tidur buas betul. Ada beranda kecil, aircond dan kipas, ada juga meja solek, meja sisi dan almari. Memang selesa
Banyak lagi kemudahan-kemudahan lain sekitar hotel ni,memang sangat-sangat sesuai untuk family besar dan punyai anak-anak kecil, oh ye dalam ni ada Spa jugak tau, perempuan memang suka masuk Spa kan ? So ini lah masanya untuk me time !
Swimming Pool
Mandi time ! Dah lama Rayyan tak mandi kolam sejak PKP, adik pulak first time mandi kolam heheh, ada dua kolam untuk kanak-kanak dan juga dewasa, ada gelongsor untuk anak-anak main, memang seronok lah dorang, Umi tumpang rendam-rendam kaki sambil layankan aje dorang bergembira
Berdekatan dengan Pantai Teluk Kemang
Bestnya hotel ni dekat sangat dengan Pantai Teluk Kemang. Walaupun tak sempat nak mandi pantai tapi qaseh sempat jugak layan sunset tepi pantai, subhanallah ciptaan Allah tiada tandingannya, memang cantik. Sempat lah bergambar ala-ala suwit sekejap sambil lagu ~ dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa ~ terngiang-ngiang dalam kepala erghhh
Last but not least, memang berbaloi gila stay di Ancasa Residences Port Dickson ni, ada rezeki lagi inshaAllah qaseh akan datang lagi stay kat sini, yang penting family friendly dan anak-anak happy.
More Info :
Website : www.ancasahotels.com
Ancasa Residences Port Dickson
Batu 81/2,
Jalan Pantai,
Teluk Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-6627288
Fax: 06-6627900
Subscribe to:
Posts (Atom)